Thursday, August 30, 2012

Kemerdekaan: suatu anugerah Allah buat hambaNya yang sedar erti kebebasan

Salam pejuang dan salam kemerdekaan, esok adalah suatu hari yang penuh keramat dan harus disyukuri oleh setiap warganegara Malaysia. Sejak 1511, kita telah mula dijajah oleh pelbagai bangsa asing yang mahukan hasil bumi kita. Nenek moyang kita sejak dahulu kala lagi telah berjuang dengan pelbagai cara termasuklah pertumpahan darah demi menjamin kemerdekaan tanah air dari penjajahan.

Sesungguhnya bumi kita Malaysia ini sangat diidamkan oleh bangsa asing disebabkan muka bumi ini yang kaya dengan hasilnya. Sama ada dengan cara muslihat mahupun dengan cara kekerasan. Ramai pahlawan tanah air terkorban demi membela nasib tanah air daripada dicabuli oleh pihak asing. Mereka bukan sahaja dari golongan tentera, malah turut juga melibatkan pihak polis, pendekar, pendeta dan ulama’.

Darah mereka mengalir bagai sungai semata-mata mahu menjamin generasi akan datang seperti kita agar dapat menghirup udara kebebasan. Begitu juga generasi selepasnya yang menjalinkan hubungan diplomatik demi memujuk pihak penjajah untuk membebaskan negara.

Sebagai generasi x dan y, kita harus menghargai kemerdekaan ini dengan mempertahankannya dari dijajah semula sama ada dari sudut pemerintahan mahupun sosio budaya. Kita tidak sedar bahawa dalam diam ada pihak yang cuba menjajah kita semula menerusi budaya atau pemikiran. Kita harus sedar bahawa mempertahankan kemerdekaan itu lebih sukar berbanding menuntutnya.

Kita anak bangsa pribumi mahupun warganya harus bertindak segera menyedarkan diri kita bertapa pentingnya kemerdekaan ini agar kita tidak mempersiakan apa yang telah nenek moyang kita dapatkan untuk kita supaya udara kebebasan ini dapat dinikmati oleh generasi akan dating. Ingatlah bahawa kita tidak mewarisi kemerdekaan ini, sebaliknya meminjamnya untuk diserahkan kepada generasi akan datang.

Salam kemerdekaan dari saya Parang Pedang.

Wednesday, August 29, 2012

Siapa sebenarnya agen Israel? Jangan spin cerita...

Hari ni hari pertama Parang Pedang menulis semula blog selepas tempoh bulan ramadhan dan selesainya aidilfitri... Setelah bersarapan di Megopleks Medan Gopeng , Ipoh. Seperti biasa, Parang Pedang bersiar-siar di dalam ruang legar Kompleks ini bagi meninjau apa yang menarik. 

Dalam waktu yang sama singgah sebentar di kiosk akhbar untuk menatap berita, sememangnya Parang Pedang malas nak membeli akhbar. Hanya membaca muka surat utama sahaja. Tiba-tiba pandangan tertumpu pada satu tajuk di sebuah akhbar milik pembangkang yang dikenali dengan nama su*ra ke****an (kesetanan). 

Akhbar berkenaan yang menulis artikel berbaur tuduhan terhadap Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak. Bagi mengubah fakta bahawa pemimpin mereka Atok seri Anwar Berahim, mereka menuduh Dato' Seri Najib mengupah penulis media pro Israel untuk membantu kempen pilihanraya mereka. 

Sangat hairan atau mungkin dah tak hairan dah bila mereka menuduh Dato Seri Najib mengupah individu Pro Israel sedangkan sudah terbukti bahawa pemimpin mereka sendiri mempunyai hubungan dengan Israel. Kenapa harus isu Israel ini dipusingkan (spin) oleh pihak pembangkang? tak sudahkah mereka dengan kebenaran yang dibongkar? Para pembaca sudah tahu mana kaca dan mana permata. 

Apa yang penting sekarang ialah selagi mana Parti UMNO memegang tampuk pemerintahan, maka tidak akan ada hubungan diplomatik dengan Negara Haram Israel. Sekukuh mana pun demokrasi Malaysia, kita tetap dengan pegangan agama dan meletakkan Islam dihadapan. 

Tuesday, August 14, 2012

10 malam terakhir Ramadhan



Malam lailatul qadar sangat dinantikan oleh ramai umat Islam dibulan ramadhan ini. Hikmahnya menyamai seribu bulan kita melakukan ibadah dibulan lain. Namun begitu, dimanakah letaknya malam lailatulqadar ini? Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu. 

Namun begitu, Junjungan Besar Kita Nabi Muhammad S.A.W telah menyatakan beberapa petanda malam lailatulqadar yang penuh berkah ini. Bagi memudahkan kita menumpukan 100% ibadah khusus pada malam lailatulqadar, Baginda telah memberitahu menerusi sabdanya bahawa malam lailatulqadar itu terletak pada 10 malam yang terakhir dibulan Ramadhan.

Sebagai rujukan yang lebih tepat lagi, baginda juga bersabda bahawa malam Lailatulqadar itu terletak pada malam yang bilangannya ganjil seperti angka 1-3-5-7-9 dan seterusnya. Ini bermakna kedudukan malam lailatul qadar itu terletak diantara malam ke 21@23@25@27@29. Selebihnya tidak dinyatakan agar umat Islam melaksanakan ibadah dengan khusyuk tanpa perlu membilang hari. 

Lailatulqadar merupakan hadiah terbesar buat umat Islam kerana ia hanya diperolehi sekali sahaja setiap tahun iaitu di bulan Ramadhan. Disini Parang Pedang ingin menyampaikan nasihat agar kita umat Islam senantiasa menumpukan seluruh perhatian terhadap amal ibadah.

Puasa kita tidak akan sempurna tanpa diserikan dengan ibadah sunat disamping ibadah wajib seharian kita. Tunaikan zakat bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan, tambahan lagi Syawal yang semakin tiba amat memerlukan perbelanjaan bagi mereka yang susah...

Salam Ramadhan dan beramallah dengan ikhlas.

Dari saya: Parang Pedang.

Ramadhan, suatu kerugian jika tidak diisi dengan ibadah.



Rugi dari segi mana? Rugi yang macam mana? Itulah persoalan yang dilontarkan oleh mereka yang tidak menghayati erti kesyukuran dengan kehadiran ramadhan. Disinilah letaknya tahap keimanan seorang muslim. Ramadhan bukan sekadar puasa disiang hari dan berterawih dimalam hari. Sepatutnya pengisian ramadhan dipenuhi dengan ibadat tambahan seperti tadarus Al-quran dan qiamulail. 

Lebih merugikan jika Ramadhan tiada pengisian langsung dengan amalan wajib seperti puasa dan zakat. Kita lihat sesetengah masyarakat yang tiada lengkap pengetahuan agamanya memandang rendah pada ibadah puasa. Ada yang sanggup masuk melalui pintu belakang restoran untuk membeli juadah sarapan pagi bahkan ada yang tanpa segan silu makan dan minum dikhalayak ramai dengan alasan uzur.

Ramadhan sepatutnya bukan sahaja dihormati, malah dihargai menerusi amal ibadat yang banyak. Adakah puasa dan solat itu sahaja ibadah? Tidak, pelbagai amalan lagi boleh dilakukan seperti bertadarus, berzikir, bertahlil, bertahmid dan seribu satu cara lagi asalkan niatnya sebagai ibadah. 

Hanya beberapa hari sahaja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita, tidakkah wujud kesedaran bertapa ruginya kita meninggalkan Ramadhan begitu sahaja? Ramadhan hanya datang hanya sekali dalam setahun. Tanamkan kesedaran dalam jiwa kita untuk memenuhi aktiviti ibadah dibulan ini agar kita tidak menyesali kerana meninggalkannya.