Saturday, December 22, 2012

Buluh Tumpat.

Rupanya kekayaan Allah tidak terhad bilangannya bukan sahaja atas kalamNya sahaja. Bahkan Allah turut memberikan kekayaan itu kepada setiap ciptaanNya sebagai tanda kekuasaan bagi mereka yang tahu bersyukur.

Semalam, Parang Pedang baru saja diberikan sepotong kayu hikmah dimana InsyaAllah dengan IzinNya mempunyai khasiat tersendiri. Kayu hikmah itu tidak lain hanyalah sejenis buluh tumpat yang tidak berongga didalamnya.

Mengikut pengalaman mereka yang memiliki buluh tumpat ini atas izin Allah mampu menghalang segala bentuk sihir, mematikan ilmu kebal musuh dan segala jurus ghaib.

Ia lebih bersifat pelindung dan mematahkan serangan musuh.

Gambar berikut merupakan gambar sebenar buluh tumpat yang dihadiahkan kepada Parang Pedang oleh sahabat dari Negeri Dibawah Bayu. Dia mendapatnya dari seorang di  Brunei. 

Insyaallah, buluh tumpat ini akan digunakan oleh Parang Pedang untuk kebaikan.






Bt

Siapa AJK PAS yang gunakan rumah anak yatim untuk elak cukai tu?

Ni bukan tuduh menuduh, bukan juga cubaan menjatuhkan sesiapa. Tapi satu fakta berserta bukti tentang seorang ahli PAS yang memegang jawatan kuasa bahagian di Perak.

Ceritanya memang mudah difahami sebab ramai pekerjanya yang terdiri daripada juruteknik dan pekerja am cukup masak dengan perangai pasangan suami isteri ni. Bukan saja kedekut, malah silap sikit saja pekerjanya, memang kena tolak gaji.

Bahkan ada pekerjanya yang dituduh mencuri walhal dia tidak melakukannya. Itulah sikap si pasangan ahli PAS ni. Siapa orangnya, Parang Pedang taknak cakap banyak... Pilihanraya ni baru cerita habis keluar.. Gambar dah ada....

Gambar apa tu? Gambar rumah anak yatim ciptaan pasangan ni la.. Dalam kawasan rumah mereka sendiri. Memang bagus, tapi yang tak bagusnya bila layanan terhadap anak yatim ni dikatakan tidak sesempurna rumah anak yatim yang lain.

Kenapa bela anak yatim kalau tak sempurna layanannya? Biasalah, kontraktor yang nak elak cukai hasil pendapatan syarikat kontraktornya. Alahai...... Taknak bayar cukai rupanya... Kalau kerja kontraktor tu sempurna tak apalah.. Tapi ni kerja cincai-cincai jer... Peralatan mekanikal dibangunan yang diselenggara sepatutnya diserbis betul-betul... Bukan takat tembak dengan air dan sabun saja.. Lepas tu charge harga tukar gas semburan, dry powder dan segala isi dalam alat mekanikal tu. Takpe la... Dekat pilihanraya nanti baru keluar daki-daki hati busuk pasangan ni dicuci oleh Parang Pedang....

Tungguuuuuu.......

Siapa lagi senjata simpanan Anwar selain Nurul Izzah?

Rupanya Anwar ni dah siap plannya sebelum dikantoikan oleh Che Det kita. Mana tidaknya, dia siap awal-awal lagi dah create senjata simpanannya sebelum dicekup oleh polis dikediamannya sendiri padah tahun 1998..

Lebih hairan lagi, macam mana Anwar boleh dapat connecyion dengan siaran BBC ketika awal penangkapannya? Semua tu masih dalam pemikiran Parang Pedang yang ketika itu masih bersekolah dan sudah mula minat dunia politik berhaluan kiri. Mungkin ada diantara senjata simpanan Anwar Ibrahim tu yang dah sebaya dengan Parang Pedang... Cuma belum dikeluarkan saja lagi..

Bahayanya Anwar ni, kerana dia telah merekrut ahli yang masih bersekolah. Dengan alasan penyokong itu telah mencapai usia 15 tahun (usia baligh)... Agaknya usia tu dah boleh dijadikan anak ikan agaknya...

Jadi anak-anak kepada ibu bapa yang telah direkrut oleh Anwar ni, hati-hatilah... Safety first, pakai cawat besi...

PRU SEBELUM TAHUN BARU CINA. KREDIT UNTUK RAKYAT.

Tahun Baru Cina memang dinantikan oleh masyarakat Tiong Hua seluruh dunia. Ketika ini mereka akan berkumpul bersama keluarga bagi meraikannya dalam satu makan besar keluarga.

Tapi lebih bermakna lagi baru-baru ni Dato'Seri Najib telah menyatakan bahawa Pilihanraya akan diadakan sebelum Tahun Baru Cina. Memang sangat menggembirakan sebabnya keadaan akan teratur tanpa ada pertindihan program. Tindakan tepat Peradana Menteri Malaysia ini telah mengambil kira pelbagai faktor kepentingan rakyat.

Terima Kasih Dato Seri Najib. Transformasi Dato sangat berjaya. Negara makmur, rakyat sejahtera.....

Kejor yeop kejor !!!!!!!

22 haribulan 12 merupakan detik yang dinantikan penyokong Kedah dan Perak. Parang Pedang tak tahu nak sokong yang mana satu..hehehehe... Mak bapak Parang Pedang masing-masing berasal dari dua negeri ni... 

Tapi kredit sokongan lebih memihak kepada Perak sebab Parang Pedang dilahirkan di Perak. Kekuatan Perak tak harus dipandang rendah kerana pemainnya juga bukan calang-calang.

Besar harapan Parang Pedang memohon semua negeri di Selatan, zon tengah dan rakyat Perak khususnya memberikN sokongan padu kepada pasukan Perak.

Mo kite.... Kejo deme sampai gol...

Si Bangang Mana Yang Nak Saman Anak Jati Malaya?

Pengecut mana yang nak saman blogger Anak jati Malaya? Dah tak ada senjata kelakian ke? Hahahaha.... Memang dasar pembangkang.. Bila masa BERSIH, diorang pukul polis.. Sekarang baru nak mengadu kat polis... Anak manja juga la pembangkang ni.

Sekarang anak jati Malaya akan buat aduan berkenaan ugutan oleh pembengkang berkenaan. Report, jangan tak report... Ingat pct takut saman ker? Pembangkang nak bagi saman atas sebab apa yer? Sebab tak dapat bantuan susu ke?

pelik bila tengok Pembangkang ni. Ngalahkan budak kecik saja. Agaknya sejak kecik lagi dah dimanjakan oleh tok nik deme.

Payah sangat nak hidup berdikari. Macam mana nak tadbir negara ni? Hancur PAS hancor.... Hancor sehancor hancornya..... Tak boleh dibuat kawan dah ni.... Kalau jumpa ular dengan orang hampas ni.. Ketuk diorang dulu... Ular tu kemudian...

Wednesday, December 19, 2012

Terapi Al Falah... Rawatan berkesan menerusi hydro therapy ion.



Setiap orang tak terlepas daripada menghidap penyakit. Tapi sejauh mana ia mampu sembuh , hanya Allah yang tahu. Rawatan demi rawatan dicuba untuk menyembuhkannya.

Tapi Parang Pedang ada cara tersendiri untuk merawat penyakit ini. Ia dinamakan terapi Al Falah. Dengan kaedah elektro magnetik, penyakit diserap keluar menerusi kaki yang direndam dalam air garam bukit.

Tak mahal, cuma RM 10.00 untuk setengah jam rawatan. Ulang tiga kali rawatan dan tengok kesannya... Parang Pedang cakap disertakan bukti.. Tengok gambar ini.

Ion1
Baru rendam


Ion2
Selepas 5 minit


Ion3
Selepas 15 minit.


Ion4
Selepas 20 minit

Ion5
Selepas 30 minit.

Jika anda ada masalah kesihatan, boleh la datang ke alamat dibawah.

60, Laluan Wira Jaya 17, Taman Rapat Perdana, 31350 Ipoh, Perak.

Blog Anak Jati Malaya disabotaj (fake)

Nampaknya ada yang cuba meniru laman blog rasmi anak jati malaya. Tak tahulah sama ada sengaja atau tidak, tapi takkan sampai nak tiru nama tu bulat bulat.

Akaun tiruan (fake) tu beralamatkan http://anakjatimalaya telah digunakan bagi mengaburi mata pembaca blog. Mungkin sebagai simpanan pilihanraya agaknya.

Inilah laman blog rasmi anak jati malaya yang sebenarnya.

http://anakjatimalaya93.blogspot.com

Ikuti link ini untuk kisah selanjutnya.

http://www.anakjatimalaya93.blogspot.com/2012/12/maklumat-utk-semuaakaun-rasmi-anak-jati.html?m=1

TAHNIAH SMK SERI AMPANG IPOH.


pencapaian akademik sekolah adalah suatu yang harus dibanggakan oleh setiap pelajar kerana ia menjadi bukti usaha pelajar berkenaan. Parang Pedang ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar lepasan PMR 2012 di SMK Seri Ampang Ipoh atas pencapaian mereka. Walaupun peningkatan tidak terlalu tinggi, tetapi ia menunjukkan usaha para pelajar, bimbingan guru yang berkesan serta dorongan ibu bapa yang menjadi sumber kekuatan pelajar berkenaan berjaya. 

9 orang pelajar menadapat kesemuanya gred A bagi seluruh mata pelajaran yang diambil. Sekali lagi tahniah dari Parang Pedang untuk pelajar Lepasan ujian PMR 2012 SMK. Seri Ampang Ipoh, Perak. 

Tahniah buat kepimpinan Tuan Pengetua SMKSA iaitu Tuan Haji Zukronain Bin Abdullah. Tidak lupa juga kepada para guru yang bertungkus lumus mendidik para pelajar ini. 


*Jangan lupa untuk beli segala keperluan sekolah anda di kedai koperasi SMK Seri Ampang Ipoh.

Smksa

Tuesday, December 18, 2012

Salahkah tindakan Ustaz Fathul Bari?

Hairan bila melihat orang PAS yang marah bagai lembu naik minyak bila melihat tindakan Ustaz Fathul Bari menegur salahlaku ahli parti tersebut yang dilihat menyongsang akidah para penyokong parti berkenaan. Apa yang diperkatakan oleh Ustaz Fathul Bari adalah bertujuan memastikan umat Islam di Malaysia berada pada landasan yang betul. Sayang sekali bila ada yang lebih suka terpesong akidah demi kepentingan parti politik semata-mata. Isu kafir mengkafir, isu Mazhab serta isu tauhid.

Parang Pedang memandang serius perkara ini kerana melihat asal sahaja menyertai PAS sudah pun mendapat gelaran ustaz dan ustazah. Jika mempunyai ilmu pengetahuan, sememangnya layak bergelar demikian. Bagaimana pula jika ilmu didada kosong? Pasti saja kenyataan yang memesong juga diterima kerana gelaran ustazah yang dipakai tu.

NGA KOR MENG PUTAR ALAM.... PUSING CERITA SEBENAR..... PIIIRAAAHHHH MABUKKKKK!!!!!!!!



Tak habis habis habus nak spin cerita si Nga Kor Meng ni. Hari tu dalam mahkamah dia sendiri tarik dulu kes sebab dah tahu tak boleh menang lawan dengan Blogger Sekupang Dua... Sekarang apa cerita? Lagi nak pusing fakta sebenar. Ko ingat ko sorang je dalam mahkamah tu? Parang Pedang pun ada la sekali... Ko toksah nak temberang. Parang Pedang ingat lagi bila keluar je dari bilik dalam mahkamah tu, Sekupang Dua tersenyum sebab Nga Kor Meng dah tarik kes atas sebab takut kalah kes...

Tapi hairan betul la dengan puak spinning gasing ni bila dia kata Sekupang Dua mintak maaf pada dia pulak... What the hell man? Try to be superman like your brother? Hampeh lu.... Pakai seluar dalam kat luar la lepas ni.... 

Ingat ya mister komeng, dont make banana fruit two time... Sebab kali ni kalau Sekupang Dua dah ambik tindakan sekali lagi, seluar dalam tu watch out sikit takut terlondeh. 

Siapa yang tak tahu kisah sebenar, jangan percaya si spinning gasing ni. Kepala penuh todi. Sekupang Dua dah jumpa Parang Pedang bagitau hal sebenar. Penipu lahanat ni memang kafir harbi. Kalau jumpa orang yahudi dengan dia ni, ketuk kepala dia dulu sebab yahudi tu confirm ikut cakap dia. 

Sunday, December 16, 2012

Bila orang PAS, PKR, DAP jumpa bendera BN....

lokasi di Jalan masuk ke Bandar teknologi, Seri Iskandar. Setiap gambar ada ceritanya.. Anda nilailah sendiri apa yang terjadi disini....

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Terima Kasih Institut Darul Ridzuan.

Seni tak dihayati, hati takkan berseri. Hari ni pulang ke tempat asal membawa cerita di Pulau Pangkor. Bukan sekadar pengalaman dan kisah, tapi juga penghayatan puisi yang disampaikan.

Terima kasih kepada Mahadhir Bin Datuk Mohamad dari IDR atas pengurusan yang diberi bagi penginapan disana. Juga seluruh warga Institut Darul Ridzuan.

Menteri Besar Perak Merasmikan Festival Puisi Dan Lagu Rakyat Antara bangsa Pangkor 3

Liputan dari Perak Cyber Troopers.


Dato zambry

Zambry di arena pangkor

Kitika ini jam 10:37 pagi, Ketibaan YAB Menteri besar Perak Dato'Seri Diraja Dr. zambry Bin Abdul Kadir ke Pentas Arena Pangkor.

Kedatangan beliau disambut dengan tarian selamatdatang, Zapin Perak oleh kumpulan Astaka.

Disusuli dengan bacaan doa memohon kesejahteraan dan redho ilahi sepanjang majlis serta kemakmuran negeri Perak amnya.

Tutur hadi bersama ialah YB Dato' Zainol Fadzi Bin Paharudin selaku Pengerusi Jawatan kuasa kesenian, kebudayaan, belia dan Sukan Perak.

Majlis seterusnya diserikan dengan ucapan dari Ketua Pegawai Eksekutif Institut Darul Ridzuan iaitu Dato Seri Dr. abdul Rahman Hashim. Dikkuti pula oleh ucapan YB Dato Zainol Fadzi.

Upacara kemuncak ialah ucapan serta Majlis perasmian Festival oleh Yang Amat Berhormat Dato Seri Diraja Dr. zambry Bin Abdul Kadir. Beliau turut merasmikan tiga buah buku antologi berjudul Puisi Pangkor 2, Travelog Seychelles, dan Pangkor. Buku ini hasil karya seniman tempatan telah mencatatkan kisah perjalanan rakyat Perak dalam bentuk puisi dan lagu.

Selesai Pelancaran majlis, aturcara diteruskan dengan penyampaian cenderahati dan disambung dengan acara bacaan puisi serta senandung lagu.

Bagi aturcara 11:25 hingga 12:55 petang, majlis akan disambung dan dijangkakan didalam program bahawa Yang Amat Berhormat Dato Seri Diraja Dr. Zambry Bin Abdul Kadir akan turut menyampaikan puisi beliau sendiri.


Sepanjang program di Arena Pangkor.



Art 7

Art 6

Art 5

Art 4

Art 3

Art 2

Art 1

Dato zambry 2


Saturday, December 15, 2012

Karpal belum mati pon dah kena langkah hidup-hidup.

Ni kes makan diri la ni.. Sebelim ni diorang kata kita yang banyak konspirasi. Jelas sekali populariti Karpal sudah luntur... Nampaknya ada puak DAP dah berkiblatkan tokoh lain. Ni kira dah over his body 'hidup-hidup...' ....tak perlu tunggu karpal mati... Ikuti artikel dibawah.


KUALA LUMPUR 14 Dis. - Seorang pemimpin DAP hari ini mendedahkan wujudnya konspirasi untuk menyingkirkan Pengerusi DAP, Karpal Singh daripada terus mempertahankan kedudukan beliau dalam Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) dalam pemilihan Kongres Kebangsaan DAP ke-16 esok.

Pengerusi DAP Taman Chi Liung Indah, K. Yogasigamany mendakwa, konspirasi itu didalangi sekumpulan pemimpin DAP yang bercita-cita tinggi menawan Putrajaya tetapi gusar dengan kehadiran Karpal yang boleh mengugat hasrat mereka.

"Kumpulan ini juga diketuai seorang pemimpin wanita yang sudah mula menjelajah ke seluruh Selangor sejak sebulan lalu bagi mendapatkan sokongan serta undi untuk beliau, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan beberapa pemimpin DAP lain dalam pemilihan parti nanti.

"Namun, nama Karpal langsung tidak tersenarai dalam 'kempen' mereka. Mesej kumpulan ini sangat jelas bahawa mereka tidak mahu Karpal diundi dalam pemilihan CEC kali ini," katanya dalam sidang akhbar berhubung perkara tersebut di sini hari ini.

Turut hadir, sebanyak 15 Pengerusi cawangan DAP dari seluruh negara yang menyatakan sokongan penuh terhadap Karpal.

Kongres Kebangsaan DAP akan berlangsung esok di Pulau Pinang dengan menyaksikan 68 calon bersaing merebut 20 jawatan CEC dengan beberapa daripada mereka mempunyai pertalian keluarga.

Menurut Yogasigamany, tindakan kumpulan pemimpin itu bakal berdepan tentangan daripada ahli-ahli DAP termasuk sebanyak 40 pemimpin cawangan DAP seluruh Selangor yang menyatakan sokongan penuh kepada Karpal.

"Karpal merupakan tonggak DAP sejak dulu lagi, jangan mimpi untuk singkirkan beliau daripada kepimpinan tertinggi.

"Kami juga ingin membuat rayuan kepada semua perwakilan supaya mengundi Karpal kerana sehingga hari ini, hanya beliau sahaja yang sering mempertahankan prinsip parti terutama dalam pelaksanaan hukum hudud," katanya.

Dalam pada itu, Yogasigamany turut mendakwa, terdapat ura-ura Karpal akan digantikan oleh anaknya yang juga Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo sebagai Pengerusi DAP.

"Walaupun Gobind adalah anak Karpal, tetapi akar umbi merasakan beliau belum cukup matang untuk menerajui pucuk pimpinan tertinggi parti seperti bapanya," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121215/po_01/Konspirasi-singkir-Karpal#ixzz2F86TAhmw 

Laporan festival puisi dan lagu rakyat Antarabangsa. (1)



Ketika ini sedang berlangsungnya deklamasi puisi dan nyanyian lagu rakyat serta persembahan seni silat di Pantai Pasir Bogak, Pulau Pangkor.

Ramai pihak yang mengambil bahagian dalam Segmen kedua aturcara program ini. Termasuk juga para seniman veteran dan artis baru. Suasana aman dan damai Pantai Pasir Bogak diserikan lagi dengan suara puisi para seniman.

Jika anda kenal dengan Mahmud Jelani iaitu artis sekitar tahun 70an, beliau turut mendeklamasikan puisi bertajuk MASKONA. Puisi yang disampaikan turut menusuk hati Parang Pedang. 

Laporan demi laporan akan terus disampaikan , tunggu info seterusnya.

Monday, December 10, 2012

Facebook Parang Pedang...

Jom support facebook Parang Pedang..... Banyak informasi diluahkan disini...

https://www.facebook.com/parangpedang

Like juga group ini...

https://www.facebook.com/pages/PEKEMBAR/123314734357330?ref=hl

SEPANJANG AKTIVITI : FORUM WANITA DAN POLITIK


FORUM WANITA DAN POLITIK
TAJUK : "SEIRINGKAH MAHASISWA DAN SISWI DENGAN POLITIK" 


Pada 08HB DISEMBER 2012 bertempat di UNIVERSITI UTARA MALAYSIA SINTOK KEDAH Program yang ke-4 dianjurkan oleh PERTUBUHAN SUARA WANITA 1 MALAYSIA (SW1M), 

Malah sesuatu yang amat membanggakan jumlah peserta mendaftarkan diri mencecah angka 3000 Penyertaan, Syabas Warga UUM & Peserta²

Tahniah diucapkan kepada semua krew² yang terlibat dalam menjayakan forum ini terutama Presiden SW1M Puan Sharifah Zohra Jabeen,




Berita lanjut boleh diperolehi dari laman blog dibawah ini... :

http://daengselili.blogspot.com/2012/12/sw1m-forum-wanita-dan-politik.html

Friday, December 7, 2012

Budak hilang... Kongsi maklumat, lapor bila terlihat..

Aduhaiii... Budak hilang lagi... Penjenayah mana la punya kerja ni... Jom kongsi maklumat dan laporkan jika terlihat.. Parang Pedang mohon bantuan sidang pembaca blog ni untuk bantu cari sama2 budak yang hilang ni...

Hilang

Monday, December 3, 2012

NI KE REKRUT KOMUNIS MALAYSIA?

Tengok gaya, memang ada.... Tengok modus operandi, memang sama... Tapi tak sangka bangsa sendiri yang memgarak bendera roket ni... Mabuk ke apa? Atau dah stim air ketum.... Banyak bendera boleh dibawa, bendera puak chin peng ni jugak yang dipilih.... Baru bawak bendera dah macam penyangak.... Bila dapat pegang negara, mau anak dara sunti diratah diorang ni.... Mintak la dielakkan.... Nauzubillah....


Dap

Rekrut ciptaan DAP pimpinan General Karpal dan general kit siang....

Bila Harimau bertemu gajah putih

Jika kita baca lagenda Thailand tentang kisah sigajah putih yang membantu Raja Thailand menentang musuh yang cuba menakluk negara tu... Memang kita gentar sebab dah nama pun gajah, sekali pijak boleh keluar taik hijau dibuatnya.

Tapi kali ni Parang Pedang nak cerita tentang perlawanan bola menentang Thailand. Jika disana ikon mereka ialah gajah, di negara kita Malaysia pula terkenal dengan harimau malaya. Sama kuat sama hebat, hanya tuah dan kemahiran mengawal bola saja jadi penentunya.

Parang Pedang berdoa semoga tuah berpihak kepada kita setelah berhempas pulas merentap garuda dilangit menyembah bumi. Kita tumbangkan pula gajah putih tanda daulatnya negara kita.

Selamat berjaya buat perwira sukan negara.

MANA NIZAR MEROYAN ?

Dulu Parang Pedang ingat lagi bila saja ada program UMNO, mula la dia menempek diri kat majlis orang... Dah macam stamp pad je muka Nizar ni. Tapi baru-baru ni di PWTC, tak nampak pulak muka Nizar jaMALUdin ni kat sana.....

Dah malu kot dia sebab jadi maskot PAS. Tapi Parang Pedang nak tanya la kat penduduk Pasir Panjang. Perak.... Ada ke si NiZar jaMALUdin ni datang ke sana? Tak ada cerita dia pun.. Bukak akhbar harakah takde pun cerita dia. Bukak akhbar suara keadilan pun tak dengar cerita dia... Mana Nizar? Syok tido dalam banglo dia kot? Sampai lupa nak turun Padang.

Habis tu? Takkan nak undi dia lagi Pilihanraya akan datang ni? Cakap kat Nizar... BALIK LA....

Wajah-wajah Perhimpunan Agung UMNO 2012 di PWTC (part 2)




















Suasana Di Sudut Pemeriksaan Kesihatan Percuma, PWTC 2012

Video: Wawancara bersama Saudara Saiful, UMNO Teluk Intan.

Sunday, December 2, 2012

TAHNIAH BUAT ANGKATAN BOLA SEPAK MALAYSIA

Hari ini Parang Pedang ingin menzahirkan kegembiraan bertapa bersyukurnya memiliki sebaris pejuang bola sepak yang telah menjatuhkan angkatan bola sepak Indonesia. sorakan tanpa henti diberikan apa bila wisel penamat ditiup tanpa perlawanan menentukan siapa pemenangnya.

Penat lelah pasukan Malaysia tidak sia-sia bila kejayaan memihak kepada malaysia. Sekali lagi Parang Pedang ucapkan tahniah buat pahlawan-pahlawan negara ini.

Wajah-wajah Perhimpunan Agung UMNO 2012 di PWTC