Saturday, February 25, 2012

HASSAN ALI CERAMAH UNTUK DUIT? SELAMA NI PAS CERAMAH UNTUK ..........?

Ada mamat bagitau Parang Pedang yang ceramah Hassan Ali selama ni untuk duit poket dia. Agak terkejut jugak dengan statement mamat sorang ni. Parang Pedang kata no comment la pada mamat tu sebab dah tahu dia penagih PAS tegar.

Satu persoalan yang bermIn di minda Parang Pedang, lama jugak berfikir. Selama ni sejak PAS semakin galak mengadakan ceramahnya bermula saat kejatuhan Anwar 1998, dah berapa ceramah yang PAS adakan? Dan berapa pula jumlah kutipan wang ceramah yang diperolehi bagi setiap ceramah? 

Bila dicongak kembali, banyak jugak jumlah ceramah yang diadakan. Jumlah wang kutipan tu Parang Pedang tak tahulah. Betul la kata sorang member Parang Pedang, pegang duit ni macam pegang kepala BABI. 

Cerita Dato Hassan Ali kutip wang ceramah ni Parang Pedang tak tahu, tapi cerita PAS kutip wang dari pendengar ceramah memang dilihat oleh Parang Pedang yang ketika itu berusia 17 tahun (saat mula berjinak dengan dunia politik) hadir mendengar ceramah PAS di Pekan Razaki Ipoh. Sememangnya keluarga Parang Pedang aktif dalam politik baik pro kerajaan BN mahupun pembangkang ( rojak). Bermula dari situlah Parang Pedang kumpul info aktiviti politik dan salah satunya aktiviti kutip wang dari pendengar ceramah PAS. 

Harapnya berita tentang apa yang dilakukan oleh Dato Hassan Ali ni tidak benar sebabnya Parang Pedang dah lihat sendiri bertapa hapraknya PEMBANGKANG mengutip wang dari orang ramai. Nak taknak terpaksalah pendengar bagi sebab takut dikata sebagai kedekut.

No comments: