Idea ini Parang Pedang dapat ketika membeli makanan pagi di sebuah taman perumahan. Mungkin agak pelik dan lucu tetapi hakikatnya inilah kebiasaan Parang Pedang yang sentiasa mencari tajuk bagi setiap artikel. Kisahnya berlaku semasa Parang Pedang ingin membeli makanan digerai yang biasa dikunjungi, tiba-tiba Parang Pedang melihat sebuah gerai baru dibuka dalam menyaingi gerai yang biasa dikunjungi Parang Pedang (gerai yang sentiasa dikunjungi ramai). Dari sinilah Parang pedang perolehi suatu yang dirasakan perlu sampai kepada masyarakat.
Antara reformasi yang dilaungkan oleh Anwar Ibrahim dengan seruan transformasi oleh Dato’ Seri Diraja Najib Tun Abdul razak, yang mana satukah menjadi pilihan rakyat Malaysia. Seperti yang Parang Pedang katakan tadi bahawa antara dua gerai makan pagi yang dibuka, satu telah lama bertapak manakalau satu lagi masih baru dengan menjual produk yang sama. Pada pendapat Parang Pedang, bukanlah tidak mahu mencuba sesuatu yang baru tetapi apakah berbaloi mengambil risiko mencuba sedangkan coraknya sama iaitu satu nama iaitu nasi lemak (seperti yang akan keluar di Pawagam – Nasi lemak 2.0). Bezanya cuma satu sahaja, sedap atau tidak sedap sedangkan wang telah dikeluarkan.
Sama seperti memilih corak pentadbiran negara ini sama ada mahukan yang lama dan lebih berpengalaman atau memilih yang baru dengan cara yang sama, cuma diubah sedikit sahaja bentuknya. Di Negeri Perak contohnya, Parang pedang sudah merasa rasa kedua-dua perisa (PAS dan UMNO) ini dan ternyata perisa lama (UMNO) lebih enak dan menjadi pilihan utama Parang Pedang.
Anwar menyedari bahawa rakyat sudah biasa menikmati kemakmuran dibawah pemerintahan UMNO, lalu beliau sendiri cuba mencipta klon pentadbiran yang sama seperti apa yang dilaksanakan oleh UMNO, cuma diberi nama baru iaitu reformasi bagi menyedapkan hati rakyat sedangkan hakikatnya apa yang dicanangkan oleh Anwar hanya gimik politik semata-mata. Idea UMNO dicedok oleh Anwar dan diklaim sebagai hakmiliknya. Rakyat yang mahukan pembaharuan mula terpengaruh dengan pujuk rayu Anwar mula beralih arah, akibatnya rakyat tertipu dengan permainan politik kotor ini.
Ketika rakyat sedang mencari kebenaran disaat UMNO dan barisan perti komponen BN menghadapi krisis akibat taktik jahat Anwar, Seorang pemimpin nombor satu negara telah tampil memberikan harapan dan merealisasikannya menerusi program tranformasi negara. Beliau adalah Perdana Menteri Malaysia yang kelima iaitu Dato’ Seri Diraja Najib. Disaat rakyat terkapai-kapai dilemaskan ombak akibat karamnya bahtera pembangkang, bahtera BN mula melemparkan pelampung menyelamatkan rakyat. Pelbagai janji bagi membela nasib rakyat telah dilunaskan oleh BN manakala sebahagian lagi sedang dalam proses perlaksanaan. Nasib rakyat yang tertipu oleh Anwar Ibrahim dan saf perangnya yang terdiri dari parti pembangkang telah mendapat bantuan BN dan ramai yang sedar akan permainan jahat Anwar telah mula memalingkan muka mereka dari dakyah pembangkang kerana tahu mana satu pilihan mereka yang terbaik.
Ternyatalah bahawa corak pemerintahan yang lama lebih baik dari sistem yang baru diperkenalkan tanpa diketahui kredibilitinya. Yang diperlukan hanyalah sedikit perubahan atau tranformasi bagi menambah baik sistem yang sedia ada, bukan membentuk sistem baru. Seperti yang Parang Pedang katakan, jangan sampai menyesal kerana tersalah pilih ‘makanan’. Semata-mata inginkan lebih masin, terpilih yang langsung tak bergaram.
No comments:
Post a Comment