Tuesday, August 31, 2010

PROGRAM PENGAGIHAN BUBUR LAMBUK DAN BUAH KURMA

Pada jam sekitar 3 petang, satu program pengagihan bubur lambur dan buah kurma telah diadakan di bazar Ramadhan medan gopeng anjuran Belia 4B dibawah tajaan Dato Hamidah Osman.

Majlis yang diadakan mendapat respon positif daripada orang ramai ketika hadir untuk membeli juadah berbuka puasa. Turut sama diagihkan adalah bendera kebangsaan malaysia sempena menyambut bulan kemerdekaan pada hari ini , 31 ogos 2010.

Dato' Hamidah Osman merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri bagi DUN Sg Rapat yang mengalahkan calon lawan dari parti PAS pada Pilihanraya penggal lalu. majlis ini diadakan bagi tujuan merapatkan hubungan antara beliau dan rakyat tempatan.

Sebelum ini juga beliau telah melakukan beberapa aktiviti kemasyarakatan tanpa mengira suku kaum mahupun pegangan agama. Diharapkan agar akan ada lebih banyak lagi program kemasyarakatan demi menjaga kebajikan rakyat.

Monday, August 30, 2010

Menghayati 31 Ogos dizaman penuh cabaran

Pada malam ini tanggal 31 Ogos 2010 akan menjadi tarikh keramat kepada kita semua dalam menyambut ulang tahun kemerdekaan ke 53. Dalam menempuhi usia kemerdekaan sebegini, pelbagai cabaran telah kita tempuhi demi memastikan negara kita sentiasa aman dan tenteram. Setiap tahun orang tua parang pedang akan menceritakan zaman ketika darurat dimana segala kemudahan tidak dapat dinikmati seperti sekarang. Orang-orang pada masa darurat saling membantu dan bersatu tanpa mengira pegangan, hanya berjuang semata-mata untuk agama dan bangsa sahaja. Pada waktu itu juga, sesiapa yang memihak kepada bangsa penjajah dianggap pengkhianat. Bertapa teguhnya penyatuan umat Melayu khususnya pada ketika itu, malah mereka sanggup memberikan sebahagian hak mereka untuk memujuk bangsa lain bagi menyertai perjuangan suci dalam membebaskan tanah air. Jika dilihat dari segi luaran, kelihatannya agak mudah dalam menyerahkan sebahagian hak keistimewaan ini. Akan tetapi tidak semua bangsa yang sanggup melakukan perkara sedemikian, ini kerana ibarat kita menyerahkan separuh dari maruah kita demi mendapatkan hak kemerdekaan.

Dari kisah yang disampaikan oleh orang tua parang pedang, rasa insaf menyelinap didalam jiwa apabila melihat kealpaan anak bangsa yang kini mampu memiliki kesemua nikmat yang ada pada zaman ini. Sedang pada hati mereka tidak sedikit pun merasa susah payah yang dihadapi oleh pejuang dahulu kala dalam menuntut kebebasan dalam tanah air sendiri. Malah dari sudut politik, sudah tiada rasa malu untuk menafikan hak bangsa sendiri. Pernah suatu ketika disaat parang pedang berdialog tentang isu kenegaraan dan kebangsaan, seorang yang berhaluan kiri menafikan dirinya sebagai bangsa Melayu hanya kerana mengetahui bahawa parang pedang berpegang pada ideologi kebangsaan. Rasa sebak menyelubungi diri kerana parang pedang sendiri terpaksa menghadapi manusia sebegini. Bukan itu saja, Parang Pedang sendiri pernah dipulau oleh rakan baik semasa disekolah hanya kerana berpegang teguh pada ideologi kebangsaan ini. Namun begitu parang pedang terharu kerana masih ada insan yang memahami erti perjuangan suci yang parang pedang lakukan, hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa mereka yang sentiasa menyokong parang pedang.

Kini parang pedang mula mengorak langkah dalam meneruskan perjuangan menentang anasir luar dan dalam melalui alam cyber. Perbezaan bloggers dengan pejuang luar adalah cara menghadapi musuh, dialam nyata kita dapat melihat siapa musuh kita dan mengenalpasti siapa dalangnya sedangkan dalam dunia cyber musuh tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan corang serangannya ibarat permainan catur. Ada juga yang menjadi gunting dalam lipatan ketika menjadi penulis blog. Alhamdulillah berkat bantuan beberapa bloggers senior, parang pedang mula mengatur beberapa strategi untuk menghadapi lawan. Kini apa yang akan parang pedang lakukan adalah terus mencantas pihak lawan tanpa henti selagi nyawa masih ada.

Harapan parang pedang adalah memastikan tanah air ini sentiasa aman dan tenteram selalu insyaallah. Semoga kita semua bersatu semula seperti mana waktu-waktu dahulu. Dalam kesempatan ini, parang pedang ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan dan Salam Aidilfitri, maaf zahir batin.

Wassalam......


*Terima kasih kepada YB Dato' Razali Bin Hj. Ibrahim (Naib ketua pemuda UMNO Malaysia merangkap Timbalan Menteri belia dan Sukan) sekeluarga, juga kepada saudara Shahnor bin Hj. Shamsudin (pegawai Media Kementerian Belia dan Sukan)sekeluarga atas pemberian kad Raya.

Sunday, August 8, 2010

LEFTENAN AL AMIN DITEMUI SELAMAT


Alhamdulillah, berkat doa sahabat semua dan usaha orang ramai termasuk badan uniform. pagi semalam saudara Al-Amin Bin Rohizat ditemui selamat di Gua musang jam 8.30 pagi 7 August 2010 selepas tersesat ketika melakukan jungle tracking di Gunung Brinchang Cameron Highlands. Beliau yang meletakkan kenderaan beliau di kaki gunung Brinchang berhampiran dengan kawasan Tea plantation berjalan menuju ke puncak gunung dan didapati hilang setelah dia dilaporkan tidak hadir ke kem TLDM pada hari berikutnya. Beliau kini ditempatkan di Hospital Cameron Highlands untuk rawatan setelah 6 hari berjalan kaki dari Gunung Brinchang ke Gua Musang kelantan. Keadaannya yang stabil tetapi masih trauma ditemui di Masjid Kampung Sungai Teres. Orang ramai dinasihatkan agar tidak datang menemuramah beliau memandangkan keadaannya yang kurang sihat.

Friday, August 6, 2010

Solat hajat dan bacaan Yassin buat saudara Al-Amin Bin Rohizat.

Assalamualaikum warrahmatullah. Saya selaku kawan dan sahabat kepada saudara Al-Amin Bin Rohizat (Leftenan) yang tersesat di Hutan gunung Brincang berharap agar semua pihak mendoakan keselamatan beliau. Mohon saudara Bloggers seangkatan dalam satu perjuangan serta Blogger dari pihak pembangkang agar mengenepikan fahaman politik masing-masing justeru memberikan doa serta simpati agar saudara kita ini selamat dan kembali ke pangkuan keluarganya. Mohon saudara semua melakukan solat hajat dan bacaan yassin untuk Al-amin Bin Rohizat. Semoga Allah membantu beliau dan melindungi dirinya. Jasa saudara semua amat saya hargai.

Thursday, August 5, 2010

Bloggers Penyokong UMNO Ikhlas Berjuang

Beberapa hari lalu, UMNORS melawat page sahabat yang seangkatan dalam perjuangan membela agama dan bangsa. Terdengar keluhan sahabat yang mengatakan perjuangan bloggers yang berpihak pada UMNO tidak mendapat sebarang bantuan kewangan atau kemudahan dari pihak parti. Memang sedih bila mendengar keluhan beliau, tapi apakan daya kerana kita semua berjuang di alam maya yang tidak kelihatan jelas bukti perjuangannya di mata mereka yang berkuasa. UMNORS sendiri mahu menrintih dengan keluhan sayu apabila komputer yang selama ini digunakan untuk memerangi musuh negara dan bangsa kini dalam buruan untuk dirampas dari pemiliknya yang berhak. Bukan kerana apa, cuma terdapat sedikit tunggakan yang tidak dapat dijelaskan kerana masalah kewangan.

UMNORS bukan nak mintak sebarang bantuan, tapi sekadar cukuplah para pemimpin parti mendengar keluhan. Rasanya dah tak sanggup lagi UMNORS nak teruskan perjuangan dalam keadaan serba kekurangan. Mungkin inilah antara sebabnya mengapa satu demi satu ahli pejuang Bloggers Pembela Negara terkorban. bukan kerana tekanan, tetapi kerana peluru telah kehabisan.

UMNORS sedar siapa diri ini dimata para pemimpin parti, begitu juga dengan pejuang seangkatan. Kami hanya pejuang ilusi, yang tak kenal dunia realiti. Tapi kami cukup matang dalam dunia cyber. Disinilah bertempurnya kami membela anak bangsa dari terus dijajah mindanya. Buat para pemimpin yang kami segani, disebalik tuan-tuan semua berjuang di gelanggang nyata, kamilah perisai yang tidak kelihatan...

Akhir kata buat para pejuang Bloggers yang memihak kepada kerajan UMNO, apa yang UMNORS harapkan ialah teruskan perjuangan. Kenangilah sejarah Leftenan Adnan yang bermatian berjuang hingga kehabisan peluru. Bahkan taat setianya takkan putus walau jasad beliau diseksa terus menerus.

Kitalah bloggers pejuang sejati...berjuang terus diatas kaki sendiri. Tak mengharap ihsan dan simpati.