Tuesday, December 9, 2008

BN TURUNKAN HARGA MINYAK LEBIH DARIPADA JANJI PKR




Ketika pilihanraya yang lalu, Pakatan Rakyat pernah menjanjikan penurunan harga minyak sebanyak 30 sen untuk rakyat. Akibat daripada janji itu, maka seperti kanak-kanak mendapat gula-gula lalu rakyat memilih Pakatan Rakyat sebagai pilihan. Sebaliknya Barisan Nasional pula yang menurunkan harga Petrol dan bukannya Pakatan Rakyat yang pernah menjanjikan penurunan harga petrol.
Kini Kerajaan Barisan Nasional telah menurunkan harga minyak sehingga RM1.70 seliter. Seperti saya, harga ini cukup menyenangkan kerana kini saya sudah mampu pergi kemana-mana sahaja dengan senang. Terengganu? Kelantan? Pahang? Perak? Selangor? Kedah? Pulau Pinang? semuanya boleh. Sebab saya kini boleh berjimat dengan penurunan harga minyak. Satu Rahsia saya lagi.. Dari Ipoh ke Taiping - Taiping ke Ipoh, kos bahan api saya cuma 30.00 sahaja termasuk bersiar-siar dalam Bandar Taiping. Sebab utama kejayaan menurunkan minyak ini ialah kajian demi kajian ekonomi dijalankan sentiasa untuk kepentingan rakyat Malaysia. Kerajaan BN mempunyai sejumlah ramai pakar ekonomi dan teknokrat yang mampu menggembeling tenaga dalam menaik taraf hidup masyarakat di Malaysia. Bukan sekadar menjadikan negara ini negara berkebajikan tanpa perancangan, tetapi memberikan ilmu pengetahuan kepada warga negara agar mampu berdikari dan membina kehidupan sendiri. Pengalaman mentadbir lebih dari 50 tahun merupakan suatu bonus kepada kerajaan BN untuk memajukan negara dan rakyatnya. Oleh yang demikian, adalah harus bagi kita untuk memilih dengan bijak siapakah pemimpin yang harus dipilih. Kepada rakyat Malaysia, jutaan terima kasih dari Barisan Nasional kerana mempercayai kepimpinan parti ini untuk terus memperjuangkan nasib rakyatnya. Terima Kasih dari kami...

Sunday, December 7, 2008

PERJUANGAN UMNO


Ada yang mengatakan bahawa UMNO adalah sebuah parti yang tidak relevan lagi di Malaysia. Bermula dari dasarnya yang didakwa bertunjangkan ideologi sekularisma hinggalah kepada perlaksanaannya yang dituduh mengamalkan perundangan kafir. Namun begitu semua dakwaan serta tomahan seperti ini tidak berasas sama sekali. Apa yang pasti adalah parti ini mempertahankan agama bangsa dan negaranya. Bukan ingin menghina pembangkang tetapi terimalah kenyataan bahawa PKR adalah serpihan UMNO yang fanatik terhadap Dato seri Anwar Ibrahim. Manakala PAS memperjuangkan Islam di Malaysia. Tetapi dengan dasar yang melampaui batas dan caranya yang masih samar. Buktinya kemenangan pas hanya kukuh di kelantan sahaja sebelum ini. Sebahagian yang mengundi pembangkang sebelum ini ialah ahli UMNO sendiri yang berpaling tadah buat sementara waktu untuk menginsafkan UMNO. Insyaallah pada pilihanraya yang akan datang selepas pentadbiran pusat baru dibina, maka ahli bn yang berpaling tadah ini akan menyokong BN semula. Hidup umpama roda, sekejap diatas dan sekejap dibawah. Contoh paling ketara ialah Terengganu yang pernah kalah kepada PAS tetapi akhirnya ditawan oleh UMNO semula. PKR pernah menjanjikan turunnya harga minyak di negara ini, tetapi sebaliknya kerajaan pusat menurunkan harga itu lebih daripada apa yang dijanjikan oleh Pakatan Pembangkang.



Penaklukan pembangkang keatas 5 buah negeri semenanjung amat diinsafi, tetapi kemenangan ini tidak digunakan sepenuhnya oleh pembangkang untuk menawan seluruh hati rakyat. Sebaliknya Pembangkang mula membalas dendam dengan menekan perasaan ahli UMNO dengan kata cerca dan sikap prejudisnya. UMNO tidak membalas kata-kata malah meneruskan pemerintahan dengan adil dan saksama tanpa prejudis.Tangisan pejuang melayu dalam memperjuangkan kemerdekaan bagai wira tak didendang. Namun begitu semangat Melayu yang kukuh pada waktu itu telah mewujudkan UMNO. Bermula dari selatan tanah air sehinggalah ke utara semenanjung, UMNO mendapat sokongan padu pelbagai tahap masyarakat tidak kira tua atau muda dan bukan melayu.
Memang tak dapat dinafikan bahawa UMNO tidak terkecuali dari terpalit dengan budaya politik wang, akan tetapi bukan UMNO sahaja yang terlibat malah pihak pembangkang juga ada melakukannya. Tidakkah kita sedar selama ini bahawa UMNO bermati-matian menyatukan seluruh tanah semenanjung, Sabah dan Sarawak Dibawah satu payung iaitu Malaysia.
Reformasi PKR hanya wujud apabila berlakunya pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4. Kewujudan PKR yang didakwa sebagai pembaharuan sistem pemerintahan di Malaysia hanyalah sebuah rekaan semata-mata. Dasar yang diperkenalkan oleh PKR adalah dasar yang dicedok dari Barisan Nasional. Kita semua tahu bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika dahulu adalah seorang yang sangat bencikan parti PAS dan DAP. Sejak menghadapi tuduhan yang memalukan disamping dakwaan rasuah terhadap beliau, Dato Seri Anwar mula menghalakan tumpuannya terhadap PAS dan DAP seterusnya membentuk PKR pada tahun 1998. Disini kita semua tahu bahawa matlamat sebenar PKR adalah atas dasar dendam dan bukannya atas dasar "REFORMASI".