Ni fakta, bukan auta.... Kita kena terima hakikat pembangkang yang bagai lembu dicucuk hidungnya apabila ditarik oleh sesiapa pun walau si kambing tua.
Parang Pedang tak kata siapa pun tapi kalau terasa pedasnya, jangan lupa minum air. Cuma apa yang ingin ditekankan disini ialah sikap penyokong pembangkang yang terlalu fanatik hingga tidak melihat siapa pemimpin mereka sama ada mampu atau tidak untuk memimpin.
Kita semua dapat melihat dengan jelas akan perilaku sumbang beberapa pemimpin puak pembangkang dikaca tv dan di dada akhbar. Kesemua bahan cerita ini bersumberkan dari fakta sebenar.
Apa yang membuatkan cerita dongeng dari puak pembangkang tentang ahli politik BN kelihatan betul ialah cara penyebaran maklumat menerusi akhbar milik mereka sendiri. Kisah yang direka-reka agar nampak benar sebelumnya datang dari otak golongan yang Parang Pedang gelar sebagai kambing. Maka pembaca yang terpengaruh dengan sumber yang tidak tepat itu dipanggil lembu.
Sebagai aktivis politik yang mendakwa sebagai golongan profesional, dasar pemikiran berpaksikan otak lembu tidak harus diikuti kerana kesannya akan menjalar hingga ke akar umbi jiwa bangsa kita. Berfikirlah dengan matang sebelum melakukan suatu tindakan kerana akibatnya akan diterima oleh generasi akan datang.
No comments:
Post a Comment