Tuesday, August 14, 2012
Ramadhan, suatu kerugian jika tidak diisi dengan ibadah.
Rugi dari segi mana? Rugi yang macam mana? Itulah persoalan yang dilontarkan oleh mereka yang tidak menghayati erti kesyukuran dengan kehadiran ramadhan. Disinilah letaknya tahap keimanan seorang muslim. Ramadhan bukan sekadar puasa disiang hari dan berterawih dimalam hari. Sepatutnya pengisian ramadhan dipenuhi dengan ibadat tambahan seperti tadarus Al-quran dan qiamulail.
Lebih merugikan jika Ramadhan tiada pengisian langsung dengan amalan wajib seperti puasa dan zakat. Kita lihat sesetengah masyarakat yang tiada lengkap pengetahuan agamanya memandang rendah pada ibadah puasa. Ada yang sanggup masuk melalui pintu belakang restoran untuk membeli juadah sarapan pagi bahkan ada yang tanpa segan silu makan dan minum dikhalayak ramai dengan alasan uzur.
Ramadhan sepatutnya bukan sahaja dihormati, malah dihargai menerusi amal ibadat yang banyak. Adakah puasa dan solat itu sahaja ibadah? Tidak, pelbagai amalan lagi boleh dilakukan seperti bertadarus, berzikir, bertahlil, bertahmid dan seribu satu cara lagi asalkan niatnya sebagai ibadah.
Hanya beberapa hari sahaja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita, tidakkah wujud kesedaran bertapa ruginya kita meninggalkan Ramadhan begitu sahaja? Ramadhan hanya datang hanya sekali dalam setahun. Tanamkan kesedaran dalam jiwa kita untuk memenuhi aktiviti ibadah dibulan ini agar kita tidak menyesali kerana meninggalkannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment