Selama kekalahan Barisan Nasional di Pulau Pinang telah mendapat perhatian Parang Pedang sewaktu pemerintahan si Dog & Pig. Rasa kesian terhadap rakyat Pulau Pinang wujud kerana melihat dasar pemerintahan yang dijanjikan sangat berlainan dengan apa yang akan mereka laksanakan terhadap negeri tersebut.
Pada pemikiran Parang Pedang, rancangan jahat mereka kali ini sangat halus dan sukar dikesan oleh mata kasar. Secara zahirnya orang akan lihat mereka ingin melakukan perubahan demi pembangunan. Akan tetapi pada Parang Pedang, tujuan mereka melakukan semua itu adalah untuk menyingkirkan bumiputera secara sulit. Lihat sajalah apabila mereka menyingkirkan kampung melayu atas alasan untuk pembangunan infrastruktur. Kemanakah harus penduduk kampung pergi selepas ini jika ketiadaan kampung halaman mereka?
Rumah flat? Itu tak logik kerana menetap di rumah flat ibarat tinggal di atas angin yang tidak menjanjikan tapak yang nyata. Inikah nasib mereka yang mahukan perubahan pucuk pimpinan negeri? Harapnya Pulau Pinang tidak akan menerima nasib seperti orang melayu di Singapura. Hidup dalam bayangan gelap dan diwarisi oleh generasi seterusnya tanpa mengetahui noktah kehidupan mereka.
Apa yang Parang Pedang Lihat sekarang ialah strategi melupuskan kampung melayu dan menjual tanah kepada penduduk melayu dengan harga yang tak logik.
Apa pula yang anda dapat lihat? Fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah. Jangan sampai termenung.
No comments:
Post a Comment