Saturday, March 26, 2011

Cubaan Pembangkang menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai Pulau Pinang kedua

Penderitaan, tidak stabil, kegoncangan sistem pentadbiran negeri. Ini merupakan peristiwa yang bakal berlaku kepada Sabah serta Sarawak apabila pihak pembangkang (PKR, DAP dan PAS) menguasai kedua-dua negeri tersebut. Ini jelas terbukti apabila pembangkang cuba menyuapkan janji palsu kepada kaum pribumi disana. Pembangkang khususnya yang berpusat di Semenanjung hanya menyimpan niat untuk menjatuhkan kekuatan Barisan Nasional di Sabah dan Sarawak kerana mereka tahu bahawa Sabah dan Sarawak menjadi kubu kuat disamping negeri yang diberi tumpuan utama dalam soal pembangunan oleh BN. Selama ini pelbagai usaha menaikkan kemajuan negeri Sabah dan Sarawak seiring dengan negeri maju Semenanjung. Tambahan pula kesanggupan BN menanggung pelbagai kos dalam urusan keperluan penduduk setempat seperti Utiliti (bekalan air bersih, tenaga elektrik serta hubungan telekomunikasi. Kerajaan BN juga telah berusaha menaik taraf jalan-jalan kampong pedalaman yang belum dimajukan menjadi sebuah jalan bertar dan luas. Kegiatan ekonomi juga diberi keutamaan kepada penduduk di kedua-dua negeri tersebut untuk meningkatkan kualiti sara diri.

Satu soalan dari parang pedang, apa pula jasa pembangkang yang datang dan merosakkan fikiran serta masa depan Sabah Sarawak? Dimanakah hasil pembangunan yang dilakukan oleh Pembangkang? Jika diteliti, tidak ada sedikit pun jasa baik yang pernah ditaburkan mereka. Bahkan pada penelitian Parang pedang, Pembangkang terutamanya dari Semenanjung mempunyai niat untuk mengaut hasil dari Sabah dan Sarawak dan dibawa ke Semenanjung untuk menampung kos pentadbiran Parti mereka seperti yang berlaku di Pulau Pinang. Lihat sahaja apa yang berlaku di Pulau Pinang dimana penduduk pribumi menderita akibat ketidakstabilan pentadbiran dibawah pimpinan DAP. Parang Pedang amat khuatir jika apabila Sabah dan Sarawak jatuh ke tangan mereka maka penduduknya akan menderita seperti yang berlaku di Pulau Pinang.

Apalah kiranya jika jika penduduk Sabah dan Sarawak terus bersama pimpinan BN bagi menikmati kemakmuran serta kemajuan negeri disamping meningkatkan ekonomi rakyatnya dengan bantuan kerajaan BN. Fikirkanlah masa depan anak-anak kita yang masih kecil. Fikirkanlah bagaimana sekiranya mereka berhadapan dengan kemunduran, kesukaran akibat tindakan kita membuat keputusan yang salah ekoran emosi semata-mata tanpa pemikiran rasional.

Ingatlah bahawa kita bukanlah pewaris masa depan kepada generasi akan datang, malah kitalah jua yang meminjam masa depan itu dari mereka.

Friday, March 25, 2011

Apa kaitan ADUN Simpang Pulai (PKR) disebalik Kes Lombong Haram?



Pada Hari Rabu 23 Mac 2011. satu serbuan telah dilakukan oleh anggota penguatkuasa Pejabat Tanah dan Galian Ipoh terhadap sebuah syarikat perlombongan Haram di Kawasan Rapat Setia. Serbuan yang dihadiri lebih kurang seratus orang yang terdiri dari pelbagai agensi serta jawatankuasa kawasan keatas pelombong terbabit. Berita serbuan itu telah pun disiarkan pada 22 Mac dalam akhbar Kosmo.

Disebalik cerita tersebut ada peristiwa yang berlaku dikawasan tersebut. Kelihatan sebuah kereta yang dinaiki oleh ADUN Simpang Pulai melalui kawasan tersebut. Kemungkinan besar si taukey haram tu telah menghubungi Chan Ming Kai untuk membantu menyelamatkan perniagaan haramnya dari diambil tindakan. Sebelum tu, pelbagai usaha yang diambil oleh taukey lombong haram tu untuk mengambil saki baki hasil bijih besi yang telah siap dibersihkan. Pada mulanya si taukey minta penangguhan selama sebulan dan tidak dibenarkan oleh pegawai penguatkuasa PTG.

Langkah akhir yang mampu dilakukannya ialah meminta bantuan ADUN PKR Simpang Pulai untuk menggunakan kuasa politiknya. Bagi Parang Pedang, kalau bisnes haram tu mintak tolong pada presiden PKR pun memang dah takde harapan dah. Tapi apa yang menghairankan Parang Pedang ialah macam mana dia dapat hubungi ADUN PKR tu? Ada kira-kirakah dengan taukey balak tersebut? Harapnya pihak SPRM dapat check kes ni. Bukan apa, Parang Pedang Cuma nak tuntut hak hasil bijih besi milik Masjid Sultan Yussuf rapat Setia Ipoh yang telah dicabul oleh pelombong tersebut. Asalnya syarikat Faizal Consultant and Services punya perusahaan dengan kerjasama MSYRS untuk projek pertanian serta penternakan. Tiba-tiba saja si apek ni ada dalam kawasan terbabit sambil mengusahakan bisnes korek bijihnya.

Persoalan yang sedang ermain difikiran Parang pedang Cuma satu sahaja. Siapakah ADUN Simpang Pulai disebalik kes ini? Adakah beliau terlibat atau sekadar meninjau keadaan.

lihat paparan akhbar

gambar dibawah merupakan bukti kegiatan perlombongan haram yang dilakukan.



















Wednesday, March 2, 2011

Hindari dari menyertai"Himpunan Bersih" anjuran Pembangkang

PAS nak adakan perhimpinan bersih lagi nampaknya. Yang mana satu bersih pun Parang pedang tak tahu. Yang Parang Pedang tahu PAS memang tak pernah nak bersih, jiwa mereka memang dah terlalu kotor lagi busuk terutamanya terhadap UMNO. Agaknya bontot Anwar Ibrahim lagi bersih kot… maklumlah dah pernah merasa. Parang pedang bukan nak suka-suka hati menghina mereka, tapi diri sendiri dah telanjang takkan Parang pedang nak diam saja.

Pada pemikiran Parang Pedang, tindakan mereka untuk melakukan perhimpinan bersih ni bukan saja mengganggu orang awam seperti yang pernah berlaku suatu ketika dahulu, malah mencarik nama baik negara dimata dunia. Layakkah orang sebegini diberi hak untuk mentadbir? Sedangkan mereka ketandusan moral untuk bertindak secara matang.
Parang pedang tahu bahawa rakyat sangat bijak untuk memandang ke hadapan, memikirkan baik buruk sesuatu tindakan itu sama ada membawa keuntungan mahupun membawa padah. Sikap try and error sudah sebati dalam diri kita semua, tetapi dalam soal pemerintahan adalah sukar untuk melakukan kesilapan kerana tersilap langkah maka penyesalan tak sudah sedang menanti. Lihat sajalah apa yang terjadi di Pulau Pinang dimana nasib anak Melayu tidak terbela ekoran terputusnya pentadbiran pusat dari kerajaan negeri. Maka sepenggallah Rakyat Pulau Pinang mengeluh menderita.

Disini Parang Pedang menyeru kepada saudara sahabat yang membaca artikel ini agar tidak menyertai perhimpunan Bersih seperti dirancang oleh parti pembangkang. Lebih berfaedah jika kita terus dengan aktiviti rutin menjana ekonomi sendiri daripada melibatkan diri dengan aktiviti yang belum tentu menjamin masa depan kita.

Ingatlah bahawa kita tidak mewariskan masa depan kepada anak cucu kita, malah kitalah yang meminjamnya dari mereka.

Nik Aziz hina bangsa, Rakyat Merlimau di Melaka tersinggung jiwa.

Semua bangsa mempunyai perasaan bangga dengan bangsanya sendiri. Begitu juga dengan orang melayu khususnya di Malaysia. Bangsa merupakan suatu simbolik kepada budaya sesuatu kaum malah status bangsa juga menunjukkan bahawa individu tersebut datang dari suatu keturunan. Tidak ada salahnya mengaku diri sebagai bangsa sesuatu kaum asalkan tidak fanatik hingga menghina bangsa lain.
Melaka merupakan simbolik kegemilangan bangsa Melayu ketika zaman kesultanan suatu masa dahulu. Tentu sekali rakyat Melaka berbangga kerana negeri mereka diiktiraf sebagai pembuka kerajaan Melayu tertua oleh bangsa Melayu sendiri hinggakan dihormati oleh pedagang seluruh dunia.
Tapi sayang sekali kerana ada juga seorang insan yang tidak bangga bergelar bangsa Melayu dalam dirinya. Sedangkan Rasulullah S.A.W sendiri mengiktiraf baginda seorang yang berbangsa arab. Jika kita memandang ke negeri di Pantai Timur, lelaki yang bergelar Pok Nik (Nik Aziz) telah membuat kenyataan bahawa beliau tidak sedikit pun berasa bangga bergelar melayu dan tidak diminta dilahirkan sebagai Melayu. Apabila beliau ingin menawan jiwa rakyat Merlimau di Melaka, sedangkan beliau tidak menghormati negeri Melaka yang bangga dengan bangsa Melayu rasanya tak perlulah bersusah payah berkempen di sana. Kenyataan beliau semestinya menyinggung perasaan anak-anak jati Melaka khususnya Merlimau kerana kebanyakan penduduk disana mempunyai salasilah keturunan tokoh Melayu Melaka.
Apakah nasib anak Melayu jika Melaka dipegang oleh PAS? Apakah akan kekal status negeri berdaulat jika PAS memegang tampuk pentadbiran Melaka? Itulah persoalan yang bermain difikiran Parang Pedang. Jika Nik Aziz sudah mengisytiharkan dirinya bukan bangsa Melayu, apatah lagi para penyokongnya.
Parang Pedang amat berharap agar Melaka khususnya Merlimau kekal berdaulat seperti zaman kegemilangannya. Menolak habis pengkhianat bangsa seperti ini.

Daulatnya negeri Melaka, bangsa Melayu tetap bertahan,
Agama tetap agama, adat resam dipadam jangan