Monday, August 29, 2011

Jemputan ke Rumah Terbuka AidilfitriMenteri Besar Perak

Parang Pedang dengan ini mewakili saf pejuang Perak Cyber Troopers ingin menjemput saudara semua yang membaca blog ini ke Majlis Rumah Terbuka Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr. Zambry Bin Abd Kadir. Tarikh, masa dan tempatnya adalah seperti berikut.

Tarikh: Hari Raya Pertama
Masa : 2-6 petang
Tempat: kediaman Menteri Besar Perak (berhampiran bulatan Jalan Istana)

Kehadiran saudara semua amat dialu-alukan.

Bagi yang belum mengenali Menteri Besar Perak secara mendalam, beliau adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. Setiap aktiviti kemasyarakatan akan disertainya dan banyak bantuan diberikan kepada mereka yang dalam kesusahan. Keramahan dan sikap tanggungjawab beliau telah menarik perhatian pelbagai pihak sama ada dari pihak kawan mahupun lawan.

Parang Pedang rasa terkilan kerana menerima watikah Diploma Kejuruteraan dari dari tangan pemimpin pembangkang (Nizar) dan bukannya dari tangan beliau sendiri semasa konvokesyen kolej ketika Perak ditakluk pembangkang selama 11 bulan.

Mengenang Pengorbanan Wira Bukit Kepong

Parang Pedang masih teringat sebuah filem berkaitan perjuangan anggota keselamatan di Bukit Kepong. Kisah yang diabadikan oleh pengarah terkenal iaitu Dato’ Jins Shamsudin berkisar tentang peristiwa hitam angkara kekejaman komunis membunuh seramai 25 orang anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka. Ditembak, ditikam benet malah dibakar hidup-hidup antara tindakan yang dilakukan oleh 200 orang komunis dengan diketuai oleh Mat Indera terhadap pasukan keselamatan Bukit Kepong. Amat membanggakan apabila tiada sebarang penyerahan diri oleh anggota keselamatan terbabit, yang ada hanyalah simpang siur peluru kedua-dua belah pihak dengan laungan takbir membakar semangat anak melayu yang berjuang. Tanpa ada bantuan dari mana-mana pihak (pasukan Home Guard tidak dapat memberikan bantuan kerana tentangan pengganas dari arah mereka) anggota Polis Bukit Kepong mempertahankan berek yang mereka diami bersama keluarga disamping mempastikan balai tidak jatuh kepada komunis.

Sangat malang apabila Parang Pedang terdengar ada yang memuji pengganas komunis dan meletakkan mereka sebagai perwira. Mat Sabu pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pengganas komunis adalah perwira yang sebenar. Tidakkah beliau terfikir akan fahaman komunis yang menolak kewujudan Tuhan? Sedang saat beliau menghukum pemimpin dan pejuang kemerdekaan sebagai kafir dan berfahaman penjajah barat tanpa menyedari beliau sedang berpihak kepada suatu kelompok yang tiada beragama dan memegang teguh pada Teori Darwin.

Hanya kerana bencikan UMNO, beliau sanggup bersekongkol dengan kumpulan yang paling banyak mendera dan membunuh Ulama’ dizaman itu. Komunis sedar bahawa jika Islam berkembang maka usaha menyebarkan dakyah Komunisma akan terbantut dengan teori kewujudan manusia seperti yang termaktub didalam Al-Quran. Dengan musnahnya kumpulan Ulama’, maka usaha penyebaran fahaman logikal (Darwinisme) akan berjalan dengan mudah.

Selaku timbalan Presiden PAS yang kukuh dengan perjuangan berdasarkan syariah, tindakan Mat Sabu sangat menduka citakan seluruh umat Islam terutamanya ahli keluarga pejuang yang terkorban. Ramai juga ahli PAS yang amat kecewa dan marah dengan tindakan Mat Sabu mengeluarkan kenyataan tanpa memikirkan baik buruknya.

Hanya ada satu persoalan diminda Parang Pedang, adakah Mat Sabu dibayar untuk mengeluarkan kenyataan ini atau adakah apa yang dikatakan ini datang dari fahaman dan prinsip Mat Sabu sendiri ekoran kebencian terhadap UMNO? Hanya dia sahaja yang mampu menjawab persoalan ini. Apa pun Parang Pedang sendiri sebak melihat lakonan semula peristiwa hitam Bukit Kepong kerana sejarah tidak pernah menipu kita. Lihat sahaja kisah Leftenan Adnan Saidi yang dibunuh dengan kejam apabila jasadnya digantung dipokok (dalam guni) kemudian ditikam hingga hancur tak merupai jasad lagi oleh tentera Jepun. Ini semua sejarah dan akan kekal diingati oleh generasi akan datang, takkan berubah walau sepatah pun setiap peristiwa ini.

Parang Pedang ingin menasihati Mat Sabu agar memohon maaf kepada semua pihak yang marah dengan kenyataan tersebut. Sebagai muslim, keutamaan seharusnya diberikan kepada saudaranya terlebih dahulu, bukan bersekutu dengan pihak yang tidak sepatutnya. Akhir penulisan Parang Pedang ini, fikirkanlah nasib umat Islam jika dasar Darwinisme disebarkan. Akan pasti huru hara berlaku kerana fahaman ini bertentangan dengan hukum Allah.

“Allah Tuhanku, Muhammad nabiku, Islam agamaku, Kaabah kiblatku, Muslimin dan muslimat saudaraku”
SALAM PEJUANG, SALAM KEMERDEKAAN DAN SALAM AIDILFITRI

Kebajikan Kerajaan Malaysia dalam sektor perubatan

Tarikh 26 Ogos 2011 salah seorang ahli keluarga Parang Pedang dimasukkan ke wad di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh. Petugas hospital semuanya baik belaka serta cekap melaksanakan tugas dengan penuh berhemah dan mengamalkan sikap ramah. Petugas yang Parang Pedang maksudkan ialah petugas di wad 7B Hospital Ipoh. Disini Parang Pedang ingin mengucapkan terima kasih atas layanan yang diberi.
Tujuan Parang Pedang menulis disini bukanlah untuk ceritakan perihal sakit ahli keluarga Parang Pedang, tetapi untuk memberikan ucapan terima kasih kepada kerajaan Malaysia pimpinan BN yang telah memberikan khidmat kepada rakyat. Baru beberapa hari lalu Parang Pedang melihat usaha BN satu lagi apabila Kelab Putera 1 Malaysia melancarkan satu unit paramedik bersama 11 buah ambulans. Amat membanggakan kerana setakat ini belum ada mana-mana pertubuhan luar negara yang sanggup menubuhkan unit sukarelawan paramediknya sendiri seperti ini. Disamping membantu mangsa yang kemalangan atau sakit, ia juga memberikan pendedahan am berkaitan keselamatan nyawa seperti bantuan kecemasan, CPR, balutan serta beberapa kemahiran yang lain.
Bukan itu saja, sebelum ni Parang Pedang juga melihat Dato’ Seri Najib melancarkan klinik 1Malaysia bagi membantu pesakit kurang berkemampuan dari segi kewangan. Parang Pedang juga mengakui bahawa kualiti rawatan yang diberikan adalah setanding kualiti rawatan dipusat perubatan swasta yang lain. Parang Pedang melahirkan syukur ke hadrat ilahi atas nikmat kurniaNya meletakkan Parang Pedang dibumi Malaysia ini.
Besar harapan diri ini melihat keamanan seperti ini berkekalan sehingga Parang Pedang menutup mata dalam keadaan tersenyum apabila nasib anak cucu Parang Pedang pada masa akan datang turut terjamin.

Wednesday, August 24, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Salam Kemerdekaan

Tidak banyak yang Parang Pedang nak perkatakan sempena menjelangnya Syawal yang mulia ini selain memohon ampun dan maaf sekiranya selama Parang Pedang menghasilkan penulisan ini penuh dengan kata-kata yang menyakitkan hati para pembaca terutamanya dari pihak pembangkang. Apa yang Parang Pedang lakukan adalah demi memartabatkan kedaulatan agama bangsa dan tanah air agar tidak dijajah semula seperti masa lalu. Parang Pedang bukan berjuang atas satu tiket parti semata-mata tetapi untuk semua anak bangsa agar pemikiran kita tidak dijajah semula oleh bangsa asing.

Sebagai penghargaan kepada perjuangan Parang Pedang selama ini, diharapkan sudilah kiranya para pembaca menerima kad ucapan hari raya dari Parang Pedang didalam laman blog ini. Akhir kata dari Parang Pedang, semoga Ramadhan dan Syawal ini membawa kesejahteraan kepada kita semua ditambah dengan sambutan kemerdekaan kita yang akan diraikan serentak bersama Harai Raya Aidilfitri ini.

Salam Takzim dari saya Parang Pedang. Bersama didalam satu angkatan pejuang.

Maaf Zahir dan Batin.

Friday, August 19, 2011

Jom !! Pekena Nasi Arab Greentown Ipoh.


Hari ni Parang Pedang nak promote sikit tentang keistimewaan Ipoh yang terkini. Baru-baru ni Parang Pedang berbuka puasa di kedai nasi Arab Pakma di Greentown. Memang tak boleh kata bila nasi disuapkan ke mulut. Sampaikan Parang pedang bungkus untuk bersahur. Kepada yang berkunjung ke Ipoh, Jangan lupa ke kedai Nasi Arab Pakma. Tukang masaknya semuanya pak sheikh belaka. harga makanan pun ok tak mahal.

Isu Gereja. Mengapa pembangkang melatah dengan menuduh UMNO?

Tadi Parang Pedang menziarahi laman blog pembangkang, banyak jugak antara mereka yang membantai UMNO berkenaan isu gereja. Nampaknya mereka masih tak faham atau buat-buat tak faham sebab sekutu mereka yang buat salah.

Menjawab kepada sebuah laman blog pro pembangkang yang menyatakan kecurigaan terhadap isu ini, adakah PAS yakin bahawa UMNO yang merancang perkara sebegini? sedangkan kita semua tahu isu agama adalah yang paling sensitif dan sangat bahaya jika tidak diambil peduli. Tindakan JAIS sangat berpatutan dengan syariat. kita lihat kesan akibat jika terlalu mengambil mudah urusan agama hinggakan ajaran bukan Islam boleh diserapkan dikelas tambahan seperti yang berlaku kelmarin (disiarkan dalam berita). Anak kecil diberi tarbiah ajaran bukan Islam melalui lagu nyanyian tanpa mereka sedar. Inikah yang pembangkang mahukan jika tindakan awal tidak dibendung. PAS sebuah parti Islam boleh menafikan tindakan UMNO membantai Menteri Besar Selangor kerana isu ini, sudah hilangkah kewarasan pembangkang sampai isu agama diperkotak katikkan? PAS hanya marah kerana UMNO 'menghadiahkan' jamban dan penyapu kepada pejabat Menteri Besar Selangor. Untuk apa dihadiahkan kepada pihak gereja sedangkan yang mempertikaikan tindakan JAIS adalah pihak lain.

Pembangkang sudah tiada modal untuk membantai UMNO melalui isu-isu yang lain. maka dengan isu yang baru ini kononnya pembangkang mampu mengubah isu yang sedang melanda mereka terutamanya berkenaan ketua pembangkang. Tanpa mereka sedar bahawa tindakan menuduh UMNO sebagai dalang disebalik kes gereja, mereka telah menambahkan lagi masalah dalaman parti sendiri.

Parang Pedang hairan, mengapa mereka melatah dengan isu ini? ada apa-apa share ke dengan pihak terlibat? harapnya ada la jawapan yang memuaskan hati Parang Pedang selepas ini..

Wednesday, August 10, 2011

Wujudkan Industri Beca di Ipoh.

Semalam Parang Pedang ada menonton sebuah dokumentari berkenaan dengan industri beca. Memang sangat menarik hinggakan Parang pedang duduk leka menonton tv. Tetapi bukan sekadar duduk sahaja kerana daripada apa yang Parang Pedang lihat ialah suatu idea yang patut dilakukan di negeri Perak terutamanya Ipoh yang terkenal dengan panggilan ‘old town’. Bila sebut Ipoh sahaja maka akan terbayanglah rasa kopi putih (white coffee) yang harum. Maka tidak salah jika Parang Pedang melontarkan idea yang terpendam dalam otak ni. Mungkin zaman sekarang merupakan zaman moden dan serba serbi bergerak macam kilat, akibatnya keserian Bandaraya Ipoh juga turut tenggelam dengan kesesakan pelbagai jenis kenderaan.

Parang Pedang ingin menyarankan agar industri perlancongan di Ipoh dihidupkan dengan beca. Bukan apa, alang-alang sudah dikenali dengan nama pekan lama maka biarlah ia berseri dengan kenderaan lama. Pembawanya tidak menjadi masah kerana kita tahu terdapat banyak orang yang memerlukan pekerjaan boleh mengisi ruang kekosongan ini. Tambahan pula terdapat sesetengah orang yang menjalankan aktiviti kutipan wang hasil parking kenderaan secara tidak sah boleh berubah pendapatan sebagai pembawa beca. Pekerjaan ini tidak perlu dipandang hina kerana ia mampu menjana pendapatan seperti orang lain bekerja.

Parang Pedang berhasrat menyampaikan mesej ini kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak iaitu Dato’ Seri Dr. Zambry Abd. Kadir agar mempertimbangkan cadangan menghidupkan semula industri beca untuk tujuan perlancongan di Perak.

Monday, August 8, 2011

Salam Takziah Buat Mangsa Tragedi Tanah Runtuh

Parang Pedang dengan ini ingin mengucapkan Salam Takziah kepada mangsa-mangsa tragedi Tanah Runtuh di Cameron Highlands. Rasa sedih turut menyelubungi laman blog ini mengenangkan nasib mereka yang terkorban.

Sunday, August 7, 2011

sekali sekala kita belajar cakap Jerman.

Kembara disana sini..

Mungkin tajuk ni agak pelik sedikit buat para pembaca, tetapi sekali sekala kita keluar sedikit dari tajuk politik...Sebelum itu Parang Pedang mengucapkan jutaan maaf kerana sudah lama tidak berhubung dengan para pembaca...Disamping itu juga Parang Pedang ingin menyampaikan Salam Ramadhan Al-Mubarak buat pembaca dan bloggers yang dikasihi. Ketiadaan Parang Pedang selama ini bukanlah berkait dengan tajuk kali ini iaitu -Kembara disana sini-, melainkan Parang Pedang mengambil 'cuti' rehat sambil beriadah.

Kembara disana sini diambil bagi memperkenalkan salah seorang sahabat Parang Pedang yang banyak mengembara sambil menceritakan pengalaman beliau sepanjang perjalanan di negeri orang. Bagi yang ingin melihat negeri orang, maklumat yang disampaikan didalam blog ini amat berguna. Mungkin juga anda boleh berkongsi pengalaman anda bersama penulis blog ini disamping mendapatkan nasihat dari beliau. Pesanan dari Parang Pedang : sebaik-baik ilmu ialah pengalaman yang diceritakan melalui pengalaman orang lain bagi manfaat diri sendiri pada masa akan datang.

bagi mengunjungi laman blog beliau, silakan 'klik' pautan dibawah.

http://ahmadsafuan-abdullah.blogspot.com/

P/s Parang Pedang: Asyik cerita bab politik jer, bila nak selesai masalahnya?