Friday, July 30, 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK.

Dalam kita semua berjuang dIdunia politik masa kini, UMNORS terkenang kisah para sahabat Rasulullah S.A.W bila mana mereka berperang dan berjuang dibulan yang dimuliakan Ramadhan Al-Mubarak. Hanya dengan bilangan yang kecil sahaja iaitu sejumlah 313 orang mujahid, mereka mampu menewaskan 1000 tentera musyrikin Mekah semasa perang Badar. Peristiwa tersebut telah meniupkan semangat UMNORS untuk berjuang walaupun bilangan pejuang hanya beberapa kerat sahaja. Bersama dengan rakan pejuang Bloggers Pembela Negara, Sekupang dua, panglima perang cyber,merentas gelombang, papa gomo, parpukari, selamatkan perak, aweks bukit gantang dan beberapa pejuang bloggers lagi yang tidak dapat UMNORS sertakan disini kerana terlalu ramai. Apapun yang penting adalah semangat juang yang wujud dalam diri masing-masing.

Perjuangan tetap perjuangan disamping amalan mulia dipenghulu segala bulan. Berpuasa dan membayar zakat, menambahkan amalan lain seperti qiamulail, bersedekah serta beberapa amalan tambahan mampu membantu kita untuk terus bangkit mempertahankan negara dari serangan musuh dialam cyber. Kita seharusnya meletakkan taqwa kepada Allah didalam perjuangan suci ini kerana tanpa izin-Nya, kita tidak mampu berada pada kemenangan sebegini.

Akhir kata dari UMNORS, marilah kita teruskan usaha kita sebagai benteng cyber dalam mempertahankan negara disamping memenuhkan aktiviti Ramadhan dengan amal ibadat.

Salam ramadhan dari saya UMNO Rapat Setia @ UMNORS.

Thursday, July 29, 2010

Salak tinggi dilanggar SAMSENG

Pagi tadi bila UMNORS baca berita Metro bertarikh 29 Julai 2010 bertempat di Salak Tinggi, menggelegak seketika darah apabila terlihat muka depan akhbar tersebut tentang kesamsengan tahi minyak sekelompok bangsa melayu yang berani memukul orang awam. Apa yang sangat UMNORS kesalkan adalah mangsa yang turut dipukul merupakan seorang bayi berusia 45 hari. Inikah yang diajar oleh agama kita? Menurut akhbar Metro lagi, keseluruhan keluarga mengalami kecederaan manakala kerugian dianggarkan bernilai RM 10,000.00. Kenapa dengan orang Melayu yang bergelar muslim sanggup memukul saudaranya sendiri, bahkan golongan wanita, kanak-kanak dan warga emas pula yang dibaham mereka. Harapnya pihak kerajaan dapat mengambil tindakan membenteras aktiviti gangster sebegini. Apakah yang terdaya dilakukan oleh mereka apabila 30 orang yang bagi pandangan UMNORS sebagai 'si bacul' menyerang mereka. Kepada pertubuhan yang amat UMNORS kenali dengan nama yang masyur di negara ini, harapnya jika anggota mereka yang melakukan kesalahan ini maka dapatlah ia dipantau dan dicegah supaya keamanan masyarakat terjaga. UMNORS berdoa agar kumpulan sebegini akan dapat dipantau dari membuat lebih banyak kerosakan. Janganlah kerana nila setitis maka rosak susu sebelanga.

UMNO atau DAP yang suka perkauman?

Bagai pemain catur amatur, DAP memainkan peranannya dalam melagakan umat melayu. Mereka menjadikan PAS sebagai boneka untuk memecah-belah orang melayu. Ibarat tukul menghempas paku ke kayu, PAS semakin galak menghentam UMNO dan memberikan tekanan agar pengaruh UMNO menjadi berkurangan. Bukan itu sahaja, suara-suara DAP juga semakin biadab apabila secara terang-terangan membangkitkan isu keistimewaan hak orang melayu serta menindas penduduk melayu yang berada dibawah pentadbiran mereka. Tindakan yang dilakukan oleh DAP ini boleh menyebabkan tercetusnya insiden yang tidak diingini di dalam negara.

Isu DAP ini yang dibangkitkan oleh Dato' Seri Najib Tun Razak semalam bertempat di Putrajaya International Convention Center. Dalam ucapan beliau , kerajaan cuba menentukan dasar-dasar pemerintahan yang adil dan saksama tetapi orang Melayu akan merasa marah jika parti itu asyik menekankan tentang soal penghapusan dasar membabitkan kepentingan dan hak keistimewaan Melayu di negara ini. Lihat sahaja kebanyakan isu yang membangkitkan rasa benci terhadap umat melayu.

"Kalau terlalu menekan orang Melayu dan bumiputera tanpa mereka melihat ada juga pihak lain yang memberi pertimbangan kepada orang Melayu terutama sekali swasta, ia akan ada rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat.

"Maknanya, orang Melayu pun mengharapkan syarikat-syarikat swasta (yang dikuasai bukan bumiputera) membantu mereka dalam memajukan ekonomi mereka," katanya.

DAP perlu faham bahawa bangsa melayu akan bangkit bersatu tanpa diduga jika merasakan diri terperangkap dengan permainan bangsa lain. Dan jika perkara ini berlarutan, tidak mustahil kemarahan yang meluap-luap akan terbit dari hati bangsa melayu.

Sunday, July 25, 2010

25 Julai, 2010 PELANCARAN BERKELOMPOK PERKASA NEGERI PERAK! Demi MELAYU yang pertahankan kedaulatan bumi Perak


"Saya tidak takut terkorban atau berkorban Demi Agama dan Bangsa... saya takut melihat sikap bangsa penakut bangsa saya sendiri"... kata Dato' Ibrahim Ali selaku Presiden PERKASA semasa pelancarannya di Dewan PKM gopeng, semalam yang diringi gemuruh tepukan kira-kira lebih 300 yang hadir dari pelbagai pelusuk di bumi Perak Darul Ridzuan


Setuju dengan pendapat Presiden Perkasa sendiri bila beliau sendiri mengimbas kembali beberapa dakwaan DAP, PAS, MIC, MCA dan beberapa lagi pertubuhan yang kononnya PERKASA ini pertubuhan perkauman dan rasis, Kata beliau 'Mereka buat tuduhan seperti itu sedangkan mereka sendiri yang telah mewujudkan perkauman sendiri!' (DAP & MCA dengan kaum cina, MIC,dengan kaum India dan sebagainya) bertindak dan kurang hajar bila pelbagai isu yang sensitif dan rasis, malah melibatkan PAS sebagai sebagai agen suruhan dan beberapa parti dan individu sebagai pangkhianat kepada keamanan kedaulatan serta keamanan yang menjadi hak rakyat.
Kronologi pelbagai retetan isu telah kita ketahui seperti :
- Penghinaan kedaulatan raja dan sultan sebagai negara dan negeri yang berdaulat.
- Isu keris oleh Ketua Pemuda UMNO semasa persidangan Agung UMNO
- 2 Kepala babi yang dilontarkan kedalam Masjid
- Mahu kesamaan bila Azan di Singapura tidak dibenarkan mengunakan pembesar suara
- mencabar hak-hak pribumi dalam Pekara 153 dan Kuasa-kuasa Raja Melayu
- menggunakan Parlimen seperti isu Kit Siang memepertikaikan hak melayu dengan mengajukan kepada PM
- Tuntutan kalimah Allah dipergunakan oleh puak kristian dan agama lain di gereja dan keagamaan mereka
- Isu sekolah kebangsaan dan sekolah Cina dan India sedangkan kerajaan bersungguh menyediakan tambahan peruntukan 400 juta di RMK 9

Beliau juga mengimbas bagaimana dua pengkhianat Tian Chua dan Gobalakrisnan yang menyentuh sensitif hak Melayu, mengigit tangan Polis, menghalang melanggar sekatan Polis serta mencabar undang-undang dengan lebih rasis tidak pula dikaitkan dan di hukum. Mungkin peranan PAS sebagai talibarut mereka sebenarnya yang buat dema makin merak, pencacai ni demi kuasa dah termakan janji dan budi, sekarang ni lebih terok sesat se sesatnya demi , demi nak kan kuasa tak timbul lagi soal hukum hakam atau hala haram, nauzubillah...

Saturday, July 17, 2010

Syukur Alhamdulillah......

Syukur Alhamdulillah.....
Aku lahir saja ke dunia ni dah bergelar Muslim berbangsa Melayu merdeka dari penjajah asing. Tak macam rakyat negara lain yang lahir seiring dengan lontaran mortar dan peluru sesat..Masih dijajah dan ditindas orang kafir.

Syukur Alhamdulillah.....
Aku menetap di Tanah Air yang lengkap dengan segala kemudahan sedia ada dengan pentadbiran negara yang cekap serta profesional. Nasib rakyat tak terabai dan sentiasa diambil perhatian. Berbeza dengan negara lain yang menjadi mangsa kuku besi pemerintah dan hidup terumbang ambing.

Syukur Alhamdulillah.....
Harga barangan seperti Petrol dan barang kawalan diTanah Air aku masih baik dan tidak terlalu membebankan. Ditambah pula rakyat negara ini lebih diutamakan penjualan kepada mereka berbanding kepada bukan warganegaranya. Dibandingkan dengan negara lain yang mengalami Inflasi dan kenaikan barang secara mendadak.

Syukur Alhamdulillah.....
Aku hidup dibawah undang2 yang saksama. Yang bersalah dihukum dan yang benar dibela. Tiada unsur berat sebelah dalam melaksanakan keadilan. Pasukan keselamatan bertugas dengan baik tanpa ada diskriminasi atau prejudis. Orang awam terbela dengan undang2 sedia ada. Berbeza dengan sesetengah negara yang menggubal undang2 sesuka hati mereka.


Tapi....kenapa ada segelintir rakyat kita masih belum berpuas hati dengan nikmat yang ada. Mungkin kerana nafsu mereka yang mahu menguasai negara mengikut corak sendiri tanpa menilai kesan buruk dan akibat daripada pemerintahan yang tidak matang. Jangan jadi seperti Bani Israel yang tidak mengenang budi dan sentiasa menurut hawa nafsu ketika mengikut Nabi Musa A.S.