Monday, February 27, 2012

MALAYSIA ANTARA NEGARA PALING RENDAH MENANGGUNG BEBAN HUTANG.

inilah fakta sebenar, bukan dari cerita dongeng mahupun khabar angin. CIA ( Agensi Perisikan Pusat-Amerika) menyenaraikan 17 buah negara yang menanggung hutang, Malaysia menduduki tempat kedua terendah selepas Zimbabwe. 

Berikut disenaraikan jumlah beban hutang yang ditanggung oleh setiap negara disebut, bermula dari negara yang menduduki tempat tertinggi menanggung beban hutang paling banyak:-

- Amerika Syarikat USD13.9 Trilion
- Britain USD8.9 Trilion
- Jerman USD4.7 Trilion
- Perancis USD4.6 Trilion
- Jepun USD2.4 Trilion
- Norway USD2.2 Trilion
- Ireland USD2.2 Trilion
- Itali USD 2.2 Trilion
- Sepanyol USD2.1 Trilion
- Australia USD1.6 Trilion
- Rusia USD480 Bilion
- China USD406 Bilion
- Brazil USD310 Bilion
- Indonesia USD196 Bilion
- Arab Saudi USD 82 Bilion
- Malaysia USD72
- Zimbabwe USD7 Bilion

Dibandingkan dengan negara Zimbabwe, jumlah hutang yang ditanggung oleh negara Malaysia tidak terlalu membebankan kerana negara ini mampu melunaskan hutang-hutang tersebut dalam suatu masa yang tertentu. Tambahan pula pembangunan di Malaysia lebih pesat dan hutang tersebut adalah hasil pinjaman negara bagi tujuan pembangunan. Hasilnya, rakyat merasa nikmat pembangunan hanya dalam tempoh 50-60 tahun selepas kemerdekaan.

Berbanding dengan Indonesia, walaupun hutang yang ditanggung lebih tinggi dari Malaysia, ternyata pembangunannya tidak sepesat tanah air kita. Ini merupakan satu bonus kepada negara kerana tiada bebanan hutang yang tinggi perlu ditanggung bagi kos pembangunan.

Kita harus sedar bahawa kesan dari peperangan dahulu sebelum merdeka telah mengakibatkan pelbagai kerugian akibat kemusnahan bencana perang. Malaysia bangkit sendiri membangun kembali membentuk sebuah negara berdaulat, tanpa terikat dengan mana-mana negara penjajah. Pinjaman dibuat oleh pemimpin bagi tujuan pembangunan semula kerana negara tiada mempunyai modal pada ketika itu. 

Rakyat kini boleh dikatakan serba serbi menikmati hasil kemerdekaan negara. Malangnya terdapat segelintir masyarakat yang tidak tahu berterima kasih mempersoalkan perihal beban hutang yang ditanggung oleh negara. Tidakkah mereka sedar nikmat yang sedang dirasai kini pada asalnya adalah hasil susah payah pemimpin terdahulu menuntut kemerdekaan, menanggung hutang dan menguruskan sistem pentadbiran agar negara mampu membangun seiring dengan negara lain.

Kita patut bersyukur bahawa sistem kewangan kita stabil walaupun berhadapan dengan pelbagai krisis kewangan dunia. Selain itu juga, kita tidak terus bergantung kepada bank dunia untuk urusan pembangunan Malaysia. Ini merupakan suatu berita baik bagi negara Malaysia, kesan beban hutang menyebabkan nilai matawang RM akan menghadapi masalah. Pemimpin negara sejak dahulu lagi telah mengetahui kesan ini, atas sebab demikian mereka enggan menggalakkan pinjaman wang dari bank dunia IMF.

Ternyata strategi pembangkang yang mendesak pinjaman dari IMF adalah suatu kaedah yang tidak berkesan dalam urusan pembangunan Malaysia. Kita lihat negara yang menanggung beban hutang seperti diatas adalah kesan akibat pinjaman hutang terdahulu yang tidak mampu dilangsaikan. Bersyukurlah Malaysia yang baru 55 tahun merdeka mampu bangkit semula bersama beban hutang yang tidak membebankan berbanding negara lain.

Saturday, February 25, 2012

HASSAN ALI CERAMAH UNTUK DUIT? SELAMA NI PAS CERAMAH UNTUK ..........?

Ada mamat bagitau Parang Pedang yang ceramah Hassan Ali selama ni untuk duit poket dia. Agak terkejut jugak dengan statement mamat sorang ni. Parang Pedang kata no comment la pada mamat tu sebab dah tahu dia penagih PAS tegar.

Satu persoalan yang bermIn di minda Parang Pedang, lama jugak berfikir. Selama ni sejak PAS semakin galak mengadakan ceramahnya bermula saat kejatuhan Anwar 1998, dah berapa ceramah yang PAS adakan? Dan berapa pula jumlah kutipan wang ceramah yang diperolehi bagi setiap ceramah? 

Bila dicongak kembali, banyak jugak jumlah ceramah yang diadakan. Jumlah wang kutipan tu Parang Pedang tak tahulah. Betul la kata sorang member Parang Pedang, pegang duit ni macam pegang kepala BABI. 

Cerita Dato Hassan Ali kutip wang ceramah ni Parang Pedang tak tahu, tapi cerita PAS kutip wang dari pendengar ceramah memang dilihat oleh Parang Pedang yang ketika itu berusia 17 tahun (saat mula berjinak dengan dunia politik) hadir mendengar ceramah PAS di Pekan Razaki Ipoh. Sememangnya keluarga Parang Pedang aktif dalam politik baik pro kerajaan BN mahupun pembangkang ( rojak). Bermula dari situlah Parang Pedang kumpul info aktiviti politik dan salah satunya aktiviti kutip wang dari pendengar ceramah PAS. 

Harapnya berita tentang apa yang dilakukan oleh Dato Hassan Ali ni tidak benar sebabnya Parang Pedang dah lihat sendiri bertapa hapraknya PEMBANGKANG mengutip wang dari orang ramai. Nak taknak terpaksalah pendengar bagi sebab takut dikata sebagai kedekut.

Tuesday, February 21, 2012

Masyarakat Sekitar Kawasan Gunung Rapat Terima Wang Rakyat 1Malaysia ( BR1M)

Selasa. 21 Februari 2012. Gunung Rapat Ipoh. Ketika ini Parang Pedang berada di tempat mengambil wang bantuan rakyat 1 Malaysia bersama rakan bertempat di Dewan Rukun Tetangga Gunung Rapat. Setakat jam 10.15 pagi seramai 500 orang penerima telah hadir bagi menunggu giliran mengambil wang yang telah dijanjikan. Cuaca cerah menambahkan lagi suasana ceria disini. Layanan diberikan juga baik dimana pengunjung diberikan air minuman bagi menghilangkan dahaga. 

Respon dari rakyat terhadap program bantuan ini sangat baik menerusi jumlah kehadiran yang dijangkakan. Rata-rata mereka yang ditemui sangat berterima kasih dengan kepimpinan Barisan Nasional atas keprihatinan ini. Wang 500 ringgit yang diagihkan walaupun tidak seberapa, namun ia amat bermakna terutama sekali bagi yang hidup susah. Pengagihan wang ini juga tidak mengira sama ada individu tersebut membayar cukai mahupun tidak tetap akan menerimanya. 

Ini bertentengan dengan dakwaan Pembangkang bahawa wang tersebut hasil daripada pembayaran cukai oleh rakyat ( wang rakyat ). Apa pula alasan Pembangkang apabila golongan yang tidak membayar cukai kerana taraf hidup yang rendah menerimanya?

BR1 M merupakan suatu tamparan hebat kepada pendakwaan Pembangkang yang kononnya BN memakan wang rakyat. Ini yang dapat dilihat oleh rakyat menerusi BR1M, wang untuk pelajar sekolah dan universiti, wang untuk pesara kerajaan dan badan beruniform. Bagaimana pula dengan kos pembangunan negara seperti projek jalan raya, dewan orang ramai, dewan komuniti masyarakat, kemudahan hospitaliti. 

Bagi pesara pula, mereka menerima wang pencen bulanan hingga boleh diwarisi oleh balu apabila mereka tiada. Pembayaran gaji bagi penjawat awam yang bertugas dalam sektor kerajaan. Itulah wang rakyat yang dikembalikan semula kepada rakyat. Ternyata tuduhan pembangkang hanya fitnah belaka dari sikap dengki mereka yang mahu merampas tunggak pentadbiran kerajaan BN kerana tahu mereka akan dapat menggunakan kesempatan tersebut bagi mengaut keuntungan dari rakyat, tuduhan yang sepatutnya dilemparkan ke muka mereka sendiri. Kerajaan BN tidak mengambil wang rakyat, sebaliknya hanya menguruskan hak rakyat untuk digunakan oleh rakyat disamping menggandakannya melalui pelaburan untuk kesenangan rakyat kelak.

Kembali semula kepada program agihan BR1M disini, nampaknya masyarakat setempat masih tenang menunggu giliran masing-masing untuk mendapatkan wang yang dijanjikan oleh kerajaan BN. Perjalanan program juga lancar dan sistematik dengan bantuan urusetia bertugas, keselamatan pengunjung serta laluan trafik yang terjaga.

Pelbagai bangsa dan agama duduk sebumbung berbual antara satu sama lain sementara menunggu giliran yang diberi. Semangat muhibah sebegini sememangnya sangat digalakkan dalam suasana keharmonian ditanah air kita. Semoga BN akan terus maju dan menerajui rakyat kearah kemajuan dan merealisasikan matlamat miskin sifar.

P/s : Parang Pedang dan sahabat blogger bekerja membantu kerajaan BN tanpa mengharapkan sebarang imbuhan, apatah lagi gaji seperti penjawat awam. Bersyukurlah bagi yang duduk dalam sektor awam kerana pelbagai insentif yang diberi dari awal kerja hingga bersara. Cabaran dari Parang Pedang, apa manifesto Pembangkang kali ini? Jangan dakwa dasar pembangunan kerajaan sebagai dasar mereka sendiri. Pembangkang sudah terkenal sebagai penciplak ideologi.

ALLAH REDHO PADA UMNO - Y.B Dato Hamzah Kassim (Gopeng)

Ucapan Yang Berhormat Dato' Hamzah Kassim pada Majlis Jasamu Dikenang di Rapat Setia Ipoh semalam benar-benar menusuk jauh ke dalam jiwa  para pejuang bangsa. 

Keprihatinan Y.B Dato Hamzah terhadap nasib bangsa melayu tidak dinafikan lagi menerusi program mengenang jasa tokoh pejuang tempatan. Disamping itu juga terdapat beberapa keluarga kurang mampu diberikan bantuan berupa kotak makanan. 

Turut sama disertakan gambar sepanjang majlis berlangsung.

Gambar 1

Gambar 2

Y.B Dato Hamzah didalam ucapannya menyatakan bahawa Allah Taala memilih UMNO sebagai parti pilihan yang layak untuk menuntut kemerdekaan dari penjajah kerana semangat perjuangan bangsa melayu itu sendiri. Para hadirin khusyuk mendengar ucapan beliau memberikan tepukan gemuruh atas seruan seorang pemimpin.

Majlis yang tamat sekitar jam 6.30 petang itu berakhir dengan majlis pengagihan kotak bantuan makanan kepada mereka yang terpilih. Menurut beberap penerima bantuan yang ditemui berkata bahawa mereka berterima kasih kepada Y.B Dato Hamzah atas sumbangan yang diberi.

Kepada Yang Berhormat Dato Hamzah Kassim, jutaan terima kasih dari Parang Pedang (mewakili Perak Cyber Trooper) kerana sanggup turun padang melihat dan membantu mereka yang kurang berkemampuan di kawasannya.

Saturday, February 18, 2012

YB Dato' Shamsuddin bin Abu Hassan Merasmikan Mesyuarat Kelab Veteran Komando Malaysia

Pagi tadi bertempat di Hillcity Hotel Ipoh, telah berlangsungnya Mesyuarat Kelab Veteran Komando Perak (Malaysia). Majlis dihadiri oleh bekas pasukan komando yang pernah berkhidmat ketika zaman darurat di tanah air. Turut hadir bagi menyerikan majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato' Shamsuddin bin Abu Hassan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning.

Parang Pedang tidak dapat hadir disebabkan oleh urusan yang tidak dapat dielakkan. Segala maklumat lengkap berhubung dengan mesyuarat yang diadakan, boleh layari laman blog sekupang dua seperti yang tertera dibawah.

SekupangDua





http://sekupangduas.blogspot.com/2012/02/veteran-komando-malaysia-kvkm-perak.html

ANWAR IBRAHIM HILANG PENGARUH BESAR DALAM PAKATAN RAKYAT.

Nampaknya kali ni ikan belut dah masuk bubu, begitulah dengan Anwar Ibrahimb apabila tembelangnya yang seringkali berpihak kepada rejim Israel diketahui umum. Malaysia sememangnya sebuah negara yang menharamkan pengaruh yahudi dan tidak mengiktiraf negara haram Israel. Hubungan diplomatik dengan Palestin lebih kukuh bersama Malaysia, tetapi kenapa Anwar Ibrahim lebih-lebih pula menyokong negara Israel? Banyak persoalan yang timbul apabila Anwar Ibrahim menimbulkan beberapa kontroversi berkaitan pihak luar negara, kini timbul pula isu sokongannya terhadap keselamatan negara Haram Israel. 

Dulu kita pernah dengar bahawa Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan tidak menyokong pembentukan negara Islam di Malaysia dikaca tv luar negara, kemudian meminta simpati pihak luar negara berkenaan skandalnya. Siapa Anwar Ibrahim dikalangan mereka (pihak luar)? Masih ingat lagi ketika kemerosotan ekonomi negara, Anwar Ibrahim pernah meminta pemimpin Malaysia membuat pinjaman dari pihak bank dunia (IMF). Jika tindakan ini diambil oleh Tun Dr. Mahathir ketika itu, sudah pasti Malaysia akan berhadapan dengan seribu satu masalah hutang seperti yang berlaku di Amerika Syarikat sekarang. 

Sepatutnya kita bersyukur kerana negara tidak terikat dengan beban kewangan dunia akibat meminjam dari bank dunia. Langkah pemimpin kita sememangnya suatu tindakan bijak kerana percaturan mereka menghasilkan kebebasan dari masalah kewangan. Anwar ibrahim sememangnya tidak melihat ini semua, atau adakah wujudnya muslihat disebalik desakannya supaya negara ini meminjam wang dari pihak luar agar terjadinya beban hutang hingga negara tidak mampu membayar semula dan melalui cara ini, rakyat akan menderita dan pemberontakan boleh dilakukan seperti yang berlaku di Timur Tengah? 

Begitu licik permainan Anwar Ibrahim dalam mengaburi mata rakyat. Akan tetapi kita semua sedar permainan catur Anwar Ibrahim tidak akan kemana. Kali ini Anwar Ibrahim terperangkap dengan kenyataan terbarunya ini, checkmate!

PAS, DAP bahkan PKR sendiri telah mula mempersoalkan status kenyataan Anwar Ibrahim. Siapa Anwar Ibrahim? Apa corak permainannya kali ini? Dan apa motif tindakannya cuba berbaik dengan Israel? Malaysia tiada hubungan diplomatik dengan Israel, mengapa Anwar Ibrahim pula beriya-iya membela negara haram tersebut? 

Tetapi jika tidak tersilap kenyataan ini, kebarangkalian Anwar Ibrahim cuba menarik perhatian negara barat bahawa dia berpihak kepada mereka. Dengan cara demikian Anwar Ibrahim akan mendapat sokongan pihak luar dan jika berlaku sesuatu yang tidak diingini maka pihak barat akan memilih Anwar Ibrahim sebagai pemimpin kerana hubungannya dengan pihak barat yang lebih akrab. Jadikanlah negara Afghanistan dan Iraq sebagai suatu contoh yang paling hampir kerana Barat terutamanya Amerika tidak mustahil akan mengganggu gugat kedaulatan negara kita jika mereka mahu, Anwar Ibrahim sudah pasti akan melobi namanya sebagai pemimpin yang layak mentadbir Malaysia sebagai pengganti pemimpin yang ditumbangkan. 

Inilah yang merisaukan kerana Anwar Ibrahim pernah mengeluarkan kenyataan penuh tandatanya dengan berkata bahawa Malaysia tidak akan menjadi negara Islam, keduanya sistem perundangan Islam pasti akan dipecahkan menjadi lebih kecil (terbukti apabila Anwar Ibrahim mempertikaikan tentang undang-undang mengenai hubungan seksual sesama jenis), ketiganya pula Anwar Ibrahim cuba berbaik-baik dengan negara haram Israel. 

Apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim sangat bertentangan dengan budaya masyarakat di Malaysia. Seluruh rakyat Malaysia telah nampak sikap sebenar Anwar Ibrahim dengan mata mereka sendiri bertapa hapraknya pemimpin pembangkang ini. Pengaruh Anwar Ibrahim juga telah hilang begitu banyak dan kemungkinan besar kejatuhannya pada pilihanraya kali ini mencapai separuh berbanding saat kebangkitannya dahulu.

Apa pula alasan Anwar Ibrahim kali ini bila Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz meminta keterangan dari dia? Anwar Ibrahim terdiam dengan tuntutan kenyataan tersebut. Memang jelas, Anwar Ibrahim sudah hilang pengaruh dalam dunia politikusnya.

PAKATAN PEMBANGKANG MENUNTUT PILIHANRAYA SEGERA.....KITA SAHUT CABARAN!!!

Nampaknya pembangkang dah mula membangkitkan tentang soal bilakah pilihanraya dan menuduh pemimpin negara sengaja melengahkan tempoh pilihanraya kerana dihujani pelbagai isu sensitif dan kontroversi. Siapa yang dihujani dengan isu skandal dan kontroversi? BN atau Pakatan Pembangkang? 

Pilihanraya kali ini dijangkakan kemenangan besar akan dimiliki oleh BN kerana pelbagai kajian dan teori telah dilakukan oleh pengkaji politik tempatan. Tidak seperti penyokong pembangkang yang mengeluarkan kenyataan tanpa bersandarkan kepada fakta, yang mereka tahu hanyalah auta semata-mata.

Mereka tidak sedar disebalik kata-kata mencabar mereka itu akan mengundang pada kepada diri mereka sendiri. BN telah cukup bersedia untuk melanggar tembok pertahanan Pakatan Pembangkang yang kelihatan kian rapuh disamping pentadbiran negeri taklukan mereka yang hampir punah bersama pemimpin yang tidak berkaliber.

Pakatan Pembangkang kian kehabisan peluru untuk dilontarkan kepada kepimpinan BN dan hanya menanti serangan balas dari pihak BN pula. Dengan pelbagai isu skandal oleh ketua pemimpin, Pakatan Pembangkang dilihat cuba bermain permainan psikologi politik dimana pemimpinnya mengwar-warkan keburukan pemimpin BN untuk diburukkan oleh penyokong PR. kita lihat sahaja nanti, siapa rebah dan siapa bangkit. Biarkan mereka menuntut pilihanraya secepat mungkin kerana ibarat mereka mencabut nyawa sendiri.

Saturday, February 11, 2012

Kami Menanti Semboyan Perang.

Setelah beberapa lama menerima latihan dan disusun dalam angkatan blogger. Tidak sabar rasanya Parang Pedang ingin turun di medan perang berhadapan dengan pasukan musuh yang terdiri daripada sekelompok pengacau dan pemecah belah rakyat Malaysia. 

Parang Pedang rasa sangat bersyukur dan berterima kasih ke hadrat ilahi atas keizinanNya Parang Pedang ditakdirkan berada di saf perang siber bagi menghadapi PRU 13 nanti. Tidak terlintas sebelum ini bahawa Parang Pedang  akan berlawan didunia maya sedangkan sebelum ini sentiasa berada di dunia politik yang nyata. Kekalahan pada pilihanraya yang lalu sedikit sebanyak membuka mata Parang Pedang bahawa punca kekalahan besar BN disebabkan oleh suatu serangan yang tak terlihat. Rupanya inilah serangan tersebut, serangan media baru oleh Pembangkang.

Bertitik tolak dari situasi tersebut, Parang Pedang mula menggenggam senjata siber bagi menyerang balas pihak lawan. Tanpa diduga Parang Pedang bukan berlawan berseorangan, tetapi ada yang telah menyedari taktik serangan Pembangkang ini. Kini setelah hampir sepenggal tempoh pentadbiran hasil pilihanraya ke 12 yang lalu, Terbentuklah satu saf angkatan perang siber yang diberi nama Perak Cyber Trooper yang dianggotai oleh beberapa orang pejuang dibawah pimpinan blogger Sekupang Dua (sekupangduas.blogspot.com). 

Kini angkatan perang tersebut telah bersedia untuk diturunkan ke medan perang dengan kekuatan yang mencukupi. Sekupang Dua, Parang Pedang, Awekz Bukit Gantang, Kemunting Central, Budak Benteng, Angin Paktam dan beberapa pejuang yang lain yang tidak dapat diingati nama mereka adalah antara saf pejuang tempur asak didalam PCT.

Buat pucuk pimpinan kami diatas sana, akar pejuang telah bersedia berpasak bumi. Dicantas tumbuh kembali dicabut tidak sekali, taat setia pada negara tidak berbelah bagi.... Kami menanti semboyan dari ketua........

Friday, February 10, 2012

MALAM YANG MENGGEGARKAN PEMBANGKANG

Malam ni PAS khususnya di Perak akan panas bontot apabila Dato Dr Haasan Ali mengadakan ceramah di Pengkalan Pegoh Perak..... Parang Pedang sedang menunggu berita liputan dari boss Parang Pedang iaitu Sekupang Dua tentang situasi di kawasan ceramah. Semalam kain rentang majlis ceramah di rosakkan oleh pihak tidak bertanggung jawab ( PAS le tu).... Kain rentang tersebut telah diconteng di bahagian wajah Dato Hassan Ali.

Agaknya pembangkang tahu bisa yang akan disembur oleh Dato Hassan Ali kepada pembangkang terutamanya PAS yang terang-terangan membuang beliau dari PAS.... Diharapkan agar Dato Hassan Ali bersabar dengan kerenah munafik ini yang bersembunyi disebalik topeng munafik..... Mudah-mudahan Allah Taala akan cabut topeng mereka ini dan serlahkan wajah sebenar mereka.....

PAS MIMPI PAKATAN RAKYAT AKAN TAKLUK MALAYSIA...... TIDUR BASUH KAKI TAK?

Mimpi Saja lebih, tak pernahnya jadi kenyataan....Parang Pedang tahu hajat pembangkang yang mimpikan sebuah kerajaan Islam PAS sedang mereka tidak tahu jari telunjuk dan jari hantu DAP sedang bersilang disebalik sokongan yang diberi. 

DAP sangat menentang pembentukan negara Islam bahkan jika boleh mereka mahu menghapuskan sistem syariah secara total seperti yang dilakukan di Singapura oleh part mentor DAP iaitu PAP ( People Action Party).

PAS juga telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan Parti Islam Sedunia Hizbut Tahrir. Masalah tidak dilihat disini kerana kesemuanya berteraskan Islam. Tetapi apakah serasi kedua-dua parti Islam ini kerana Hizbut Tahrir menolak konsep demokrasi sedangkan PAS berjalan diatas jalan demokrasi.

Bagaimana pula dengan PKR? Parti pimpinan keluarga Anwar Ibrahim ini ditubuhkan atas dasar dendam terhadap UMNO. Tambahan pula PKR dipimpin oleh presidennya yang banyak kontroversi skandal seks. Apakah Parti Islam boleh menerima pemimpin yang berzina? 

Nampaknya pembangkang dah tak boleh bersatu lagi dah sebab masing-masing kelemahan sendiri. Ikut saja parti Gerakan dan PPP yang menyertai BN kerana melihat BN sebagai suatu platform yang betul. Jadi, bagaimana dengan impian mereka untuk menakluk Malaysia sebagai jajahan mereka? Nampaknya mimpi tak menjadi lagilah pembangkang kali ni........

Thursday, February 9, 2012

SETAN!!!!!! Nak pangkah pun pangkah kertas undilah!!!!

Kali ni memang ada nak kena carut..... PUKIMAK!!!!!!
(lega sikit)....

Memang geram apabila niat bersih Dato Hassan Ali untuk membersihkan akidah umat Islam dari tipu daya pembangkang dibalas jahat apabila banner ceramahnya diconteng setan yang bencikan Islam. Agama PAS sememangnya telah mengajar umat PAS untuk berkasar terhadap umat Islam. Lihat gambar yang disertakan di laman blog Sekupang Dua..... Semoga perbuatan setan ni dibalas dengan laknat Allah kepadanya.

Sila lawati sekupang dua blog

11 bulan pegang Perak... Hancur lebur...

Pada PRU ke 12, Kita telah mengalami kekalahan teruk terutamanya kejatuhan beberapa buah negeri ke tangan parti pembangkang. Namun begitu kita bersyukur kerana hanya 11bulan sahaja pembangkang dapat menakluki Negeri  Perak sebelum diambil semula oleh BN ekoran beberapa orang ADUN pembangkang keluar dari parti tersebut. 

Akan tetapi selama tempoh 11 bulan tersebut telah berlaku beberapa perkara yang merosakkan Perak. Antaranya ialah pembaziran wang negeri melalui pembelian kereta baru oleh ADUN pembangkang bagi menggantikan kereta kerajaan sedia ada.

Bukan itu sahaja... Tanah yang ada diberikan secara sewenang-wenangnya kepada mereka yang tidak layak. Projek yang direbut secara tender diberi kepada kroni mereka.

Rasuah usah dikira.... Tak tahulah berapa kantung wang rasuah dah ditelan. Aduh pembangkang, apa dah jadi? Macam gajah langgar kebun. Harap peristiwa penjajahan mereka tidak berulang lagi.

PUTRAJAYA.... Dulu kata membazir. Sekarang nak ditawan pula.

Hairan......cukup hairan..... Cakap tak serupa bikin la pembangkang ni. Dulu masa pentadbiran di bawah PM ke 4 iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad ketika pembukaan Wilayah Persekutuan Putrajaya, pembangkang kata ia satu pembaziran besar. Tapi sekarang lain pula jadinya apabila mereka kata mahu mentadbir Putrajaya.

Apa tujuan mereka pula kali ini? Tidak cukupkah mereka dah rosakkan kawasan yang ditakluki dan kini mahu merosakkan Putrajaya pula. 

Parang Pedang berdoa semoga Wilayah Putrajaya terselamat dari dilanggar oleh pbangkang yang dikenali sebagai perosak bangsa. Jangan lupa pada perbuatan PAS yang menggadaikan tanah di Perak pada pihak yang tak sepatutnya. Suatu dosa yang tak terampun oleh kita semua terhadap mereka.

Jangan gadaikan Putrajaya kerana ia satu-satunya kawasan majoriti bumiputera dengan lambang kemakmuran negara. Walaupun Parang Pedang orang Ipoh Perak, tapi sayangnya Parang Pedang pada Putrajaya tidak berbelah bahagi. 

Putrajaya akan cuba Parang Pedang bela nasibnya dengan mata pena hingga terjaminnya daripada anasir Pakatan Pembangkang.

Kerana di Putrajaya adanya jiwa raga Parang Pedang....

Tuesday, February 7, 2012

BILA OTAK MACAM LEMBU... KAMBING TUA PUN BOLEH JADI PEMIMPIN.

Ni fakta, bukan auta.... Kita kena terima hakikat pembangkang yang bagai lembu dicucuk hidungnya apabila ditarik oleh sesiapa pun walau si kambing tua. 

Parang Pedang tak kata siapa pun tapi kalau terasa pedasnya, jangan lupa minum air. Cuma apa yang ingin ditekankan disini ialah sikap penyokong pembangkang yang terlalu fanatik hingga tidak melihat siapa pemimpin mereka sama ada mampu atau tidak untuk memimpin.

Kita semua dapat melihat dengan jelas akan perilaku sumbang beberapa pemimpin puak pembangkang dikaca tv dan di dada akhbar. Kesemua bahan cerita ini bersumberkan dari fakta sebenar.

Apa yang membuatkan cerita dongeng dari puak pembangkang tentang ahli politik BN kelihatan betul ialah cara penyebaran maklumat menerusi akhbar milik mereka sendiri. Kisah yang direka-reka agar nampak benar sebelumnya datang dari otak golongan yang Parang Pedang gelar sebagai kambing. Maka pembaca yang terpengaruh dengan sumber yang tidak tepat itu dipanggil lembu.

Sebagai aktivis politik yang mendakwa sebagai golongan profesional, dasar pemikiran berpaksikan otak lembu tidak harus diikuti kerana kesannya akan menjalar hingga ke akar umbi jiwa bangsa kita. Berfikirlah dengan matang sebelum melakukan suatu tindakan kerana akibatnya akan diterima oleh generasi akan datang.

Taktik Kotor Pembangkang Menjelang Pilihanraya 13.

Parang Pedang: Bang, mana aci diorang buat macam tu.... 
Ketua Pemuda: Ah, biarlah diorang tu.... Semua tau nak menang je.....

Begitulah dialog antara Parang Pedang dengan ketua semasa menyertai flying squad pada pilihanraya ke 12, kira-kira 4 tahun lalu apabila melihat bendera UMNO dipatahkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Kalau dah nama pembangkang tu tak perlu dipersoalkan lagi kerana itulah rutin mereka setiap kali pilihanraya. Parang Pedang sendiri pernah membuat laporan polis apabila ada pembangkang yang mensabotaj bilik gerakan. Hingga ada juga suatu ketika nama Parang Pedang mungkin sesuai kerana "Parang" sentiasa ditangan ekoran tindakan penyokong fanatik PAS yang sentiasa membuat kacau.
 
Baru-baru ini ada Parang Pedang dengar seorang menteri kabinet UMNO yang diganggu paparazi upahan Pembangkang semata-mata untuk menjatuhkan reputasi beliau. Puak pembangkang sememangnya tahu bahawa mereka sukar untuk menewaskan pengaruh menteri berkenaan kerana beliau merupakan seorang yang amat mengambil berat tentang nasib kaum wanita. 

Parang Pedang dapat membaca taktik kotor yang bakal digunakan oleh pembangkang pada PRU 13 nanti. Cuma yang boleh dilakukan ialah. Memasang sikap tunggu dan lihat dengan segala pergerakan pembangkang.

PRU 13 bakal membawa pertempuran sengit memandangkan pembangkang tidak akan berdiam diri melihat kebangkitan blogger pro BN. Sama-samalah kita ganding bahu membentuk benteng pertahanan blogger pro kerajaan BN. Lalat Pakatan Pembangkang perlu disekat dari menembusi benteng kita.

BLOGGERS.... GEMPUR!!!!

IKHLAS KE????

Ada orang kata, PEmbangkang buat kerja secara ikhlas.... Tak macam UMNO. Ada betul ke?

Sebenarnya tidak... Dalam dunia politik pembangkang juga wujud sistem "salam berisi" Isk...dimana wang dijadikan perantaraan untuk melakukan kerja kotor pembangkang bagi meraih kemenangan. 

Bagi yang berada di bawah, mereka tidak menyedari akan pemberian wang ini kepada ketua masing-masing. Lalu mendakwa bahawa mereka bekerja secara ikhlas hanya untuk meraih pahala semata-mata. Dapat pahala ke kalau bekerja untuk menyokong calon bukan Islam? 

Kadang-kadang Parang Pedang berasa hairan dengan sikap pembangkang yang bagaikan hamba abdi bekerja untuk Firaun tanpa mengetahui apa tujuan sebenar ketua mereka.

Nasihat dari Parang Pedang.... Jangan mudah tertipu dengan dakyah ketua pembangkang yang mendakwa bekerja dengan ikhlas sedang hakikatnya wang ringgit jadi pengalas.

PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT LEBIH BANYAK SKANDAL.

Isk...Isk...Isk... Banyak betul skandal... Pemimpin apa macam ni....

itulah kebenaran yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Macam-macam kes ada dalam pakatan pembangkang. Ada kes lelaki dengan perempun, ada kes perempuannya dengan lelaki.... Kes lelaki dengan lelaki pun ada. Yang Parang Pedang belum dengar cuma kes perempuan dengan perempuan sahaja, tak tahulah kalau ada sifu yang mengajar.

Yang pakai lebai pun ada kes kena cekup berkhalwat, sekarang dah tak berlebai dah. Alasannya sebab dah moden... Betul ke? Atau senang nak berkhalwat lagi.

Kalau lelaki saja Parang Pedang tak kisah, tapi yang perempuannya pun ada juga. Baru-baru ni teman lelakinya yang bersembunyi di Batam telah ditahan pihak berkuasa Indonesia kerana tinggal disana melebihi tempoh. 

Jika dibandingkan isu skandal politik antara BN dengan Pembangkang, nyata bahawa kes melibatkan pembangkang lebih kukuh buktinya dengan fakta yang cukup. 

Tapi hairan, kes skandal oleh ahli politik BN ni keterlaluan pula dilaungkan oleh pembangkang sedangkan kes mereka sendiri didiamkan begitu sahaja.

Aduhai pembangkang, menegakkan benang yang basah. 

Sunday, February 5, 2012

Menteri Besar Perak Turun Ke Pengkalan Hulu Meninjau Penduduk Tempatan.

Pada hari Rabu lalu bertarikh 1 Februari 2012, Satu Program Makan Malam Menteri Besar bersam rakyat di Pengkalan hulu telah diadakan. Pelbagai kelompok kaum dari seluruh usia telah hadir untuk memeiahkan majlis ini. Sambutan hangat dari penduduk tempatan membuktikan bahawa Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Zambry Bin Abd. Kadir mempunyai tempat dihati rakyat. Walaupun kedudukan Pengkalan Hulu terletak di sempadan Negara Thailand serta Negeri kedah, tetapi kehadiran Menteri besar ke kawasan terbabit membuktikan bahawa penduduk di sekitar Pengkalan Hulu tidak terpinggir. Kawasan tersebut yang terkenal dengan Hutan Belum sebagai pusat eko perlancongan menjadi tumpuan ramai pecinta alam sekitar. Disamping itu juga kawasan Pengkalan Hulu turut menjadi laluan Antarabangsa menghubungkan Thailand dan Malaysia membuatkan ia antara kawasan yang paling penting.

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Zambry Abd Kadir sangat prihatin terhadap keadaan penduduk di Pengkalan Hulu. Tambahan pula ada terdapat aduan mengenai pembalakan haram di Pengkalan Hulu membuatkan Dato’ Seri Zambry Abd Kadir tidak sabar untuk turun padang mendengar rintihan penduduk sekali gus meninjau kawasan pembalakan dan seterusnya mengambil tindakan.

Bersama ini disertakan gambar suasana di Majlis Makan Malam bersama Menteri Besar Perak yang diambil ketika majlis berlangsung.










SAMAN BALAS SEKUPANG DUA TERHADAP NGA KOR MENG (FULL VERSION)

Hari ni Parang Pedang nak share sikit dengan para pembaca setia blog Parang Pedang.blogspot.com/ berkenaan kes saman balas Pejuang Cyber Sekupang Dua terhadap Nga Kor Meng. Kebetulan masa pembacaan kes di Mahkamah Tinggi Ipoh pada hari Rabu lalu bersamaan 1 Februari 2012. Memang panas jadinya bila Saudara Sekupang Dua menyaman balas sejumlah 11 Juta Ringgit Malaysia terhadap Nga Kor Meng.

Nga Kor Meng kena buku bertemu ruas kerana Saudara Sekupang Dua sememangnya tegas pendirian beliau apabila nama baik beliau cuba dicalar oleh Nga Kor Meng. Sebelum ini Nga Kor Meng telah menyaman penulis blog sekupangduas.blogspot.com atas tuduhan menjatuhkan maruahnya sebagai wakil rakyat. Cuma apa yang Parang Pedang nak pertikaikan disini ialah, apakah layak Nga Kor Meng mengatakan bahawa dirinya masih memiliki air muka sedangkan sebelum ini dia sendiri telah mencalarkan imej diri selaku wakil rakyat dengan menghina Menteri Besar Perak dan memperlekehkan Negeri Perak.

Nga Kor Meng juga dikatakan tidak menghormati bangsa melayu dengan mencerca MB Perak yang jelas berbangsa melayu dihadapan pendengar ceramah yang majoritinya berbangsa melayu. Ditambah pula Negeri Perak bumi kelahirannya diperlekehkan. Dicalar lagi dengan kes pecah amanahnya semasa pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan di Perak. Dimanakah maruahnya? Dimanakah taat setianya kepada Negeri Perak? Dimanakah sikap amanahnya terhadap tanggungjawab yang diberi sebagai pemimpin rakyat? Apa yang dilihatnya ialah kesalahan dalam kerajaan Barisan Nasional tanpa melihat kelemahan parti sendiri. Melihat kuman diseberang sampaikan tidak menyedari gajah didepan mata.

Disini ada satu soalan daripada Parang pedang, jika Anwar Ibrahim dibantu oleh seorang peguam terkenal iaitu Kapal Singh bagaimana pula dengan kes Nga Kor Meng? Adakah kerana Kapal telah tahu bahawa kes Komeng akan menemui kekalahan disebabkan segala bukti yang jelas? Harapnya Kapal dapat jawab soalan ni. Bukan apa, yang bukan ahli partinya ditolong, mengapa pula tidak pada ahli parti sendiri? Dimana pula sokongan padu dari anggota parti Pembangkang yang lain bila Nga Kor Meng disaman semula?

Parang Pedang akan siarkan gambar penuh ( lengkap pelbagai sudut ) suasana di Mahkamah Tinggi Ipoh ketika kes saman Balas terhadap Nga Kor Meng….


















PRU 13…. PERANG CYBER PALING SENGIT AKAN BERLAKU.

Bukan nak mendabik dada, tapi Parang Pedang berbangga kerana akan menjadi salah seorang pejuang cyber yang bakal bertempur secara sengit dalam pilihanraya 13 nanti. Lebih membanggakan juga, inilah peperangan politik paling bersejarah kerana melibatkan dunia teknologi tanpa sempadan. Jika dahulu kita lihat perang poster dianggap paling sengit kerana pelbagai bentuk, pelbagai logo dan pelbagai warna parti akan digantung serta bendera pelbagai jenis akan berkibar tanda pilihanraya akan berlangsung. Kini suatu perang besar antara parti akan terjadi dalam suatu dunia maya, senyap di alam nyata tetapi panas berapi didalam layar komputer.

Parang Pedang sendiri telah bersumpah untuk memastikan setiap hujah lawan dipancung hingga mereka kehabisan idea. Pilihanraya adalah penentu kepada corak pentadbiran negara sama ada kepada golongan kerajaan mahupun swasta. Bagi yang kerja disektor kerajaan, perubahan pentadbiran akan membawa suatu kesan tak terjangka menyebabkan sistem didalamnya berubah. Begitu juga swasta dimana kesan perubahan ekonomi dan struktur perundangan dipinda mengikut corak parti yang menang. Disinilah tugas angkatan perang siber untuk menyerang atau mempertahankan parti yang dijunjung. Parang Pedang yang berjuang atas landasan Barisan Nasional berpaksikan Perak Cyber Trooper akan memastikan fitnah, hujah dan taktik lawan dipatahkan dan serangan balas dihantar sehingga pihak lawan lumpuh.

Apa yang penting sekarang ialah persediaan dari segi pengetahuan dan strategi serta maklumat yang cukup tentang lawan. Perang siber bukanlah suatu yang boleh dibuat main kerana setiap kenyataan jika berbaur fitnah boleh mendatangkan masalah jika yang difitnah membuat laporan polis. Akan tetapi cara ini boleh memberikan kesan kepada yang diserang mahupun yang menyerang kerana pembaca akan membuat penilaian tentang isu berbangkit seterusnya membuahkan hasil pada jumlah kertas undi.

Parang Pedang ucapkan selamat berjuang kepada troopers pro BN.... jangan bezakan darjat antara blooger kerana kita adalah satu dibawah angkatan yang sama.

Saturday, February 4, 2012

PEJUANG SIBER BLOGGER PCT....  WIRA TAK DIDENDANG

Lapar, miskin, mengemis meminta belas sudah lumrah pejuang. Tidak terkecuali para pejuang cyber. Itulah hakikatnya yang perlu semua orang tahu. Bukan miskin yang kami pilih, bukan lapar yang diminta dan tidak pula sengaja meminta ihsan dari orang ramai. Tetapi fahamilah kehendak pejuang cyber yang mahu melihat negara sentiasa aman dari anasir pembangkang. Berikan sokongan padu untuk terus bersama Barisan Basional. Kami tidak akan berhenti hingga saat hembusan nafas yang terakhir.

Sengaja Parang Pedang memilih tajuk ini untuk memperingati detik blog Parang Pedang ini wujud. Bermula dari saat perjumpaan dengan ketua cawangan kawasan sendiri selepas kekalahan pada pilihanraya lalu mewujudkan sebutir pandangan kepada pemimpin akar tentang niat untuk berjuang dalam dunia siber. Restu diberi oleh sang pemimpin menambahkan lagi azam untuk menjawat diri sebagai wira maya. Berbekal sebuah laptop dengan nama blogger UMNORS ( UMNO RAPAT SETIA) , sedikit informasi menjadikan penulisan pertama diri ini sebagai sumber inspirasi. UMNORS pada ketika itu bagai kapal tak bernakhoda merentangi arus lautan politik hingga kadangkala terhempas dipukul badai pembangkang. Nak diadu tidak pula ada kapal terdekat.

Hinggalah satu saat ketika UMNORS menerima salam silaturrahim daripada seorang nakhoda terbilang iaitu blogger Sekupang Dua. Banyak yang dipelajari dari beliau hingga UMNORS yang kian karam bangkit semula menerjah ombak. Atas nasihat Sekupang Dua, UMNORS diberi jenama baru iaitu Parang Pedang.

Bermulalah detik perjuangan Parang Pedang sehinggalah kini bersama angkatan PCT ( Perak Cyber Troopers) dipimpin oleh Sekupang Dua dan saf pejuang.

Suka duka dihadapi oleh Angkatan PCT menjadikan hati pejuang maya lebih tabah. Pernah suatu ketika Parang Pedang mengikat perut kelaparan tatkala mahu menulis artikel membela nasib penjawat awam yang perlukan bantuan di kafe siber. Apakah berbaloi mengikat perut semata-mata mahu menulis artikel di kafe siber? Bagi Parang Pedang, itu tidak penting kerana suara rakyat lebih diutamakan. Angkatan PCT dihina dicerca oleh sekelompok manusia hanya kerana mempertahankan yang hak. Bahkan ada Angkatan PCT yang dianiaya oleh yang iri pada semangat perjuangan wira maya ini. Itulah hakikatnya wira yang tidak didendang ini. Bagai pengemis jalanan yang boleh ditendang sesuka hati.

Pejuang siber tahu, mereka tidaklah sehebat wira diperbatasan, tidak sehandal pendekar digelanggang. Tetapi mereka tahu dimana ceruk musuh siber bersembunyi untuk diacukan serangan. Hasilnya, hujah dan dakyah pihak lawan dapat dipatahkan lalu terjagalah keamanan dunia politik siber dari anasir pembangkang.

Begitu banyak detik pahit manis selama bergelar Parang Pedang. Syukur ke hadrat Ilahi, jiwa ini masih utuh memegang mata pena dan sedikit pengetahuan teknologi untuk menikam dan menghalang anasir jahat pihak musuh.

Apa yang pasti, perjuangan bersama sahabat seangkatan tidak akan berhenti selagi nyawa dikandung badan. Semoga akan datanglah pewarisnya untuk terus menyambung perjuangan suci ini suatu hari nanti.

(parang pedang bukanlah seorang yang hidup mewah seperti yang pembangkang fikirkan, jika mereka tidur dikatil empuk, Parang Pedang hanya berselimutkan cadar tebal beralaskan permaidani nipis)

Terima kasih khasnya buat Sekupang Dua. Blogger yang paling hebat dalam dunia pejuang cyber. Tidak lupa juga pada 'blogger mentor' dan awekz bukit gantang.....

TERIMA KASIH PARTI KITA

Parang Pedang ingin sangat mengucapkan terima kasih kepada Parti KITatas tindakan mereka dalam membubarkan parti tersebut. Seharusnya parti yang dianggotai oleh majoriti ahli melayu bersatu di bawah satu parti iaitu UMMO. Parang Pedang berharap sangat jika semua ahli KITA menyertai UMNO serentak sebelum pilihanraya diadakan sekaligus menguatkan barisan jentera UMNO.

Parti KITA yang diketuai oleh Dato Zaid Ibrahim sememangnya mempunyai semangat perpaduan dan menginginkan kesaksamaan pemerintahan. Bagi pendapat Parang Pedang, adalah lebih baik jika bernaung di bawah Barisan Nasional dan bukannya di bawah PAKATAN PEMBANGKANG pimpinan Anwar Ibrahim. Sejak dahulu lagi Barisan Nasional atau nama lamanya Perikatan telah mendapat tempat dihati bekas-bekas parti pembangkang seperti Gerakan dan PPP. Semuanya sedar akan keikhlasan Barisan Nasional dalam membimbing rakyat. Begitu kukuhnya ikatan antara parti komponen Barisan Nasional ketika diwaktu pilihanraya mahupun bukan.

Pembubaran KITA akan menambahkan lagi keyakinan orang ramai terhadap Dato Zaid bahawa beliau seorang yang sangat komited terhadap perpaduan antara rakyat. Parang Pedang yakin bahawa hikmah disebalik pembubaran KITA akan terserlah jika ia dihiasi dengan penyertaan ahli KITA ke dalam parti komponen Barisan Nasional disamping menjadi tamparan hebat kepada Pembangkang yang dilihat semakin musnah ekoran kontroversi pemimpinnya.

Dosa lalu usah dikenang kerana ia akan berlalu bersama keinsafan yang datang. Tapi apakah boleh ia disamakan dengan dosa Anwar Ibrahom yang terang-terangan menghina Islam khususnya warga Palestin? Fikirkanlah pembaca semua.

Akhir kata dari Parang Pedang. Terima kasih atas pembubaran ini kerana niat suci Dato Zaid Ibrahim akan menambahkan keharmonian bangsa di Malaysia.

P/s: PAS pula macam mana? Hidup segan mati tak mahu, lebih janji dari buat.......

SIAPA TIRU SIAPA?

Kadangkala ada juga rasa panas hati dengan blogger malaun pembangkang ni. Nak dimarah nanti orangnya dah berakal, fikiran matang. Dibiar pulak lain jadinya, macam-macam hal yang tak betul dia buat. Inilah perihal pembangkang apabila mengatakan bahawa corak pentadbiran mereka tidak meniru sistem pentadbiran BN.

Ada seorang blogger pembangkang yang mengaku sistem pemerintahan PAS sama sekali tidak menyamai BN. Parang Pedang nak tanya sikit, yang mana tu tak sama? Dasar ke? Atau perlaksanaannya? Tapi yang sangat pasti, pentadbiran PAS memang haprak. Cubaan meniru tapi tak menjadi maka itulah corak pentadbiran PAS. Ibarat orang kata hangat-hangat taik ayam, baru keluar suam kuku..... Lama-lama sejuk sokmo.

Kesannya adalah pada rakyat apabila menerima janji seindah janji BN tapi sekadar mimpi. Manakan tidak apabila sebaik menang, parti terpaksa menanggung pelbagai hutang selepas pilihanraya menyebabkan perancangan pembangunan rakyat terpaksa ditunda.

Itulah menifesto pembangkang yang indah bagai alam fantasi sedangkan hakikatnya janji basi. Rakyat tertipu dan terus ditipu pembangkang selama satu penggal pemerintahan. Itu dikira sudah cukup baik jika tidak tergadai tanah pusaka sendiri. Bagaimana pula jika harta pusaka dan tanah sekangkang kera digadai pembangkang dengan alasan untuk pembangunan?

Begitu juga penjawat awam dan pelajar U tajaan kerajaan BN. Dihasut untuk membenci kerajaan sedang diri menagih sesuap nasi. Akhirnya sudah menang pembangkang, lain pula jadinya bila segala insentif dan kepelbagaian elaun ditarik balik atas alasan mahu menampung kos pilihanraya.

Berhati-hatilah wahai rakyat, jangan menang sorak sedang kampung tergadai. Kita dikurniakan akal fikiran, gunakanlah dengan sebaiknya. Jangan jadi pengemis di bumi sendiri.

Wednesday, February 1, 2012

Saman Balas Sekupang Dua Terhadap Nga Kor Meng....

Hari Ini, 1 Februari 2012.....
Parang Pedang akan menyaksikan perlawanan balas yang melibatkan Komeng (Nga Kor Meng-DAP) dan Sekupang Dua. Parang pedang dimaklumkan bahawa pejuang maya Sekupang Dua akan menyaman balas Komeng pada jam 2.30 petang hari ini. Parang Pedang menjemput saudara semua untuk hadir dan memberikan sokongan kepada pejuang agama dan bangsa kita dalam menghadapi Komeng. Kita semua sudah sedia maklum bahawa Komeng kini sedang menghadapi pertuduhan pecah amanah ketika Pembangkang memerintah Perak selama 11 bulan dahulu. ditambah pula dari desakan oleh Sekupang Dua menyebabkan Komeng tidak senang duduk.

Ayuh bersama-sama kita hadir bagi membuktikan bahawa Perjuangan Sekupang Dua tidak berseorangan.....