Thursday, February 28, 2013

ZALIM KE BN KALAU GOLONGAN MISKIN TURUT MERASAI BR1M WALAU MEREKA TAK BAYAR CUKAI?

Gambar berikut jadi bukti yang penerima BR1M ni bukan dari golongan mewah. Zalim ke kerajaan BN? Yang menyekat penerima bantuan tu dan menggelar mereka lembu tu tak zalim ke? Agaknya nak biar Nick and the gang kenyang membuncit macam ular sawa bunting, baru nak suap rakyat makan sesuap nasi basi.

PCT PENYUMBANG JASA DI PERAK

Sedar tak sedar, sudah hampir lima tahun usia Perak Cyber Trooper atau dikenali sebagai PCT. beratus pejuang bernaung dibawahnya untuk membela Negeri Perak dari ancaman pembangkang sejak kejatuhan ke tangan Nizar Diktator serta kroninya.

Dibawah pimpinan Blogger Sekupangdua @ sekupangduas.blogspot.com/ yang bertungkus lumus mengumpul pejuang. Akhirnya saf terbesar angkatan cyber trooper di Negeri Perak terbentuk.

Hanya berbekalkan komputer peribadi dan sejumlah kecil pemilik laptop serta ipad, peperangan menegakkan kebenaran bermula. Ditembak oleh pelbagai isu dan fitnah bukan satu halangan buat PCT, bahkan mengukuhkan lagi kekuatan saf cyber trooper ini.

Rakyat Perak telah mula melihat saf PCT ini sebagai saf tunjang yang bertindak membela Perak. Tanpa bersangkutan dengan mana-mana kumpulan, PCT lahir atas keikhlasan ahlinya yang mahukan Negeri Perak bebas dari anasir pembangkang.

Sebagai ahli PCT, kita harus berbangga bahawa PCT mula diiktiraf oleh masyarakat Perak. Teruskan perjuangan kerana semua tahu siapa PCT.....

Berbelas ehsanlah pada kanak-kanak ini.... Demi Allah dan Rasul.

Info Komuniti : Kanak2 berumur 4 Tahun di Kuala Krai Derita Kanser Matopoa Memerlukan Sumbangan Kewangan Dari Rakyat Malaysia yg perihatan.

Hulurkan bantuan anda kepada Nik Zuraidah Nik Yali (ibu Muhammad Azim), akaun Maybank 153029208754.

Atau boleh sahaja telefon wartawan Sinar Harian Kelantan (Azman Skuad Kuala Krai) - 019 939 1097..

Sama2 Kita Doa kan Adik ini Sihat dan Cepat Sembuh.Aminnn..

-artikel ini tiada hak cipta... Salin dan share didalam blog anda-

Tuesday, February 26, 2013

Kebenaran sejarah UMNO tidak dapat dinafikan

Jika sejarah tetap sejarah, punyai fakta dan data. Itulah UMNO, punyai fakta kewujudannya serta jasa parti yang tak boleh dilupakan walau sehebat mana parti pembangkang yang lebih kepada auta.

UMNO tetap diingati walaupun ada yang cuba nafi. Biasanya yang tak tumpu pada pelajaran disekolah saja yang akan terlepas pandang sejarah kewujudan parti ini. Gambar ini jelas membuktikan bahawa sejarah penubuhan, fungsi serta jasa UMNO telah diceritakan sejak sekolah menengah lagi. Akan tetapi wujud satu kelompok yang tidur masa kelas sejarah telah menafikan perkara ini. Mereka menganggap bahawa sejarah itu tidak wujud dan hanya mereka saja yang berhak mencipta sejarah.

kenapa perlu cipta sejarah yang belum tentu sejarahnya putih. SedNg sejarah yang sedia ada boleh dijadikan panduan dimasa akan datang.

Jom Ke KARNIVAL BN PERAK

jom kita... Ada macam-macam aktiviti.... Baik yang muda mahupun yang tua, semua boleh sertainya....

Monday, February 25, 2013

Operasi Sabah Milik Malaysia Selamanya

Dipetik dari http://budakbenteng.blogspot.com

NOTA PENULIS : Artikel ini ditulis untuk bangsa saya, untuk saudara-saudara kita di Sabah yang sedang hebat diracun dengan perpecahan ia juga ditulis untuk para pejuang Islam Melayu Moro dan pasukan komando kita yang sentiasa mendapat tempat di hati saya.

Ini merupakan kali pertama dalam sejarah, operasi penuh getir angkatan tentera kita yang tidak diketahui umum diceritakan penuh detail oleh saya, Shahpaskal (Google tak akan jumpa punya, hehehe).

Saya fikir sudah sampai masanya artikel ini ditulis, tambah lagi, saya lihat elemen-elemen untuk menghasut rakyat Sabah dan Sarawak semakin kencang bertiup dalam internet termasuk Facebook. Saya kesal kerana petualang-petualang ini masih berleluasa dan saya harap kerajaan bertindak sekeras-kerasnya terhadapa elemen ini.

Artikel ini juga ditulis untuk menyedarkan generasi muda Sabah punca-punca kepada suara-suara hasutan ini berarak dalam dunia siber dan banyak lagi pendedahan akan menyusul selepas ini, Insya Allah.

1. Apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957, dunia antarabangsa berkata sesama sendiri bahawa negara ini akan musnah dan terjerumus dalam konflik berdarah akibat rasnya terbahagi kepada tiga iaitu Melayu, Cina, India serta bumiputra yang lain.

2. Tidak ada negara dalam dunia yang akan kekal aman apabila kaum-kaum minoriti ini dari segi bilangan mengampiri jumlah kaum majoriti dan kuasa ekonomi pula dikuasai oleh bukan anak bangsa.


3. Sri Lanka juga merdeka dalam tempoh yang sama, negara pulau ini akan berjaya kerana masyarakatnya Sinhalese dan Tamil berkongsi jurai keturunan yang sama – itulah kata mereka (Sri Langka kemudian terjerumus dalam kancah perang perkauman selama berpuluh tahun)

4. Di Selatan Filiphina, bangsa Melayu yang dikenali sebagai orang Moro tersepit dan dijarah dengan penjajahan budaya serta agama.

5. Dihimpit dari pelbagai arah, akhirnya orang-orang Melayu Moro ini bangkit dengan kekuatan senjata, menentang ketidakadilan dan berjuang dengan titisan air mata dan darah untuk “survival” bangsa, budaya dan agama.

6. Pelbagai doktrin kejam dikenakan ke atas mereka tetapi akhirnya impian mereka menjadi nyata apabila kerajaan Filiphina dan MILF digandingkan oleh para pemimpin kita seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi bertemu untuk berdamai.

7. Berbalik kepada Persekutuan Tanah Melayu, akhirnya catur yang mereka (kuasa besar) mainkan gagal, dengan izin Allah, Persekutuan Tanah Melayu terus wujud aman dan negeri-negeri jiran yang berada di bawah naungan British, mahu masuk ke dalam persekutuan itu apabila dikhabarkan sebuah negara baru akan terbentuk iaitu MALAYSIA.

8. Minat Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah yang mahu memasuki Malaysia seolah-olah tidak dapat dipercayai oleh negara jiran lain seperti Filiphina dan Indonesia.

9. Sarawak, Sabah dan Brunei yang berada jauh dari kuasa pusat iaitu Kuala Lumpur seharusnya berada di bawah Indonesia ataupun Filiphina.

10.Sekarang dunia menggosok mata apabila akan muncul sebuah lagi negara baru, Filiphina dan Indonesia yang merupakan “key player” di rantau ini menjadi kelam kabut, laungan peperangan dan permusuhan mula dipalu dan menuduh bahawa Malaysia ini merupakan sebahagian dari permainan imperialis penjajah.

11.Indonesia yang mana presidennya sedang dipengaruhi komunis mula melancarkan konfrontasi.

12.Konfrontasi perang yang kononnya dibuat untuk menghalau penjajah Inggeris dari bumi Sarawak dan Sabah akhirnya ditumpukan pula ke atas orang-orang Melayu sendiri di Semenanjung Malaysia melalui pendaratan askar payung terjung Indonesia ke Labis, Johor tetapi mereka kesemua habis ditangkap atau dibunuh oleh askar-askar Melayu ketika itu.

13.Askar-askar Melayu yang sedang berkhidmat di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Kongo, Afrika terpaksa dipanggil balik ke tanahair untuk mempertahankan ibu pertiwi.

14.Secara amnya, kuasa tentera termasuk askar Melayu dan pasukan tentera British, Australia yang berada di Sarawak dan Sabah tidak mencukupi untuk mempertahankan negara baru ini dari serangan Indonesia yang ketika itu merupakan satu kuasa yang cukup besar di Asia Tenggara.

15.Dengan izin Allah sekali lagi, askar-askar Melayu ini berjaya menghalau kebanyakkan tentera Indonesia dan gerilanya, sejarah dunia mengiktiraf kejayaan askar-askar Melayu ini menewaskan Indonesia.

16.Presiden Soekarno akhirnya diguling dan Indonesia kemudian bergolak pada peringkat dalaman, pertumpahan darah terjadi di antara mereka, jutaan rakyat pro komunis kemudian diburu dan disembelih oleh pihak tentera dan rakyat yang pro kepada ABRI.

SABAH DENGAN CINTA TIGA SEGINYA

17.Indonesia sudah cedera parah dan hampir K.O.

18.Kini Filiphina mencuba nasib, apabila Indonesia melancarkan perang, Filiphina tidak
mengangkat muncung senjatanya ke arah Malaysia, Filiphina hanya berani memutuskan hubungan diplomatik.

19.Menjelang hujung 60an, askar-askar Inggeris yang berada di Sarawak dan Sabah juga sudah beransur kurang dan negara baru Malaysia pula sedang bergelut dengan ancaman komunis termasuk di kawasan sempadan Kalimantan.

20.Filiphina tahu bahawa sejarah Sabah mempunyai kaitan dengan Kesultanan Sulu.

21.Negara itu berada dibawah seorang presiden yang berkaliber dan bercita-cita tinggi iaitu
Ferdinand Marcos.

22.Beliau mahu mendapatkan Sabah yang kaya dengan pembalakkan tetapi kekurangan
kekuatan angkatan tenteranya merupakan faktor penghalang.

23.Dengan mengambil kira kelemahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta kedudukan Kuala Lumpur yang agak jauh, pihak presiden merangka satu operasi sulit yang paling rahsia dalam sejarah Filiphina.

OPERASI MERDEKA : SABAH HARUS DIRAMPAS

24.Misi rahsia ini diberi gelar kod sebagai “OPERASI MERDEKA”.

25.Marcos kemudian memujuk seramai 300 pemuda dari anak bangsa Melayu Moro untuk dilatih sebagai pasukan khas dan akan melaksanakan tugas-tugas sabotaj serta clandestine di Sabah termasuk dengan tujuan untuk menyemarakkan api permusuhan di antara rakyat Sabah ke atas kerajaan persekutuan di Kuala Lumpur.

26.Mereka semua dilatih di sebuah kem khas di Pulau Corregidor, Filiphina dan Marcos menyangka para anak bangsa Melayu Moro ini akan gelap mata dengan kisah-kisah dogeng bahawa kegemilangan kesultanan bangsa mereka akan berjaya ditegakkan di Sabah.

27.Siang malam para pemuda ini dilatih dan pemikiran mereka didoktrinkan dengan kebencian ke atas Malaysia serta kegemilangan bangsa Melayu Moro jika Sabah berjaya ditawan.

28.Sehinggalah pada satu malam…………

29.Segalanya terjadi dengan izin Allah, yang mengasihani kita semua dan mahu memelihara negara ini dari segala api kebencian kerana sudah tertulis, negara ini akan muncul untuk membantu banyak bangsa dan umat Islam yang teranianya dari Bosnia sampailah ke Rohingya, sudah tertulis bahawa tanah-tanah milik Melayu ini akan memberi perlindungan kepada mereka yang dizalimi (kisahnya saya akan tulis pada masa hadapan, Insya Allah).

30.Para pejuang ini menyedari bahawa ada sesuatu yang tidak kena apabila memikirkan tidak ada satu titis noda dosa pun yang ditimpakan oleh para saudara mereka di Sabah, khususnya Malaysia ke atas orang-orang Melayu Moro ini.

31.Mengapa perlu sebab mereka menentang dan membunuh saudara-saudara Islam dan sebangsa mereka di negara baru ini iaitu Malaysia.

32.Mereka kemudian nekad untuk balik ke kampung halaman masing-masing di Mindanao walaupun mendapat tentangan dari jurulatih dan komander Filiphina mereka.

33.Pasukan komando dan tentera Filiphina kemudian memburu mereka, dengan senjata terhunus, peluru-peluru tidak bermata ini menembusi tubuh-tubuh pejuang bangsa Moro tadi, gugurlah mereka syahid di tanahair sendiri.

34.Hujan turun lebat pada malam itu, membawa aliran darah yang tersimbah untuk mencuci bumi dan menghilangkan tangisan air mata dari para pejuang yang tidak putus-putus menyebut kalimah “La Ilah Ha Il Allah” di saat-saat menahan peri penderitaan dan kesakitan akibat tubuh dan nyawa yang sedang nazak untuk ditarik Malaikat Maut.

35.Akhirnya 299 pejuang yang berani itu gugur syahid dalam peristiwa hitam yang dikenali sebagai “Pembunuhan beramai-ramai Jabidah” yang berlaku pada tahun 1968.

36.Musuh-musuh dan para pembunuh ini fikir mereka mungkin mampu menyembunyikan dosa hitam mereka tetapi mereka tidak menyedari, seorang dari mangsa pembunuhan berama-ramai ini berjaya menyelamatkan diri dalam keadaan cedera parah untuk balik ke kampungnya.

37.Habis dipanggil seluruh kampung dan masyarakat serta orang-orang tua, para ustaz dan ulamak bangsa Melayu Moro berkenaan untuk mengetahui pembunuhan dan sembelihan beramai-ramai 299 pejuang mereka yang ditipu oleh tentera Marcos.

38.Akibat dari kejadian ini, masyarakat Islam dan Melayu Moro bangkit dengan sejata dan
pada zaman itu, Moro National Liberation Front (MNLF) ditubuhkan di lokasi yang dirahsiakan di Malaysia.

39.MNLF kemudian diganti dengan Moro National Liberation Front (MILF).

MALAYSIA STRIKES BACK

40.Tahun 1981, Tun Mahathir Mohamad mula berkuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia menggantikan Allahyarham Tun Hussein yang meletak jawatan.

41.Tun tahu bahawa para pejuang Moro ini sudah lama meminta bantuan Malaysia dan Tun tahu, Tun Abdul Razak (ayah Najib) sudah menjalinkan hubungan yang istimewa dengan para pejuang Moro ini.

42.Tidak ada tempat lain untuk para pejuang yang teranianya ini untuk mengadu nasib dan meminta perlindungan, latihan serta senjata kecuali kepada saudara-saudara mereka yang berada dalam Malaysia ini.

43.Bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan Malaysia terus diberi tetapi harus dirahsiakan kerana ini akan menjejaskan hubungan diplomatik di antara Kuala Lumpur dengan Manila malah jika ia bocor, ia akan memberikan imej yang kurang menyenangkan mengenai negara ini di mata dunia.

44.Rakyat tidak ramai yang mengetahui kisah ini dan saya seringkali merasa sedih kerana ramai rakyat mudah memperlekehkan pemimpin sendiri, negara sendiri dan angkatan tentera kita.

45.Di bawah Mahathir, hubungan kerajaan Malaysia diteruskan untuk membantu para pejuang Moro dan pada malam dingin, bot-bot laju milik komando Malaysia bergerak membelah ombak dan mengharungi pekat malam dengan berpandukan bintang di langit untuk menghantar bekalan senjata dan peluru kepada saudara-saudara mereka di Mindanao dan pulau-pulau di sekitarnya.

46.Para pejuang dan para komander mereka di bawa balik ke Semenanjung Malaysia untuk dilatih di kem-kem rahsia milik tentera dengan taktik peperangan gerila yang baru sahaja membantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menundukkan ancaman pengganas komunis.

47.Ya saudara-saudara, Amerika Syarikat (AS), Peranchis dan banyak lagi negara tersungkur di bawah kaki komunis, tetapi Malaysia, kita menjadi satu-satunya negara yang berjaya menewaskan para petualang tanahair ini.

48.Anak isteri tidak tahu ke mana suami-suami mereka bermalam, ayah dan ibu tidak tahu ke mana anak-anak mereka ini bermain sebagai anggota tentera.

49.Para komando ini tahu, jika tertangkap, mayat mereka akan berkubur di laut atau ditanam di tanah bumi asing tanpa sebarang kibaran bendera, tanpa sebarang tanda kecuali tangisan isteri dan anak-anak yang bakal kehilangan suami serta bapa-bapa mereka dengan alasan yang mampu diterima akal.

50.Amanah negara harus dipegang….saudara Islam yang teranianya harus dibantu.

51.Tun juga tahu dari maklumat yang disampaikan oleh para pejuang Islam Melayu Moro ini, bahawa Filiphina masih mahu menuntut Sabah dan mempunyai bukti serta dokumen-dokumen yang kukuh untuk mendapatkan Sabah hasil dokumentasi yang diperolehi apabila kesultanan Sulu berjanji dengan Syarikat Hindia Timur dulu.

OPERASI SABAH SELAMANYA

52.Tun Mahathir kemudian memanggil komander-komander komando ini untuk memberikan amanat penting demi untuk menyelamat negara dari terjebak ke dalam satu kancah yang akan memberikan impak besar kepada penubuhan Malaysia.

51.Perdana Menteri itu sudah mendapat tahu dokumen mengenai Sabah dari Kesultanan Sulu wujud dan ia perlu diambil, apa sekali pun, operasi itu dikenali sebagai OPERASI SABAH SELAMANYA

52.Operatif-operatif dan agen rahsia Malaysia sudah pun berada di Manila untuk mencari dokumen tersebut dan melalui tawaran rasuah ratusan ribu dollar AS, dokumen tersebut yang tersimpan rapi dalam Istana Presiden iaitu Istana Malacanang, Manila berjaya di bawa keluar oleh para pengkhianat Filiphina.

53.Sekarang Tun Mahathir mengarahkan komando-komando ini untuk berjumpa dengan kontek dan membawa keluar dokumen tersebut dengan selamat.

54.Maka pasukan komando menghantar 7 orang anggota terbaik pada zaman itu ke Manila untuk membuat hubungan dan menyelamatkan dokumen tersebut, mereka semua sudah berlatih dalam model istana tiruan Malacanang yang dibina khas untuk tujuan penetrasi di Pahang.

55.Kehadiran komando ini dibuat melalui jalan laut dengan bantuan para pejuang Moro kerana kedatangan secara rasmi sebagai pelawat akan mendedahkan komplot tersebut.

56.Dokumen bertukar tangan tetapi tanpa disedari, malangnya, pasukan khas Filiphina sebenarnya sudah mula menghidu rancangan rahsia ini.

57.Para komando Malaysia itu terperangkap.

58.Tujuh lelaki Melayu yang gagah berani terpaksa lawan puluhan mungkin ratusan komando dan para pengawal Istana Presiden.

59.Peluru berganti…tembakan bertalu-talu dilepaskan…jerit pekik dan kekalutan berlaku,
trafik dari saluran keselamatan tentera Filiphina tiba-tiba menjadi kelam-kabut dan penuh aktiviti.

60.Pihak perisikan ATM yang memantau saluran radio tentera Filiphina mula berasa tidak kena, jantung mereka berdengup kencang kerana nasib negara bergantung kepada tujuh lelaki Melayu tadi.

61.Segala-galanya menjadi sengal, tiba-tiba keadaan yang pada mulanya berpihak kepada negara kita kini hampir berpusing 360 darjah apabila para komando Malaysia yang gagah berani ini terkepung.

62.Masa hadapan negara kita benar-benar “TERGANTUNG” dalam keadaan yang sangat bahaya dan kritikal jika para komando ini tertangkap.

63.Bekalan peluru yang sangat sedikit tidak memungkinkan para komando Melayu ini membuat perhitungan yang lebih jauh.

64.Dengan segenap tenaga yang ada dan dengan izin Allah juga, para komando kita berjaya menyelamat diri dan seterusnya membawa pulang dokumen yang sangat-sangat penting untuk kestabilan Malaysia.

65.Sebelas orang yang terdiri dari pengawal Istana Presiden dan komando Filiphina terkorban dalam insiden yang berlaku sekitar tahun 1980an itu.

SENGKETA YANG LAMA AKHIRNYA PUDAR

66.Kejayaan ini Malaysia menyelamatkan dirinya dari malu besar disambut secara kecil-kecilan dikalangan orang-orang kepercayaan pihak tentera dan Perdana Menteri.

67.Filiphina berterusan menuntut Sabah sehingga ke hari ini tetapi ibarat ayam berkokok,
kokoknya dipandang sinis, sehingga sekarang negara itu tetap menjalankan perang sarafnya tetapi ini episod lain yang akan saya cerita kemudian hari.

68.Ferdinand Marcos kemudian diguling rakyat selepas beliau terlibat dalam pembunuhan seorang ahli politik Filiphina iaitu Benigno Aquino dan beliau serta isterinya melarikan diri ke AS.

69.Presiden yang kejam itu akhirnya mati dalam buangan pada 28 September 1989 di Hawai, AS.

70.Segalanya hampir selesai, kini masalah Sabah sudah diselesaikan dan Filiphina pula terus dihantui oleh serangan siang malam para pejuang Islam Moro Filiphina.

71.Kerajaan Melayu Islam di Kuala Lumpur pula tidak pernah melupakan penderitaan saudara-saudara mereka di Mindanao, usaha damai dirintis malahan, kerajaan Malaysia tidak lokek untuk menghantar askar-askar ke Selatan Filiphina untuk memastikan kedamaian wujud, walaupun penghantaran ini tidak mendapat tajaan dari PBB.

72.Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak pula, beberapa kali mengarahkan Zahid Hamidi untuk bertemu dengan para pejuang dan juga kerajaan Filiphina untuk mengukir damai.

73.Sudah terlalu lama, umat Islam Moro ini menderita api peperangan dan penderitaan, beratus tahun mereka berjuang menentang penjajahan Sepanyol, kemudian AS dan pada sejarah moden, terpaksa menentang kerajaan sendiri yang menzalimi mereka dengan penganiayaan dan pembunuhan beramai-ramai.

74.Akhirnya, melalui usaha kerajaan dan para pemimpin Melayu Malaysia, kedua-dua pihak yang sudah bertelagah lebih dari 30 tahun itu akhirnya duduk semeja menandatangani rangka perjanjian yang akan membawa pemerintahan berautonomi di Selatan Filiphina.

75.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Presiden Filiphina Benigno Aquino III melihat perjanjian bersejarah itu termeterai pada 15 Okt 2012 di Manila.

76.Benigno Aquino III pula adalah anak kepada ahli politik yang telah dibunuh oleh Marcos yang saya ceritakan pada para ke 66 tadi.

77.Najib tersenyum kesyukuran kerana bantuan yang mulakan oleh ayahnya dengan membenarkan para pejuang Moro membentuk MNLF di bumi Malaysia akhirnya terhasil.

78.Wilayah autonomi itu akan dikenali sebagai tanah BANGSAMORO.

79.Akhirnya ayat ini, mailah kita sedekahkan Al Fatihah kepada 299 pejuang Islam Moro yang syahid itu tadi serta kepada tujuh komando kita itu.

Sumber militaryofmalaysia.net

Sunday, February 24, 2013

Institut Jantung Negara. Pusat Pakar Jantung Terkenal Seluruh Dunia.

Bila sebut penyakit jantung saja, semua akan cadangkan Institut Jantung Negara sebagai rujukan.

Bukan sahaja dalam Malaysia, bahkan Brunei, Thailand, Singapura serta benua Asia Tenggara akan merujuk kepada IJN Malaysia.

Kemudahan yang lengkap dan para doktor pakar yang berpengalaman menjadikan IJN semakin popular bagi menyelesaikan masalah jantung.

Nilai yang dibayar bagi kos rawatan di IJN sangat berbaloi dengan perkhidmatan yang disediakan. Bagi penjawat awam pula, rawatan yang disediakan adalah percuma. Hanya perlu bayar kos penginapan sahaja.

Inilah bukti keprihatinan kerajaan kepada penjawat awam.

Kenangan indah ketika HB1M masih dirasai....

Ketika ini Parang Pedang sedang dalam keretapi untuk ke Ibu Negara atas urusan keluarga. Kepenatan masih dirasai selepas berlangsungnya program semalam. Himpunan Barisan 1Malaysia cukup me,berikan makna kerana ia berlangsung di Negeri Perak.

Pengalaman dan kenangan ini akan dikongsikan bersama keluarga yang sudah sedia menunggu disana. Disaat kita masih sangsi akan jumlah majoriti rakyat yang menyokong kerajaan Barisan Nasional. Detik semalam telah memberikan sega jawapan yang dinantikan. Sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan BN terutamanya di Perak.


Selingan daripada kisah kenangan semalam di HB1M, saya ingin mempromosikan perkhidmatan keretapi Tanah Melayu. Rasanya dari segi keselamatan kenderaan awam, perkhidmatan keretapi mempunyai lebih banyak kredit. Dengan suasana yang selesa dan perjalanan tepat pada masanya, lokasi yang dituju mampu tiba mengikut perancangan.

Suasana antik distesen keretapi ni mampu menggamit kenangan silam kita sama ada zaman kanak-kanak mahupun zaman remaja. Jika anda ingin ke Ipoh, Perak.... Jemputlah menggunakan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad.

Besornya bijik... Kalah batang....

Hampeh... Tengah sedap hisap... Tiba-tiba berdesup bijik tepat kedalam kerongkong. Nasib baik tak tercekik.

Apa pasal mamak masukkan bijik limau dalam air sirap limau ni? Tau la nak cantikkan gelas ni. Tapi agak-agak la bijik limau sikit punya besar.. Tersangkut kat batang penyedut minuman. Sedut punya sedut, berdesup macam peluru ke dalam tekak aku....

Blogger Taiping Mali jangan marah arrr...

Tadi masa HB1M.... Ada budak Taiping kategori aweks la datang kat ruang tanda tangan. Aku bagi la pen marker kat dia. Sekali lepas dia tandatangan, dia tulis satu ayat sempoi punya... Tengok bawah ni... Tapi Taiping Mali jangan marah sama saya, apa yang ditulisnya adalah spontan..... Tanpa dirancang...

Wajah ceria Dato Seri Dr. Zambry di HB1M...

Begitulah gembiranya seorang pemimpin bila bertemu rakyatnya yang setia berjuang bersama. Biar apa pun yang orang kata terhadap beliau dengan kata nista serta cerca cela, MB Perak terus tersenuum dan tak jemu melayan rakyat Perak.