Tinggal beberapa detik lagi kita akan mula menghampiri saat pilihanraya. Pelbagai langkah telah diambil bagi berhadapan dengan saat penting ini.
Apa yang penting sekarang ialah kerjasama sesama kita, bukan menjatuhkan antara satu sama lain. Kita tahu permainan politik ini bukanlah satu permainan kanak-kanak kerana ia menentukan masa depan kita. Satu penggal pemerintahan mampu membawa pelbagai peristiwa sama ada untung mahupun rugi.
Sebagai rakyat, isu semasa yang dibawa selama satu penggal pentadbiran mana-mana parti menjadi ukuran tepat menentukan siapa yang layak memerintah bagi penggal berikutnya.
Media adalah aset utama bagi rakyat menentukan siapa pemimpin yang layak. Sama ada media cetak, media elektronik mahupun media siber. Pengalaman yang dilalui rakyat juga menjadi titik tolak pada siapa yang patut diundi bagi penggal akan datang.
Sikap mahu mencuba pentadbiran baru biasanya berakhir dengan ketidakstabilan pentadbiran dalam negeri. Apa yang terbaik untuk dilakukan ialah kekal bersama dengan pentadbiran yang ada.
Buat para pengundi, Parang Pedang ucapkan selamat mengundi. Pilihlah dengan bijak.
No comments:
Post a Comment