Sunday, November 11, 2012

Ibu gayong. Asas kepada segala gerak.

Ilmu Ibu Gayong


Gayong

Gayong ialah sebutan Melayu Klasik untuk ‘bersilat’. Ada ulamak mengatakan bahawa Gayong adalah berasal dari perkataan QAYUM ( Berdiri ). Ianya di perkatakan oleh para Syeikh dan Habib dari Hadramaut di Yaman yang mana loghatnya berbunyi Gayum dan bila sampai ke tanah Melayu menjadi Gayong. Ianaya mungkin ada kebenarannya kerana masyarakat di sana kebanyakkan berpakaian seperti kita dan mungkin budaya antara masyarakat Melayu dan Hadramaut sudah sebati sejak dari dalu kala lagi.
Jadi Ilmu Ibu Gayong ialah bukanlah asalnya dari Silat Gayong yang diperkenalkan oleh arwah Dato’ Meor. Ilmu Ibu Gayong berkenaan dengan mengenali Zat ALLAH. Tiada cara lain untuk mempelajari ilmu ini melainkan dengan berguru dengan guru mursyid, berserah diri kepada ALLAH dan memahami Al-Qur’an. Konsep Ibu Gayong juga amatlah ringkas tetapi untuk mencapai makrifatnya amatlah sukar.Ilmu ini merangkumi beberapa makrifat asas iaitu:

1) Mengenal diri dan asal usul kejadian Alam Makhluk dan Alam Benda ciptaan ALLAH.
2) Meletakkan status diri sebagai hamba ALLAH dengan sepenuh ketaqwaan (ketakutan) kepada ALLAH semata-mata. Maka dengan ketakwaan hakiki ini pengamalnya tidak akan pernah takut kepada sesuatu apa pun yang lain melainkan hanya Tuhan Yang Maha Perkasa.
3) Meletakkan perlindungan diri dan nyawa di bawah kekuasaan mutlak Tuhan Yang Maha Kuasa, Yang Maha Melindungi hamba-Nya.
4) Meletakkan sebarang jenis ancaman dari musuh dari kalangan manusia, jin atau objek sebagai musuh kepada Zat ALLAH.
5) Meletakkan para Malaikat sebagai makhluk yang tunduk kepada Khalifah ALLAH.
6) Meletakkan diri sebagai Khalifah ALLAH dengan mempertajamkan MakrifatuLLAH.
7) Menyeru meminta perlindungan hanya dari Tuhan secara mutlak, bukan dari malaikat atau pun jin.

Ilmu Ibu Gayong ini merangkumi beberapa rangkap serapah mentauhidkan diri kepada Tuhan dan serapahnya mengandungi beberapa jenis ilmu:

1 ) Serangkap serapah BismiLLAH Tauhid 121 Asma-Al-Husna
2 ) Serangkap serapah menyumpah musuh (dari kalangan manusia, jin dan objek) sebagai musuh kepada Zat ALLAH.
3 ) Serangkap serapah bersumpah diri di bawah kandungan Zat ALLAH.
4 ) Serangkap serapah Ilmu Selisih.
5 ) Serangkap serapah Ilmu Pendinding (Kebal).
6 ) Serangkap serapah Ilmu Memulangkan Ancaman kembali kepada musuh.
7 ) Serangkap serapah Ilmu Khalifah Pemerintah Makhluk.
8 )  Dua Kalimah Shahadah.

Kejituan atau ‘sensitivity’ Ilmu Ibu Gayong amatlah tajam walaupun dalam keadaan tidur sekali pun. Contohnya ketika pengamalnya sedang tidur nyenyak di atas lantai; apabila digolekkan sebiji buah pinang yang lembut (tidak menghasilkan bunyi) ke arah pengamal, tubuh akan terangkat sendiri membiarkan buah pinang tersebut melepasi di bawah tubuh pengamal. Apabila ditetak dengan parang semasa sedang tidur, tubuh berpusing 90 darjah dan tetakan tersebut dipatahkan balik mengena diri musuh. Apabila ditembak dengan pistol, pelurunya menyimpang lalu berpatah balik mengena musuh atau senapang meletup ditangan musuh. Apabila tubuh pengamal dibiarkan untuk dipukul atau ditembak peluru, udara membentuk lapisan pendinding yang menyerap hentakan. Semuanya berlaku dengan izin ALLAH.

Apabila ada orang menyangka Ilmu Ibu Gayongnya cukup hebat, akan ada lagi seorang yang dikurniakan ilmu yang lebih tinggi makrifatnya iaitu Ilmu Ibu Gerak.

Ilmu Ibu Gerak

Aku tidak tahu jika ada lagi ilmu yang tingkatannya lebih tinggi dari Ilmu Ibu Gerak. Hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui.

Ilmu Ibu Gerak asasnya dari Ilmu Ibu Gayong. Cuma pemahaman MakrifatuLLAH yang lebih mendalam akan menambah beberapa lagi Ilmu Hikmah kepada Ilmu Ibu Gayong iaitu:

Prasyarat Menuntut Ilmu Ibu Gayong dan Ibu Gerak

Memahami Al-Qur’an sebagaimana Nabi Muhammad RasuluLLAH memahaminya melalui Pintu Hati Yang Bersih (Ulul Albab). Perkataan ‘Ulul Albab’ difirman beberapa kali pada beberapa ayat Al-Qur’an dan salah satunya ialah pada Ayat Akhir Surah Ibrahim,
هَٰذَا بَلَاغٌ لِلنَّاسِ وَلِيُنْذَرُوا بِهِ وَلِيَعْلَمُوا أَنَّمَا هُوَ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ وَلِيَذَّكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ
(QS. Ibrahim 14:52)

Terjemahan:
“Ini adalah penjelasan yang sempurna bagi manusia, dan supaya mereka diberi pelajaran dengannya, dan supaya mereka mengetahui bahwasanya Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa dan agar orang-orang Ulul Albab berzikir (mengambil peringatan darinya).”

Pantang Larang

Seorang lelaki pernah diajar Ilmu Ibu Gayong. Akibat melanggar Sumpah Kalimah Syahadah dan menyimpang keluar dari Perjanjian Al-Qur’an, lelaki tersebut menyeru malaikat (tidak menyeru Tuhan) lalu 7 Ekor Raja Jin Kafir menyahut seruannya. Lelaki tersebut tidak mengetahui bahawa dia telah mengamalkan Ilmu Ibu Jin lalu dia mati dipanah petir dalam keadaan kafir musyrik (engkar lagi syirik, penghuni Neraka Jahannam). Untuk melanggar pantang amatlah mudah, putar belit hukum Al-Qur’an, engkar perintah Tuhan, melakukan larangan-Nya dan menyeru sesuatu yang lain selain dari-Nya.

Penutup

Ilmu sebegini adalah ilmu-ilmu Al-Hikmah untuk jalan yang Haq (Kebenaran) , tidak berlaku sesuatu apa pun melainkan dengan izin ALLAH. Salah pemahaman makrifat akan membawa kepada kafir musyrik sebagai tiket menuju Neraka Jahannam tanpa hisab. Benar pembawaan makrifatnya pula akan membawa kepada tingkat-tingkat (maqam) yang lebih baik di sisi ALLAH, Tuhan Yang Maha Empunya Haq.

Aku tidak mahu menyembunyikan sebarang ilmu tambahan lagi Ilmu Khalifah sebegini untuk tujuan haq atau fi sabiliLLAH. Kepada mereka yang menghubungi aku melalui email untuk mempelajari ilmu sebegini, buktikan bahawa anda memahami Al-Qur’an sepertimana Nabi Muhammad Abdullah ‘AbduHU wa Rasullu

Wallahualam.


Parang Pedang dah amal ibu gayong ni untuk tujuan ibadah. Kalau dah yakin pada Allah, jangankan terlindung dari bahaya... Ancaman apa jua pun takkan berani menghampiri kita.

3 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum tuan...bole x saya nk berguru dgn tuan

Unknown said...

Assalamualaikum tuan...bole x saya nk berguru dgn tuan

Joe said...

Masih lagi duduk didlm ilmu dunia...
Menyatu hakikat dan makrifat itu lah yg sebenarnya dicari oleh org yg benar2 mengenali.. Belajar akhirat ilmu dunia dpt percuma