Tuesday, August 14, 2012
10 malam terakhir Ramadhan
Malam lailatul qadar sangat dinantikan oleh ramai umat Islam dibulan ramadhan ini. Hikmahnya menyamai seribu bulan kita melakukan ibadah dibulan lain. Namun begitu, dimanakah letaknya malam lailatulqadar ini? Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu.
Namun begitu, Junjungan Besar Kita Nabi Muhammad S.A.W telah menyatakan beberapa petanda malam lailatulqadar yang penuh berkah ini. Bagi memudahkan kita menumpukan 100% ibadah khusus pada malam lailatulqadar, Baginda telah memberitahu menerusi sabdanya bahawa malam lailatulqadar itu terletak pada 10 malam yang terakhir dibulan Ramadhan.
Sebagai rujukan yang lebih tepat lagi, baginda juga bersabda bahawa malam Lailatulqadar itu terletak pada malam yang bilangannya ganjil seperti angka 1-3-5-7-9 dan seterusnya. Ini bermakna kedudukan malam lailatul qadar itu terletak diantara malam ke 21@23@25@27@29. Selebihnya tidak dinyatakan agar umat Islam melaksanakan ibadah dengan khusyuk tanpa perlu membilang hari.
Lailatulqadar merupakan hadiah terbesar buat umat Islam kerana ia hanya diperolehi sekali sahaja setiap tahun iaitu di bulan Ramadhan. Disini Parang Pedang ingin menyampaikan nasihat agar kita umat Islam senantiasa menumpukan seluruh perhatian terhadap amal ibadah.
Puasa kita tidak akan sempurna tanpa diserikan dengan ibadah sunat disamping ibadah wajib seharian kita. Tunaikan zakat bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan, tambahan lagi Syawal yang semakin tiba amat memerlukan perbelanjaan bagi mereka yang susah...
Salam Ramadhan dan beramallah dengan ikhlas.
Dari saya: Parang Pedang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment