Wednesday, July 17, 2013

Rasuah Pengundi Besut ???

Sumber: http://sekupangduas.blogspot.com/


PANAS YOP BERITA TERKINI DARI BPO SUDAH ADA PETUGAS BULAN MERASUAH RM 20.00 KEPADA PENGUNDI DAN BERJANJI AKAN BAGI DUIT RAYA SEHINGGA RM 1500.00 UNTUK SATU KELUARGA! IKUTI PENDEDAHAN YANG TEMAN BARU TERBACA DARI BLOG BESUT POST ON LINE... IKUTI PENDEDAHANNYA

PANAS, BPO mendapat maklumat sudah ada petugas Parti Bulan sebagai perayu undi telah memasuki Kampung di lokaliti Kampung bertemu dengan penduduk dengan memberi sampul yang berisi Ringgit Malaysia Dua puluh ringgit kepada pengundi setelah gagal usaha memujuk mereka sebelum ini, difahamkan mereka sebelum ini tidak dibenarkan masuk kekawasan penduduk kampung sini sebelum ini kerana rata-rata penduduk kampung menolak mereka disini

Lebih mengejutkan lagi mereka juga berjanji kepada beberapa penduduk kampung yang mempunyai keluarga yang ramai boleh mengundi akan kembali dengan DUIT RAYA sebanyak RM1000 hingga RM 1500 ringgit untuk satu keluarga. Kononnya sebagai DUIT RAYA untuk mereka. Hasil info dari beberapa penduduk kampung Lampu disini yang mengadu tentang kerja terkutuk mereka ini

Selain itu juga mereka juga berjanji kepada pemuda yang memasang bendera akan dibayar upah kerana kononnya mereka tidak dibayar untuk kerja memasang bendera sebelum ini. Sepatutnya mereka perlu sedar bahawa soal pembayaran oleh sesiapa sahaja apatah lagi Calon tidak dibenarkan membayar sebarang bentuk pembayaran yang dijanjikan

BPO berharap jika benarlah mereka ini membuat janji meRASUAH kepada pengundi, ini bermakna telah menjadi kesalahan paling besar dari segi undang-undang malah dari sudut Agama. Terdesak dengan mahukan UNDI sehingga sanggup melakukan kerja terkutuk seperti ini. Sekali pun Calon yang bertanding seorang yang kaya raya dan berharta sekalipun hatta ini adalah pekara yang paling terkutuk terutama dilakukan dalam bulan Ramadan yang mulia, harap pihak SPRM dapat memantau kerja terkutuk ini, mungkin sukar kita mahu percayakan tetapi jika tidak ada angin maskan pohon boleh bergoyang.

NG MUN TAT TAUKE JUDI ONLINE?

Walaupun tiada laporan polis dibuat oleh Ng Mun Tatt, empat orang lelaki Melayu telah ditangkap dan ditahan oleh polis Shah Alam.

Menurut Ketua Polis Negara, keempat-empat lelaki Melayu tersebut telah ditangkap ekoran gambar bak kut teh yang dimuatnaik oleh Alvin Tan dan Vivian Lee serta menghina amalan puasa oleh umat Islam.

Agak aneh tindakan yang dilakukan ke atas keempat-empat orang lelaki berkenaan berbanding tindakan ke atas Ng Mun Tat. Difahamkan, Ng Mun Tatt yang dikatakan sebagai operator yang menjaga kaunter kafe siber sebenarnya adalah pemilik tujuh buah pusat perjudian online. Sudah ada tindakan sita yang dilakukan ke atas premisnya tetapi hanya beberapa kemudian, premis-premis berkenaan beroperasi seperti sedia kala.

Mengapa hanya tindakan tegas dan pantas diambil terhadap Melayu, tetapi Ng Mun Tatt yang mengaku melemparkan bangkai babi ke dalam sebuah surau serta pasangan ALVIVI yang melucah serta menghina Islam pula, dibela dan tidak langsung terjejas dengan undang-undang negara ini?


MUSNAHKAN TEROWONG GAZA ???????

Arahan KETUA ANGKATAN TENTERA MESIR : "MUSNAHKAN TEROWONG GAZA"

Kejam.. Memang kejam... Sepatutnya rakan seagama dibantu, bukan dihancurkan lagi ... Inilah yang berlaku setelah Dr. morsi digulingkan oleh laknatullah ini iaitu ketua angkatan tentera Mesir.. Baca artikel dibawah

Rabu, 17/07/2013 - Laman web, “Hari Ketujuh” Mesir menyatakan bahawa Ketua Angkatan Tentera Mesir memberi arahan secara langsung kepada kejuruteraan Tentera Darat dan Jabatan Jurutera Tentera dan pengawal sempadan di Perbatasan Timur ke Mesir, untuk memusnahkan semua terowong yang terletak di garis sempadan antarabangsa sepenuhnya, sepanjang hari-hari yang akan datang, sebelum bermulanya pelaksanaan operasi keselamatan untuk membersihkan Sinai dari unsur-unsur jenayah bersenjata.

Ketua angkatan tersebut mendakwa bahawa tujuan penutupan adalah disebabkan berlakunya penyeludupan masuk secara haram melaluinya iaitu unsur-unsur berbahaya yang cuba mengganggu keselamatan negara Mesir, dengan sokongan kumpulan-kumpulan bersenjata dan unsur-unsur melampau.

Satu sumber tentera telah berkata kepada “hari ketujuh” bahawa Leftenan Abdel Fattah al-Sisi telah memberi panduan yang jelas bagi pasukan Staf Taher Abdullah, ketua Lembaga Kejuruteraan untuk memusnahkan semua terowong penyeludupan di sempadan samada melalui kelengkapan yang ada atau jentera berat, atau dengan air rendaman, dalam tempoh yang singkat, untuk tidak membenarkan sesiapa sahaja untuk mengganggu keselamatan negara Mesir, atau memanipulasi nasib rakyat Mesir, dalam penyeludupan makanan dan subsidi minyak ke Gaza, dalam kehadiran krisis di Mesir yang jelas mempunyai kaitan dengan bahan api dan tenaga.

Sumber halaman : http://palestinkini.info/?p=12948

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : siti zunaidah dan osman dari COMES.

Servis seks tengah bulan puasa?

Aduhhhh... Apa sudah jadi ni?