Pagi tu orang ramai telah berkumpul di dewan utama untuk mendengar ceramah Perhimpunan Agung UMNO kali ke 12... Aku cuma mendengarnya dari jauh menerusi skirn besar diluar dewan.
Sedang asyik dengan ceramah, tiba-tiba aku mendapat panggilan telefon dari teman wanitaku yang kebetulan berada disana, cuma bezanya dia mengikuti rombongannya dari kawasan lain. Katanya ingin mengajak aku ke suatu tempat tidak jauh dari skrin besar berkenaan. Lima minit kemudian, aku ternampak kelibat teman wanita aku dari jauh. Baju yang dipakainya fuhhh... Memang mengancam..
Belum sempat aku bertanya nak kemana, dia terus menarik tanganku pergi jauh dari tempat tersebut. Aku pun hairan, kemana dia ingin membawaku? Kami menaiki tangga menuju ke tingkat atas bangunan PWTC. gelojoh sangat dia ni.. Ke mana nak dibawanya aku? Soalan tu terbit dari fikiranku sejak tadi...
Tiba disuatu sudut yang tak ramai orang, dia menyuruh aku tunggu sebab ada perkara yang dia memerlukan aku... Jadi aku cuma membalas.. Ok...
Perlahan-lahan kain diselaknya ... Sambil tu dia bertanya.. Cantik tak?
Aku cuma memandang dan berfikir sejenak... Kemudian aku berkata.. Cantik...
Selepas puas diselak kain sehelai demi sehelai.... Akhirnya dia mengambil keputusan untuk membeli kain yang disukainya...
Itulah cerita aku dan teman wanitaku yang membeli belah di bazar kain kurung PWTC sempena Perhimpunan Agung UMNO kali ke 12 ... Katanya nak buat baju kurung moden sempena raya nanti...
No comments:
Post a Comment