Wednesday, December 22, 2010

PROGRAM 100 HARI....JANJI KOSONG LAGI?

Program 100 hari? dia ingat nombor jer....Itulah yang terjadi dengan Pakatan Rakyat apabila menjanjikan pelbagai projek apabila memenangi Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 13) nanti. Apakah tidak serik lagi dengan janji kosong mereka apabila menguasai beberapa negeri di Tanah air ini. Lihat sajalah di Perak apabila mereka gagal melunaskan walau satu pun janji mereka kepada rakyat Perak. Malah hak kedaulatan dan keistimewaan Paduka Seri Sultan Perak juga turut dipertikaikan. Dimanakah tanggungjawab mereka selama ini?

Janji demi janji ditaburkan hanyalah sekadar gimik dari pembangkang untuk mempergunakan kuasa pengundi bagi memenuhi nafsu gila kuasa PR. Akhirnya rakyat juga tertipu apabila sebaik saja PR mengusai negeri, pelbagai penindasan yang selama ini ditunding kepada pihak Kerajaan BN dilakukan oleh mereka. Siapa yang bersifat munafik dalam hal sebegini? adakah kerajaan BN atau Pakatan Rakyat? Kita ambil contoh di Perak khususnya, apakah sumbangan Dato' Nizar terhadap Rakyat Perak? 11 bulan cukup untuk membangunkan 20% infrastruktur di negeri ini. Namun hampa kerana tidak ada satu pun yang dilakukan oleh beliau. Parang pedang tidak melihat satu apa pun yang dibangunkannya. Bukan nak mengampu atau menimang, tapi Dato' Zambry Abd Kadir (Menteri Besar Perak terkini) telah membuktikan bahawa pembangunan boleh dilakukan dalam masa yang singkat. Buktinya dapat dilihat pada pembangunan di negeri ini, keprihatinannya pada rakyat telah menjadikan beliau sebagai Ironman di perak. Parang pedang amat berterima kasih pada Ilahi atas kurnia-Nya menganugerahkan seorang pemimpin berwibawa dan menjatuhkan kuasa seorang pengkhianat bangsa.

Berbalik kepada isu program 100 hari untuk membangunkan Malaysia jika Pakatan Rakyat menang PRU 13, sangat tidak logik. Jika ada pun, ia merupakan hasil rakyat selama dibawah jagaan Kerajaan barisan Nasional. Parang Pedang masih ingat kata-kata pemimpin PR bahawa pembangunan yang dilakukan adalah membazir dan membuang wang rakyat. Kini apa yang Parang Pedang dengar pula ialah slogan dari utara ke Putrajaya. Kenapa Putrajaya? sedangkan dulu mereka kata bahawa membuka Putrajaya suatu perbuatan yang membazir. Kini Kawasan Putrajaya menjadi matlamat mereka pula. Jadi adakah mereka akan tarik semula kenyataan bahawa pembinaan Putrajaya suatu pembaziran? Ibarat kata orang, "cakap tak serupa bikin" sangat sesuai untuk dilemparkan ke muka pemimpin PR.

Bagi Parang Pedang, Rakyat Malaysia terutamanya Perak dah serik dengan janji Pembangkang yang sentiasa tidak rasional, merapu dan tidak berfikir panjang untuk melakukan sesuatu. fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah....jangan sampai kita termenung.

No comments: