Saturday, April 28, 2012

Macam sial aje korang ni.....kotor!

Hari ni merupakan saat sial bagi pembangkang yang menyertai bersih 3.0.... Berapa banyak kedai kehilangan pelanggan, berapa banyak kedai terpaksa tutup sebab takut perniagaan tak laris, berapa banyak barang hilang akibat dari pencuri yang menyamar peserta bersih menyapu barangan kedai. Memang sial la peserta bersih ni.... Orang dah bagi tempat untuk berhimpun di stadium, masih nak tunjuk muka ditempat awam.. Konon kononnya mahu tunjuk kebebasan demokrasi. UMNO Buat perhimpunan pun tak adalah sampai nak menunjuk nunjuk. Memang hari ni hari sial anda semua wahai peserta bersih. Konon kononnya jihad la tu, tapi jihad ambiga la yang korang buat. Hari ini kita lihat peserta bersih hanya akan mengotorkan segala-galanya.kotor pemikiran, kotor akhlak, kotor persekitaran, kotor maruah. Apakah layak ini dipanggil bersih? Hakikatnya, imej Malaysia telah dikotorkan oleh penganjur dan peserta bersih, bersih 2.0 dan bersih 3.0..... Megah sangatkah bila orang luar mula memperkatakan tentang bersih ni? Apakah peserta bersih fikir apa yang mereka lakukan ini akan dicatat dalam buku-buku sejarah Malaysia? Tentu sekali ya, tetapi bukan sejarah putih melainkan ia satu sejarah hitam lagi busuk. Anak-anak kecil yang mula belajar sejarah akan meludah ibu bapa mereka sendiri yang menyertai perhimpunan bersih. Apa pula kata cucicit mereka bila mengetahui bahawa mereka keturunan pemberontak di bumi yang aman. Sangat memalukan lagi jika mereka tahu bahawa ada antara ibu bapa mereka yang pernah ditangkap polis kerana memberontak. Inilah yang harus difikirkan oleh peserta bersih sebelum bertindak menyertai demonstrasi bersih.

Thursday, April 26, 2012

Pelancaran perak cyber trooper 28 april 2012

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan penuh takzim Parang Pedang ingin menjemput pembaca blog Parang Pedang ini ke Majlis Pelancaran Perak Cyber Trooper pada 28 April ini, jam 8 malam. Bertempat di Hotel Seri Malaysia, Ipoh. Bagi yang berminat, boleh lah menghubungi pembantu saya ditalian 017-5739303 (atas tajuk : pelancaran pct)untuk submit nama peserta. Sila submit nama anda sebelum atau pada 26 April bagi penyelarasan kehadiran. Tiada bayaran dikenakan, segalanya percuma kecuali jika anda berminat pada baju t yang akan dijual pada hari pelancaran sebagai tanda kenangan. Pelbagai program akan dijalankan pada hari tersebut..... Terbuka kepada para bloggers, tweeterians, facebookers, ahli friendster, myspace dan pengguna tegar interner.... Sama sama kita bertemu dan kenal antara satu sama lain. Jangan lepaskan peluang ini.

Saturday, April 14, 2012

BN BUKAN PARTI TUNGGUL

Agak kasar kata-kata Parang Pedang kali ini, itulah suara penafian penyokong setia BN terhadap tuduhan pembangkang yang mengatakan bahawa BN meletakkan calon tunggul kayu ditempat yang ditandingi.

Selama ini orang berpendapat bahawa letak tunggul kayu untuk bertanding atas tiket BN tetap akan menang kerana namanya BN,  mungkin itu kata orang yang tak senang dengan BN. Hakikatnya BN meletakkan calon yang berwibawa, bukan calang-calang calon. Hampir kesemuanya memiliki PHD, Ijazah, diploma. Bahkan ada juga yang bergelar Ir. dalam gelaran bagi jurutera. 

Kalau diterangkan maksud tunggul pada sudut pandangan Parang Pedang ialah calon yang tiada pendidikan, tidak bermoral, berfikiran sempit dan bersikap samseng kampung dusun. Itu barulah dipanggil calon tunggul, tak kenal tamadun manusia.

Ternyata apa yang dikatakan oleh pembangkang tentang calon tunggul dalam BN sama sekali pembohongan dari orang yang tak bertamadun. Di perak sendiri kita lihat pembangkang menghasut penyokong mereka memperlekehkan Paduka Seri Sultan Perak serta pemerintahan Baginda. Sikap biadap inilah yang menjadi salah satu daripada sikap tunggul iaitu perangai samseng kampung dusun.

Kita boleh membuat penilaian disini, siapa sebenarnya calon tunggul kayu dalam politik. Tuduhan tidak berasas dari pihak pembangkang sememangnya layak dilemparkan ke muka sendiri.

P/p: tunggul kayu BN boleh jadi pokok bongsai. Tunggul kayu pembangkang reput dimakan anai-anai.

Manfaatkan halaman rumah anda dengan pertanian

Mungkin perkara ini telah dibangkitkan dahulu, tetapi seeloknya biarlah Parang Pedang mengingatkan sekali lagi sebagai satu nasihat dan sedikit panduan. 

Pertama sekali panduan ini ditujukan kepada mereka yang mendiami tanah lot yang luas halamannya. Tidak lupa juga kepada mereka yang mendiami rumah teres. Walaupun dua situasi berbeza tetapi matlamatnya tetap sama iaitu mewujudkan amalan pertanian dirumah sendiri.

Parang Pedang tidak maksudkan tanam kekal sebaliknya hanya tanaman kontan. Sayuran dan buah-buahan adalah sasaran utama tajuk ini dimana kedua-duanya mudah ditanam tanpa memerlukan kawasan yang luas. 

Bagi kawasan rumah lot, menanam produk pertanian amat sesuai dan boleh dilakukan semaksima mungkin kawasan lapang. Pelbagai jenis tanaman boleh diusahakan bagi menampung keperluan diri dan keluarga. Kos perbelanjaan sara hidup akan dapat dikurangkan dan wang sedia ada boleh digunakan bagi keperluan lain atau dijadikan wang simpanan.

Bagaimana pula dengan andan yang tinggal di rumah teres tanpa halaman yang luas? Mungkin sukar untuk melakukan aktiviti pertanian, tetapi tidak mustahil kerana kaedah menggunakan pasu bunga untuk menanam sayuran dedaun atau sayuran buah boleh digunakan.

Walaupun ia menjimatkan beberapa sen sahaja tetapi amat berbaloi kerana selain dijadikan sebagai sumber sampingan, ia juga boleh dijadikan hobi masa lapang dan aktiviti riadah.

Setakat ini Parang Pedang sudah melakukan aktiviti pertanian mini di halaman rumah sendiri. Pelbagai tanaman seperti pisang sehinggalah kepada tanaman cili ditanam. Jika diikutkan, banyak masa lapang dapat dihabiskan dengan penuh manfaat. 

Oleh demikian, Parang Pedang menyeru rakan pembaca blog ini agar mula bertani dihalaman rumah sendiri. Cuma ingat satu sahaja nasihat Parang Pedang, tanam sendiri sayuran dan buah-buahan maka anda akan lebih menghargai hasilnya.

SEMBAH TAHNIAH KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN KEDAH DIATAS PERTABALAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG.

Sembah Tahniah dari patik hamba rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku atas pertabalan sebagai Yang Dipertuan Agong. Sudah semestinya taat dan sumpah setia patik lafazkan buat junjungan Tuanku. Takkan berbelah bagi kasih patik dan sekalian hamba rakyat terhadap baginda Tuanku. Daulat tuanku.


Inilah kelebihan kita rakyat Malaysia dengan pelbagai kaum dan agama. Memiliki seorang pemerintah tertinggi negara merupakan suatu keistimewaan kita semua selaku rakyat Malaysia. Dibandingkan dengan negara demokrasi republik yang lain, hampir kesemuanya telah tiada raja yang memerintah. 

Bahkan jika ada pun, tiadalah kuasa pemerintahan mereka keatas tanah air sendiri. Parang Pedang amat bersyukur kerana mempunyai Raja yang mentadbir Malaysia. Lihat sahaja rakyatnya yang aman sentosa sudah membuktikan pemerintahan yang adil lagi saksama.

Adakah keadilah ini mendapat penghargaan dari pihak Pembangkang? Sudah tentu tidak, kerana pembangkang telah mengajar pengikutnya agar memperlekehkan pemerintahan Raja dengan alasan baginda juga adalah manusia.

 Pernah suatu ketika Parang Pedang terpaksa melepaskan penumbuk sulung kepada seorang penyokong pembangkang yang bermulut bacul apabila dia memandang rendah pada kuasa raja. Sememangnya tidak dapat disedari bilakah penumbuk itu dilepaskan kerana berang dengan kenyataan sedemikian. Pada pendapat Parang Pedang itu nasiblah sebab berani cakap berani tanggung. Entah apa nasib pada giginya.

Agak tersasar sedikit dari tajuk asal kali ini, tetapi itulah hakikatnya akan kasih Parang Pedang terhadap Raja-raja Melayu. Apa pun,  sebagai Rakyat Malaysia yang bernaung dibawah pemerintahan Sultan seharusnya menzahirkan taat setia terhadap Baginda. 

Akhir kata daripada Parang Pedang, Sembah Tahniah dari patik. Daulat Tuanku.

Monday, April 9, 2012

Nujum pak belalang

Hari ini bahang pilihan raya telah terasa dikalangan ahli politik. Suasana resah mula kelihatan dan wajah masing-masing menampakkan riak cemas. Ada yang mula merangka strategi untuk membentuk jentera pilihanraya dengan pelbagai cara seperti menubuhkan unit gerak kerja khas, flying squad, unit media baru dan macam-macam cara lagi.

Tidak kurang juga yang menggunakan kaedah kuno iaitu perkhidmatan nujum atau bomoh. Maka ramailah yang mendakwa diri mereka sebagai dukun, bomoh, pawang mahupun nujum ramalan. Wujud juga nujum pak belalang yang menipu wakil rakyat yang taksub pada amalan kebatinan ini. 

Disebelah pihak wakil rakyat pula, mereka tiada masalah dengan soal kewangan asalkan dileher, dipinggang atau dipergelangan tangan terikat dengan tangkal azimat disamping hafalan mentera yang diajar oleh pengamal kebatinan tersebut.

Parang Pedang sendiri selaku pengamal ilmu kebatinan tahu serba sedikit hafalan bagi mempengaruhi pendengar ceramah. Tidak mustahil untuk para wakil rakyat mendapatkan khidmat golongan ini kerana mahukan agar suara mereka didengari.

Tidak kira sama ada wakil rakyat tersebut dari parti islam mahupun bukan, amalan menggunakan khidmat bomoh ini tidak dapat dielakkan. Namun begitu, sikap terlalu taksub kepada bomoh dan tangkal boleh menjerumus ke arah syirik. Apa yang ingin Parang Pedang tekankan disini ialah tidak semua amalan perbomohan terutama sekali tidak berlandaskan hukum syarak akan berhasil. 

Satu cara yang betul-betul boleh mempengaruhi rakyat ialah dengan bersikap mesra serta prihatin dengan nasib masyarakat yang dipimpin. Dengan itu sahaja hati pengundi dapat ditambat. Bukan dengan amalan perbomohan semata-mata. Awas, jangan sampai terpedaya dengan bomoh palsu atau lebih dikenali sebagai nujum pak belalang.

Selamat bertanding dalam pilihanraya buat para YB....

Tuesday, April 3, 2012

Tok janggut kambing akan panas bontot......

Bermula dari isu Lynas kini naik pula ke isu VALE. Apa cerita pembangkang? Nak spin isu je kerjanya, yang jadi target pun bukan orang lain. MB Perak jugak yang diorang nak tembak. Sekarang Tok janggut jawab pulak isu yang dia sendiri spin kepada MB Perak Dato'Seri Zambry. Saudara pembaca nak tau apa kisahnya? Jom kita lawati laman blog angkatan pemikir.

Angkatan pemikir

Atau terus ke link ini http://angkatanpemikir.blogspot.com/2012/04/panaskami-dedahkan-nizar-terlibat.html

Didalamnya ada dokumen berkenaan isu VALE......

Ha...ha.. Tak tahu....... Janggut kambing panas bontot......

Suara menentang kelompok songsang telah muncul.

Alhamdulillah, disebalik suara-suara sumbang mendesak kebebasan seksual sesama jantina serta seks bebas.... Telah wujud suara ahli agama yang menjadi perisai kepada agama Islam menentang keras amalan songsang ini. Nampaknya orang mula sedar bertapa amalan songsang ini telah menjadi isu besar yang perlu ditangani segera.

Buat tokoh terbabit yang mendapat sokongan kelompok songsang ini, orang ramai telah sedar akan dosa tak terampun ini dan semestinya golongan songsang yang menyokong kamu akan disisihkan oleh mereka yang waras akalnya. Apa pula nasib kamu bila orang ramai tahu kamu sebahagian daripada mereka?

Bertaubatlah dan berundurlah dari berpolituk.... Sementara pintu taubat masih dibuka untuk kamu.

Siapa sebenarnya jembalang tanah di Perak?

Baru-baru ni Parang Pedang pergi ke pejabat tanah Ipoh bagi menyelesaikan urusan tanah bengkel kerja. Naik turun-naik turun pejabat tanah dari unit hasil hinggalah ke bahagian pelan tapak. Rupanya banyak juga tapak kosong di negeri Perak ni yang masih belum dimiliki. Parang Pedang sememangnya memiliki tanah TOL bagi menjalankan pertanian kontan berhampiran rumah sendiri.

Baru-baru ni juga ada pendakwaan oleh bekas Menteri Besar Perak iaitu tok janggut kambing yang mengatakan Menteri Besar kini terlibat dengan penjualan tanah dengan nilai 1000 hektar di Perak. Hairan juga macam mana tok janggut kambing ni tahu berkenaan dengan kes ni? Yang pastinya ada suatu berita yang amat menggemparkan akan berlaku mengenai jawapan sebaliknya.

Kita tunggu sahaja di laman blog angkatan pemikir dan blog sekupang dua.

HyperMarket. Sejauh mana kesannya terhadap peniaga kecil di Perak?

Isu ini telah lama dipersoalkan oleh beberapa pihak kerana melihat pada pro dan kontra, pelbagai soalan ditimbulkan bahkan ada yang membantah pembinaannya.

Hyper market bukanlah seperti super market atau dikenali dengan  pasaraya kerana hyper market lebih besar dan skop perniagaannya merangkumi seluruh perniagaan kecil. Dibawah komuniti hypermarket, pembeli tidak perlu berjalan jauh dan pergi ke pelbagai tempat kerana di Hyper market segalanya ada. 

Hypermarket pada awal cadangan pembinaannya menerima banyak tentangan daripada peniaga kecil terutamanya peniaga pasar basah dan pasar tani kerana kesannya hasil jualan mereka akan berkurangan ekoran persaingan paling sengit dengan hypermarket.

Kini kita lihat hypermarket tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Di Ipoh sahaja tidak kurang dari 8 Hypermarket dibina dalam beberapa kawasan. Dilihat secara positif, sememangnya ia memudahkan orang ramai untuk berbelanja disamping membantu golongan petani menjual hasil tanaman mereka. Akan tetapi bagaimana pula dengan nasib golongan peniaga kecil? Seperti yang baru dilihat di sebuah pasar tani, golongan ini perlukan saingan yang kurang bagi membantu mereka mencari sesuap nasi untuk keluarga.

Perbezaan ketara dari sudut harga jualan antara peniaga kecil dengan Hypermarket boleh dilihat kerana pihak Hyper Market boleh mendapatkan bahan bekalan dengan harga murah menerusi pembelian pukal, sedang peniaga kecil pula tidak mampu berbuat demikian. Ini menyebabkan harga jualan mereka lebih tinggi daripada harga jualan di Hyper Market.

Pelbagai kaedah boleh dilakukan bagi membela nasib peniaga kecil menerusi kerjasama beberapa agensi melalui ekspo atau program khas. Adalah dicadangkan bahawa pemantauan bagi mewujudkan HyperMarket perlu dilakukan bagi memastikan nasib golongan peniaga kecil sentiasa terpelihara.