Wednesday, October 19, 2011

PAS nak hukum sebat pasangan yang bercerai?

Apa cerita pula kali ini? bila mufti Perak cadangkan akta murtad, mereka perlekehkan. sekarang dah pandai-pandai nak buat hukum hudud baru. sejak bila Allah letakkan hukum bercerai tu sebagai haram sampaikan nak dirotan pula? Yang Parang Pedang tahu Penceraian itu hukumnya sah dan halal cuma dibenci Allah S.W.T sahaja. Nampaknya PAS nak jadi jaguh jantan kepada kaum hawa pula. Adakah ini salah satu daripada umpan bagi memancing kaum hawa dalam pilihanraya nanti?

Adakah ini yang menjadi hukum hudud PAS bila mereka memerintah nanti? Bagi Parang Pedang, penceraian itu bertujuan memberikan hak kepada kaum hawa yang sudah tidak mampu bersama pasangannya disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Lebih baik daripada digantung tak bertali, tiada status yang tepat.

Nampaknya mungkin PAS Kelantan mahu kaum hawa menderita tanpa suami sedangkan masih belum dilepaskan. Parang pedang harap agar PAS Kelantan melupakan sahaja hasrat untuk mewujudkan hukuman ini. takut nanti ada wanita yang datang mengadu ditinggalkan suami tapi tiada ststus cerai, mampu ke PAS Kelantan nak tanggung.

Sokong sahaja akta murtad yang dibangkitkan oleh mufti Perak kerana itu lebih utama. Nampak sangat PAS terdesak untuk memancing undi dalam pilihanraya kali ini dengan memegang watak superman bagi kaum hawa. apa yang diwujudkan berkaitan undang-undang cerai oleh kerajaan BN telah cukup baik bagi kaum hawa kerana disamping tuntutan hak mereka yang diambil kira, mereka juga diberi pembelaan sewajarnya pihak kementerian. kenapa mahukan kekerasan fizikal dalam setiap penyelesaian masalah sedangkan kaedah psikologi dan perlaksanaan undang-undang sedia ada lebih baik.

P/s : fikir dahulu sebelum keluarkan kenyataan, takut nanti dituduh bontot ayam. Berak tak tentu tempat.

Wujudkan Koperasi Bloggers Pro Kerajaan

Tajuk ni tak tahulah Parang Pedang sama ada isu ini sudah dibangkitkan atau tidak, jika sudah dibangkitkan maka Parang Pedang anggap sebagai ingatan semula. Ke mana-mana saja Parang Pedang pergi maka akan terserlah papan tanda tertera koperasi pelbagai pertubuhan tidak kira kerajaan mahupun swasta. Dalam masa yang sama Parang Pedang yang hidup dalam dunia penulisan blog merasakan bahawa adalah sepatutnya para bloggers pro kerajaan juga harus memiliki sebuah koperasi. Tidak kira atas landasan mana jua penulis blog tersebut, asalkan berjuang pertahankan BN maka sudah cukup syaratnya.

Tujuan utama koperasi yang Parang Pedang cadangkan ini adalah sebagai jaminan masa depan kepada para penulis blog bagi memudahkan segala urusan berkaitan kebajikan dan keperluan. Disini Parang Pedang ingin mencadangkan beberapa isi dalam sebuah koperasi bloggers jika ia menjadi kenyataan.
1. Membuka peluang menjana pendapatan para penulis blog menerusi pelaburan dan perolehan dividen tahunan.
2. Menjalankan urusniaga konvensional (runcit) atau produk dan tawaran harga istimewa untuk ahli koperasi.
3. Memberikan latihan kepada ahli koperasi sama ada kemahiran mahupun kursus jangka pendek.
4. Menyediakan biasiswa bagi anak-anak ahli koperasi bloggers yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
5. Menyediakan dana kebajikan bagi membantu ahli koperasi yang ditimpa musibah.
6. Menjadi platform bagi menyampaikan sebarang suara cadangan atau kritikan dalam dunia blog.
Mungkin lebih banyak kegunaan koperasi ini jika ia mula diwujudkan nanti. Apa yang Parang Pedang perkatakan ini adalah untuk manfaat semua bloggers dan ia hanya dapat direalisasikan sekiranya semua pihak bersetuju dan mula melaksanakannya.

Kawasan Rekreasi Lubuk Timah Perlu Penjagaan Rapi

Ramai yang tertanya-tanya apa itu Lubuk Timah? tempat memancing ikankah atau nama lombong bijih timah? Sebagai mukadimah kepada yang belum mengenali Lubuk Timah, ianya merupakan sebuah tempat rekreasi yang menggandingkan dua suasana iaitu kolam air panas dan air terjun.
Istimewanya tempat ini ialah udara nyamannya dan bunyi air terjun yang boleh didengari sambil bersantai dalam kolam air panas. Kedudukannya yang terletak di jalan menghala ke Cameron Highlands melalui Simpang Pulai. Sayangnya ada yang tidak mengetahui tentang tempat rekreasi ini walaupun mereka berulangkali pergi ke Cameron Highlands melalui jalan tersebut. Bukan mereka tidak mahu ke sana tetapi keadaan kawasan rekreasi tersebut yang agak menyedihkan dengan penyelenggaraan yang kurang. Ditambah pula papan tanda menghala ke tempat rekreasi tersebut yang kecil dan pudar.
Parang Pedang yakin jika kawasan tersebut dibangunkan, ia dapat menjana pendapatan penduduk setempat dan secara tidak langsung menjadi salah satu tempat wajib dikunjungi dalam Perak bagi pelancong luar. Kerajaan BN Perak diharapkan dapat mengambil perhatian terhadap tempat rekreasi ini memandangkan ia agak popular bagi yang mengetahui tentang tempat berkelah ini. Selain tempat rekreasi Ulu Chepor di Utara Ipoh, Lubuk timah pula boleh dijadikan opsyen bagi kawasan Selatan Ipoh.
Parang Pedang melihat potensi Lubuk Timah sebagai kawasan rekreasi keluarga amat cerah jika beberapa langkah diambil dan antaranya ialah baik pulih jalan raya ke kawasan terbabit, papan tanda yang jelas, landskap di sekitar kawasan, jaminan keselamatan di tempat rekreasi serta promosi yang berterusan.
Ini cuma sekadar cadangan dari Parang Pedang, mungkin Kerajaan BN Perak mempunyai perancangan yang lebih baik. Apa yang ditulis hanya suatu pendedahan tentang potensi kawasan rekreasi ini dan mungkin ia boleh ditambah baik dengan mewujudkan kawasan jungle tracking serta tempat latihan jati diri dan motivasi.

Parang Pedang kata: dulu selalu ikut kawan berendam dalam kolam air panas Lubuk Timah tengah malam buta….memang kerja gila.

Kenapa Malaysia yang terbaik?

Bukan Parang pedang nak persoalkan apa yang baik dalam Malaysia. tapi Parang pedang nak bandingkan antara Malaysia dengan sebuah negara di Asia. Negara yang mengamalkan dasar komunisma, antara negara yang hampir dengan kita dan menjadi antara negara gergasi. Baru semalam Parang Pedang dipertontonkan dengan sebuah rakaman seorang anak kecil dari negara tersebut yang mengalami kemalangan. Sangat sedih melihat keadaan anak tersebut apabila selepas dilanggar tidak seorang pun yang membantunya. Malah apa yang Parang Pedang tonton lebih menyayat hati apabila kenderaan lain yang lalu terus menggilis anak tersebut dan orang yang melihatnya terus berlalu tanpa membantu. Dimanakah sikap peri kemanusiaan didalam hati rakyat negara tersebut? Sudah lupakah pada nilai-nilai moral setelah negara ditakluki oleh kuasa komunis yang anti pada tuhan?
Inikah yang diamalkan oleh negara komunis? Dan inikah yang dikagumi oleh seorang tokoh pembangkang terhadap komunis? Parang Pedang berdoa agar takkan selangkah pun dasar komunisma bertapak di bumi Malaysia ini. Malaysia sangat berbeza dengan negara tersebut kerana jika dibandingkan dengan negara yang Parang Pedang maksudkan, rakyat Malaysia lebih prihatin antara satu sama lain kerana ia telah diajar oleh setiap agama. Ditambah pula dengan dasar pentadbiran yang menanamkan sikap saling tolong menolong. Alhamdulillah, Parang Pedang bersyukur dapat lahir di Malaysia ini. Asal jatuh sikit sahaja maka ramai yang menghulurkan tangan membantu bangun semula, asal kelaparan saja pasti ada yang membawa juadah untuk dimakan. Begitu sekali tahap keprihatinan rakyat Malaysia.
Apa yang menghairankan Parang Pedang ialah mengapa masih ada yang tidak berpuas hati dengan segala yang ada di bumi Malaysia ini hingga tergamak melakukan onar didalamnya dengan demonstrasi, mewujudkan agenda subversif bahkan menabur pelbagai fitnah terhadap Malaysia apabila berkunjung ke negara lain. Mudah-mudahan mereka sedar dari sikap kufur mereka, kufur nikmat pemberian Tuhan.

Hadi jangan perlekehkan cadangan akta murtad

Sangkaan Parang Pedang bila mufti Perak mencadangkan akta murtad sebelum ini maka akan disokong oleh PAS, tetapi lain pula jadinya bila Abdul Hadi Awang mengeluarkan statement yang berbunyi lebih kurang begini : akta murtad tidak perlu sebab ia dalam hudud. Adaka patut dia cakap lagu tu seolah-olah hudud PAS sahaja yang ada hukum murtad.
Hadi tak faham apa maksud sebenar cadangan mufti Perak, beliau mahu memasukkan sistem Islam secara perlahan-lahan ke jiwa semua pihak. Tidak seperti Pas yang mahu menyumbat segalanya secara serentak. Tambahan pula bila yang bercakap adalah seorang tokoh ulama dan yang memperlekehkannya juga ulama. Rasanya perlu Parang Pedang pertahankan cadangan mewujudkan akta murtad ini kerana kalau nak diikutkan hudud PAS, sampai bila pun takkan menjadi sebab sikap mereka yang tidak istiqamah. Sekejap hudud, lepas tu negara berkebajikan dan kemudian hudud semula. Yang mana satu pun Parang Pedang tak faham. Minta maaflah kalau Parang Pedang kurang ajar sikit dalam atrikel ni bila Parang Pedang katakan bahawa PAS serupa tahi ayam dalam segala perancangannya.
Telur sebiji riuh sekampung, itulah yang Parang Pedang boleh bayangkan tentang PAS. Baru merancang sudah dihebahkan kepada semua, entahkan telur siapa yang dieramkan. Kenyataan Hadi Awang yang memperlekehkan cadangan Mufti Perak seolah-olah tindakan PAS sahaja yang betul sedangkan banyak perkara yang dibangkitkan oleh Mufti Perak diterima ramai terutamanya rakyat Perak sendiri dan memberikan manfaat kepada seluruh Perak.

Parang pedang cabar Hadi Awang, hududkan seluruh negeri taklukan PAS jika ia mampu dilaksanakan secara terus. Bagi Parang Pedang, nak wujudkan negara Islam perlu dengan cara menarik rambut dalam tepung supaya rambut terkeluar tepung tak bersembur. Apakah Hadi Awang bercakap atas dasar syok sendiri atau ada pihak ‘luar’ yang mahu cadangan Mufti Perak disekat? Parang pedang tak tuduh, tapi berani kerana benar takut kerana salah. Bukan sebarang kata Parang Pedang keluarkan untuk membantai sesiapa. Cuma merasakan cadangan Mufti Perak Perlu dipertahankan demi kesejahteraan umat Islam.
Nasihat untuk Hadi Awang, cukuplah orang lain dah malukan PAS. Jangan ditambah lagi cirit dilubang, takut-takut diri sendiri jatuh ke dalam. Parang Pedang tetap Parang Pedang, hanya seorang pemuda yang sayangkan ulama’ terutamanya dari Perak.

Anwar Ibrahim dari sudut pandangan Seorang Menteri yang sangat dipercayai.

Lebih setahun lalu, suatu pertemuan antara Barisan Saf Bloggers dengan seorang menteri telah diadakan. Pertemuan yang tidak formal bertujuan merapatkan hubungan antara bloggers dengan menteri berkenaan sedikit sebanyak menunjukkan penghargaan terhadap bloggers disamping memperlihatkan kewujudan kami dimata pemimpin.
Pelbagai isu yang diperkatakan dan ada antaranya menjadi rahsia antara kami semua. Cuma apa yang ingin Parang pedang ceritakan disini ialah bertapa beliau sendiri tidak sanggup menyebut nama penuh Anwar kerana terkutuknya perbuatan yang beliau lakukan mengikut kaum sadom umat nabi Luth. Hanya sekadar gelaran AI sahaja yang mampu beliau sebut sebagai merujuk kepada nama pelaku terkutuk itu, begitu dasyat sekali apa dia lakukan hingga mahu disebut nama pun Menteri berkenaan tak sanggup. Beliau mendakwa orang seperti itu sudah sahih dilaknat oleh Allah dan menteri berkenaan tidak mahu dituduh bersubahat hanya semata-mata menyebut nama penuh AI dihadapan kami (menyebut nama penuh ibarat memberikan penghormatan tinggi kepada individu berkenaan)
Didalam kenyataan beliau, AI sangat dikenalinya dan sebelum terbongkarnya perbuatan tersebut beliau tidak mempercayai bahawa AI sanggup melakukan perbuatan tersebut. Namun begitu, pembangkaran demi pembongkaran menyerlahkan sikap sebenar AI dan kepercayaan itu lenyap sama sekali apabila kebenaran terserlah.
Kini pelbagai pertuduhan semakin menyerlahkan sikap AI dimata menteri tersebut. Kisah beliau dan AI diceritakan kepada kami dan sebagai menghormati permintaan beliau agar maklumatnya dirahsiakan maka apa yang Parang Pedang dapat sampaikan hanyalah sekadar luahan Menteri berkenaan tentang siapakah AI yang sebenarnya.
Bagi Parang pedang, Menteri berkenaan amat disayangi oleh rakyat pimpinannya bahkan Parang Pedang sendiri amat menghormati beliau disebabkan komitmennya membela masyarakat dikawasaan jagaannya.

Doktor perlu tingkatkan tahap kecekapan tugas

Sejak kebelakangan ini Parang pedang asyik keluar isu berkaitan hospital saja. Bukan kerana Parang Pedang berkerja disana dan tidak juga Parang Pedang sakit. Tetapi disebabkan oleh salah seorang ahli keluarga Parang Pedang yang sakit dan ditemani oleh Parang Pedang. Ada satu cerita yang ingin Parang pedang kongsikan kepada semua pihak, anggap saja ini satu aduan kepada pihak tertentu. Suatu insiden yang berlaku di katil 40 wad 5B Hospital Raja permaisuri Bainun sekitar jam 5 pagi pada 15 Oktober 2011 telah mendorong Parang Pedang untuk menulis artikel ini. Bukan mahu menyalahkan mana-mana pihak tetapi untuk mengajar tentang perlunya sikap ambil tahu tentang tugas yang dipikul oleh para doktor. Selaku pegawai perubatan, tidak seharusnya istilah cuai diguna pakai dalam profesion mereka. Apa yang berlaku tadi sebagai perbuatan yang tidak boleh diterima oleh Parang Pedang apatah lagi pesakit tersebut. Bagi menjalani sesuatu prosedur pengeluaran darah dari tubuh pesakit, doktor yang terlibat sepatutnya tidak membiarkan alatan suntikan yang telah diguna pakai diatas katil pesakit. Mungkin terlupa atau sibuk melayan pesakit lain sehinggakan doktor tersebut terlupa untuk menyimpan jarum yang telah digunakan terhadap pesakit. Berang dengan tindakan doktor terbabit, waris pesakit telah mengadu keadaannya dan hal ini didengari oleh Parang Pedang yang kebetulan berada disana.
Apa yang dapat Parang Pedang simpulkan disini ialah tahap kecekapan tugas seorang doktor perlu dipertingkatkan lagi bagi menjamin kualiti kesihatan rakyat Malaysia. Apa yang Parang Pedang lakukan bukanlah menunding jari kepada pihak yang terbabit tetapi menyampaikan luahan rakyat yang mengalami kejadian tersebut dan menjadi pengajaran buat penjawat awam yang melaksanakan tugas supaya lebih cermat dan berhemah.
Orang mungkin akan tanya apa hak Parang pedang untuk membangkitkan isu ini dalam blog politik. Cuma satu sahaja jawapan Parang Pedang, Politik adalah dasar dan Pentadibran pula perlaksanaan. Kerosakan perlaksanaan lambang kelemahan dasar. Bagi Parang Pedang, jawatan yang diamanahkan oleh Kerajaan kepada Penjawat Awam haruslah dipikul dengan penuh amanah dan bertanggungjawab.
Kepada doktor yang terlibat, Parang Pedang minta maaf kerana terpaksa menyiarkan artikel ini bagi pengajaran dimasa akan datang. Begitu juga petugas-petugas perubatan yang terlibat dalam insiden tersebut.

P/s: Kalau ikut hati Parang pedang , mahu jugak dicucuk hidung doktor tersebut.

Tuesday, October 4, 2011

Atap Siling Klinik Kesihatan Gunung Rapat Ipoh Bocor

Pagi semalam Parang Pedang bawa ahli keluarga yang sakit ke Klinik Kesihatan Gunung Rapat yang terletak bersebelahan Hillcity Hotel Ipoh. Boleh tahan juga jumlah orang yang mendapatkan rawatan disini, pelbagai peringkat usia dan bangsa yang ada. Bagus juga di kawasan ini disediakan perkhidmatan perubatan dan rawatan, siapa yang sakit tapi tak serius bolehlah datang ke sini.



Tapi apa yang Parang Pedang perhatikan disini ialah pada suatu sudut berhampiran dengan tandas lelaki klinik kesihatan tersebut dimana silingnya bocor. Nampak gayanya dah agak lama jugak terjadi dan dibiarkan jika dilihat pada keadaan siling tersebut. Bukan apa, Parang pedang bukanlah nak cari mana-mana pihak yang bersalah atau mengabaikan keadaan Klinik Kesihatan Gunung Rapat Ipoh, cuma sebagai pemerhati rasanya eloklah Parang Pedang beri teguran agar orang awam tidak manghadapi apa-apa masalah berhubung dengan kebocoran siling Klinik Kesihatan berkenaan. Apa yang parang pedang sampaikan ialah sekadar nota kepada pihak yang terlibat supaya mengambil tindakan sewajarnya. Parang Pedang turut mengambil gambar siling bocor berkenaan untuk makluman pihak terlibat. Kalau nak pinjam gambar ni untuk rujukan serta tindakan baik pulih pun Parang Pedang tak kisah asalkan kerja-kerja baik pulih dapat dijalankan secepat mungkin.







P/s: Parang Pedang bukan busy body, tapi takut dapat ‘mandi free’ dibawah siling bocor tu..

Karnival Kerjaya Belia BN Perak



Baru-baru ni Parang Pedang menghadiri karnival kerjaya belia BN ( BN Youth Jobs Fair) di Ipoh. Bertempat di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (Dataran MBI), karnival yang berlangsung selama 2 hari bermula 1 Oktober 2011 dan berakhir pada 2 Oktober 2011 dari jam 9 pagi sehingga 9 malam. Pelbagai program yang diadakan disamping pondok-pondok pameran syarikat swasta yang menawarkan pelbagai kerjaya dari peringkat pentadbiran sehinggalah kepada bahagian teknikal. Pelbagai syarikat gergasi mengambil bahagian mencari calon-calon yang layak sebagai warga syarikat.
Parang Pedang tidak melepaskan peluang mencari kerjaya sesuai dengan kelayakan Parang Pedang sendiri. Selain dari itu juga, pondok pameran institut pengajian tinggi awam dan swasta serta pameran unit berunifom juga dibuka untuk dikunjungi oleh orang ramai. Kehadiran orang ramai amat baik dan mendapat sambutan dari segenap umur.
Parang Pedang berharap agar program sebegini akan berterusan diadakan dan dimasukkan dalam program tahunan bagi memastikan nasib rakyat yang tidak mendapat sebarang pekerjaan akan terus terbela.
P/s : Parang Pedang baru dapat panggilan temuduga hari ni disebuah restoran makanan segera sebagai pelatih pengurusan…Alhamdulillah. Terima kasih Pusat Kerjaya Aman Jaya dan Bn Youth Jobs Fair.

Parti Rojak

Siapa suka makan rojak? Parang pedang tahu rasa rojak memang sedap…tambah-tambah lagi kalau kena pada waktunya. Macam-macam ada dalam rojak yang kita selalu makan, ada timun nenas sengkuang jambu dan bahan lagi.Tapi Parang pedang bukanlah nak promotekan rojak disini sebab kita semua dah kenal dengan rojak, tak perlu lagi nak cerita panjang tentang rojak.
Namun begitu, kenalkah kita dengan parti rojak? Namanya memang agak pelik tapi itulah hakikat tentang parti rojak ni yang Parang pedang nampak. Bukanlah maknanya parti tersebut menjual rojak atau menjadikan rojak sebagai ikonnya, tetapi pemikiran pemimpin tersebut yang memang dah macam rojak. Macam mana pula ia dikatakan parti rojak? Senang sahaja, apa bila suatu pemimpin itu datang dari suatu parti kemudian membuat najis dalam parti yang disertainya lalu dibuang dan dia sendiri menubuhkan parti baru ke dalam suatu pakatan dengan membawa acuan parti lama yang disertainya. Lalu bercampur dengan parti-parti lain dalam sebuah mangkuk bernama pakatan rakyat. Sekali pun ia dipanggil rojak, isi dalamnya tetap berlainan jenis dan takkan bersatu antara satu sama lain.
Parang Pedang memandang parti rojak ini dalam dua sudut pandangan berbeza, satu dari sudut positif manakala satu lagi dari sudut negatif. Jika dilihat, perihal negatifnya lebih banyak dari positif dan lebih banyak memberikan kemudaratan. Kita akan kupas terlebih dahulu kesan positif hasil dari parti rojak ini. Pertama sekali ialah kesan dari parti rojak akan saling mengingatkan antara satu sama lain akan kelemahan dalam parti yang harus diperbaiki. Parti yang tidak ditegur mungkin akan terus melakukan pelbagai kesilapan tanpa diperbetulkan. Dengan adanya campuran pelbagai parti dalam satu pakatan akan menjadikan sesebuah parti yang menyertai menjadi lebih baik.
Disebalik kesan positif yang diberikan, lebih banyak kesan negatif akan timbul dan ini mampu memberikan kesan buruk terhadap rakyat dan negara. Bayangkan sebuah gabungan yang tiada jenama menjaga sebuah negara, apakah masing-masing akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sesuatu perkara tidak baik terhadap negara? Pastinya setiap parti akan menunding jari antara satu sama lain. Tambahan lagi parti masing-masing akan menonjolkan dasar pemerintahan sendiri dan akan berlakulah perbalahan diperingkat awal pentadbiran mereka.
Kesan buruk yang ketara dapat dilihat adalah kerosakan dasar parti masing-masing, ada yang tercabut tangan, tertanggal kaki, hilang kepala dan akhir sekali hilang rupa sebenar parti tersebut. Parang Pedang beri satu contoh kesan kerosakan dasar parti iaitu dasar sebuah parti yang mahukan hukum Islam secara total manakala sebuah parti lagi mahukan dasar republikan sedangkan parti lain berpecah kepada dua kumpulan mengikut dasar-dasar yang diperkenalkan.
Bagaimana penerimaan orang ramai terhadap parti rojak ini? Mungkin semua akan kata sedap dan kemudiannya masing-masing akan berlari ke tandas sambil menyumpah seranah parti rojak ini. Ini senario yang akan berlaku selepas beberapa ketika parti rojak memerintah. Lihat sajalah di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan kelantan yang dipimpin oleh parti rojak, bergabung atas nama pakatan rojak tetapi berlainan rasa. Akibatnya, masing-masing tidak mahu menerima pendapat dan dasar pihak lain.
P/s: Gajah sama gajah bergaduh, pelanduk ditengah jadi mangsa.

Antara Reformasi Anwar Dan Transformasi Najib

Idea ini Parang Pedang dapat ketika membeli makanan pagi di sebuah taman perumahan. Mungkin agak pelik dan lucu tetapi hakikatnya inilah kebiasaan Parang Pedang yang sentiasa mencari tajuk bagi setiap artikel. Kisahnya berlaku semasa Parang Pedang ingin membeli makanan digerai yang biasa dikunjungi, tiba-tiba Parang Pedang melihat sebuah gerai baru dibuka dalam menyaingi gerai yang biasa dikunjungi Parang Pedang (gerai yang sentiasa dikunjungi ramai). Dari sinilah Parang pedang perolehi suatu yang dirasakan perlu sampai kepada masyarakat.
Antara reformasi yang dilaungkan oleh Anwar Ibrahim dengan seruan transformasi oleh Dato’ Seri Diraja Najib Tun Abdul razak, yang mana satukah menjadi pilihan rakyat Malaysia. Seperti yang Parang Pedang katakan tadi bahawa antara dua gerai makan pagi yang dibuka, satu telah lama bertapak manakalau satu lagi masih baru dengan menjual produk yang sama. Pada pendapat Parang Pedang, bukanlah tidak mahu mencuba sesuatu yang baru tetapi apakah berbaloi mengambil risiko mencuba sedangkan coraknya sama iaitu satu nama iaitu nasi lemak (seperti yang akan keluar di Pawagam – Nasi lemak 2.0). Bezanya cuma satu sahaja, sedap atau tidak sedap sedangkan wang telah dikeluarkan.
Sama seperti memilih corak pentadbiran negara ini sama ada mahukan yang lama dan lebih berpengalaman atau memilih yang baru dengan cara yang sama, cuma diubah sedikit sahaja bentuknya. Di Negeri Perak contohnya, Parang pedang sudah merasa rasa kedua-dua perisa (PAS dan UMNO) ini dan ternyata perisa lama (UMNO) lebih enak dan menjadi pilihan utama Parang Pedang.
Anwar menyedari bahawa rakyat sudah biasa menikmati kemakmuran dibawah pemerintahan UMNO, lalu beliau sendiri cuba mencipta klon pentadbiran yang sama seperti apa yang dilaksanakan oleh UMNO, cuma diberi nama baru iaitu reformasi bagi menyedapkan hati rakyat sedangkan hakikatnya apa yang dicanangkan oleh Anwar hanya gimik politik semata-mata. Idea UMNO dicedok oleh Anwar dan diklaim sebagai hakmiliknya. Rakyat yang mahukan pembaharuan mula terpengaruh dengan pujuk rayu Anwar mula beralih arah, akibatnya rakyat tertipu dengan permainan politik kotor ini.
Ketika rakyat sedang mencari kebenaran disaat UMNO dan barisan perti komponen BN menghadapi krisis akibat taktik jahat Anwar, Seorang pemimpin nombor satu negara telah tampil memberikan harapan dan merealisasikannya menerusi program tranformasi negara. Beliau adalah Perdana Menteri Malaysia yang kelima iaitu Dato’ Seri Diraja Najib. Disaat rakyat terkapai-kapai dilemaskan ombak akibat karamnya bahtera pembangkang, bahtera BN mula melemparkan pelampung menyelamatkan rakyat. Pelbagai janji bagi membela nasib rakyat telah dilunaskan oleh BN manakala sebahagian lagi sedang dalam proses perlaksanaan. Nasib rakyat yang tertipu oleh Anwar Ibrahim dan saf perangnya yang terdiri dari parti pembangkang telah mendapat bantuan BN dan ramai yang sedar akan permainan jahat Anwar telah mula memalingkan muka mereka dari dakyah pembangkang kerana tahu mana satu pilihan mereka yang terbaik.
Ternyatalah bahawa corak pemerintahan yang lama lebih baik dari sistem yang baru diperkenalkan tanpa diketahui kredibilitinya. Yang diperlukan hanyalah sedikit perubahan atau tranformasi bagi menambah baik sistem yang sedia ada, bukan membentuk sistem baru. Seperti yang Parang Pedang katakan, jangan sampai menyesal kerana tersalah pilih ‘makanan’. Semata-mata inginkan lebih masin, terpilih yang langsung tak bergaram.