Semalam Parang Pedang ada menonton sebuah dokumentari berkenaan dengan industri beca. Memang sangat menarik hinggakan Parang pedang duduk leka menonton tv. Tetapi bukan sekadar duduk sahaja kerana daripada apa yang Parang Pedang lihat ialah suatu idea yang patut dilakukan di negeri Perak terutamanya Ipoh yang terkenal dengan panggilan ‘old town’. Bila sebut Ipoh sahaja maka akan terbayanglah rasa kopi putih (white coffee) yang harum. Maka tidak salah jika Parang Pedang melontarkan idea yang terpendam dalam otak ni. Mungkin zaman sekarang merupakan zaman moden dan serba serbi bergerak macam kilat, akibatnya keserian Bandaraya Ipoh juga turut tenggelam dengan kesesakan pelbagai jenis kenderaan.
Parang Pedang ingin menyarankan agar industri perlancongan di Ipoh dihidupkan dengan beca. Bukan apa, alang-alang sudah dikenali dengan nama pekan lama maka biarlah ia berseri dengan kenderaan lama. Pembawanya tidak menjadi masah kerana kita tahu terdapat banyak orang yang memerlukan pekerjaan boleh mengisi ruang kekosongan ini. Tambahan pula terdapat sesetengah orang yang menjalankan aktiviti kutipan wang hasil parking kenderaan secara tidak sah boleh berubah pendapatan sebagai pembawa beca. Pekerjaan ini tidak perlu dipandang hina kerana ia mampu menjana pendapatan seperti orang lain bekerja.
Parang Pedang berhasrat menyampaikan mesej ini kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak iaitu Dato’ Seri Dr. Zambry Abd. Kadir agar mempertimbangkan cadangan menghidupkan semula industri beca untuk tujuan perlancongan di Perak.
1 comment:
Amat setuju dengan pandangan saudara, adakan juga kawasan lawatan tempat besejarah disekitar ipoh.
Post a Comment