Wednesday, December 22, 2010

Bebanan Warisan Pembangkang

Lama dah Parang Pedang dok fikir pasal hal ni tapi berat nak dedahkan takut ada pihak yang marah, maki hamun...semua keluar tanpa tapisan dari FINAS. tapi ni la yang patut Parang Pedang hamburkan dari mulut Parang Pedang sendiri mengenai rancangan kotor puak Pembangkang apabila menaburkan janji palsu hinggakan kadang kala tidak masuk akal. Perancangan yang tidak logik dijadikan manifesto Pakatan rakyat bagi menarik minat pengundi ibarat menyapu madu pada sarang tebuan membuatkan akhirnya rakyat terperangkap dengan janji sekadar mimpi.

Suatu yang mustahil untuk memberikan apa yang dikira tidak masuk akal tanpa memikirkan kesan akan datang. Pembangkang dengan sengaja cuba menjanjikan apa yang tidak logik dan apabila mereka tidak lagi memegang negeri mahupun negara, maka beban tersebut terpaksa ditanggung oleh pihak lain. Akibatnya kerugian besar negara hasil wang milik rakyat akan berlaku. Kesan yang lebih buruk lagi ekonomi akan mengalami kemelesetan akibat dari bebanan warisan puak Pembangkang. Parang Pedang tak dapat bayangkan apa yang akan terjadi jika ini terjadi hasil dari perbuatan Pakatan Rakyat.

PROGRAM 100 HARI....JANJI KOSONG LAGI?

Program 100 hari? dia ingat nombor jer....Itulah yang terjadi dengan Pakatan Rakyat apabila menjanjikan pelbagai projek apabila memenangi Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 13) nanti. Apakah tidak serik lagi dengan janji kosong mereka apabila menguasai beberapa negeri di Tanah air ini. Lihat sajalah di Perak apabila mereka gagal melunaskan walau satu pun janji mereka kepada rakyat Perak. Malah hak kedaulatan dan keistimewaan Paduka Seri Sultan Perak juga turut dipertikaikan. Dimanakah tanggungjawab mereka selama ini?

Janji demi janji ditaburkan hanyalah sekadar gimik dari pembangkang untuk mempergunakan kuasa pengundi bagi memenuhi nafsu gila kuasa PR. Akhirnya rakyat juga tertipu apabila sebaik saja PR mengusai negeri, pelbagai penindasan yang selama ini ditunding kepada pihak Kerajaan BN dilakukan oleh mereka. Siapa yang bersifat munafik dalam hal sebegini? adakah kerajaan BN atau Pakatan Rakyat? Kita ambil contoh di Perak khususnya, apakah sumbangan Dato' Nizar terhadap Rakyat Perak? 11 bulan cukup untuk membangunkan 20% infrastruktur di negeri ini. Namun hampa kerana tidak ada satu pun yang dilakukan oleh beliau. Parang pedang tidak melihat satu apa pun yang dibangunkannya. Bukan nak mengampu atau menimang, tapi Dato' Zambry Abd Kadir (Menteri Besar Perak terkini) telah membuktikan bahawa pembangunan boleh dilakukan dalam masa yang singkat. Buktinya dapat dilihat pada pembangunan di negeri ini, keprihatinannya pada rakyat telah menjadikan beliau sebagai Ironman di perak. Parang pedang amat berterima kasih pada Ilahi atas kurnia-Nya menganugerahkan seorang pemimpin berwibawa dan menjatuhkan kuasa seorang pengkhianat bangsa.

Berbalik kepada isu program 100 hari untuk membangunkan Malaysia jika Pakatan Rakyat menang PRU 13, sangat tidak logik. Jika ada pun, ia merupakan hasil rakyat selama dibawah jagaan Kerajaan barisan Nasional. Parang Pedang masih ingat kata-kata pemimpin PR bahawa pembangunan yang dilakukan adalah membazir dan membuang wang rakyat. Kini apa yang Parang Pedang dengar pula ialah slogan dari utara ke Putrajaya. Kenapa Putrajaya? sedangkan dulu mereka kata bahawa membuka Putrajaya suatu perbuatan yang membazir. Kini Kawasan Putrajaya menjadi matlamat mereka pula. Jadi adakah mereka akan tarik semula kenyataan bahawa pembinaan Putrajaya suatu pembaziran? Ibarat kata orang, "cakap tak serupa bikin" sangat sesuai untuk dilemparkan ke muka pemimpin PR.

Bagi Parang Pedang, Rakyat Malaysia terutamanya Perak dah serik dengan janji Pembangkang yang sentiasa tidak rasional, merapu dan tidak berfikir panjang untuk melakukan sesuatu. fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah....jangan sampai kita termenung.

Sunday, December 19, 2010

Adun Tenang yang tidak ditenangkan….

Baru beberapa hari Allahyarham YB Dato' Sulaiman Taha meninggalkan dunia menghadap ilahi… Dah mula dah kedengaran suara-suara calon PAS yang akan menggantikannya. Pada pendapat Parang Pedang, ini sangat tidak menghormati Allahyarhan dan keluarga beliau. Bukan nak politikkan isu ni tapi beradablah sikit dengan keluarga si mati….Jangan nak ikutkan penyakit cinta dunia, takut mati (Wahn). Kalau berdakwah tak ingat dunia, semua nampak orang UMNO yang salah…Diri sendiri tak sedar lagi. Fasik!


Tenang

RANCANGAN JAHAT DOG & PIG

Selama kekalahan Barisan Nasional di Pulau Pinang telah mendapat perhatian Parang Pedang sewaktu pemerintahan si Dog & Pig. Rasa kesian terhadap rakyat Pulau Pinang wujud kerana melihat dasar pemerintahan yang dijanjikan sangat berlainan dengan apa yang akan mereka laksanakan terhadap negeri tersebut.

Pada pemikiran Parang Pedang, rancangan jahat mereka kali ini sangat halus dan sukar dikesan oleh mata kasar. Secara zahirnya orang akan lihat mereka ingin melakukan perubahan demi pembangunan. Akan tetapi pada Parang Pedang, tujuan mereka melakukan semua itu adalah untuk menyingkirkan bumiputera secara sulit. Lihat sajalah apabila mereka menyingkirkan kampung melayu atas alasan untuk pembangunan infrastruktur. Kemanakah harus penduduk kampung pergi selepas ini jika ketiadaan kampung halaman mereka?

Rumah flat? Itu tak logik kerana menetap di rumah flat ibarat tinggal di atas angin yang tidak menjanjikan tapak yang nyata. Inikah nasib mereka yang mahukan perubahan pucuk pimpinan negeri? Harapnya Pulau Pinang tidak akan menerima nasib seperti orang melayu di Singapura. Hidup dalam bayangan gelap dan diwarisi oleh generasi seterusnya tanpa mengetahui noktah kehidupan mereka.

Apa yang Parang Pedang Lihat sekarang ialah strategi melupuskan kampung melayu dan menjual tanah kepada penduduk melayu dengan harga yang tak logik.

Apa pula yang anda dapat lihat? Fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah. Jangan sampai termenung.

Siapa khurafat? Nizar atau Zambry?

Baru-baru ni Parang pedang ada dengar tohmahan balaci-balaci Tan Ah Chong yang pernah gila talak nak berebut jawatan menteri besar Perak. Nampaknya kali ni melampaui lagi celaka diorang bila mengatakan Dato’ Seri Zambry melakukan amalan khurafat. Parang pedang tak taulah nak kata apa sebab pada parang pedang, amalan menepung tawar tu Cuma adat dan bukan bersandarkan pada niat menyembah selain dari Allah. Amalan tepung tawar ni sekadar simbol bahawa suatu perkara itu telah dirasmikan. Tambahan pulak mufti Perak dah mengatakan bahawa itu cuma adat dan bukan bersandar pada niat.
Jika dibandingkan dengan apa yang dilakukan oleh Tan Ah Cheong Al Kafir, memberikan penghormatan dengan memegang lilin bagi menghormati si mati telah jelas menzahirkan adat orang bukan Islam. Apa lagi si Al-Kafir ni nak kata? Rasulullah S.A.W. hormat orang kafir mati hanya dengan bangun dari tempat duduknya ketika si mati diusung didepan Baginda. Bukannya menyalakan lilin dan tunduk bagai orang rukuk dalam solat.
Apa yang Tan Ah Chong ni lakukan telah jelas memalukan diri sendiri. Ibarat melempar batu ke dinding, akhirnya batu terpelanting ke diri sendiri. Parang pedang nak tanya kat Tan Ah Chong ni, Siapa yang lebih khurafat? Saudara Tan Ah Chong atau Dato’ Zambry? Mahukah kalau Parang pedang letak dua gambar antara kamu dengan dato’ Zambry sebelah menyebelah dan biarkan orang yang lebih arif menilainya? Parang Pedang malu sangat melihat bangsa ni membabikan diri sendiri demi menurut nafsu Al-juburi.


Saturday, December 18, 2010

Majlis Makan Malam Bersama Y.A.B Menteri Besar Perak

17 Disember 2010, Ipoh, Perak

Semalam, suatu detik sejarah bagi pejuang agung dunia siber mengorak langkah dengan penuh semangat apabila mula mendapat perhatian Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Zambry bin Abdul kadir. Para tokoh serta mereka yang aktif dalam bidang media telah diraikan dalam Majlis Makan Malam Bersama Y.A.B Menteri Besar Perak. Satu demi satu penghargaan disampaikan oleh Ketua Penerangan Kerajaan dan Menteri Besar.
Majlis yang diadakan di Dewan Banquet Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Perak telah dihadiri oleh tidak kurang dari 400 tetamu yang terdiri dari pelbagai agensi media sama ada kerajaan mahupun swasta.
Pelbagai acara telah dilakukan dari segi penyampaian anugerah, persembahan bakat muda dan tidak kurang juga persembahan dari tokoh veteran serta acara cabutan bertuah. Majlis yang disambut dengan begitu meriah sekali adalah sebagai tanda terima kasih Kerajaan Perak kepada penggiat media termasuk juga media baru atau lebih dikenali sebagai media siber.

Parang pedang yang turut hadir ke majlis tersebut bersama saf pejuang sangat gembira kerana ini merupakan kali pertama berada dimajlis yang begitu meriah. Ingatkan kami berjuang di atas satu landasan sahaja, rupa-rupanya kami berada dalam satu saf yang terdiri dari pelbagai landasan. Ada yang datang dari bidang media cetak (media masa) , media elektronik, fotografi selain media siber. Kepada yang menerima anugerah ketokohan semalam, Parang Pedang ingin mengucapkan jutaan tahniah. Bila lagi agaknya majlis sebegini akan diadakan lagi, ingin sangat Parang Pedang temui mereka sekali lagi.

* teringin dengar Pak Ngah Hamdi nyanyi lagu 'La Obe' lagi......

Sunday, December 12, 2010

Sekilas Pandang suara Pemimpin Negara Terdahulu

Pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965

”Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka.

Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ‘Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ”Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara”. Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.”

...............................................................................

pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969

”Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain”.

[Catatan: sila ambil perhatian terhadap perkataan ‘meneruskan’ yang digunakan oleh Siew Sin; bermakna beliau mengakui dan mengiktiraf kedudukan keistimewaan orang Melayu sudah sedia ada; bukan dirundingkan untuk diwujudkan.]

Parang pedang mula kembali memarang

Sekian lama menanti arahan dari imam perang sekupang dua, akhirnya terkabul jua doa Parang Pedang untuk memenggal kepala Pembangkang yang dah lama tak tertanggal. Benarlah kata mutiara oleh yang bijak sana. “pergi bukan berundur tetapi menyusun langkah teratur”. Parang dan pedang sudah siap terasah untuk bangkit membantu semula Kerajaan BN di Perak. Daulat Tuanku Paduka Seri, patik kembali untuk membantu negeri. Buat Menteri Besar yang disayangi, Parang pedang bersama saf pejuang ke pangkuan berbakti. Awas buat Pembangkang, kami bukan datang kosong, kerana senyap kami kerana mengisi. Buat pengkhianat yang iri hati, awas pena dan kalam kalian akan kami tembusi. Buat rakyat Perak yang disanjungi, senyap pejuang selama ini adalah untuk menyedarkan anda bahawa siapa kami didalam parti. Parang pedang mengaku salah dan mohon maaf kerana menyertai protes senyap selama ini. Insyaallah setelah kami kembali, lintang pukanglah Pembangkang dan yang berpaling tadah. Kami takkan biarkan munafik memonopoli negeri ini. Akan kami telanjangkan aib mereka satu persatu. Biar mereka rasa seperti makan rempah dan cili. Terima kasih buat yang memahami masalah serta rintihan pejuang ini. Parang pedang tetap setia berdiri dibelakang Ketua saf saudara sekupang dua yang bijaksana menyusun barisan perang. Semoga Allah limpahkan kurnia dan rahmat keatas kami. Amin…Amin….Ya rabbal A’lamin……