Wednesday, December 28, 2011

surat saman ke atau surat cinta? kecoh la lu...


Parang pedang tak tau apa motif KoMeng Mereng buat pengumuman nak saman blogger otai Sekupang dua. Tapi Yang pastinya pakatan rakyat memang berkokok je lebih dari buat kerja. Apa kes KoMeng? takkan kena gertak sikit pun dah terkencit dalam seluar? itu baru Sekupang Dua jer yang buat report....Bayangkan kalau dia panggil anak buah dia.....mau terberak cirit kot. Apa pun yang jadi, aku yakin Komeng cakap je lebih dari nak buat...Saman la kalau ko tu betul sangat. atau ko ni cuma pandai buat surat cinta je? Komeng...komeng....dulu lulus tak karangan masa SPM? Kalau takat tulisan Kaligrafi yang dapat A+, tak payah cerita hal politik....

Sunday, December 25, 2011

PERKASA bakal jadi platform Hassan Ali ?




Selepas tersisih dari landasan Parti PAS, Hassan Ali yang merupakan seorang pejuang kebenaran dalam dunia politik telah mula tawar hati terhadap parti tersebut. Ditambah pula dengan tawaran daripada Presiden PERKASA iaitu Dato' Ibrahim Ali yang berkata bahawa Hassan Ali lebih sesuai berjuang dijalan bebas setelah menghadapi saat duka bersama Pakatan Rakyat. Sememangnya kita semua tahu bahawa setelah sekian lama Hassan Ali bertanding atas tiket PAS, tidak banyak kebaikan yang beliau perolehi. Tambahan pula PAS sudah mula mengikut telunjuk parti lain membuatkan hala tuju PAS semakin jauh dari matlamat asal. Kini sudah tiba masanya PERKASA mengambil Hassan Ali sebagai ahli. Ini kerana pengalaman dan karisma Hassan Ali dilihat lebih menyerlah didalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Jika benar itu akan terjadi (penyertaan Hassan Ali ke dalam PERKASA), ia akan jadi berita baik bagi aktivis politik kerana Hassan Ali mampu bertindak sebagai pemerhati dan pengkritik paling hebat terhadap para pemimpin politik sekaligus menjadi tamparan berbisa kepada PAS.

Bayar Cukai Taksiran MBI Dapat Cabutan Bertuah




Semalam Parang Pedang pergi bayar cukai Taksiran Majlis Bandaraya Ipoh. Ingatkan nak bayar sesaja je sebab nak mudahkan urusan pada masa akan datang. bila tiba saja kat kawasan MBI, Parang Pedang tengok ramai orang nak bayar cukai. Ingatkan orang nak bayar saman MBI, rupanya ada cabutan bertuah bagi yang membayar cukai taksiran. Disini Parang pedang nak bagitau pada pembaca yang menetap di Ipoh. Bayar cukai taksiran dan jadilah antara peserta cabutan bertuah MBI. gambar dah di'upload'kan...fikirlah jika anda antara pemenang hadiah utama cabutan bertuah ni....

Friday, December 23, 2011

Konsert Maher Zain di Ipoh 24 Disember 2011




Esok 24 Disember 2011 akan berlangsungnya Konsert Maher Zain, Untukmu Rakyat. Program yang akan diadakan di Stadium Perak bermula jam 8.00 malam (5 petang akan berlangsungnya persembahan artis tempatan). Masuk adalah percuma dan tempat duduk terbuka. Parang Pedang harap, tetamu datang awal kerana kemungkinan besar keadaan akan menjadi sesak jika lambat datang.

Kepada yang panggil Menteri Besar dengan nama ‘Hitam Metalik’ tu pun kalau nak bawak anak bini sekali, silalah…Jangan malu-malu. Maher Zain yang secerah pawana pun tak pandang kulit.

P/P: orang dulu saja yang suka bezakan warna kulit.

Ikhlas atau riak?


Macam mana Parang Pedang nak terangkan tentang perkara ni? Seorang muslim yang patut tahu mana betul dan mana salah. Solat memang suatu hal yang dituntut dalam agama, tetapi kalau dah solat tengah jalan dan menarik pandangan orang ramai sudah tentu menimbulkan sebarang kontroversi. Apakah niat mereka melakukan solat ditengah jalan? bukankah bumi Allah ini luas dan terdapat banyak tempat beribadah.

Parang pedang nak sampaikan nasihat, beribadat biar ikhlas. barulah masyarakat akan hormat.

PMR 2011 : Tahniah adik-adikku

Ipoh, 22 Disember 2011 Jam 10 pagi, Parang Pedang membuat liputan berkenaan aktiviti penerimaan keputusan PMR disebuah sekolah di Ipoh, Perak. Agak meriah kelihatan di sekitar tempat pengedaran slip keputusan peperiksaan. suasana bercampur baur antara gembira dan sedih, tidak kurang juga ada yang menangis kegembiraan apabila melihat keputusan yang diperolehi. Parang Pedang bangga dengan adik-adik yang selama ini telah memerah otak, mengorbankan masa bermain demi mencapai kejayaan dalam bidang akademik.

cuma satu perkara yang ingin Parang Pedang sampaikan nasihat buat adik-adik yang dikasihi. Ini merupakan sebuah platform untuk adik-adik mendaki ke puncak kejayaan. Perjuangan adik-adik tidak sampai disini sahaja kerana banyak lagi cabaran yang akan dihadapi selepas ini. Susah payah dalam menghadapi PMR ini harus dijadikan kayu ukur bagi menempuh cabaran yang akan datang. Urusan politik usah difikirkan lagi kerana tugas yang perlu dilakukan oleh adik-adik semua ialah menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran. jadikan contoh para pendidik sebagai sandaran utama. Parang Pedang yakin bahawa suatu hari nanti adik-adik bukan sahaja akan menjadi sekadar aktivis politik, bahkan akan ada yang menjawat jawatan tinggi dalam urusan pentadbiran negara. bermulalah dari sekarang kerana kejayaan suatu hasil bermula dari tindakan awal.

Akhir kata dari Parang Pedang, Tahniah atas kejayaan adik-adik. bagi yang kurang berjaya...jangan putus asa kerana gagal sekali bukan bermakna adik-adik gagal selama-lamanya. Teruskan usaha dan banyakkan berdoa.

P/P: Tak sanggup lihat sesetengah adik-adik yang menyertai aktiviti politik diusia yang tak sepatutnya akibat dari hasutan pihak tertentu yang mementingkan diri sendiri.

Antara gambar yang sempat diambil ketika di sekitar kawasan sekolah.





Thursday, December 22, 2011

Sekupang Dua sahut cabaran pihak lawan

Bloggers Gempur!!!

Inilah sebenar2 pejuang. Pantang dicabar, ngauman bergema. Sekupang dua yang melihat si anjing PR Nga Komeng yang menyalak mencabar sang singa (blogger) kini akan mengahadpi masalah disebabkan oleh taring Sekupang Dua yang menyilau. Sekupang Dua yang baru beberapa jam pergi ke Pejabat SPRM telah membuat laporan tentang penyalahgunaan kuasa oleh Nga Mor Ming ketika Pakatan Rakyat mentadbir Negeri Perak beberapa ketika dahulu. berikut adalah gambar yang dirakam ketika Sekupang Dua membuat laporan SPRM di Ipoh.


Monday, December 19, 2011

Tarik semula AUKU yang membenarkan aktiviti poltitik dikalangan pelajar!

Parang Pedang tak habis hangin lagi dengan ADAM ADLI yang sememangnya bagai BABI menyondol daging apabila aksinya menurunkan bendera Pemimpin UMNO di PWTC. Parang Pedang menuntut pemimpin UMNO mengeluarkan memorandom kepada dua pihak iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris dan ahli keluarga Adam Adli sendiri.

Selain dari itu, Parang Pedang mendesak agar AUKU yang memberikan hak berpolitik kepada penuntut Universiti dan kolehj universiti dikaji semula memandangkan kematangan sesetengah penuntut yang kurang ditambah lagi dengan tindakan mereka lebih agresif berbanding profesional. Parang Pedang tak nafikan ada sesetengah penuntut yang hebat dalam soal politik. Tetapi apabila Adam Adli bertindak demikian, maka tercalarlah imej Universiti dimata pengamal politik. Adam Adli sangat biadap, tak matang, bodoh dalam bertindak serta memalukan universiti. Luahan rasa boleh dilakukan secara profesional, tetapi mengapa si BABI bodoh ni boleh gunakan saluran belakang macam bontot Anwar Ibrahim?

Bakal mangsa belakang......BABI

Sunday, December 18, 2011

babi buta punya budak


Segerombolan babi mencari bendera Dato Seri Najib kerana disangkakan makanan....



Kalau BABI tu....memang tetap BABI, Takkan Jadi Bang Anwar Bin Ibrahim

Ni yang Parang Pedang hilang sabar... bakal cikgu apa kalau perangai macam BABI...atau sebutan lainnya Bang Anwar Bin Ibrahim. kenapa muka mak bapak ko yang tergantung kat frame ruma tak diturunkan? kalau BABI tu babi la jugak...takkan jadi cikgu punya. parang pedang tak sanggup kalau ada kelompok cikgu yang tak matang macam si BABI ni. dah puas kena ponggong dengan bang Anwar Bin Berahim agaknya? besar punya ! bontot kamu... berapa kali dah kena tutuh? BABI!

Saturday, December 17, 2011

RM 18 Juta sangat berbaloi untuk peruntukan perlancongan di Perak.




Siapa kata Perak tiada potensi untuk dibangunkan sebagai pusat perlancongan negara ini? Apabila pembangkang cuba menjadi hero kampung, inilah jadinya.pembentangan bajet Perak 2012 telah memperuntukkan sebanyak 18 Juta berbanding tahun lalu hanya 10 juta. Namun begitu, didalam sebuah komen oleh ADUN Simpang Pulai yang kurang bersetuju dengan peruntukan yang diberi. Tidak nampakkah oleh Chan Ming Kai akan potensi perlancongan Negeri Perak yang mampu menaikkan nama negeri ini? Chan cuba terjun gaung apabila memalingkan wajahnya daripada kenyataan bahawa Perak mampu dibangunkan sebagai tempat perlancongan.
Kita liha potensi Negeri Perak sebagai kawasan yang kaya dengan sumber batu kapur, bukan sahaja menjadi pembekal produk marmar malah disebalik kewujudan batu kapur disini mampu menjana sumber ekonomi dari sudut perlancongan. Parang Pedang selalu melawat kawasan-kawasan perlancongan disini yang terkenal dengan gua batu kapur. Sebut sahaja dimana yang ada kawasan rekreasi batu kapur, Gunung Lang, Perak Tong, Sam Poh Tong juga Kek Lok Tong ,tidak termasuk lagi kawasan perkelahan air terjun dan sungai serta air panas semulajadi disamping keindahan pantai di Negeri Perak. Bagi Parang pedang, risiko tetap risiko jika kita melaburkan sejumlah RM18 juta sebagai peruntukan. Tetapi kita telah melihat potensi kawasan yang hendak dibangunkan sememangnya akan membawa hasil dikemudian hari.
CMK yang sepatutnya melihat kesan positif disebalik pelaburan 18 Juta tersebut lebih melihat kesan negatifnya yang tidak seberapa. Kerajaan telah mengkaji terlebih dahulu kemampuan pulangan hasil dari sumber perlancongan ini, maka tidak hairanlah jikalau dinaikkan peruntukan dari 10 juta ke 18 juta ringgit. CMK mungkin lebih tahu tentang masa depan negeri Perak dari sektor perlancongan, akan tetapi hanya sekadar menutup mata apabila yang membangunkan sektor perlancongan itu bukan dari partinya sendiri.



Thursday, December 15, 2011

Jawab balas terhadap cercaan oleh Nga Kor Meng



Parang Pedang nak jawab balik apa yang dikatakan oleh penghina kami. Tuhan tak melihat warna kulit manusia. yang dilihat ialah sejauh mana pengesaan hamba terhadap Tuhan yeng menciptakannya. KoMeng tak mensyukuri pemberian Tuhan, sebaliknya berasa megah dengan kata-katanya. Apakah boleh diterima oleh masyarakat Islam akan kata-kata KoMeng yang menyembelih maruah Umat Islam sendiri?

Pendedahan ekslusif : penyamun jahanam Nga Kor Meng




http://angkatanpemikir.blogspot.com/2011/12/panas-kami-dedah-nga-penyamun.html

Buka sahaja page yang Parang pedang link diatas. Lihat bertapa hapraknya Nga Kor Meng yang menyalahgunakan amanah yang diberikan oleh rakyat kepadanya. Berikutan penemuan beberapa dokumen yang sangat memeranjatkan kita semua. Parang pedang ucapkan terima kasih kepada pendedah dokumen ini. Mudah-mudahan Allah bukakan jalan bagi kita semua menghadapi kafir harbi ini. rupanya KOMENG ni syok kat cik Tan dan cik Ton...sampai sanggup gantikan tender milik Goodman Taylor....KOMENG...KOMENG...

Bantahan dihadapan Pejabat DAP Ipoh.


Salam Perak Amanjaya..DAULAT TUANKU!!!.Kita akan mengadakan satu perhimpunan bantahan terhadap Adun DAP NGA KHOR MING yg telah menghina bangsa Melayu dan KEDAULATAN Negeri Perak pada hari JUMAAT ini 16/12 selepas solat Jumaat(2.30pm).Berkumpul di Hadapan Ibu Pejabat DAP di Medan Istana,Bandar Ipohraya. Memorandom bantahan akan diserahkan di sana.

Wednesday, October 19, 2011

PAS nak hukum sebat pasangan yang bercerai?

Apa cerita pula kali ini? bila mufti Perak cadangkan akta murtad, mereka perlekehkan. sekarang dah pandai-pandai nak buat hukum hudud baru. sejak bila Allah letakkan hukum bercerai tu sebagai haram sampaikan nak dirotan pula? Yang Parang Pedang tahu Penceraian itu hukumnya sah dan halal cuma dibenci Allah S.W.T sahaja. Nampaknya PAS nak jadi jaguh jantan kepada kaum hawa pula. Adakah ini salah satu daripada umpan bagi memancing kaum hawa dalam pilihanraya nanti?

Adakah ini yang menjadi hukum hudud PAS bila mereka memerintah nanti? Bagi Parang Pedang, penceraian itu bertujuan memberikan hak kepada kaum hawa yang sudah tidak mampu bersama pasangannya disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Lebih baik daripada digantung tak bertali, tiada status yang tepat.

Nampaknya mungkin PAS Kelantan mahu kaum hawa menderita tanpa suami sedangkan masih belum dilepaskan. Parang pedang harap agar PAS Kelantan melupakan sahaja hasrat untuk mewujudkan hukuman ini. takut nanti ada wanita yang datang mengadu ditinggalkan suami tapi tiada ststus cerai, mampu ke PAS Kelantan nak tanggung.

Sokong sahaja akta murtad yang dibangkitkan oleh mufti Perak kerana itu lebih utama. Nampak sangat PAS terdesak untuk memancing undi dalam pilihanraya kali ini dengan memegang watak superman bagi kaum hawa. apa yang diwujudkan berkaitan undang-undang cerai oleh kerajaan BN telah cukup baik bagi kaum hawa kerana disamping tuntutan hak mereka yang diambil kira, mereka juga diberi pembelaan sewajarnya pihak kementerian. kenapa mahukan kekerasan fizikal dalam setiap penyelesaian masalah sedangkan kaedah psikologi dan perlaksanaan undang-undang sedia ada lebih baik.

P/s : fikir dahulu sebelum keluarkan kenyataan, takut nanti dituduh bontot ayam. Berak tak tentu tempat.

Wujudkan Koperasi Bloggers Pro Kerajaan

Tajuk ni tak tahulah Parang Pedang sama ada isu ini sudah dibangkitkan atau tidak, jika sudah dibangkitkan maka Parang Pedang anggap sebagai ingatan semula. Ke mana-mana saja Parang Pedang pergi maka akan terserlah papan tanda tertera koperasi pelbagai pertubuhan tidak kira kerajaan mahupun swasta. Dalam masa yang sama Parang Pedang yang hidup dalam dunia penulisan blog merasakan bahawa adalah sepatutnya para bloggers pro kerajaan juga harus memiliki sebuah koperasi. Tidak kira atas landasan mana jua penulis blog tersebut, asalkan berjuang pertahankan BN maka sudah cukup syaratnya.

Tujuan utama koperasi yang Parang Pedang cadangkan ini adalah sebagai jaminan masa depan kepada para penulis blog bagi memudahkan segala urusan berkaitan kebajikan dan keperluan. Disini Parang Pedang ingin mencadangkan beberapa isi dalam sebuah koperasi bloggers jika ia menjadi kenyataan.
1. Membuka peluang menjana pendapatan para penulis blog menerusi pelaburan dan perolehan dividen tahunan.
2. Menjalankan urusniaga konvensional (runcit) atau produk dan tawaran harga istimewa untuk ahli koperasi.
3. Memberikan latihan kepada ahli koperasi sama ada kemahiran mahupun kursus jangka pendek.
4. Menyediakan biasiswa bagi anak-anak ahli koperasi bloggers yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
5. Menyediakan dana kebajikan bagi membantu ahli koperasi yang ditimpa musibah.
6. Menjadi platform bagi menyampaikan sebarang suara cadangan atau kritikan dalam dunia blog.
Mungkin lebih banyak kegunaan koperasi ini jika ia mula diwujudkan nanti. Apa yang Parang Pedang perkatakan ini adalah untuk manfaat semua bloggers dan ia hanya dapat direalisasikan sekiranya semua pihak bersetuju dan mula melaksanakannya.

Kawasan Rekreasi Lubuk Timah Perlu Penjagaan Rapi

Ramai yang tertanya-tanya apa itu Lubuk Timah? tempat memancing ikankah atau nama lombong bijih timah? Sebagai mukadimah kepada yang belum mengenali Lubuk Timah, ianya merupakan sebuah tempat rekreasi yang menggandingkan dua suasana iaitu kolam air panas dan air terjun.
Istimewanya tempat ini ialah udara nyamannya dan bunyi air terjun yang boleh didengari sambil bersantai dalam kolam air panas. Kedudukannya yang terletak di jalan menghala ke Cameron Highlands melalui Simpang Pulai. Sayangnya ada yang tidak mengetahui tentang tempat rekreasi ini walaupun mereka berulangkali pergi ke Cameron Highlands melalui jalan tersebut. Bukan mereka tidak mahu ke sana tetapi keadaan kawasan rekreasi tersebut yang agak menyedihkan dengan penyelenggaraan yang kurang. Ditambah pula papan tanda menghala ke tempat rekreasi tersebut yang kecil dan pudar.
Parang Pedang yakin jika kawasan tersebut dibangunkan, ia dapat menjana pendapatan penduduk setempat dan secara tidak langsung menjadi salah satu tempat wajib dikunjungi dalam Perak bagi pelancong luar. Kerajaan BN Perak diharapkan dapat mengambil perhatian terhadap tempat rekreasi ini memandangkan ia agak popular bagi yang mengetahui tentang tempat berkelah ini. Selain tempat rekreasi Ulu Chepor di Utara Ipoh, Lubuk timah pula boleh dijadikan opsyen bagi kawasan Selatan Ipoh.
Parang Pedang melihat potensi Lubuk Timah sebagai kawasan rekreasi keluarga amat cerah jika beberapa langkah diambil dan antaranya ialah baik pulih jalan raya ke kawasan terbabit, papan tanda yang jelas, landskap di sekitar kawasan, jaminan keselamatan di tempat rekreasi serta promosi yang berterusan.
Ini cuma sekadar cadangan dari Parang Pedang, mungkin Kerajaan BN Perak mempunyai perancangan yang lebih baik. Apa yang ditulis hanya suatu pendedahan tentang potensi kawasan rekreasi ini dan mungkin ia boleh ditambah baik dengan mewujudkan kawasan jungle tracking serta tempat latihan jati diri dan motivasi.

Parang Pedang kata: dulu selalu ikut kawan berendam dalam kolam air panas Lubuk Timah tengah malam buta….memang kerja gila.

Kenapa Malaysia yang terbaik?

Bukan Parang pedang nak persoalkan apa yang baik dalam Malaysia. tapi Parang pedang nak bandingkan antara Malaysia dengan sebuah negara di Asia. Negara yang mengamalkan dasar komunisma, antara negara yang hampir dengan kita dan menjadi antara negara gergasi. Baru semalam Parang Pedang dipertontonkan dengan sebuah rakaman seorang anak kecil dari negara tersebut yang mengalami kemalangan. Sangat sedih melihat keadaan anak tersebut apabila selepas dilanggar tidak seorang pun yang membantunya. Malah apa yang Parang Pedang tonton lebih menyayat hati apabila kenderaan lain yang lalu terus menggilis anak tersebut dan orang yang melihatnya terus berlalu tanpa membantu. Dimanakah sikap peri kemanusiaan didalam hati rakyat negara tersebut? Sudah lupakah pada nilai-nilai moral setelah negara ditakluki oleh kuasa komunis yang anti pada tuhan?
Inikah yang diamalkan oleh negara komunis? Dan inikah yang dikagumi oleh seorang tokoh pembangkang terhadap komunis? Parang Pedang berdoa agar takkan selangkah pun dasar komunisma bertapak di bumi Malaysia ini. Malaysia sangat berbeza dengan negara tersebut kerana jika dibandingkan dengan negara yang Parang Pedang maksudkan, rakyat Malaysia lebih prihatin antara satu sama lain kerana ia telah diajar oleh setiap agama. Ditambah pula dengan dasar pentadbiran yang menanamkan sikap saling tolong menolong. Alhamdulillah, Parang Pedang bersyukur dapat lahir di Malaysia ini. Asal jatuh sikit sahaja maka ramai yang menghulurkan tangan membantu bangun semula, asal kelaparan saja pasti ada yang membawa juadah untuk dimakan. Begitu sekali tahap keprihatinan rakyat Malaysia.
Apa yang menghairankan Parang Pedang ialah mengapa masih ada yang tidak berpuas hati dengan segala yang ada di bumi Malaysia ini hingga tergamak melakukan onar didalamnya dengan demonstrasi, mewujudkan agenda subversif bahkan menabur pelbagai fitnah terhadap Malaysia apabila berkunjung ke negara lain. Mudah-mudahan mereka sedar dari sikap kufur mereka, kufur nikmat pemberian Tuhan.

Hadi jangan perlekehkan cadangan akta murtad

Sangkaan Parang Pedang bila mufti Perak mencadangkan akta murtad sebelum ini maka akan disokong oleh PAS, tetapi lain pula jadinya bila Abdul Hadi Awang mengeluarkan statement yang berbunyi lebih kurang begini : akta murtad tidak perlu sebab ia dalam hudud. Adaka patut dia cakap lagu tu seolah-olah hudud PAS sahaja yang ada hukum murtad.
Hadi tak faham apa maksud sebenar cadangan mufti Perak, beliau mahu memasukkan sistem Islam secara perlahan-lahan ke jiwa semua pihak. Tidak seperti Pas yang mahu menyumbat segalanya secara serentak. Tambahan pula bila yang bercakap adalah seorang tokoh ulama dan yang memperlekehkannya juga ulama. Rasanya perlu Parang Pedang pertahankan cadangan mewujudkan akta murtad ini kerana kalau nak diikutkan hudud PAS, sampai bila pun takkan menjadi sebab sikap mereka yang tidak istiqamah. Sekejap hudud, lepas tu negara berkebajikan dan kemudian hudud semula. Yang mana satu pun Parang Pedang tak faham. Minta maaflah kalau Parang Pedang kurang ajar sikit dalam atrikel ni bila Parang Pedang katakan bahawa PAS serupa tahi ayam dalam segala perancangannya.
Telur sebiji riuh sekampung, itulah yang Parang Pedang boleh bayangkan tentang PAS. Baru merancang sudah dihebahkan kepada semua, entahkan telur siapa yang dieramkan. Kenyataan Hadi Awang yang memperlekehkan cadangan Mufti Perak seolah-olah tindakan PAS sahaja yang betul sedangkan banyak perkara yang dibangkitkan oleh Mufti Perak diterima ramai terutamanya rakyat Perak sendiri dan memberikan manfaat kepada seluruh Perak.

Parang pedang cabar Hadi Awang, hududkan seluruh negeri taklukan PAS jika ia mampu dilaksanakan secara terus. Bagi Parang Pedang, nak wujudkan negara Islam perlu dengan cara menarik rambut dalam tepung supaya rambut terkeluar tepung tak bersembur. Apakah Hadi Awang bercakap atas dasar syok sendiri atau ada pihak ‘luar’ yang mahu cadangan Mufti Perak disekat? Parang pedang tak tuduh, tapi berani kerana benar takut kerana salah. Bukan sebarang kata Parang Pedang keluarkan untuk membantai sesiapa. Cuma merasakan cadangan Mufti Perak Perlu dipertahankan demi kesejahteraan umat Islam.
Nasihat untuk Hadi Awang, cukuplah orang lain dah malukan PAS. Jangan ditambah lagi cirit dilubang, takut-takut diri sendiri jatuh ke dalam. Parang Pedang tetap Parang Pedang, hanya seorang pemuda yang sayangkan ulama’ terutamanya dari Perak.

Anwar Ibrahim dari sudut pandangan Seorang Menteri yang sangat dipercayai.

Lebih setahun lalu, suatu pertemuan antara Barisan Saf Bloggers dengan seorang menteri telah diadakan. Pertemuan yang tidak formal bertujuan merapatkan hubungan antara bloggers dengan menteri berkenaan sedikit sebanyak menunjukkan penghargaan terhadap bloggers disamping memperlihatkan kewujudan kami dimata pemimpin.
Pelbagai isu yang diperkatakan dan ada antaranya menjadi rahsia antara kami semua. Cuma apa yang ingin Parang pedang ceritakan disini ialah bertapa beliau sendiri tidak sanggup menyebut nama penuh Anwar kerana terkutuknya perbuatan yang beliau lakukan mengikut kaum sadom umat nabi Luth. Hanya sekadar gelaran AI sahaja yang mampu beliau sebut sebagai merujuk kepada nama pelaku terkutuk itu, begitu dasyat sekali apa dia lakukan hingga mahu disebut nama pun Menteri berkenaan tak sanggup. Beliau mendakwa orang seperti itu sudah sahih dilaknat oleh Allah dan menteri berkenaan tidak mahu dituduh bersubahat hanya semata-mata menyebut nama penuh AI dihadapan kami (menyebut nama penuh ibarat memberikan penghormatan tinggi kepada individu berkenaan)
Didalam kenyataan beliau, AI sangat dikenalinya dan sebelum terbongkarnya perbuatan tersebut beliau tidak mempercayai bahawa AI sanggup melakukan perbuatan tersebut. Namun begitu, pembangkaran demi pembongkaran menyerlahkan sikap sebenar AI dan kepercayaan itu lenyap sama sekali apabila kebenaran terserlah.
Kini pelbagai pertuduhan semakin menyerlahkan sikap AI dimata menteri tersebut. Kisah beliau dan AI diceritakan kepada kami dan sebagai menghormati permintaan beliau agar maklumatnya dirahsiakan maka apa yang Parang Pedang dapat sampaikan hanyalah sekadar luahan Menteri berkenaan tentang siapakah AI yang sebenarnya.
Bagi Parang pedang, Menteri berkenaan amat disayangi oleh rakyat pimpinannya bahkan Parang Pedang sendiri amat menghormati beliau disebabkan komitmennya membela masyarakat dikawasaan jagaannya.

Doktor perlu tingkatkan tahap kecekapan tugas

Sejak kebelakangan ini Parang pedang asyik keluar isu berkaitan hospital saja. Bukan kerana Parang Pedang berkerja disana dan tidak juga Parang Pedang sakit. Tetapi disebabkan oleh salah seorang ahli keluarga Parang Pedang yang sakit dan ditemani oleh Parang Pedang. Ada satu cerita yang ingin Parang pedang kongsikan kepada semua pihak, anggap saja ini satu aduan kepada pihak tertentu. Suatu insiden yang berlaku di katil 40 wad 5B Hospital Raja permaisuri Bainun sekitar jam 5 pagi pada 15 Oktober 2011 telah mendorong Parang Pedang untuk menulis artikel ini. Bukan mahu menyalahkan mana-mana pihak tetapi untuk mengajar tentang perlunya sikap ambil tahu tentang tugas yang dipikul oleh para doktor. Selaku pegawai perubatan, tidak seharusnya istilah cuai diguna pakai dalam profesion mereka. Apa yang berlaku tadi sebagai perbuatan yang tidak boleh diterima oleh Parang Pedang apatah lagi pesakit tersebut. Bagi menjalani sesuatu prosedur pengeluaran darah dari tubuh pesakit, doktor yang terlibat sepatutnya tidak membiarkan alatan suntikan yang telah diguna pakai diatas katil pesakit. Mungkin terlupa atau sibuk melayan pesakit lain sehinggakan doktor tersebut terlupa untuk menyimpan jarum yang telah digunakan terhadap pesakit. Berang dengan tindakan doktor terbabit, waris pesakit telah mengadu keadaannya dan hal ini didengari oleh Parang Pedang yang kebetulan berada disana.
Apa yang dapat Parang Pedang simpulkan disini ialah tahap kecekapan tugas seorang doktor perlu dipertingkatkan lagi bagi menjamin kualiti kesihatan rakyat Malaysia. Apa yang Parang Pedang lakukan bukanlah menunding jari kepada pihak yang terbabit tetapi menyampaikan luahan rakyat yang mengalami kejadian tersebut dan menjadi pengajaran buat penjawat awam yang melaksanakan tugas supaya lebih cermat dan berhemah.
Orang mungkin akan tanya apa hak Parang pedang untuk membangkitkan isu ini dalam blog politik. Cuma satu sahaja jawapan Parang Pedang, Politik adalah dasar dan Pentadibran pula perlaksanaan. Kerosakan perlaksanaan lambang kelemahan dasar. Bagi Parang Pedang, jawatan yang diamanahkan oleh Kerajaan kepada Penjawat Awam haruslah dipikul dengan penuh amanah dan bertanggungjawab.
Kepada doktor yang terlibat, Parang Pedang minta maaf kerana terpaksa menyiarkan artikel ini bagi pengajaran dimasa akan datang. Begitu juga petugas-petugas perubatan yang terlibat dalam insiden tersebut.

P/s: Kalau ikut hati Parang pedang , mahu jugak dicucuk hidung doktor tersebut.

Tuesday, October 4, 2011

Atap Siling Klinik Kesihatan Gunung Rapat Ipoh Bocor

Pagi semalam Parang Pedang bawa ahli keluarga yang sakit ke Klinik Kesihatan Gunung Rapat yang terletak bersebelahan Hillcity Hotel Ipoh. Boleh tahan juga jumlah orang yang mendapatkan rawatan disini, pelbagai peringkat usia dan bangsa yang ada. Bagus juga di kawasan ini disediakan perkhidmatan perubatan dan rawatan, siapa yang sakit tapi tak serius bolehlah datang ke sini.



Tapi apa yang Parang Pedang perhatikan disini ialah pada suatu sudut berhampiran dengan tandas lelaki klinik kesihatan tersebut dimana silingnya bocor. Nampak gayanya dah agak lama jugak terjadi dan dibiarkan jika dilihat pada keadaan siling tersebut. Bukan apa, Parang pedang bukanlah nak cari mana-mana pihak yang bersalah atau mengabaikan keadaan Klinik Kesihatan Gunung Rapat Ipoh, cuma sebagai pemerhati rasanya eloklah Parang Pedang beri teguran agar orang awam tidak manghadapi apa-apa masalah berhubung dengan kebocoran siling Klinik Kesihatan berkenaan. Apa yang parang pedang sampaikan ialah sekadar nota kepada pihak yang terlibat supaya mengambil tindakan sewajarnya. Parang Pedang turut mengambil gambar siling bocor berkenaan untuk makluman pihak terlibat. Kalau nak pinjam gambar ni untuk rujukan serta tindakan baik pulih pun Parang Pedang tak kisah asalkan kerja-kerja baik pulih dapat dijalankan secepat mungkin.







P/s: Parang Pedang bukan busy body, tapi takut dapat ‘mandi free’ dibawah siling bocor tu..

Karnival Kerjaya Belia BN Perak



Baru-baru ni Parang Pedang menghadiri karnival kerjaya belia BN ( BN Youth Jobs Fair) di Ipoh. Bertempat di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (Dataran MBI), karnival yang berlangsung selama 2 hari bermula 1 Oktober 2011 dan berakhir pada 2 Oktober 2011 dari jam 9 pagi sehingga 9 malam. Pelbagai program yang diadakan disamping pondok-pondok pameran syarikat swasta yang menawarkan pelbagai kerjaya dari peringkat pentadbiran sehinggalah kepada bahagian teknikal. Pelbagai syarikat gergasi mengambil bahagian mencari calon-calon yang layak sebagai warga syarikat.
Parang Pedang tidak melepaskan peluang mencari kerjaya sesuai dengan kelayakan Parang Pedang sendiri. Selain dari itu juga, pondok pameran institut pengajian tinggi awam dan swasta serta pameran unit berunifom juga dibuka untuk dikunjungi oleh orang ramai. Kehadiran orang ramai amat baik dan mendapat sambutan dari segenap umur.
Parang Pedang berharap agar program sebegini akan berterusan diadakan dan dimasukkan dalam program tahunan bagi memastikan nasib rakyat yang tidak mendapat sebarang pekerjaan akan terus terbela.
P/s : Parang Pedang baru dapat panggilan temuduga hari ni disebuah restoran makanan segera sebagai pelatih pengurusan…Alhamdulillah. Terima kasih Pusat Kerjaya Aman Jaya dan Bn Youth Jobs Fair.

Parti Rojak

Siapa suka makan rojak? Parang pedang tahu rasa rojak memang sedap…tambah-tambah lagi kalau kena pada waktunya. Macam-macam ada dalam rojak yang kita selalu makan, ada timun nenas sengkuang jambu dan bahan lagi.Tapi Parang pedang bukanlah nak promotekan rojak disini sebab kita semua dah kenal dengan rojak, tak perlu lagi nak cerita panjang tentang rojak.
Namun begitu, kenalkah kita dengan parti rojak? Namanya memang agak pelik tapi itulah hakikat tentang parti rojak ni yang Parang pedang nampak. Bukanlah maknanya parti tersebut menjual rojak atau menjadikan rojak sebagai ikonnya, tetapi pemikiran pemimpin tersebut yang memang dah macam rojak. Macam mana pula ia dikatakan parti rojak? Senang sahaja, apa bila suatu pemimpin itu datang dari suatu parti kemudian membuat najis dalam parti yang disertainya lalu dibuang dan dia sendiri menubuhkan parti baru ke dalam suatu pakatan dengan membawa acuan parti lama yang disertainya. Lalu bercampur dengan parti-parti lain dalam sebuah mangkuk bernama pakatan rakyat. Sekali pun ia dipanggil rojak, isi dalamnya tetap berlainan jenis dan takkan bersatu antara satu sama lain.
Parang Pedang memandang parti rojak ini dalam dua sudut pandangan berbeza, satu dari sudut positif manakala satu lagi dari sudut negatif. Jika dilihat, perihal negatifnya lebih banyak dari positif dan lebih banyak memberikan kemudaratan. Kita akan kupas terlebih dahulu kesan positif hasil dari parti rojak ini. Pertama sekali ialah kesan dari parti rojak akan saling mengingatkan antara satu sama lain akan kelemahan dalam parti yang harus diperbaiki. Parti yang tidak ditegur mungkin akan terus melakukan pelbagai kesilapan tanpa diperbetulkan. Dengan adanya campuran pelbagai parti dalam satu pakatan akan menjadikan sesebuah parti yang menyertai menjadi lebih baik.
Disebalik kesan positif yang diberikan, lebih banyak kesan negatif akan timbul dan ini mampu memberikan kesan buruk terhadap rakyat dan negara. Bayangkan sebuah gabungan yang tiada jenama menjaga sebuah negara, apakah masing-masing akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sesuatu perkara tidak baik terhadap negara? Pastinya setiap parti akan menunding jari antara satu sama lain. Tambahan lagi parti masing-masing akan menonjolkan dasar pemerintahan sendiri dan akan berlakulah perbalahan diperingkat awal pentadbiran mereka.
Kesan buruk yang ketara dapat dilihat adalah kerosakan dasar parti masing-masing, ada yang tercabut tangan, tertanggal kaki, hilang kepala dan akhir sekali hilang rupa sebenar parti tersebut. Parang Pedang beri satu contoh kesan kerosakan dasar parti iaitu dasar sebuah parti yang mahukan hukum Islam secara total manakala sebuah parti lagi mahukan dasar republikan sedangkan parti lain berpecah kepada dua kumpulan mengikut dasar-dasar yang diperkenalkan.
Bagaimana penerimaan orang ramai terhadap parti rojak ini? Mungkin semua akan kata sedap dan kemudiannya masing-masing akan berlari ke tandas sambil menyumpah seranah parti rojak ini. Ini senario yang akan berlaku selepas beberapa ketika parti rojak memerintah. Lihat sajalah di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan kelantan yang dipimpin oleh parti rojak, bergabung atas nama pakatan rojak tetapi berlainan rasa. Akibatnya, masing-masing tidak mahu menerima pendapat dan dasar pihak lain.
P/s: Gajah sama gajah bergaduh, pelanduk ditengah jadi mangsa.

Antara Reformasi Anwar Dan Transformasi Najib

Idea ini Parang Pedang dapat ketika membeli makanan pagi di sebuah taman perumahan. Mungkin agak pelik dan lucu tetapi hakikatnya inilah kebiasaan Parang Pedang yang sentiasa mencari tajuk bagi setiap artikel. Kisahnya berlaku semasa Parang Pedang ingin membeli makanan digerai yang biasa dikunjungi, tiba-tiba Parang Pedang melihat sebuah gerai baru dibuka dalam menyaingi gerai yang biasa dikunjungi Parang Pedang (gerai yang sentiasa dikunjungi ramai). Dari sinilah Parang pedang perolehi suatu yang dirasakan perlu sampai kepada masyarakat.
Antara reformasi yang dilaungkan oleh Anwar Ibrahim dengan seruan transformasi oleh Dato’ Seri Diraja Najib Tun Abdul razak, yang mana satukah menjadi pilihan rakyat Malaysia. Seperti yang Parang Pedang katakan tadi bahawa antara dua gerai makan pagi yang dibuka, satu telah lama bertapak manakalau satu lagi masih baru dengan menjual produk yang sama. Pada pendapat Parang Pedang, bukanlah tidak mahu mencuba sesuatu yang baru tetapi apakah berbaloi mengambil risiko mencuba sedangkan coraknya sama iaitu satu nama iaitu nasi lemak (seperti yang akan keluar di Pawagam – Nasi lemak 2.0). Bezanya cuma satu sahaja, sedap atau tidak sedap sedangkan wang telah dikeluarkan.
Sama seperti memilih corak pentadbiran negara ini sama ada mahukan yang lama dan lebih berpengalaman atau memilih yang baru dengan cara yang sama, cuma diubah sedikit sahaja bentuknya. Di Negeri Perak contohnya, Parang pedang sudah merasa rasa kedua-dua perisa (PAS dan UMNO) ini dan ternyata perisa lama (UMNO) lebih enak dan menjadi pilihan utama Parang Pedang.
Anwar menyedari bahawa rakyat sudah biasa menikmati kemakmuran dibawah pemerintahan UMNO, lalu beliau sendiri cuba mencipta klon pentadbiran yang sama seperti apa yang dilaksanakan oleh UMNO, cuma diberi nama baru iaitu reformasi bagi menyedapkan hati rakyat sedangkan hakikatnya apa yang dicanangkan oleh Anwar hanya gimik politik semata-mata. Idea UMNO dicedok oleh Anwar dan diklaim sebagai hakmiliknya. Rakyat yang mahukan pembaharuan mula terpengaruh dengan pujuk rayu Anwar mula beralih arah, akibatnya rakyat tertipu dengan permainan politik kotor ini.
Ketika rakyat sedang mencari kebenaran disaat UMNO dan barisan perti komponen BN menghadapi krisis akibat taktik jahat Anwar, Seorang pemimpin nombor satu negara telah tampil memberikan harapan dan merealisasikannya menerusi program tranformasi negara. Beliau adalah Perdana Menteri Malaysia yang kelima iaitu Dato’ Seri Diraja Najib. Disaat rakyat terkapai-kapai dilemaskan ombak akibat karamnya bahtera pembangkang, bahtera BN mula melemparkan pelampung menyelamatkan rakyat. Pelbagai janji bagi membela nasib rakyat telah dilunaskan oleh BN manakala sebahagian lagi sedang dalam proses perlaksanaan. Nasib rakyat yang tertipu oleh Anwar Ibrahim dan saf perangnya yang terdiri dari parti pembangkang telah mendapat bantuan BN dan ramai yang sedar akan permainan jahat Anwar telah mula memalingkan muka mereka dari dakyah pembangkang kerana tahu mana satu pilihan mereka yang terbaik.
Ternyatalah bahawa corak pemerintahan yang lama lebih baik dari sistem yang baru diperkenalkan tanpa diketahui kredibilitinya. Yang diperlukan hanyalah sedikit perubahan atau tranformasi bagi menambah baik sistem yang sedia ada, bukan membentuk sistem baru. Seperti yang Parang Pedang katakan, jangan sampai menyesal kerana tersalah pilih ‘makanan’. Semata-mata inginkan lebih masin, terpilih yang langsung tak bergaram.

Saturday, September 24, 2011

SELAMAT DATANG DATO SERI NAJIB KE PERAK



Hari ni Parang Pedang rasa gembira sangat atas kehadiran Dato Seri Najib Bin Tun Abdul Razak ke Ipoh. Kedatangan beliau pada pagi ini di Taman Song Choon, Ipoh sedikit sebanyak memberikan kekuatan kepada seluruh angkatan pejuang BN terutamanya UMNO untuk mengukuhkan perpaduan sesama ahli.

Insyaallah pagi ini juga Parang Pedang akan turun membuat liputan dari Taman Song Choon buat para pembaca lamn blog Parang Pedang. Bagi sesiapa yang berada di sekitar Ipoh, jangan lupa untuk menghadirkan diri bagi sesi pertemuan dengan pemimpin nombor satu negara ini.


Tarikh: 24 September 2011
Masa: 9 pagi
Tempat: Taman Song Choon, Ipoh, perak.

Friday, September 9, 2011

Parti Islam Se-Malaysia atau Parti Agenda Subversif?

Sahaja tajuk diatas Parang Pedang petik untuk mempersoalkan tentang kenyataan Mat Sabu selaku timbalan presiden PAS yang baru berkenaan isu komunis sebagai pejuang sebenar. Sebelum beliau memegang jawatan tinggi dalam PAS, tidak ada sedikit pun isu siapa pejuang sebenar dipersoalkan sehinggalah jawatan timbalan presiden parti disandangnya menjadikan kebaculan suara beliau kedengaran.

Siapa Mat Sabu disebalik suara celuparnya mempersoalkan tentang pejuang kemerdekaan negara? Tanpa beliau sedari bahawa kenyataannya turut diikuti oleh ahli PAS yang mempertikaikan kemerdekaan dengan dakwaan bahawa kemerdekaan negara hanyalah kemerdekaan UMNO.

Cuba kita bayangkan jika kenyataan ini terus dibiarkan dan terus diubah tanpa dikawal, apakah generasi akan datang masih berpegang teguh dengan kebenaran sejarah? Mat Sabu sepatutnya malu dengan kenyataan beliau yang bersifat haluan kiri. Pengkhianatan yang beliau lakukan tidak dapat diterima oleh rakyat Malaysia. termasuk juga oleh ahli PAS sendiri yang masih setia pada tanah air.

Friday, September 2, 2011

Blogger Penyokong PAS Tidak Menghargai Kemerdekaan Negara

Panas hati…… terbungkam dalam diri Parang Pedang rasa kecewa dan marah terhadap beberapa penyokong PAS yang tidak menghargai kemerdekaan Malaysia dengan menyifatkan 31 Ogos sebagai hari kemerdekaan UMNO. Sedangkan semua tahu bahawa kemerdekaan adalah milik semua orang yang menjadi warga negara Malaysia. Bayangkan jika hari kemerdekaan pada 31 Ogos tidak dicapai, sudah tentu Negeri Kelantan pimpinan kerajaan PAS juga tidak akam mencapai kemerdekaan dan kemakmuran seperti sekarang.
Jika blogger penyokong PAS ini tidak mengiktiraf hari kemerdekaan Malaysia, apakah status mereka sekarang? Masih dipijak oleh penjajahkah? Atau gantung tak bertali? Blogger penyokong PAS hanya tahu melemparkan kenyataan tak berasas tanpa memikirkan soal sensitiviti rakyat Malaysia.


“Kepada blogger penyokong PAS, apa kamu fikir kamu mampu menuntut kemerdekaan seperti kami? Sedangkan sebelum ini banyak acuan-acuan pentadbiran UMNO diceduk oleh PAS sebagai contoh terbaik. Masih banyak yang kamu perlu belajar untuk menjadi yang terbaik.”

Menyokong Kewujudan Akta Murtad Cadangan Mufti Perak


Parang Pedang ada membaca satu artikel yang dikeluarkan oleh akhbar Suara Perak. Berkenaan kenyataan Mufti Perak berkenaan isu murtad yang semakin berleluasa dinegara ini. Suatu isu yang amat serius dan mengancam akidah umat Islam. Gerakan-gerakan halus bukan Islam jelas menunjukkan bahawa mereka kini sudah tidak menghormati agama Islam lagi. Pihak berwajib patut bertegas dengan mereka yang sudah mula berani menghimpit Islam yang menjadi agama persekutuan dinegara ini.
*Parang Pedang menyokong penuh kenyataan Mufti Perak yang mahukan supaya diwujudkan akta murtad agar tiada lagi mana-mana pihak yang berani mencabul kedaulatan Islam dinegara ini.

Monday, August 29, 2011

Jemputan ke Rumah Terbuka AidilfitriMenteri Besar Perak

Parang Pedang dengan ini mewakili saf pejuang Perak Cyber Troopers ingin menjemput saudara semua yang membaca blog ini ke Majlis Rumah Terbuka Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr. Zambry Bin Abd Kadir. Tarikh, masa dan tempatnya adalah seperti berikut.

Tarikh: Hari Raya Pertama
Masa : 2-6 petang
Tempat: kediaman Menteri Besar Perak (berhampiran bulatan Jalan Istana)

Kehadiran saudara semua amat dialu-alukan.

Bagi yang belum mengenali Menteri Besar Perak secara mendalam, beliau adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. Setiap aktiviti kemasyarakatan akan disertainya dan banyak bantuan diberikan kepada mereka yang dalam kesusahan. Keramahan dan sikap tanggungjawab beliau telah menarik perhatian pelbagai pihak sama ada dari pihak kawan mahupun lawan.

Parang Pedang rasa terkilan kerana menerima watikah Diploma Kejuruteraan dari dari tangan pemimpin pembangkang (Nizar) dan bukannya dari tangan beliau sendiri semasa konvokesyen kolej ketika Perak ditakluk pembangkang selama 11 bulan.

Mengenang Pengorbanan Wira Bukit Kepong

Parang Pedang masih teringat sebuah filem berkaitan perjuangan anggota keselamatan di Bukit Kepong. Kisah yang diabadikan oleh pengarah terkenal iaitu Dato’ Jins Shamsudin berkisar tentang peristiwa hitam angkara kekejaman komunis membunuh seramai 25 orang anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka. Ditembak, ditikam benet malah dibakar hidup-hidup antara tindakan yang dilakukan oleh 200 orang komunis dengan diketuai oleh Mat Indera terhadap pasukan keselamatan Bukit Kepong. Amat membanggakan apabila tiada sebarang penyerahan diri oleh anggota keselamatan terbabit, yang ada hanyalah simpang siur peluru kedua-dua belah pihak dengan laungan takbir membakar semangat anak melayu yang berjuang. Tanpa ada bantuan dari mana-mana pihak (pasukan Home Guard tidak dapat memberikan bantuan kerana tentangan pengganas dari arah mereka) anggota Polis Bukit Kepong mempertahankan berek yang mereka diami bersama keluarga disamping mempastikan balai tidak jatuh kepada komunis.

Sangat malang apabila Parang Pedang terdengar ada yang memuji pengganas komunis dan meletakkan mereka sebagai perwira. Mat Sabu pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pengganas komunis adalah perwira yang sebenar. Tidakkah beliau terfikir akan fahaman komunis yang menolak kewujudan Tuhan? Sedang saat beliau menghukum pemimpin dan pejuang kemerdekaan sebagai kafir dan berfahaman penjajah barat tanpa menyedari beliau sedang berpihak kepada suatu kelompok yang tiada beragama dan memegang teguh pada Teori Darwin.

Hanya kerana bencikan UMNO, beliau sanggup bersekongkol dengan kumpulan yang paling banyak mendera dan membunuh Ulama’ dizaman itu. Komunis sedar bahawa jika Islam berkembang maka usaha menyebarkan dakyah Komunisma akan terbantut dengan teori kewujudan manusia seperti yang termaktub didalam Al-Quran. Dengan musnahnya kumpulan Ulama’, maka usaha penyebaran fahaman logikal (Darwinisme) akan berjalan dengan mudah.

Selaku timbalan Presiden PAS yang kukuh dengan perjuangan berdasarkan syariah, tindakan Mat Sabu sangat menduka citakan seluruh umat Islam terutamanya ahli keluarga pejuang yang terkorban. Ramai juga ahli PAS yang amat kecewa dan marah dengan tindakan Mat Sabu mengeluarkan kenyataan tanpa memikirkan baik buruknya.

Hanya ada satu persoalan diminda Parang Pedang, adakah Mat Sabu dibayar untuk mengeluarkan kenyataan ini atau adakah apa yang dikatakan ini datang dari fahaman dan prinsip Mat Sabu sendiri ekoran kebencian terhadap UMNO? Hanya dia sahaja yang mampu menjawab persoalan ini. Apa pun Parang Pedang sendiri sebak melihat lakonan semula peristiwa hitam Bukit Kepong kerana sejarah tidak pernah menipu kita. Lihat sahaja kisah Leftenan Adnan Saidi yang dibunuh dengan kejam apabila jasadnya digantung dipokok (dalam guni) kemudian ditikam hingga hancur tak merupai jasad lagi oleh tentera Jepun. Ini semua sejarah dan akan kekal diingati oleh generasi akan datang, takkan berubah walau sepatah pun setiap peristiwa ini.

Parang Pedang ingin menasihati Mat Sabu agar memohon maaf kepada semua pihak yang marah dengan kenyataan tersebut. Sebagai muslim, keutamaan seharusnya diberikan kepada saudaranya terlebih dahulu, bukan bersekutu dengan pihak yang tidak sepatutnya. Akhir penulisan Parang Pedang ini, fikirkanlah nasib umat Islam jika dasar Darwinisme disebarkan. Akan pasti huru hara berlaku kerana fahaman ini bertentangan dengan hukum Allah.

“Allah Tuhanku, Muhammad nabiku, Islam agamaku, Kaabah kiblatku, Muslimin dan muslimat saudaraku”
SALAM PEJUANG, SALAM KEMERDEKAAN DAN SALAM AIDILFITRI

Kebajikan Kerajaan Malaysia dalam sektor perubatan

Tarikh 26 Ogos 2011 salah seorang ahli keluarga Parang Pedang dimasukkan ke wad di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh. Petugas hospital semuanya baik belaka serta cekap melaksanakan tugas dengan penuh berhemah dan mengamalkan sikap ramah. Petugas yang Parang Pedang maksudkan ialah petugas di wad 7B Hospital Ipoh. Disini Parang Pedang ingin mengucapkan terima kasih atas layanan yang diberi.
Tujuan Parang Pedang menulis disini bukanlah untuk ceritakan perihal sakit ahli keluarga Parang Pedang, tetapi untuk memberikan ucapan terima kasih kepada kerajaan Malaysia pimpinan BN yang telah memberikan khidmat kepada rakyat. Baru beberapa hari lalu Parang Pedang melihat usaha BN satu lagi apabila Kelab Putera 1 Malaysia melancarkan satu unit paramedik bersama 11 buah ambulans. Amat membanggakan kerana setakat ini belum ada mana-mana pertubuhan luar negara yang sanggup menubuhkan unit sukarelawan paramediknya sendiri seperti ini. Disamping membantu mangsa yang kemalangan atau sakit, ia juga memberikan pendedahan am berkaitan keselamatan nyawa seperti bantuan kecemasan, CPR, balutan serta beberapa kemahiran yang lain.
Bukan itu saja, sebelum ni Parang Pedang juga melihat Dato’ Seri Najib melancarkan klinik 1Malaysia bagi membantu pesakit kurang berkemampuan dari segi kewangan. Parang Pedang juga mengakui bahawa kualiti rawatan yang diberikan adalah setanding kualiti rawatan dipusat perubatan swasta yang lain. Parang Pedang melahirkan syukur ke hadrat ilahi atas nikmat kurniaNya meletakkan Parang Pedang dibumi Malaysia ini.
Besar harapan diri ini melihat keamanan seperti ini berkekalan sehingga Parang Pedang menutup mata dalam keadaan tersenyum apabila nasib anak cucu Parang Pedang pada masa akan datang turut terjamin.

Wednesday, August 24, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Salam Kemerdekaan

Tidak banyak yang Parang Pedang nak perkatakan sempena menjelangnya Syawal yang mulia ini selain memohon ampun dan maaf sekiranya selama Parang Pedang menghasilkan penulisan ini penuh dengan kata-kata yang menyakitkan hati para pembaca terutamanya dari pihak pembangkang. Apa yang Parang Pedang lakukan adalah demi memartabatkan kedaulatan agama bangsa dan tanah air agar tidak dijajah semula seperti masa lalu. Parang Pedang bukan berjuang atas satu tiket parti semata-mata tetapi untuk semua anak bangsa agar pemikiran kita tidak dijajah semula oleh bangsa asing.

Sebagai penghargaan kepada perjuangan Parang Pedang selama ini, diharapkan sudilah kiranya para pembaca menerima kad ucapan hari raya dari Parang Pedang didalam laman blog ini. Akhir kata dari Parang Pedang, semoga Ramadhan dan Syawal ini membawa kesejahteraan kepada kita semua ditambah dengan sambutan kemerdekaan kita yang akan diraikan serentak bersama Harai Raya Aidilfitri ini.

Salam Takzim dari saya Parang Pedang. Bersama didalam satu angkatan pejuang.

Maaf Zahir dan Batin.

Friday, August 19, 2011

Jom !! Pekena Nasi Arab Greentown Ipoh.


Hari ni Parang Pedang nak promote sikit tentang keistimewaan Ipoh yang terkini. Baru-baru ni Parang Pedang berbuka puasa di kedai nasi Arab Pakma di Greentown. Memang tak boleh kata bila nasi disuapkan ke mulut. Sampaikan Parang pedang bungkus untuk bersahur. Kepada yang berkunjung ke Ipoh, Jangan lupa ke kedai Nasi Arab Pakma. Tukang masaknya semuanya pak sheikh belaka. harga makanan pun ok tak mahal.

Isu Gereja. Mengapa pembangkang melatah dengan menuduh UMNO?

Tadi Parang Pedang menziarahi laman blog pembangkang, banyak jugak antara mereka yang membantai UMNO berkenaan isu gereja. Nampaknya mereka masih tak faham atau buat-buat tak faham sebab sekutu mereka yang buat salah.

Menjawab kepada sebuah laman blog pro pembangkang yang menyatakan kecurigaan terhadap isu ini, adakah PAS yakin bahawa UMNO yang merancang perkara sebegini? sedangkan kita semua tahu isu agama adalah yang paling sensitif dan sangat bahaya jika tidak diambil peduli. Tindakan JAIS sangat berpatutan dengan syariat. kita lihat kesan akibat jika terlalu mengambil mudah urusan agama hinggakan ajaran bukan Islam boleh diserapkan dikelas tambahan seperti yang berlaku kelmarin (disiarkan dalam berita). Anak kecil diberi tarbiah ajaran bukan Islam melalui lagu nyanyian tanpa mereka sedar. Inikah yang pembangkang mahukan jika tindakan awal tidak dibendung. PAS sebuah parti Islam boleh menafikan tindakan UMNO membantai Menteri Besar Selangor kerana isu ini, sudah hilangkah kewarasan pembangkang sampai isu agama diperkotak katikkan? PAS hanya marah kerana UMNO 'menghadiahkan' jamban dan penyapu kepada pejabat Menteri Besar Selangor. Untuk apa dihadiahkan kepada pihak gereja sedangkan yang mempertikaikan tindakan JAIS adalah pihak lain.

Pembangkang sudah tiada modal untuk membantai UMNO melalui isu-isu yang lain. maka dengan isu yang baru ini kononnya pembangkang mampu mengubah isu yang sedang melanda mereka terutamanya berkenaan ketua pembangkang. Tanpa mereka sedar bahawa tindakan menuduh UMNO sebagai dalang disebalik kes gereja, mereka telah menambahkan lagi masalah dalaman parti sendiri.

Parang Pedang hairan, mengapa mereka melatah dengan isu ini? ada apa-apa share ke dengan pihak terlibat? harapnya ada la jawapan yang memuaskan hati Parang Pedang selepas ini..

Wednesday, August 10, 2011

Wujudkan Industri Beca di Ipoh.

Semalam Parang Pedang ada menonton sebuah dokumentari berkenaan dengan industri beca. Memang sangat menarik hinggakan Parang pedang duduk leka menonton tv. Tetapi bukan sekadar duduk sahaja kerana daripada apa yang Parang Pedang lihat ialah suatu idea yang patut dilakukan di negeri Perak terutamanya Ipoh yang terkenal dengan panggilan ‘old town’. Bila sebut Ipoh sahaja maka akan terbayanglah rasa kopi putih (white coffee) yang harum. Maka tidak salah jika Parang Pedang melontarkan idea yang terpendam dalam otak ni. Mungkin zaman sekarang merupakan zaman moden dan serba serbi bergerak macam kilat, akibatnya keserian Bandaraya Ipoh juga turut tenggelam dengan kesesakan pelbagai jenis kenderaan.

Parang Pedang ingin menyarankan agar industri perlancongan di Ipoh dihidupkan dengan beca. Bukan apa, alang-alang sudah dikenali dengan nama pekan lama maka biarlah ia berseri dengan kenderaan lama. Pembawanya tidak menjadi masah kerana kita tahu terdapat banyak orang yang memerlukan pekerjaan boleh mengisi ruang kekosongan ini. Tambahan pula terdapat sesetengah orang yang menjalankan aktiviti kutipan wang hasil parking kenderaan secara tidak sah boleh berubah pendapatan sebagai pembawa beca. Pekerjaan ini tidak perlu dipandang hina kerana ia mampu menjana pendapatan seperti orang lain bekerja.

Parang Pedang berhasrat menyampaikan mesej ini kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak iaitu Dato’ Seri Dr. Zambry Abd. Kadir agar mempertimbangkan cadangan menghidupkan semula industri beca untuk tujuan perlancongan di Perak.

Monday, August 8, 2011

Salam Takziah Buat Mangsa Tragedi Tanah Runtuh

Parang Pedang dengan ini ingin mengucapkan Salam Takziah kepada mangsa-mangsa tragedi Tanah Runtuh di Cameron Highlands. Rasa sedih turut menyelubungi laman blog ini mengenangkan nasib mereka yang terkorban.

Sunday, August 7, 2011

sekali sekala kita belajar cakap Jerman.

Kembara disana sini..

Mungkin tajuk ni agak pelik sedikit buat para pembaca, tetapi sekali sekala kita keluar sedikit dari tajuk politik...Sebelum itu Parang Pedang mengucapkan jutaan maaf kerana sudah lama tidak berhubung dengan para pembaca...Disamping itu juga Parang Pedang ingin menyampaikan Salam Ramadhan Al-Mubarak buat pembaca dan bloggers yang dikasihi. Ketiadaan Parang Pedang selama ini bukanlah berkait dengan tajuk kali ini iaitu -Kembara disana sini-, melainkan Parang Pedang mengambil 'cuti' rehat sambil beriadah.

Kembara disana sini diambil bagi memperkenalkan salah seorang sahabat Parang Pedang yang banyak mengembara sambil menceritakan pengalaman beliau sepanjang perjalanan di negeri orang. Bagi yang ingin melihat negeri orang, maklumat yang disampaikan didalam blog ini amat berguna. Mungkin juga anda boleh berkongsi pengalaman anda bersama penulis blog ini disamping mendapatkan nasihat dari beliau. Pesanan dari Parang Pedang : sebaik-baik ilmu ialah pengalaman yang diceritakan melalui pengalaman orang lain bagi manfaat diri sendiri pada masa akan datang.

bagi mengunjungi laman blog beliau, silakan 'klik' pautan dibawah.

http://ahmadsafuan-abdullah.blogspot.com/

P/s Parang Pedang: Asyik cerita bab politik jer, bila nak selesai masalahnya?

Thursday, April 21, 2011

Benarkah Penyokong PAS anti hadis?


Terasa sangat marah Parang Pedang pada penyokong PAS ni apabila mempertikaikan sumpah laknat yang dibolehkan oleh Rasulullah S.A.W setelah sukar mendapatkan bukti yang jelas iaitu 4 orang saksi yang adil. Ini disebabkan oleh ketaksuban terlalu tinggi penyokong PAS yang mahu membela si pesalah yang telah berzina agar terlepas dari hukuman. Baru tadi Parang pedang terbaca kenyataan seorang Penyokong PAS yang dikenali dengan nama iskandhar Zulkarnain yang mengejek kaedah penggunaan sumpah laknat.

Disertakan bersama artikel ini ialah bukti kenyataan si anti hadis ini yang mempertikaikan apa yang telah dianjurkan oleh Baginda Rasulullah S.A.W

Diharapkan agar ini akan menjadi iktibar kepada semua agar berfikir sebelum mengeluarkan kenyataan kepada umum.

Adakah DAP akan bergabung dengan PAP apabila telah menguasai Malaysia?



Jika kita amati logo parti DAP (Malaysia) dan PAP yang berpusat di Singapura, sangat terserlah kesamaan antara kedua-dua belah parti ini. Kenapa Parang Pedang mahu kaitkan PAP dengan DAP sedangkan yang ada di Malaysia hanyalah DAP. Inilah yang Parang Pedang cuba bongkarkan disebalik suatu pemerhatian secara mendalam. Bagi Parang Pedang, demokrasi bermakna kebebasan bersuara oleh rakyat tanpa ada dasar kuku besi. Akan tetapi yang perlu diketahui ialah cara demokrasi tersebut sama ada berparlimen atau republik. Malaysia melaksanakan dasar demokrasi berparlimen manakala Singapura pula dengan demokrasi republiknya.

DAP beranggapan bahawa sistem parlimen yang bersandarkan kepada perlembagaan telah menjadikan sesebuah negara itu mundur. Oleh demikian parti ini telah nekad menjadikan negara sebagai sebuah negara republik. Dengan mengenepikan perlembagaan, kuasa institusi raja, ketuanan Melayu serta hal ehwal adat resam dan Agama Islam sebagai agama rasmi, parti tersebut akan dapat membentuk sebuah negara dengan sistem yang sama seperti Singapura.

Dalam mengejar cita-cita DAP sejak sekian lama, agak sukar bagi mereka untuk bekerjasama dengan PAS kerana majoriti penyokong PAS adalah bangsa Melayu beragama Islam dan sudah pasti tentangan sengit akan terjadi kerana matlamat PAS ialah mewujudkan sebuah negara Islam yang mengamalkan sistem Islam seratus peratus (100%) sedangkan matlamat DAP adalah demokrasi republik. Oleh demikian, langkah terbaik ialah dengan cara bergabung dengan pelbagai parti pembangkang dalam membentuk suatu pakatan rakyat (sebenarnya pakatan DAP) agar mampu menjadi suara gergasi dalam amalan demokrasi di Malaysia. Dengan bertindak sebagai 'jeneral' dalam Pakatan Rakyat, DAP mudah saja mengorbankan parti-parti lain yang menjadi tentara caturnya. Kita imbas semula bagaimana caranya DAP mengorbankan calon-calon Pakatan Rakyat di kawasan yang diyakini amat tipis untuk menang kerana tidak mahu kerugian padahal kawasan yang ditandingi DAP mempunyai prospek untuk menang. DAP juga menjadikan parti lain sebagai bahan kajian bagi menentukan kadar sokongan terhadap pembangkang sama ada kuat mahupun tidak.

Berbalik semula kepada perbincangan asal sama ada DAP akan bergabung dengan PAP apabila telah menguasai Malaysia adalah tidak mustahil kerana Singapura pernah menjadi sebahagian dari malaysia walaupun sekejap. PAP boleh dianggap sebagai mentor kepada DAP kerana perlaksanaannya dalam demokrasi republik lebih matang dan berpengalaman. Perkara pertama sekali yang DAP akan lakukan ialah beberapa penghapusan hak milik melayu seperti yang diterangkan diatas. Ini sudah jelas kelihatan sama seperti yang berku di Pulau Pinang, itupun baru perubahan minor yang telah DAP lakukan. Bayangkan apa akan terjadi jika jika perubahan major berlaku setelah Malaysia dikuasai DAP dengan bantuan sokongan PAP.

Fikirkanlah masa depan anak bangsa kita. Penyesalan tidak sudah jika kita bertindak tanpa memikirkan buruk baiknya sesuatu perkara. Ingatlah pusara kita, tanah kebun, rumah pusaka dan segala apa yang telah dijadikan hak kita akan lenyap begitu sahaja. Sanggupkah kita cuma sekadar memiliki lantai batu berlapis-lapis sampai mencecah langit (pangsapuri murah) semata-mata?

Wednesday, April 20, 2011

DAP Ibarat Parasit Dalam Pembangkang

Hidup atas nama pembangkang, itu istilah yang paling sesuai buat parti ini. Sekian lama DAP menghadapi susah payah diatas penubuhannya ketika awal kemerdekaan dahulu dan kini sudah bergelar parti yang aktif menakluk beberapa kawasan di Malaysia.

Tetapi apakah hidupnya parti ini kerana wujudnya beberapa parti gergasi yang lain disamping mendapat bantuan beberapa parti yang tumbuh bagai cendawan? Inilah yang sedang kita lihat sepanjang berlangsungnya perjalanan politik tanah air. Lebih dikesalkan lagi adalah cara parti ini bergerak dengan berselindung disebalik kredibiliti parti pakatan mereka yang lebih agresif dan dalam masa yang sama menghirup darah parti-parti yang lain hingga menemui kekalahan tanpa disedari oleh parti yang bergerak sama dengan DAP.

Lihat sahaja contoh Pilihanraya DUN Sarawak dimana PKR yang menghantar wakilnya bertanding telah mengalami kekalahan teruk sedangkan DAP memperolehi kemenangan yang lebih banyak hingga mampu menewaskan Timbalan Ketua Menteri Sarawak dari SUPP.

Adakah Pakatan pembangkang masih tidak sedar akan muslihat ini hinggakan terkorban angkara DAP? Strategi DAP yang sangat licik telah mengaburi dua parti besar iaitu PAS dan PKR akan tetapi dapat dibaca oleh para penganalisis politik. DAP mempunyai pelan penaklukan Malaysia melalui beberapa buah negeri sebagai checkpoint seterusnya menjadikan negeri taklukan mereka sebagai center untuk meluaskan kawasan.

Apa yang harus kita ketahui ialah dasar perkongsian DAP yang berat sebelah dimana parti-parti lain tidak boleh mengganggu gugat kawasan DAP akan tetapi parti DAP boleh mencampuri urusan parti lain. Kita ambil contoh seperti apa yang berlaku di Perak setelah BN mengalami kekalahan besar pada PRU 12. PAS yang sepatutnya mentadbir telah dipertikaikan oleh DAP kerana menteri besarnya bukandari kalangan ahli DAP sendiri. Sedangkan undang-undang Perak berkehendakkan bahawa Menteri Besar mesti terdiri dari Bangsa Melayu Beragama Islam.

Jelaslah apa yang Parang pedang katakan disini semuanya berdasarkan fakti serta bukti kukuh. Bukan sekadar omong-omong kosong seperti yang selalu didakwa oleh puak pembangkang. Menjadi harapan parang pedang semoga mesej kesedaran ini akan sampai ke lubuk hati para penyokong parti pembangkang agar menerima hakikat bahawa siapa sebenarnya DAP didalam Malaysia.

Artikel akan datang: “Apakah DAP akan bergabung dengan PAP apabila telah menguasai Malaysia?”

Saturday, April 16, 2011

Dasar Anwar Ibrahim yang tidak mampu membayangi Tun Mahathir.

Tajuk yang diletakkan ini bukanlah bermaksud Parang Pedang ingin memuji individu yang dinyatakan, tetapi mempersoalkan sejauh manakah dasar pemikiran Anwar Ibrahim yang selama ini membayangi dasar pemikiran Tun Mahathir Mohamad selepas beberapa tahun dipimpin oleh Mantan Perdana Menteri tersebut selaku mentornya.

Kata orang jika mahu berguru biarlah sampai tamat, khuatir ilmu yang tidak tamat akan memakan diri. Begitulah jua jadinya dengan Anwar Ibrahim yang selama ini dibentuk dengan acuan Tun Mahathir sejak awal penglibatannya dalam UMNO sehinggalah saat kejatuhannya pada tahun 1998. Jika diimbas kisah lalu tentang perjalanan Anwar Ibrahim dalam dunia politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kita dapat lihat bertapa banyak kontrovesi yang ditimbulkan oleh Anwar Ibrahim sehingga pernah ditahan pihak berkuasa ketika bergelas siswa.

Tun Mahathir melihat pada awal penglibatan Anwar Ibrahim sebagai suatu kekuatan baru dalam arus poltik telah mengambil Anwar seperti anak beliau sendiri dan diberi didikan dalam pelbagai ilmu politik dan pentadbiran. Namun begitu setelah beberapa tahun berdiri dibelakang Tun Mahathir, beberapa kepincangan mula kelihatan dan ini amat mengecewakan Tun Mahathir selaku mentor kepada Anwar. Sehinggalah saat kemuncak kejatuhan Anwar secara total jelas menunjukkan apa yang diserapkan oleh Tun Mahathir ke dalam diri Anwar Ibrahim sebagai ganti diri beliau telah gagal. Walau apapun yang terjadi, kegagalan ini tidak boleh diletakkan diatas bahu Tun Mahathir kerana ia adalah kehendak Anwar sendiri yang mahu melakukan kaedah “try and error” (cuba dan salah). Tanpa memikirkan bahawa laluan yang dibawa oleh Tun Mahathir amat berisiko, Anwar telah menjatuhkan dirinya ke dalam jurang yang tidak mampu didaki semula.

Lalu bermulalah episod baru Anwar Ibrahim dalam dunia politik tanpa bimbingan seorang mentor sekaligus ia membuatkan bayangan Tun Mahathir dalam diri Anwar hilang begitu sahaja. Kini Anwar Ibrahim telah cuba membawa imejnya selaku pemimpin sebuah parti namun tidak mampu menyaingi pengaruh Tun Mahathir. Sifat egonya telah menutup pintu hati dari menghargai pengorbanan seorang mentor yang selama ini meletakkan kedudukannya hampir separas seorang pemimpin tertinggi dalam UMNO ketika itu. Bukan itu sahaja, Anwar Ibrahim nekad menentang mentornya dalam arena politik dan cuba membentuk ikon sendiri menerusi parti pembangkang.

Jelaslah perjuangannya bermotifkan dendam terhadap Tun Mahathir hinggakan sanggup memecah-belahkan sekelompok ahli UMNO untuk menyertai parti barunya. Bagai kacang yang melupakan kulit, serangan demi serangan telah dilancarkan oleh Anwar terhadap Tun Mahathir ekoran pemecatan terhadapnya dari jawatan TPM. Anwar sememangnya jauh tersimpang dari jalan asal matlamat ketika awal penyertaan ke dalam parti UMNO tidak seperti Musa Hitam yang akur pada kenyataan apabila jatuh dari kedudukan beliau.

Sememangnya hukum Tuhan tetap adil terhadap hamba-Nya apabila tembelang Anwar mula pecah dengan beberapa isu, ditambah pula kredibilitinya mulai hilang kerana ramai ahli yang menyertai PKR telah bertindak keluar parti dan mempetikaikan kemampuan Anwar dalam memimpin PKR. Jika dilihat pada aura Tun Mahathir, masih wujud kekuatan pengaruh beliau dalam meraih sokongan orang ramai sekalipun beliau tidak lagi menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri. Buktinya ialah kempen pilihanraya yang mana pengaruh penyokong Tun Mahathir kelihatan hangat disetiap tempat dilawati beliau.

Misi dan Visi Tun Mahathir ternyata banyak memberikan keuntungan kepada seluruh rakyat Malaysia berbanding apa yang dirancang oleh Anwar Ibrahim sejak penubuhan PKR telah mengecewakan pelbagai pihak kerana tiada hasil. Kita seharusnya melihat sesuatu secara rasional sebelum memberikan sebarang kritikan terutama sekali dalam soal sokongan terhadap mana-mana pemimpin. Banyak perbezaan diantara kedua-dua pemimpin parti ini walaupun pernah berdiri diatas platform sama terutamanya dari segi kekuatan pengaruh dan daya kepimpinan. Apa pun, hanya rakyat sahaja yang mampu menilai perbezaan kedua-dua tokoh ini. Lihat, fikir dan buat penilaian sebelum memberikan keputusan.

Wednesday, April 13, 2011

Husam taknak bertanding….Nik Aziz kenapa tak letak jawatan?

Bukan nak bagi berapi, cuma nak hanguskan jer. Itulah yang Parang Pedang cuba persoalkan bila ajk PAS pusat iaitu Datuk Husam Musa menyatakan bahawa beliau tidak akan bertanding sebagai Presiden PAS. Tindakan professional Datuk Husam yang memikirkan soal kemampuan untuk memimpin sebuah parti dilihat lebih matang berbanding dengan TGNA (Tuan Guru Niak Aziz) yang masih tidak mahu melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Kelantan dan memberikan laluan kepada orang lain yang lebih layak.

Adakah tidak ada yang sesuai menggantikan kedudukan Nik Abdul Aziz dalam soal mentadbir sebuah Parti? Husam didalam BERNAMA (Berita Nasional Malaysia) menyatakan bahawa beliau tidak berniat untuk menentang Dato Seri Hadi Abdul Awang kerana menghormati pucuk pimpinan PAS. Bagaimana pula dengan pucuk pimpinan PAS terhadap penyokang bawahnya?

Cuma parang Pedang nak menyampaikan suatu pesanan disini, rahsia kekuatan sebuah parti adalah toleransi antara pucuk pimpinan dengan akar umbi yang baik seperti yang diamalkan oleh Barisan Nasional. Oleh demikian, kalau rasa tidak mampu untuk mentadbir dan membangunkan sebuah negeri, lebih elok meletakkan jawatan demi kesejahteraan rakyat. Rakyat taknak dengar ceramah dan laungan pidato semata-mata, tetapi perlu disertakan dengan bukti berupa sebuah pembangunan dalam negeri.

Tiada jurang persahabatan kerana perbezaan politik (untuk semua sahabat Parang Pedang).

Disini bukanlah Parang Pedang nak mengadu apa-apa masalah kepada pembaca. Tetapi sekadar menyampaikan apa yang terpendam dalam hati sejak menjadi penulis dalam dunia politik. Parang Pedang tahu ada yang mengenal diri ni secara mendalam iaitu rakan-rakan Parang Pedang sendiri. Jauh dalam fikiran Parang Pedang ialah berkenaan dengan pandangan serong sesetengah sahabat Parang Pedang akibat kurang senang dengan penulisan blog ini. Tapi apa yang mereka perlu tahu ialah prinsip Parang pedang yang tidak mahu mencampur adukkan antara dunia politik dengan hubungan baik dalam berkawan. Sangat jarang Parang pedang nak bangkitkan isu politik dengan seorang kawan melainkan ia dah dibangkitkan, itu pun selepas beberapa waktu Parang Pedang akan tukar topic yang lain.

Lain jadinya pula dengan beberapa orang kawan yang bertindak memboikot Parang Pedang (melalui FB dengan nama sebenar Parang Pedang). Tapi Parang Pedang tak ambil kisah sebabnya kalau terjumpa tengah jalan, Parang Pedang sendiri yang akan hulur tangan untuk bersalam. Kalau taknak bertegur sapa tu lainlah ceritanya, tapi memtuskan hubungan dengan seorang kawan memang pantang pada diri Parang Pedang.

Jadi untuk menjelaskan perkara ni, terpaksalah Parang Pedang menulis artikel ini bagi menyatakan pendirian serta prinsip Parang Pedang berkenaan jurang antara dunia politik dan persahabatan. Harapnya selepas ini para sahabat yang sangat Parang pedang hormati tidak adalah salah faham dan sengketa disebabkan hal sebegini.

PAS pernah menentang pembentukan Negara Malaysia

Suatu yang perlu kita kenang suatu masa dahulu. Sejarah yang patut diketahui dalam dunia politik negara mungkin telah dilupakan kerana pertimbangan budi bicara kerajaan BN. Namun begitu bagi pejuang politik negara ia takkan mudah dilupakan kerana pengkhianatan sebegini sukar dilupai.

Tambahan pula apabila melihat kesungguhan pembangkang yang mahu menguasai Sabah dan Sarawak, bertambah kebencian terhadap puak-puak yang tak tahu malu macam ni. Dahulunya merekalah yang tidak mahu Sabah dan Sarawak dimasukkan ke dalam Malaysia, tapi sekarang mereka pula yang beriya-iya mahu menawan kedua-dua negeri tersebut. Tidakkah wujud rasa malu dijiwa mereka yang mengkhianati Sabah dan Sarawak suatu ketika dahulu?

Berdasarkan sejarah awal penubuhan Malaysia, para pemimpin UMNO telah berjuang menyampaikan misi penubuhan Malaysia di Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei Darussalam. Walaubagaimanapun hanya Sabah, Sarawak dan Singapura (cuma berada dalam Malaysia untuk beberapa tahun sahaja) yang menyertai Malaysia. Ketika dalam penubuhan sebuah negara pada tahun 1963, beberapa pihak seperti Indonesia dan Filipina telah menentangnya, tidak terkecuali sebuah parti dalam Malaysia iaitu PAS yang terdiri dari bekas biro agama dalam UMNO. Jelaslah disini bahawa perjuangan UMNO adalah suci kerana ingin menyatukan seluruh negeri di nusantara dibawah satu nama iaitu Malaysia.

Parang Pedang nak bertanya kepada PAS, apakah sumbangan mereka kepada Sabah dan Sarawak selepas kedua-dua negeri tersebut menjadi sebahagian dari Malaysia? Nampaknya satu apa pun yang tak disumbangkan kepada Sabah dan Sarawak. Malah mereka berhasrat untuk memecah belahkan seluruh warga dikedua-dua negeri tersebut yang sentiasa aman. Pada hari ini kita lihat usaha pembangkang dalam mengkucar-kacirkan Sabah Sarawak masih berterusan.

Saf pejuang Barisan nasional tidak meminta apa-apa dari rakyat Sabah dan Sarawak, cuma fahamilah dan ingatlah siapa pejuang sebenar yang membela nasib mereka sejak dahulu hingga kini.

Monday, April 11, 2011

Lagi mau putar alam ka?

Sikit sikit isu minyak….takde isu lain ke dah? Itulah yang Parang pedang rungutkan pada pembangkang yang telah ketandusan isu. Mereka akan menggunakan isu lama dalam penyebaran fitnah mereka. Kali ini isu minyak pula yang dibangkitkan lagi dalam kempen di Sabah dan Sarawak. Cerita yang dibawa mereka ialah berkenaan isu minyak naik lebih tinggi di Sabah dan Sarawak. Apa jadah mereka ni buat cerita macam ni?

Parang pedang selama ni diam saja bila pembangkang buat cerita palsu, tapi nampaknya kali ni beria sangat mereka gunakan cerita palsu ni untuk kempen mereka. Apa yang dapat parang pedang buat ialah menangkis tuduhan mereka. Bertapa biadabnya mereka dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan berkenaan Kerajaan BN. Tanpa mereka sedar bahawa setiap kenyataan yang dikeluarkan itu telah menyinggung hati rakyat Sabah dan Sarawak. Memang patut jika ramai yang menganggap bahawa Pembangkang merupakan satu-satunya parti yang miskin. Bukan saja miskin dengan maruah malah miskin dengan isu serta moral.

Keegoan dengan kemenangan lalu menjadikan mereka lupa diri hingga sanggup melangkaui nilai-nilai moral. Tanpa merujuk kepada fakta (lebih kepada auta), mereka menuduh harga minyak telah dinaikkan untuk menambah kemarahan rakyat terhadap Barisan Nasional. Kini rakyat telah mula membuka mata dalam menilai bahawa siapa yang merosakkan siapa. Seperti baru-baru ini ketua menteri Pulau Pinang iaitu Lim Guan Eng yang mahu membangunkan Sarawak telah menyakitkan hati penduduk Pulau Pinang kerana keadaan di Pulau Pinang bawah pemerintahan DAP pun masih gelap dan kebajikan tidak dijaga. Bagaimana pula hendak memerintah negeri Sarawak? Bukalah mata wahai rakyat Sarawak, jangan jadikan Sarawak seperti Pulau Pinang kedua.

lihat berita penuh

Tamak kuasa!

Lim Guan Eng tamak! Mahukan negeri lain sedangkan negeri sendiri tak terjaga. Itulah luahan Parang Pedang apabila Guan Eng mengeluarkan kenyataannya mahu mentadbir negeri Sarawak padahal rakyat Pulau Pinang menderita dibawahnya. Apakah tidak cukup pendertiaan masyarakat Pulau Pinang sampaikan dia mahu memijak Sarawak?

Inilah sikap pembangkang yang tak pernah cukup dan bersyukur dengan apa yang dimiliki sedangkan miliknya yang ada tidak terjaga kebajikannya. Perkara ini pernah terjadi di Perak apabila selepas kejatuhan kerajaan PAS, pemimpinnya tidak serik untuk bertanding di sebuah kawasan dan memenangi pilihanraya kecil ditempat tersebut. Namun begitu disebabkan sikap dendam dan tamaknya pemimpin tersebut, setiap pilihanraya kecil pastinya dia muncul untuk membalas kekalahan partinya di Perak.

Bukan dia sahaja, bahkan hampir keseluruhan pemimpin pembangkang menyimpan dendam tak sudah terhadap parti UMNO sampaikan negeri sendiri tak terjaga sedang negeri orang mahu diganggu. Berbalik semula kepada isu tamak kuasa di Sarawak, orang ramai sudah pandai memilih siapa pemimpin yang sepatutnya dan Guan Eng tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan untuk mentadbir Sarawak padahal Pulau Pinang terumbang ambing goyah ekoran pentadbiran yang berat sebelah.

Sebagai Rakyat yang telah menikmati kemakmuran selesa seharusnya faham bahawa apa yang dilakukan oleh pembangkang adalah sekadar janji kosong dan dendam kepada Barisan Nasional.

Mesyuarat Agung Cawangan Rapat Setia pada 10 April 2011 jam 3.00 petang

Petang tadi bertarikh 10 April 2011 jam 3.00 petang, Mesyuarat Agung Cawangan Rapat Setia telah diadakan di Dewan Koperasi Rapat Setia. Kehadiran seramai 66 orang telah merancakkan majlis dengan diperhatikan oleh seorang pemerhati dari Taman Ipoh Jaya sebagai wakil Bahagian Gopeng .

Dari pihak pemuda, seramai dua orang telah dihantar sebagai ahli perwakilan pemuda Bahagian Gopeng . Manakala dari pihak cawangan pula , seramai lima orang telah dihantar termasuk Parang pedang sendiri ke perwakilan Bahagian Gopeng. Beberapa usul telah dibangkitkan oleh beberapa ahli dan usul disokong oleh keseluruhan hadirin.

Sikap toleransi sesama ahli membuatkan mesyuarat berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Begitu juga barisan kepimpinan cawangan yang bijak menyusun aktiviti menjadikan masa mesyuarat selesai mengikut waktu yang sepatutnya.

Antara aturcara mesyuarat disertakan dibawah untuk tatapan umum:

- Pendaftaran ahli
- Ucapan aluan pengerusi majlis
- Bacaan doa
- Nyanyian lagu kebangsaan dan lagu “UMNO Bersatu”
- Perlantikan pengerusi mesyuarat dan akuan sumpah perlantikan
- Pengumuman jumlah ahli yang hadir
- Perlantikan jurutulis
- Ucapan ketua cawangan
- Pembentangan peringatan persidangan cawangan 2010
- Pembentangan penyata tahunan cawangan 2010
- Pembentangan penyata kewangan berakhir 31.12.2010
- Pemilihan 5 wakil cawangan ke perwakilan bahagian
- Perbahasan usul-usul
- Penangguhan persidangan (disokong)
- Ucapan penangguhan
- Persidangan ditangguhkan jam 5 petang.

Mengapa ahli politik pembangkang banyak terlibat dalam skandal seks?

Parang Pedang selalu tertanya tentang hal ni kerana kerap sangat skandal seks yang dilakukan oleh puak pembangkang terutamanya PAS dan PKR. Seperti yang kita semua tahu banyak kes skandal seks yang melibatkan ahli PAS manakala PKR pula telah dicop sebagai parti homoseksnya. Sebelum ini mereka telah banyak membuat pertuduhan mengenai skandal seks orang UMNO dalam cubaan menjatuhkan reputasi saf kepimpinan UMNO dan parti itu sendiri.

Apakah pertuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang sekadar untuk menutup kelemahan mereka sendiri daripada terlihat oleh rakyat? Mungkin juga kerana taktik ini seringkali dipakai oleh segolongan pemimpin diluar negara untuk menutup kelemahan mereka sendiri. Namun begitu pertuduhan mereka seringkali tidak didatangkan dengan bukti atau saksi. Inilah yang membuatkan orang ramai semakin meluat dengan sikap mereka. Baru-baru ini timbul lagi isu skandal oleh DSAI berikutan video aksinya bersama seorang pelacur. Sebelum itu juga kecoh dengan kes penangkapan seorang tokoh wakil rakyat PAS yang melakukan perbuatan zina didalam gerabak keretapi. Pernah suatu ketika dahulu terjadi kes khalwat Mat Sabu dengan seorang wanita didalam bilik. Ekoran peristiwa itu, maka orang-orang PAS pun bertempik memarahi orang yang melakukan penangkapan tersebut.

Maksum ke orang PAS ni hingga dihalalkan perbuatan zina? Tuan guru sila jawab kerana dengar katanya tuan guru tidak mahu memanjangkan kes ini. Kenapa tidak mahu mendedahkan kebenaran? Apakah kerana hudud tidak dilaksanakan di Malaysia lalu perbuatan sumbang disembunyikan? Mengapa pula apabila ahli UMNO yang melakukan perbuatan buruk , Nik Aziz mengeluarkan kenyataan tuduhan? Adakah layak dia digelar ulama’?

Isu ini bukanlah bertujuan untuk menyerang TGNA, tetapi secara umumnya teguran ini disuarakan kerana mahukan suara yang adil dari seorang ulama’. Sebagai pewaris Rasulullah S.A.W. dia seharusnya bersikap tidak berat sebelah dalam mengeluarkan kenyataan mahupun menegakkan kebenaran. Bukan semua ahli PAS itu bersih hinggakan dosa yang dilakukan itu mudah saja diampunkan terutama sekali dalam persoalan skandal yang terjadi dikalangan ahli PAS.

Pada pendapat Parang Pedang, jika hukum hudud dilaksanakan sudah pasti majoriti yang menerima hukuman adalah orang PAS dan konconya kerana kebanyakan dari kes adalah melibatkan golongan tersebut. Jadi yang demikian harapnya janganlah mereka menelanjangkan diri sendiri dengan tuduhan skandal keatas UMNO kerana khuatit akan memakan diri.

Kes rumah pelacur di Kota Bharu tak diketahui siapa tokoh yang mendalanginya…….bila nak dedahkan?.........

Adakah Media hipokrit? Atau Dia yang putar belit?

Tadi Parang Pedang ada menonton Berita jam 8 malam, isu berkenaan sikap AI yang melenting apabila ditanya wartawan berkenaan isu kehilangan jam tangan Omega. Antara dialog AI ialah mengatakan bahawa media bersikap hipokrit dalam menyiarkan maklumat kepada umum. Kenapa dikatanya bahawa media bersikap hipokrit sedangkan media hanya mengatakan apa yang dinyatakan oleh AI. Jadi dimanakah sikap hipokrit yang ditunjukkan itu sedangkan apa yang disiarkan ialah apa yang pernah dikeluarkan olehnya.

Bagaimana pula dengan media yang berpihak kepada AI? Adakah media tersebut bercakap benar atau sama seperti media yang lain? Sikapnya yang tidak menghormati soalan dari media telah menyinggung semua pihak media sama ada media cetak, media elektronik mahupun media baru. Pihak media cuma mahukan kepastian yang terbuku dihati para penonton, pendengar dan pembaca. Dimanakah sikap adil yang didakwa diperjuangkannya atau adakah sekadar adil untuk mereka yang menjadi kroninya semata-mata?

Ternyata sekali AI adalah seorang yang hipokrit dan pandai berputar belit. Sebagai seorang yang profesional, dia seharusnya menjawab segala soalan yang dilemparkan dan memulangkannya dengan baik dan cekap. Bukannya dengan melenting serta mengherdik wartawan yang bertanyakan soalan. Apakah sudah tiada individu yang mahu dijadikan ayam laga dengannya selain wartawan? Atau tidak sedarkah dia bahawa apa yang ditanya oleh wartawan adalah persoalan yang diajukan oleh rakyat. Soalan yang mudah iaitu ‘kenapa tak serahkan jam tersebut’. Sepatutnya dia mampu menjawab dengan baik atau mengatakan tidak ada komentar dapat diberi. Bukannya bertelagah dengan wartawan terbabit, itu saja.

Didalam situasi saat akhir minggu berkempen, AI sempat mengeluarkan kata-kata kasar terhadap wartawan telah menonjolkan sikap sebenar dia hinggakan timbul kisah Altantuya dan Najib pula. Apa kena mengena Dato Seri Najib dengan kes dia? Mengapa harus putar ayat ke perkara lain? Jadi fikirkanlah wahai rakyat bahawa bertapa dia tidak mahu bersikap profesional dalam menjawab pertanyaan wartawan. Apa pula yang bermain difikiran anda semua apabila insiden sebegini terjadi? ……………………………jawab sendiri……………………………..

Bloggers Pembangkang saling berbalah kerana ketandusan idea

Apa yang ditulis bukanlah auta semata-mata, tetapi ia adalah fakta yang harus diterima. Parang Pedang menulis bukan dengan isi yang kosong kerana kita semua tahu bahawa mereka hanya sekadar pakatan dan bukannya barisan. Istilah pakatan hanya untuk suatu gabungan sementara dan akan terlerai selepas misi tercapai. Dibandingkan dengan barisan yang semestinya dibawah satu panji-panji dan membuat perancangan bersama-sama tanpa ada pertelingkahan. Bloggers pembangkang harus akui bahawa perjuangan mereka tidak akan membawa kemana pun kerana ketiadaan penyatuan yang kukuh.

Parang Pedang masih ingat saat mereka memenangi pilihanraya lalu ekoran wujudnya media cyber sebagai medium penyebaran maklumat kepada generasi muda khususnya peti undi nombor 5. Namun begitu kesilapan ini di perbaiki dan mengajar BN khususnya UMNO supaya menyusun pasukan pejuang cyber yang terdiri dari beberapa blogger dan trooper laman sosial. Beberapa kelompok cyber trooper ditubuhkan dan bergabung dibawah satu angkatan dengan sebilangan ahli yang mempelajari kaedah membina blog dan laman sosial seperti friendster, tagged, facebook, myspace dan tweeter. Kini setiap negeri bersedia membantai bloggers pembangkang dengan adanya blogger yang terlatih. Parang Pedang sendiri berjuang dibawah angkatan PCT (Perak Cyber Trooper) untuk menjatuhkan lawan di Perak. Pelbagai kelemahan pembangkang serta tindakan negatif mereka didedahkan melalui laman blog milik Parang Pedang. Alhamdulillah ekoran tindakan pendedahan yang dilakukan oleh pejuang PCT, banyak kegiatan maksiat anjuran DAP Perak didedahkan di Ipoh hinggakan pernah memasuki rancangan 999 tv3.

Kini keadaan blogger pembangkang mula bergoncang dengan kekalahan debat diruangan forum laman sosial. Ini terbukti apabila kebanyakan tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang akhirnya termakan diri sendiri. Selain laman blog, laman sosial juga memainkan peranan penting bagi membantu UMNO menyusun pasukan menghadapi serangan pembangkang dengan wujudnya kumpulan-kumpulan khas yang disertai s ahli laman sosial tersebut. Dengan gerakan berkumpulan ahli laman sosial yang ditubuhkan, amat sukar bagi pembangkang untuk melemparkan sebarang tuduhan ekoran gabungan ahli laman sosial yang saling berkongsi idea membantu antara satu sama lain. Dengan penguasaan lebih 50 peratus ahli BN dalam dunia cyber, pembangkang semakin kurang kekuatannya akibat ketiadaan isu untuk dibangkitkan.

Kini Langkah terakhir yang akan dilakukan oleh bloggers BN ialah memastikan penguasaan dunia cyber mencecah lebih dari 80 peratus supaya pembangkang tidak ada peluang sedikitpun untuk membalas serangan isu politik.

Bloggers politik memenuhi kedai mamak

Semasa menulis artikel ini sememangnya Parang Pedang sedang melepak dikedai sambil minum the tarik. Seperti kata iklan teh Lipton “teh penjana minda”, begitulah ia telah menjana minda Parang Pedang bagi mencari idea dalam bidang penulisan. Sebenarnya bukan Parang Pedang sahaja yang berada disini (kedai mamak), bahkan hampir kesemua sahabat Parang Pedang berstatus penulis blog politik sedang menikmati hari-hari mereka dimeja kedai mamak bagi menulis artikel.

Pernah suatu ketika sewaktu Parang Pedang menulis artikel berkenaan isu semasa politik Malaysia, kebetulan ada seorang pemuda duduk menghadap Parang Pedang sambil bermain notebook. Pada mulanya tidaklah mahu diambil kisah sangat tentang orang didepan Parang Pedang, tapi lama-kelamaan terperasanlah akan si penulis tu asyik memerhatikan Parang Pedang saja. Lalu terlintas difikiran Parang Pedang untuk berjalan dibelakang orang tu. Pada sangkaan Parang Pedang orang tu sama seperti Parang pedang yang berjuang dipihak BN tetapi ternyata meleset kerana dia seorang bloggers dari PAS. Maka dengan laptop yang dibawa, Parang Pedang berpindah tempat untuk duduk dimeja bloggers PAS tersebut. Bukanlah tujuan berbuat demikian untuk menimbulkan sebarang kekecohan tetapi bagi membincangkan soal politik negara. Alhamdulillah bloggers terbabit tak ada masalah untuk duduk semeja berbincang tentang isu yang dibangkitkan. Dalam soal begini Parang Pedang memuji sikap blogger berkenaan kerana berfikiran terbuka dalam perbincangan (tajuk dirahsiakan kerana ia terlalu sensitif). Walaubagaimanapun Parang Pedang menghormati ideologi blogger berkenaan yang kekal dengan keputusan memihak kepada partinya.

Dimasa lapang pada kebiasaannya Parang Pedang akan duduk bersantai di kedai mamak sekurang-kurangnya sejam hingga dua jam, kadangkala terlajak sampai 4 jam hingga lima jam berpandukan pada situasi. Tapi yang pasti pemilik kedai mamak tersebut tidak merungut sebab bukan segelas teh yang dipesan semata-mata sebabnya Parang Pedang akan pesan makanan sekali, tidak seperti sesetengah pengguna wifi yang hanya memesan segelas teh ‘o’ ais dan melepak hingga 2-3 jam. Harus diingat bahawa mamak menyediakan perkhidmatan wifi atas ehsannya sahaja, bukan wajib menyediakan wifi dikedai mamak. Oleh itu, hargailah apa yang diberikan oleh mamak dengan memesan apa yang sepatutnya boleh ditimbal balik.

Bagi mereka yang tidak menggemari kedai mamak boleh memilih opsyen lain seperti starbuck atau Mac D (air carbonat boleh refill secara percuma bagi isian kedua dan seterusnya-di Mac D saja). Selain itu bagi penduduk di sekitar Ipoh boleh melanggan perkhidmatan wifi berbayar milik Jaring.net dengan kerjasama KPerak Corp dengan bayaran serendah 20.00 sebulan dan menikmati perkhidmatan ini di kawasan yang dinyatakan oleh Jaring (Parang Pedang merupakan pelanggan Jaring Flite wifi).

Demam blog yang semakin panas terutamanya sekitar hari berkempen sangat menyeronokkan kerana pada waktu inilah detik perjuangan para blogger semakin mengganas dalam menulis artikel. Lebih melucukan lagi ialah ada antara bloggers yang mencecah sampai tahap memaki hamun dan memecahkan rahsia pemimpin politik hanya semata-mata kemarahan memuncak kepada suatu pihak yang dibencinya. Apa pun yang paling penting ialah sikap profesional para blogger dalam mengeluarkan artikel supaya tidak melanggar undang-undang dan perlembagaan ketika berblogging.

Parang Pedang mengucapkan selamat berjuang kepada semua blogger terutamanya pejuang saf angkatan perang Perak Cyber Trooper. Kita berjuang 24 jam tujuh hari tanpa henti sehingga terjamin akan kemenangan untuk agama bangsa dan tanah air. Tidak akan berhenti bahkan sehingga akhir hayat kita semua dibawah satu angkatan siber.

“GEGAR ! GEMPUR ! (Gegor!Gempor!)