Wednesday, October 31, 2012

BLOGGER BICARA PERJUANGAN MULA BERSUARA DEMI KEBENARAN.

kali ni Parang Pedang nak kongsi sikit tentang artikel BICARA PERJUANGAN yang pernah mendapat perhatian pihak media cetak.... Rentetan dari peristiwa itu, ada yang mendakwa laporan polis telah dibuat terhadap blogger ini... Tapi apa perlu ditakutkan sebab BICARA PERJUANGAN hanya mendedahkan kebenaran yang disembunyikan. Kita susuri artikel dibawah ini...


.......................................................................................

Bicara


BERANI KERANA BENAR....!!!
TEMAN dah kata..... PAS Perak ni memang tidak senang hati, dengki, irihati, cemburu, dan pelbagai lagi sebutan yang sinonim dengan maksud tersebut, kepada ketokohan DS DiRaja Dr. Zambry sebagai MB Perak selepas jatuh tersungkurnya Nizar dari takhta Menteri Besar yang hanya sempat merasa keenakannya diperkudakan Ngeh dan Nga selama 11 bulan sahaja..... kalau anak kecil yang baru lahir ke dunia, belum sempat nak sambut ulangtahun hari kelahiran pun!!!!


Bertubi-tubi serangan ditujukan kepada Menteri Besar berjiwa rakyat itu.
Tentu masih ingat lagi dengan isu ancak... Sebelum itu.... kes mahkamah beliau mengenai kedudukannya sebagai Menteri Besar......
Kes Vale.... isu tanah di Batu Gajah.... (sekadar menyebut beberapa isu sahaja sebagai contoh). Pendek kata apa sahaja perkara akan cuba dikorek-korek oleh mereka dengan tujuan untuk memalukan dan membuktikan kepada umum bahawa Zambry tidak ada kewibawaan untuk menerajui tampuk kerajaan negeri Perak!!!

Sama halnya dengan kisah Rumah Perak di Batu Ferringhi

Kamu juga nak tahu apa hubungan pembeli (yang dituduh sebagai kroni) dengan Zambry. Kamu bersungguh-sungguh ingin tahu, inginkan jawapan. 


Kami memberikan jawapan berdasarkan soalan yang dikemukakan.  Kami menjawab bukan sekadar dengan air liur basi sebagaimana yang puak-puak haluan kiri selalu melontarkan soalan, ikut kaler taik idung dan taik gigi kome aja!!!

TETAPI..... apabila kami memberikan jawapan yang kamu mahukan, kamu menggelabah kepanasan tu apa hal? Adakah kerana jawapan kami betul dan tepat mengenai sasaran.... atau kamu dah termalu kerana tuduhan berjaya ditangkis dengan fakta sahih...!!! Kami bukan mendedahkan akta rahsia rasmi kerajaan tetapi kami menjawab soalan yang kamu lemparkan kepada Menteri Besar yang kami sayangi dan kasihi itu. 

Mana dokumen yang kamu maksudkan itu?  Dokumen itu ditandatangani oleh siapa?  Tidak ada dokumen yang kami dedahkan pun. Ianya sekadar ayat sahih sahaja. Adakah ayat itu kamu maksudkan sebagai 'DOKUMEN AKTA RAHSIA RASMI KERAJAAN', Salleh..???? Wah..!!! Pandai betul kamu ye. PhD tahap berapa yang kamu dapat? Mana kamu sekolah ni..?


ATAU.....Mungkin juga kamu dengki kerana kami yang dapat dulu fakta dan maklumat tersebut dan mematahkan tuduhan kamu terhadap DS Dr. Zambry.... Alhamdulillah.. Apa akan jadi andainya kamu yang dapat dulu? Mungkin kamu akan cuba ubah kandungannya untuk membuktikan bahawa Menteri Besar Perak itu benar-benar menjual rumah tersebut..... Mungkinkah begitu, Salman Salleh?????

Berdasarkan kepada penelitian kami terhadap video tersebut, sebenarnya Salman Salleh mengakui bahawa jawapan yang kami berikan itu adalah benar! Mungkin dia tidak menyangka 'tembakan kami tepat mengenai sasaran'..! Sebab itulah beliau cuba mengajak polis 'campurtangan' .....mungkin untuk melindungi 'kemaluan'nya yang sangat besar itu.....!!! 


dipetik dari artikel:

http://miazarraannur.blogspot.com/2012/10/berani-kerana-benar.html


.......................................................................................

Tuesday, October 30, 2012

DEFINISI ISLAM DALAM PAS



Hari ni kita tengok definisi PAS secara suara peribadi ahlinya sendiri. 

1. Maki hamun sambil bertakbir

2. Jatuhkan hukum muslim bukan PAS Sebagai kafir

3. Isyitihar jihad terhadap pemimpin muslim

4. Bersekongkol dengan kafir harbi yang menyokong PAS.

5. mengampunkan dosa ahli PAS dan PEMBANGKANG yang berdosa serta bersalah walaupun kesalahan syariah.

6. Budaya biadab boleh dilakukan terhadap mereka yang tidak menyokong PAS

7. Wang dari BN haram digunakan tapi boleh diambil untuk tabung jihad PAS.

8. Boleh maki polis dan wajib buat report polis bila kena tibai dengan blogger.

9. Fitnah terhadap BN dihalalkan sebab mereka kafir

10. Wakil rakyat PAS wajib angkat sumpah bila keluar parti maka isteri yang dikahwini akan jatuh talak tiga.

11. Anak-anak ahli PAS mesti dimasukkan ke sekolah tarbiyah PAS

12. Kenyataan palsu halal digunakan bila tersepit antara polis dengan media.

13. Penulis blog menyokong PAS akan dibayar dan ditaja hingga jutaan ringgit.

14. Adat istiadat bukan Islam boleh dilakukan asal mereka sokong PAS.

15. Unit amal lebih berkuasa dari polis, boleh pukul penyokong BN sesuka hati.

16. Perlu jadi anak manja, bila kena smash dalam blog BN... report polis

17. Khalwat tak salah, bogel-bogel pun tak salah, ais krim ais krim lagi tak salah asalkan dapat restu tok guru.

18. Masjid untuk semua agama asalkan sokong PAS

19. Ulama UMNO dianggap ulama kafir

20. Jika isteri bukan ahli PAS, wajib didaftar ahli. Wajib cerai talak tiga jika isteri ingkar.

21. Undi PAS boleh masuk syurga

22. Pengundi BN wajib dirampas kad pengenalan setiap kali pilihanraya.

23. Hasil korban lembu sembelihan UMNO  DAN BN haram dimakan.

24. Urusan jenazah ahli PAS haram disentuh oleh ahli BN, termasuk urusan van jenazah. Driver wajib ahli PAS.

25. Boleh tayang kemaluan lelaki ahli PAS kepada perayu undi puteri dan wanita UMNO dan BN.

26. Haji tak sah jika pembimbingnya orang BN.

27. Tidak boleh buat haji jika musim hajinya diadakan pilihanraya.

28. Mati menentang polis dianggap syahid dan tak perlu dimandikan kerana polis BN kafir.

29. PUTERI MUSLIMAH PAS boleh pakai seluar jeans ketat untuk tagih undi.

30. Hanya PAS sahaja dianggap Parti Islam di Malaysia  parti lain bukan islam... Habis tu hizbut tahrir tu apa?

"memang tak termaktub dalam perlembagaan pas tapi dimaktubkan dalam mulut setiap ahli pas yang ditemui."



Jangan lupa lepak di halaman sahabat Parang Pedang.. Lagi banyak cerita best kat page dia.... Klik sini

PARTI ISLAM? KENAPA TAK BANTU SYRIA MACAM KELAB PUTERA 1 MALAYSIA? 



Dah nama pun Parti Islam kan? Mana Islamnya? Takkan Islam pada agenda hudud saja? Mana agenda fisabilillah Pas? Mana agenda sistem pentadbiran Islam? Takkan tak boleh dilaksanakan kot? Nama pun Parti Islam. Takkan agenda perjuangan hanya dalam Negara sahaja? 

Baru-baru ni Kelab Putra 1 Malaysia dah hantar bantuan qurban ke bumi Syria yang sedang bergolak. Memang sedih melihat situasi anak anak pelarian Syria yang memohon simpati dari seluruh dunia Islam. 

Atas dasar belas ehsan itulah Kerajaan Malaysia telah menghantar bantuan kemanusiaan terhadap mangsa keganasan Basyar Asad di Syria. Bila melihat liputan yang dibuat disana, memang kita akan menangis mengenangkan nasib mereka yang menjadi korban keganasan pemimpin diktator. 

Kalau diikutkan kita disini asyik seronok bergambar dipagi raya aidil adha, makan lemang sampai buncit perut, berjumpa sanak saudara dan pelbagai aktiviti lagi. Tetapi di Syria, tak dapat la nak merasa semua tu. 

Syria Appeal
Seluruh dunia turun memberi bantuan kepada mereka. Ada ke gambar ahli Pas menyampaikan bantuan?


Tapi yang hairan tu, ada sebuah Parti Islam yang asyik laung takbir secara keras sampai nak keluar anak tekak, tu yang jantannya.. Yang betina pula macam mana? Fuh.. Beralun suara masa bercakap, tapi bila takbir keras je... Kalah minah rock kapak. Tak ada niatkah nak bantu mangsa kekejaman disana? Senyap je Parang Pedang tengok. Yang diorang tahu, kerjanya dalam khutbah raya, maki kerajaan BN. Lepas tu sembelih seekor lembu untuk ahli PAS sendiri. Kurban apa macam ni? Maka tak ubahlah mereka ni macam kumpulan tariqat yang diharamkan iaitu Al Arqam yang hidup hanya dalam komuniti sendiri.

Nama sahaja Parti Islam, tapi mana Islamnya bila saudara sendiri di Syria kena bunuh, kelaparan, dan hilang tempat tinggal? Kelab Putra 1 Malaysia dah turunkan bantuan untuk mereka disana. PAS jangan la jadi red Indian yang dapat daging terus bawak dalam rumah. Kenanglah sikit nasib umat Islam disana.  Tapi Parang Pedang lupa, macam mana nak jaga kebajikan umat Islam seluruh dunia jika umat Islam jajahan sendiri pun tak dijaga kebajikannya. Susah juga nak berwuduk bila air tak ada, susahlah juga nak beristinjak bila air kurang. Takkan nak tayamum semedang saja, betul tak? Khalifah dahulu kala, akan buat terusan bila keperluan air tak cukup. Doa perlu didahului tawakal. Tak boleh doa terus, lepas tu takbir, lepas tu maki kerajaan sebab tak sediakan kemudahan. Aik? Salah siapa ni? Bukan ke tempat tu bawah pentadbiran PAS? 

Kita balik semula kepada kisah nasib penduduk Syria yang ditimpa musibah, rasa kesian bila tengok nasib mereka. Tapi itu timbul dalam hati sanubari kita semua. Apa pula yang tergambar didada jiwa pemimpin PAS? Masih tiada jawapan. Buat pembaca semua, kita lihatlah permainan politik PAS didalam negara yang tidak ikhlas akan perjuangannya. Seorang pemimpin Islam tidak akan membiarkan saudara muslimnya diancam bahaya dan bahana. Itulah yang dilakukan oleh barisan kepimpinan BN. 

Fikir fikirkanlah buat sidang pembaca laman Parang Pedang ini.


Syria Appeal
Rasa kesian bila lihat wajah anak anak ini

Monday, October 22, 2012

SALAM TAKZIAH BUAT BLOGGER DAENG SELILI

Daripada Blogger Parang Pedang,
Sesungguhnya kematian itu suatu yang pasti. Kematian bukanlah perpisahan, tetapi ia satu perpindahan dari dunia fana kepada Sang Pencipta yang hak dan kekal. Dunia ini hanyalah sementara sedangkan hakikat kehidupan adalah selepas kita mati.

Kepada Daeng Selili blogger, kita redha sahaja pada pemergian nenda saudara. Yang penting ialah kita sedekahkan kalimat surah al fatihah buat nenda anda.

Akhir kata dari saya sekali lagi, salam takziah dan banyakkan sabar. Setiap yang hidup pasti akan menemui mati.

Al Fatihah......


daengselili.blogspot.com

BENARKAH NGEH KOO HAM PUNCA REZEKI KOPITIAM TERTUTUP

Untitled

Sebelum Parang Pedang cerita, apa jua maklumat yang Parang Pedang dapat adalah daripada seorang sahabat yang mengenali pengasas merangkap pemilik 4 buah kedai oldtown Kopitiam. Ngeh jangan marah sebab ini adalah dari fakta sebenar.

Menurut fakta sebenar, pemilik oldtown kopitiam adalah seorang cina muslim yang menjalankan perniagaan makanan sekitar tahun 1999 -2000 bermula di Taman Ipoh Jaya. Perniagaan yang berasaskan produk kopi putih dan roti kaya. Untuk pengetahuan kita semua, permulaan cawangan baru kopitiam adalah sewaktu Barisan Nasional tewas di Perak serta Pakatan Haram Rakyat memegang tampuk kuasa. 

Kisah oldtown kopitiam dikambing hitamkan oleh pakatan rakyat bahawa Ngeh Koo Ham terlibat dalam perniagaan ini adalah tidak benar kerana perniagaan ini milik seorang cina muslim seperti mana kita kenali tokoh pendakwH islam berbangsa cina iaitu Dr. Riduan Tee Abdullah, begitulah dengan pemilik kopitiam ini.

itulah dari apa yang Parang Pedang dengar dari lisan sahabat ni. Kalau tak betul, jangan tembak Parang Pedang, tembak dia...hehehehe...

Kita sambung balik...
Dikatakan juga bahawa setiap penyelia di empat kopitiam ini semuanya cina muslim. Makanya setiap makanan disediakan secara bersih dan suci mengikut syariat dan bersandarkan pada budaya kaum cina muslim. Jangan pula bila diorang guna chopstick, kita letak hukum diorang masak babi. 

Nak dijadikan cerita keburukan diorang ni, apabila berlakunya kekalahan kita BN tahun 2008 serentak pula dengan perasmian cawangan baru mereka. Siapa yang rasmikan? Tentulah si rambut superman (koo Ham) yang rasmikan sebab diorang berkuasa di Perak masa tu. Semenjak hari tu la pelbagai tohmahan dilemparkan kepada kopitiam oldtown. Pelbagai cerita baru di timbulkan hingga kepada tahap cerita katak dan hidangan haram.

Atas sebab demikian, Parang Pedang pun buat research pasal oldtown ni dari setiap ahli UMNo yang kenal dengan pemilik Oldtown ni. Rupanya segala ini berpunca dari perasmian Old town kopitiam cawangan baru yang dirasmikan oleh Ngeh Koo Ham.... Sekarang salah siapa? Koo Ham la sebab orang tuduh dia ada share dengan old town kopitiam white coffee.

Sekarang ni perkara yang betul ialah punca isu halal haram ni datang dari si anak haram yang merasmikan kedai yang halal tu.. Pembaca jangan pula nak bantai Parang Pedang sebab fakta yang Parang Pedang terima ni 100% tepat... Siapa nak nafikan? Sila la... Parang Pedang duduk di Ipoh memang tahu ceritanya... Kalau cawangan oldtown kat luar ipoh tu, Parang Pedang tak jamin sebab Parang Pedang tahu yang kat luar Ipoh tu dah difrancaiskan... Siapa nak tahu kebenarannya , boleh siasat sendiri.. Jangan letak hukum terus.

Kalau nak cerita bab politik pasal oldtown ni, ownernya orang komponen parti kita jugak. Cuma tiada pilihan ketika nak merasmikan kedainya sebab BN kalah masa tu..... Sama la Macam Parang Pedang masa konvokesyen diploma engineering kolej dulu.... Nak taknak terpaksa salam dengan Nizar janggut kambing demi mendapatkan segulung diploma walaupun 7 kali samak tangan lepas tu...

Salah siapa? 

Lu fikir la sendiri...
Assalamualaikum...

Friday, October 19, 2012

Urut-urut ia kembang.. Sudah pancut ia kecut... Apa tu?

Ni kita sembang secara otak bersih .. Jangan fikir tajuk diatas sebab memang kontroversi sikit. Tapi yang ingin Parang Pedang ceritakan ialah tentang gamat yang sangat terkenal dikalangan umat melayu yang berkemampuan dengan izin Allah menyembuhkan luka dalaman serta luaran sistem tubuh manusia.

Habitat haiwan ini yang tinggal didalam air masin merupakan spesis haiwan yang unik kerana mempunyai kemampuan menyembuhkan kecederaan dirinya sendiri.

Gamat melindungi dirinya dari serangan musuh dengan menyemburkan sejenis cecair untuk melepaskan diri.

Harga pasaran bagi sekilogram gamat mencecah sehingga 70-90 ringgit Malaysia. Kini gamat dijadikan bahan utama dalam makanan kesihatan. Bagi yang menghadapi masalah kesihatan yang melibatkan luka luka organ dalaman, boleh mendapatkan produk gamat difarmasi berdekatan anda..


Gamat

Thursday, October 18, 2012

PENSYARAH UiTM BERFAHAMAN PAKATAN RAKYAT?



Ini adalah dari apa yang Parang Pedang dapat tahu menerusi dialog dengan pensyarah ni tentang situasi politik negara. Dia yang berstatus Pensyarah UiTM disebuah negeri taklukan pembangkang sentiasa memberikan kritikan negatif tentang pentadbiran negara dibawah pimpinan BN berpendapat bahawa BN perlu digantikan dengan pakatan haram atas sebab tidak Islamik. 

Sejak dahulu lagi Parang Pedang dah nampak haluan parti pensyarah ni yang bencikan kerajaan BN. Memang dia penjawat awam tapi dengan jawatan yang disandangnya memperlihatkan seolah-olah Pakatan Haram la yang berinya gaji hingga mencecah beribu-ribu ringgit.

Mungkin inilah salah satu sebab mengapa pelajar cenderung menyertai rapat umum pembangkang disamping demonstrasi jalanan yang dianjurkan. Kita demokrasi memang tak salah pilih parti mana yang kita suka. Tapi biarlah dalam kertas undi. Bukan melalui suara yang berjawatan pensyarah universiti. 

Didiklah anak didik tu dengan penuh berhemah, bukan dengan cara politik yang belum sesuai diusia mereka. Parang Pedang taknak tembak tepat ke muka individu tersebut sebab memandangkan dia sedang mencari sesuap rezeki untuk diri dan ahli keluarganya. Kalau tembak tepat ke muka pensyarah tu tentu banyak masalah yang timbul pada dirinya. 

Kepada pensyarah berkenaan, Parang Pedang hormat pada pendirian anda. Tapi jangan bersuara lantang sampai orang nampak sangat anda siapa sebagai penjawat awam. Seksyen 7 tu bukan la besar sangat untuk anda dikenali. Insaflah pensyarah UiTM, anda sedang diperhatikan setiap kenyataan anda.

Monday, October 15, 2012

LAHANAT PUNYA PEMBANGKANG

Ingatkan dah tak pegang kuasa di Perak ni , eloklah perangai tu sikit. Rupanya lagi bangang. Parang Pedang mati-mati ingat orang sendiri yang buat kerja ni.. Rupanya ada Babi tenuk janggut kambing punya puak yang simbah cat pada Gambar Zambry.

Dan ketagih nak jadi samseng ke pembangkang pantat ni? Saja nak bagi darah menyirap. Ni kalau jumpa ni patut tarik anu panjang-panjang, lepas tu potong bagi anjing pembangkang makan.

Orang dok heboh ingatkan ahli Umno sendiri punya kerja, rupanya ada iblis pakai serban punya puak yang buat. Memang hangpa lahanat, dengan mursyidul am hangpa pun lahanat... Anak buah nak tunjuk samseng kat Perak ni hangpa silap. Kalau dapat tangkap, memang daging hangpa kena cincang, anu hangpa bagi kat gundik Khoo Ham. Ingat tu pembangkang lahanat.

Zmbry

Laporan liputan Rapat Umum TIBAI di Ipoh, Perak.

Ipoh, 14 Oktober 2012.

Satu ceramah rapat umum anjuran PERKASA Perak telah diadakan di Dewan Ahmad Said Sungai Rokam. Ceramah ini bertujuan mendedahkan konspirasi Anwar Ibrahim serta sekutunya dalam permainan politik tanah air.

Ceramah yang bermula jam 9:30 malam itu dihadiri tidak kurang dari 1000 hadirin. Penceramah yang menyampaikan ucapannya ialah Saudara Zahir md Arif dan Y.B Dato Zulkifli Nordin. Antara isi ceramah yang disampaikan ialah berkenaan situasi umat melayu yang dalam bahaya akibat serangan dari anasir dalam negara sendiri iaitu parti pembangkang yang mempunyai agenda jahat terhadap negara.

Saudara Zahir yang menyampaikan ceramah turut memperingatkan tentang nasib bangsa melayu yang perlu dibela oleh bangsanya sendiri dan tidak boleh bergantung harap kepada bangsa lain.

Beberapa pendedahan tentang aktiviti Anwar Ibrahim juga didedahkan kepada umum berkenaan isu penderaan terhadap Anwar Ibrahim yang hanya semata-mata gimik dan bertujuan bagi meraih simpati. Menurut Saudara Zahir, Anwar mendapat layanan berbeza dengan tahanan yang lain kerana Anwar bebas menikmati apa saja makanan kegemarannya disamping suasana tempat yahanan yang amat selesa. Namun begitu demi mencapai matlamat jahatnya, Anwar Ibrahim sanggup berbohong kepada seluruh rakyat bahawa dia didera serta tidak mendapat layanan yang baik.

Semasa didalam penjara, Anwar pernah menulis surat kepada George Soros bagi membantunya mengkucar kacirkan negara menerusi jalan ekonomi, surat tersebut yang dibawa kelur dan disampaikan kepada Soros melalui isterinya Wan Azizah. Permainan Anwar Ibrahim Semakin licik apabila dia berjaya menumbangkan kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi menerusi rancangan jahatnya ketika di penjara.

Berdasarkan pengalaman penceramah ketika bersama Anwar Ibrahim, isu politik dalaman semasa sentiasa diketahui oleh Anwar kerana dia dibenarkan membaca akhbar ketika dipenjara dan tidak seperti tahanan lain yang tidak mengetahui keadaan diluar.

Pendedahan demi pendedahan dibongkar oleh Mursyidul Am TIBAI iaitu saudara Zahir tentang cubaan Anwar menggadaikan bangsanya sendiri disamping menipu kaum cina dan india demi kepentingN kroninya sendiri. Ini terbukti dengan isu kampung Buah Pala di Pulau Pinan yang telah diriboohkan setelah penduduknya percaya kepada janji Anwar Ibrahim untuk mendapatkan geran tanah bagi penduduk. Namun begitu, atas belas Dato Seri Najib maka sebuah penempatan tersusun diberikan kepada setiap penduduk yang tertipu dengan janji Anwar.

Tiba saat penyampaian ceramah oleh Dato Zulkifli Nordin, ramai pendengar memberikan tumpuan penuh pada penyampaian beliau apabila pelbagai konspirasi Untuk Menjatuhkan kepimpinan Dato Seri Najib menerusi isu Kalap Selam Scorpene dan isu cincin 24 juta. Isu Scorpene diketahui telah lama dirancang dan diluluskan oleh Anwar Ibrahim sendiri ketika dia memegang jawatan sebagai menteri kewangan dahulu manakala isu cincin 24 juta pula bukan hak milik peribadi Datin Rosmah kerana ia diisytiharkan sebagai bahan untuk pameran. Begitulah permainan jahat Anwar Ibrahim terhadap semua pihak sama ada seterunya mahupun sekutu sendiri.

Pendedahan tentang misi Anwar Ibrahim ke luar negara bagi bertemu pemimpin luar dan penuntut universiti luar negara bagi menceritakan tentang keburukan Malaysia juga dihebahkan bagi menyedarkan rakyat tentang rancangan Anwar Ibrahim.

Begitulah pelbagai pendedahan tentang Anwar Ibrahim menerusi dua penceramah ini. Majlis berakhir sekitar jam 12 malam dengan laungan hidup melayu dan Takbir yang bergema di Dewan Ahmad Said Sungai Rokam, Ipoh.

Gambar penuh Majlis rapat umum boleh dilihat dibawah.



Tibai 1


Tibai 2


Tibai 3

Tibai 4


Tibai 5


Tibai 6

Tibai 7


Tibai 8

Sunday, October 14, 2012

LIPUTAN CERAMAH TIBAI

Ketika ini sedang berlangsungnya ceramah rapat umum TIBAI atau lebih dikenali dengan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim.

Parang Pedang sedang membuat liputan untuk dimuatkan didalam blog ini... Mohon pembaca nantikan berita penuh tengah malam ini.

GERAKAN ANTI ZAMBRY YANG TEGAR MASIH WUJUD

Panas rasanya bila digelar anjing terhadap para penyokong Menteri Besar Perak oleh puak yang anti dengan Dato Zambry. Ingatkan dah reda dah Gerakan Anti Zambry ni, rupanya ada segelintir kecil puak ni yang cuba membentuk kumpulan baru GAZ setelah kumpulan sebelumnya kembali berpihak kepada Dato Seri Zambry Abd Qadir.

Selepas apa yang dibawa oleh MB Perak kita ni pelbagai bentuk pembangunan di Perak, Anjing - anjing anti Zambry ni terus menerus menyalak melaungkan kebencian terhadap beliau. Dulu memang ada GAZ, tapi keadaan kembali reda setelah masing-masing beralah dan saling bersalaman. namun begitu, ada juga yang masih belum merasa puas makan daging dengan biadabnya terus menerus melaungkan kebencian terhadap Dato Zambry. Mereka cuba menghasut ramai pihak untuk sama-sama membenci Menteri Besar Perak ini dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah.

Agaknya mereka baru keluar dari tempurung kelapa yang dah reput tanpa mengetahui bahawa Dato Seri Zambry Abd Qadir kini berjaya menambat hati setiap masyarakat Negeri Perak. Sifat rendah diri Dato Seri Zambry memang jelas sebagai pemimpin berjiwa rakyat.

Anjing-anjing GAZ yang baru ni sememangnya tidak tahu bersyukur dengan apa yang dinikmati sekarang. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas rasa tidak bersyukur mereka ni.

Walau apa pun kita semua , ketaatan kepada pemimpin adalah wajib selagi pemimpin itu tidak menyeru kepada keburukan. Dan celakalah bagi mereka yang menderhaka serta memberontak kepada pemimpin yang adil.

Parang Pedang tetap memberikan sokongan padu kepada Dato Seri Zambry Abd Kadir tanpa mengharapkan sebarang ganjaran kerana Parang Pedang tahu bukan mudah untuk memiliki pemimpin yang baik. Syukur alhamdulillah.


Zambry 2

Menteri besar mana yang sanggup tidur dalam masjid beralaskan lantai kayu? inilah wajah seorang pemimpin yang diambil gambarnya tanpa beliau sedari.

Saturday, October 13, 2012

CINCIN PEMBESAR ALAT KELAMIN LELAKI TERSANGKUT?

Selama ni asyik cerita bab politik saja.. Sekali sekala perlu juga cerita bab kesihatan. Ikuti cerita dibawah ini sebagai iktibar buat kaum lelaki.

Hari ni Parang Pedang nak cerita sikit bab tenaga batin, bukan ilmu batin. Dulu ada juga cerita bab urut batin, tapi kali ni ada susulannya tentang kisah kebatinan apabila terbaca kisah cincin menguatkan alat kelamin tersangkut pada zakar seorang lelaki hingga anggota Bomba terpaksa memotong cincin tersebut.

Seperti kebiasaan, cincin pembesar alat kelamin tersebut diperbuat dari getah. Tapi kali ni pula lelaki tersebut menggunakan cincin besi berukuran saiz 50 sen. Berita yang diperolehi dari akhbar harian metro bertarikh 13 Oktober 2012. 

Untuk penjelasan lanjut tentang cincin ni, fungsi sebenarnya ialah untuk menghalang aliran darah dari kembali ke pangkal zakar setelah memasuki bahagian takuknya. Penggunaan cecincin ini hanya untuk sementara sahaja dan bukan untuk tempoh masa yang lama.

Terdapat banyak variasi cincin ini dipasaran dan ada yang membuatnya sendiri dari getah gelang dan terbaru kali ini menggunakan cecincin yang diperbuat dari besi. Kesan akibatnya boleh menyebabkan zakar bengkak dan bertukar menjadi lebam. 

Kembali semula kepada kisah lelaki yang tersangkut cincin besi pada alat kelaminnya. Anggota Bomba telah berjaya menyelamatkan lelaki tersebut dari bahana cincin yang dipakainya.

Nasihat Parang Pedang disini, biarlah kita kekal dengan apa yang telah Tuhan anugerahkan. 

Cincin zakar

Wednesday, October 10, 2012

Tibai individu bernama A.I

Parang Pedang nak tanya ni, siapa yang tak tau cerita sebenar Anwar Ibrahim serta rahsianya sepanjang menyertai pakatan rakyat? Jika belum tahu rahsia Anwar Ibrahim, Parang Pedang nak ajak pembaca blog ni semuanya sekali hadir ke Ipoh, Perak. Maklumat boleh dilihat dibawah ni.


TARIKH : 14 OKTOBER
HARI : AHAD 
WAKTU : 9 MALAM
TEMPAT : DEWAN DATO AHMAD SAID, KAMPUNG SUNGAI ROKAM, IPOH.


Dalam kita sedang taksub pada Anwar Ibrahim akan kata-katanya selama ini, rupanya ada keburukan yang tersenbunyi dan tak terlintas difikiran kita bahawa dia akan melakukannya. Rahsia Anwar terbongkar apabila modus operandinya untuk menipu dan memperlekehkan orang ramai terbongkar oleh beberapa orang kanan yang tertipu dengan helah Anwar Ibrahim sendiri.

Jemput datang untuk mendengar kisah sebenar Anwar ibrahim.



Tibai

Thursday, October 4, 2012

Anwar Berahim ‎Cakap tak serupa bikin




ANWAR IBRAHIM
KUALA LUMPUR 3 Okt. - Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup ke Paris, Perancis ketika sesi perbahasan Bajet 2013 sedang berlangsung menunjukkan beliau seorang pemimpin penakut yang `bercakap tidak serupa bikin'.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak hadir semasa Ketua Pembangkang itu berucap dituduhnya sebagai penakut sedangkan sebagai pemimpin kerajaan, sudah tentu Najib sibuk dengan pelbagai tugas rasmi.

Tegasnya, semasa memegang jawatan Menteri Kewangan juga Anwar jarang mendengar ucapan Ketua Pembangkang pada masa itu yang disandang Lim Kit Siang.

Semasa memegang jawatan Menteri Kewangan dahulu sehingga menjadi Ketua Pembangkang sekarang pun jarang ada dalam Dewan Rakyat untuk mendengar Ahli Parlimen lain berbahas.

Adakah Anwar pun begitu sibuk sehingga sanggup ke Paris semalam atau pun takut untuk berada di dalam Dewan Rakyat kerana bimbang diserang oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN)," katanya yang juga wakil rakyat Bebas kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas tindakan Anwar yang menuduh Najib yang juga Menteri Kewangan takut untuk berdepan dengan dirinya ketika membahaskan Bajet 2013 Isnin lalu tetapi pada masa sama semalam Ketua Pembangkang itu telah ke Perancis semasa sidang Dewan Rakyat masih berlangsung.

Ibrahim turut memperlekeh tindakan Anwar yang dilihat sentiasa takut untuk berhadapan dengan beliau khususnya di Parlimen.

Yang saya tahu, apabila saya bangun berucap mesti Ketua Pembangkang itu akan bangun meninggalkan Dewan Rakyat sebab dia tahu Ibrahim Ali kawan lamanya ini tahu segala rahsia dirinya.

Cukup-cukuplah Anwar, insaflah. Berapa banyak lagi kamu hendak berbohong, memperlekeh dan memfitnah orang," ujarnya.

Sementara itu Ibrahim menjelaskan, ketika Anwar berucap membahaskan Bajet 2013, Perdana Menteri berada di pejabatnya dan sentiasa mendengar perbahasan itu melalui siaran langsung di televisyen.

Pegawai-pegawai pun akan mencatatkan segala perbahasan dan semua ucapan dalam Parlimen itu nanti akan diterbit dalam bentuk hansard.

Adakah itu juga menjadi masalah," ujarnya sinis.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20121004/pa_01/'Cakap-tak-serupa-bikin'#ixzz28IU2dcWH
© Utusan Melayu (M) Bhd

Terima kasih, Tun Dr Mahathir!



TAHUKAH ANDA??

1. Dia lah yang menggerakkan negara islam yang lain untuk membantu Bosnia & Herzogovinia ketika umat islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.

2. Dia juga lah yg menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” - Tun Mahathir.

3) Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam Bosnia.

4) Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestine.

5) Dia juga lah pemimpin islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.

6) Dia juga lah yg mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat islam demi untuk melepaskn sekatan Amerika Syarikat.

7) Dia lah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat islam serta mempertahankan islam dimata dunia.

8) Dia lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.

9) Dia lah yang ketika saudara islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH.

10) Dia jugalah pernah ditembak dan mengorbankan jawatan tertinggi yang beliau ada bagi menyelamatkan umat Islam di Bosnia.

Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..

Siapa dia? Ya.. dialah..

TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, Bekas PERDANA MENTERI MALAYSIA dan manusia yang dihormati UMAT ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia. Thanks Tun!

Kredit: Kakibising

Oh! Media: Mereka yang positif sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk insan lain dan lebih memikirkan kebaikan yang pernah dilakukan orang lain berbanding sedikit keburukan atas kekhilafan diri mereka yang juga manusia biasa. Moga kita semua tergolong dalam golongan yang positif.

Share blog atat artikel ini jika anda sayangkan beliau.