Saturday, January 19, 2013

Baru pegang Pulau Pinang, dah berani edar Risalah Kristian.

Apa dah jadi? Baru pegang Pulau Pinang, belum seluruh Malaysia. Dah mula berani biarkan risalah kristian disebar kepada seluruh kanak-kanak dan remaja. Apa pula jadi bila seluruh Malaysia dibawah pakatan pembangkang? Rasanya kristian boleh jadi agama rasmi kot pada pendapat mereka.

Hati hatilah sebab ini isu sensitif, bukan isu main-main. Bab agama ni pegangan hidup kita, penentu syurga dan neraka. Bila dah jadi macam ni, siapa nak jawab? Sebab tu la isu kalimah Allah jangan dibuat main. Kita kena ingat... Allah ada 3000 nama sebahagiannya untuk sebutan para malaikat, sebahagian lagi untuk nasrani dan bani israel manakala 99 pula untuk umat islam.

Tapi hairan, kenapa orang kristian taknak guna nama yang dah diberikan melalui kitab mereka? Kenapa nak guna nama Allah yang dikhaskan dalam kitab Al-quran? Allah atau al-ilah merupakan nama khusus bagi kegunaan umat Islam saja.

Jangan ikut negara Indonesia, atau negara lain. Lain negara lain caranya sebab kita dicipta Allah dengan pelbagaibangsa dan bahasa. Allah merupakan sebutan oleh bangsa melayu Malaysia yang bermaksud tuhan bagi umat Islam. Tidak bagi sebutan oleh agama lain.

Apa yang Parang Pedang tahu, kaum Nasara dahulu ketika zaman Baginda Isa Alaihissalam memang mengesakan Allah tanpa melibatkan unsur lain. Maka mereka memang mentauhidkan Allah sebagai tuhan yang satu. Akan tetapi perubahan pada kitab injil oleh para paderi telah membentuk konsep tiga ketuhanan iaitu Tuhan, anak tuhan dan roh suci.... Sangat jauh dari konsep satu tuhan saja iaitu Allah yang satu.

Apa yang Parang Pedang nak beritahu ialah Nama Allah hanya layak diguna pakai bagi agama tauhid yang meletakkan Allah itu hanya satu. Tidak ada dua atau tiga. Semoga kes penyebaran agama kristian atau apa apa agama selain agama Allah dikalangan remaja ....

Ya Allah, jangan Engkau biarkan Islam ini tenggelam disebabkan oleh kelemahan hambaMu, Amin Ya Allah.

Friday, January 18, 2013

Semangat tahi ayam PAS.

Nampak gayanya banyak benda yang pembangkang dah mula tunduk akur kepada kerajaan Barisan Nasional. Apa yang diorang menyalak selama ni cuma bagi tujuan mengaburi mata rakyat dengan isu isu yang remeh temeh saja.

Kita ambik kali ni kisah minyak petrol yang pernah disalakkan oleh pembangkang bahawa kononnya mereka mampu turunkan harga minyak bila memerintah negara. Tapi tu semua sekadar cakap kosong saja , bila disuruh laksanakan memang senyap terus sebab mereka tahu mereka tak mampu buat. Parang Pedang bukan saja bangkitkan isu ni sebab sebelum ni pembangkang semangat sangat bangkitkan isu minyak petrol. Tapi bila datang isu lain, terus isumemperjuangkan harga minyak petrol tu senyap. Macam musim durian pulak gayanya. Macam ni boleh ke jadi pemimpin kalau cakap tu macam taik ayam?

Tarikh DUN dan Parlimen Bubar...

Tarikh-tarikh Dun akan terbubar secara automatik

21 Mac : Johor
26 Mac : N.sembilan
7 April : Pahang
22 April : Selangor
24 April : Perak
26 April : Melaka
28 April : Perlis & Kelantan
29 April : Sabah
2 Mei : Penang & Kedah
5 Mei : Terengganu

28 April Parlimen Malaysia Automatik terbubar.

PARLIMEN akan dibubarkan pada 17 Februari 2013


Maklumat diatas dipetik dari : Afiq Kltown




Dun par

Baginda Rasul menyatu padukan sesama saudara Muslim, Anwar menyatukan PAS dan DAP.


Masih ingat suatu masa dulu semasa Anwar Ibrahim masih dalam ABIM dan UMNO, parti Pas berjuang bersendirian tanpa sekutu. Hanya bertemankan Semangat 46 sahaja. 

Tapi tak sangka pula selepas Anwar menubuhkan PKR, DAP mula dipersaudarakan dengan PAS. Sangat bertentangan dengan apa yang pernah dilakukan oleh baginda Rasulullah S.A.W. Pada satu ketika dahulu.

Adakah PAS sudah lupa pada ajaran Rasulullah? Bersatu sesama Islam dan berwaspada terhadap kafir? Sayang sekali, kerana bertuhankan parti maka mereka sanggup mengenepikan semua tu.

Adakah Amanat Haji Hadi telah merebak menjadi pegangan bagi menggantikan sunah Rasul? Sepatutnya kita sedar bahawa Rasul pernah bersabda bahawa kita tidak akan sesat selagi kita berpegang teguh kepada dua perkara iaitu Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.AW. selamanya. Kita tak membenci orang kafir kerana mereka juga manusia, tapi kita perlu berwaspada dan bertegas dengan mereka.

Fikirkanlah demi masa depan Islam yang kita cinta.

100.00 sangat disyukuri... alhamdulillah.

Seronok bila melihat anak-anak murid di tempat Parang Pedang berkerja mendapat Bantuan Pelajar 1Malaysia. Dari riak wajah mereka yang membeli buku kerja dengan wang bantuan yang diterima , jelas terpancar rasa kesyukuran diwajah mereka sama ada pelajar mahupun ibu bapa mereka. Beberapa buah buku yang tertangguh beli kerana kekurangan wang kini dapat dimiliki dan memudahkan urusan pembelajaran pelajar terbabit.

Parang Pedang berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional kerana mewujudkan bantuan sebegini. Kepada puak pembangkang, taknak ucap terima kasih ke? Jangan kata itu wang rakyat sampai nak ucap terima kasih pun susah. Nak tau ke mana duit anda? Ia sudah ke kembali kepada anak anda dan rakyat yang memerlukannya. 

Proses peralihan minda remaja kepada belia bermula dari KBS



Remaja merupakan satu saat kritikal bagi seseorang itu mengenali dunia kehidupan. Tanpa bimbingan yang kukuh, kemungkinan besar remaja berkenaan akan mengalami kejutan budaya dan pelbagai masalah sosial yang merosakkan.

Kementerian Belia Dan Sukan merupakan satu platform bagi remaja untuk mendalami dunia belia menerusi pelbagai aktiviti kelab. Didalam Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, pelbagai kelab bernaung dibawahnya bagi membentuk sebuah komuniti yang bersatu dengan pelbagai skop aktiviti.

Tanpa mengira fahaman politik, agama dan bangsa, KBS terus menerajui minda pemikiran para remaja dan belia agar sentiasa positif . Banyak kemudahan dan manfaat yang disediakan oleh KBS dalam memastikan para remaja dan belia terutamanya untuk terus membina jatidiri. 

Jelas disini jasa Kementerian Belia dan Sukan bukan sekadar diatas nama sahaja. Ia sememangnya menjadi payung bagi remaja dalam menuju dunia yang lebih mencabar.

Adakah dikira seorang pejuang jika berjaya mencipta sejarah gelap?


Pelik bin ajaib bila lihat anak muda ni melompat terkinja kinja memuji shamsidar di Perhimpunan Shamsu baru baru ni. Konon-kononnya nak jadi wira dalam lipatan sejarah negara.

Sayang bila melihat kebodohan mereka dalam cubaan merosakkan imej negara kita. Susah payah insan terdahulu berjuang terus dilupakan dek taksub kepada Anwar Berahi. 

Sepatutnya usia mereka ni digunakan untuk aktiviti kemasyarakatan, bukan aktiviti kemaksiatan. Tindakan mereka seolah-olah menelanjangkan bangsa sendiri.

Sampai bilakah mereka akan sedar dan berubah menjadi pembangun Malaysia? Masih menjadi teka teki selagi syaitan bernama Nuar Juburi masih bernafas......

Thursday, January 17, 2013

Rahsia Al Quran kekal tidak berubah walau ketiadaan baginda rasul sejak beribu tahun.



Al Quran memang satu mukjizat. Allah telah berjanji memelihara Al Quran hingga hari kiamat kerana Allah lebih menyayangi umat Muhammad melebihi bani Israel.

Ditambah pula dengan jiwa kental umat Islam yang sanggup bermatian mempertahankan Islam sekalipun dia seorang yang fasik. Tidak seperti umat lain yang lebih suka menggubah isi kandung Kitab injil ( perjanjian baru) dan Taurat ( perjanjian lama).

Kesungguhan ulama Islam yang bersungguh menghafal serta mengamalkan isi kandungannya menjadikan kitab Al Quran dianugerahkan Allah suatu mukjizat yang bermanfaat bagi orang yang beriman.

Adakah komunis yang menjadi penyokong Anwar Ibrahim tinggal di Narathiwat? 



Siapa yang menyokong Anwar Ibrahim tu? Adakah dia benar-benar komunis atau sekadar mempunyai ideologi komunisma? Kita semua tahu komunis sudah tak wujud di Malaysia. Tapi bukan bermakna diluar Malaysia tu komunis tak ada. Mereka wujud tapi bukan dengan berpakaian ala tentera. Cuma memakai kain pelikat dan berbaju pagoda sahaja. 

Siapa lagi kalau bukan Abdullah C.D bersama isterinya Suriani. Mereka memang komunis tetapi tak kenal dengan Anwar Ibrahim. Pada mereka, hanya tinggal kenangan saja semua tu. Tiada lagi senapang, tiada lagi markas dan rakan pasukan mereka. 

Namun begitu Parang Pedang yakin bahawa pasangan suami isteri bekas komunis ini kenal dengan Anwar... Kenapa? Sebab mungkin ideologi Anwar menghalalkan cara komunis iaitu keganasan demi mencapai hajat. Parang Pedang tak ambil tahu semua tu kerana pembaca sahaja yang boleh menilainya.

Baca dibawah ni untuk kisah lanjut:.........


PENGGANAS KOMUNIS PUN PERCAYA PADA CERITA ANWAR IBRAHIM
SUASANA REVOLUSI BARU -  A NEW REVOLUTIONARY SITUATION


Tan Sri C. C Too
Dalam ceritazam mengenai kegemparan kebulurun di Baling, anda akan mengetahui; bahawa pengganas komunis pun berani keluar dari hutan dan masuk ke sebuah kampung pendalaman di Baling untuk membantu penoreh getah kerana percayakan kepada cerita Anwar Ibrahim, pemimpin ABIM. Mereka bersenjata, membawa ubat-ubatan, kamera dan perakam suara. 

Baca seterusnya di.... http://zamkata.blogspot.com/2013/01/pengganas-komunis-pun-percaya-pada.html?m=1

Sudah sampai masanya semua sijil keluaran MLVK mendapat pengiktirafan dalam JPA

Rasanya isu ni dah lama, tapi tu la realiti yang terpaksa diharungi sepanjang hidup Parang Pedang kerana sijil MLVK tahap 1 hingga 4 tidak terdapat dalam daftar sistem SPA. Kalau ada dalam daftar SPA, memang insyaallah Parang Pedang dah lama menjawat sesuatu jawatan dalam kerajaan.

 Tapi sayang, itu semua hanyalah mimpi buat Parang Pedang sebab Sijil dan Diploma MLVK Parang Pedang masih tiada dalam daftar SPA. Alhamdulillah Parang Pedang masih bersyukur kerana mempunyai perkerjaan dengan gaji yang sederhana rendah. Cuma apa yang Parang Pedang nak sampaikan ialah agar taraf sijil Diploma yang Parang Pedang miliki akan diiktiraf oleh pihak SPA suatu hari nanti. Untuk Parang Pedang ? Tak mungkin kerana rasanya harapan tu dah tipis. Ini untuk adik-adik yang lebih muda dari Parang Pedang kelak. 

Semoga suara Parang Pedang tentang hal ni akan mendapat perhatian pihak berkenaan. Sekali lagi Parang Pedang katakan, ia bukan untuk empunya diri ni. Tapi untuk generasi akan datang.

Parang Pedang hanya Pemegang Diploma Kejuruteraan yang tak diiktiraf. Tapi dalam minda ini terselit berjuta idea inovatif dan kreatif yang mampu membangunkan teknologi Malaysia.

Apa salah KBS?


Kita sedia faham bahawa KBS atau nama penuhnya Kementerian Belia dan Sukan adalah sebuah badan yang menghubungkan semua belia dari pelbagai cabang bangsa dan bidang. Didalam KBS, kelompok belia dari pelbagai minat dan hobi dikumpulkan dibawah satu bumbung. 

Cubaan menjatuhkan nama baik KBS dari segi nama baiknya merupakan satu perbuatan khianat dan sukar dimaafkan kerana ia seolah-olah satu cubaan memecahbelahkan golongan belia setelah mereka disatukan dibawah KBS.

Parang Pedang harap pihak yang cuba menjatuhkan nama baik Kementerian Belia dan Sukan sedar fungsi badan ini Mempunyai sokongan padu para belia yang bernaung dibawahnya.

Lebih baik saja bergabung bersama dan menyertai mana-mana aktiviti berdaftar demi kebaikan diri serta negara.

Aloo apek... Itu lif lu tatak service ka?



Ingat lif hospital, ingat itu apek. Dulu projek lif tu, dia la punya projek yang merepairnya. Sambil tu mulut dok ceramah bantai kerajaan Malaysia. Tu kira baik la kerajaan sekarang ni tak pilih bulu untuk repair lif hospital tu. Minggu lepas, dia buat ceramah tibai BN. Dalam perut dah penuh wang dari sumber kerajaan BN. Apa cerita ni apek? 

Sekarang ni siapa yang servis lif hospital tu? Masihkah apek yang servisnya? Sambil tu buat road tour tibai BN kaw kaw... Tapi sori la, yang datang tu kebanyakannya mat rempit dan budak kecil yang nak beli air krim dikedai bersebelahan tempat apek berceramah. Penyokong yang datang tak sampai beratus pun, habis semua kena tipu dengan apek.

Lif tu macam mana apek servis? Bila stop je bergegar semacam. Servis lif dulu, lepas tu servis hati apek... Kasi bersih..

Tiga hari demam... Memang seksa nak tulis blog..

Ni la lumrah blogger.. Bila sihat, tak sedar diri.. Semua dia bantai... Saman dan report polis tu tolak tepi.. Siap ada yang kena ugut dalam mesej dan sms lagi tu.. Tapi peduli apa... Asalkan puas hati dapat tibai pembangkang. Yang pasti pembangkang panas bontot kena maki hamun..

Tak boleh dielak lagi penyakit ni bila melanda .... Tambah pula demam, terpaksalah berselubung dalam selimut tebal. Dalam hati dah nekad nak balun pembangkang.. Nasib baik tak jadi nazar... Kalau tak, memang pembangkang menangis kena maki. Ni Alhamdulillah, Parang Pedang dah sihat dan sedia untuk pancung pembangkang... Tunggu... I'm back!!!!

Sunday, January 13, 2013

Anwar mula mengeluarkan senjata simpanannya 


Keluarnya syamsidar dari kepompong ke dunia politik sudah dijangka sejak awal lagi. Ini adalah kerana permainan yang disusun oleh Anwar Ibrahim bagai buah catur yang tersimpan dicelah buah catur pawn milik Anwar. 

Kemungkinan besar, Anwar akan mengeluarkan buah caturnya yang lain menerusi detik pilihanraya yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia. Siapakah buah catu Anwar yang seterusnya? Kita tidak tahu isi pemikiran Anwar yang sangat licik. Apa yang pasti ialah sejauh mana persediaan kita bagi menghadapi senjata simpanan yang seterusnya.

Mampu ke Shamsidar sepopular Umi Hafilda?

Nampaknya Shamsidar nak buat kejutan dengan kebangkitannya dalam perhimpunan lalu. Tapi sejauh mana jarak popularitinya jika dibandingkan dengan populariti Umi Hafilda? Perhimpunan tersebut menjadi ukur jaraknya.

Ikuti artikel dari jawa bernam:

http://www.gprs-online.com/2013/01/apa-hebatnya-shamsidar.html?m=1


"Tindakan pihak pembangkang menganjurkan Perhimpunan Shamsidar yang bakal dibuat esok, tidak mengejutkan malah yakin tindakan mereka ini sekadar mahu memperbodohkan rakyat Malaysia kerana perhimpunan ini jelas tidak membawa apa-apa makna dan pengertian dalam pembangunan masyarakat sebaliknya perhimpunan ini sekadar perjuangan peribadi sesetengah pihak yang berkepentingan.

Ahli Parlimen Hulu Selangor, P.Kamalanathan berkata, beliau tidak terkejut dengan tindakan ini, sebaliknya mempersoalkan kehebatan dan istimewanya Shamsidar Taharin yang merupakan isteri kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali."

Wednesday, January 9, 2013

Berpuluh ribu hadir ke ceramah PAS kawasan Seri Kinta Ipoh.

Gila!!! Ingatkan sikit yang datang ke ceramah ni... Dianggarkan berpuluh ribu yang hadir ke ceramah si Nizar Meroyan terdiri daripada kucing kucing jalanan dan anjing anjing kurap.. Hehehehe... Parang Pedang tak kata 'orang'.... Kalau kira orang yang hadir cuma sekitar 300 orang sahaja.

Ni la masalahnya bila dah meroyan sangat sampai depan rumah kedai pun jadi tempat ceramah. Bukan saja menyusahkan orang ramai nak lalu lalang membeli keperluan rumah dan barangan dapur, malah menyusahkan perniagaan pemilik kedai...

Agaknya ni la matlamat PAS untuk memusnahkan perniagaan rakyat. Ni kes dengki ke kes meroyan?

Pas 1

Pas 2


Pas 3

Pas 4

Pas 5

Monday, January 7, 2013

SEKOLAH TARBIAH PAS HARAPAN NEGARA

jangan ingat sekolah bantuan kerajaan UMNO je harapan negara ... sekolah harapan PAS pun harapan negara juga. Tapi bukan negara Malaysia la , sebaliknya negara Amerika dan Israel.

Mengapa? Sebab sekolah ni la yang mengajar pelajarnya membenci kerajaan BN dan menggalakkan penggunaan Amanat Hadi demi parti mereka. Di Ipoh sendiri ada sebuah Sekolah agama swasta yang mentarbiyah muridnya menyokong PAS dan membenci UMNO. mungkin ada yang kenal sebab anak nizar meroyan pun belajar kat sini.

Kalau anda dah tahu nama sekolah ni, pastikan tidak menghantar anak anda untuk belajar agama disekolah ni. Slogan PAS for all yang dilaungkan sebenarnya adalah PAS for Israel....

Sunday, January 6, 2013

Kenapa hari ni baru nak jelaskan isu amanat hadi?

Berapa puluh tahun dah hady boy ni biarkan amanatnya terus berkumandang? Baru hari ni si hady boy nak jelaskan.. Apa ceritanya pak lebai hady boy? Berapa ribu orang yang ko dah sesatkan? Baru hari ni nak kata isu ni dah diselesaikan. Usah nak spin cerita la hady boy, semua orang dah tahu tembelang ko. Berapa ramai dah 'syahid' sebab amanat ko? Berapa ramai dah orang yang ko pos ke neraka?

Amanat ko dah jelas haram, hari ni nak jelaskan dalam tv pulak. Kenapa tak letak penjelasan tu dalam youtube? Aje bangsat kamu ni. Tak layak digelar ulama. Pemecah belah umat islam.

Mungkin sekarang kamu dah tarik balik kata kata amanat kamu.... Tapi apa jadi pulak dengan orang yang dah mati dengan membawa amanat kamu? Boleh ke kamu tanggung dosa diorang? Muda muda dah bangang, tua tua ni nyanyuk pulak yer...

Saturday, January 5, 2013

Dakwaan Bahawa Belia India Dipinggirkan Adalah Palsu Belaka.

Ni siapa la punya kerja ni buat cerita bahawa belia berbangsa India dipinggirkan oleh kerajaan. Kalau betul nak buat tuduhan ni, sertakan bukti sebab Parang Pedang lihat kerajaan tak pernah berat sebelah dengan mana mana kaum pun. Jangan buat tuduhan bidaah. Banyak program,kemudahan dan kebajikan yang kerajaan berikan kepada kaum India.

Agak-agak la kalau nak menuduh pun, ni isu sensitif. Jangan cucuh api perkauman. Parang Pedang memang panas kalau isu ni dibangkitkan.

Mana dantangnya isu ni? Pembaca boleh pergi ke page yang disertakan ni....

http://www.suaragenerasibaru.com/?p=52448

Oooo...... ni rupanya bisnes baru Nga dan Ngeh...

Bagus rupanya bisnes macam ni, tak perlu angkat berat, tak perlu perah otak tapi untungnya memang dasyat. Nak tau bisnes apa? Kita lihat dua orang ahli politik pembangkang yang sedang hot ni sememangnya dah ada bisnes mudah mendapatkan wang.

Bisnes apa lagi kalau bukan urusniaga saman menyaman orang. Bayangkan sekali saman, mencecah ratusan ribu hingga jutaan ringgit. Pakcik kayo!!!!!

Tak cukup dengan Blogger sekupang Dua yang pernah cuba disaman oleh si Nga, diikuti pula si Ngeh yang nak saman blogger pisau. Ajer gila bisnes diorang ni, memang hebat. Maklum la kaki putar alam ni memang tak peduli halal haram cara buat duit. Tu belum masuk bisnaes lain lagi tu yang kita tak tahu. Tapi persoalannya sekarang, adakah dua dua apek ni menjadi pelabur tegar dalam industri judi dan arak? Saja tanya, sebab heran bila masuk bab judi dan arak terus orang PAS diam tak bercakap.

Tu yang Parang Padang musykil tu bila orang PAS no komen kalau cakap bab judi dan arak. Rasa pelik jugak bila bab hudu Pas melenting bagai lembu naik minyak bila tak dilaksanakan hudud tapi diam bila masuk bab judi dan arak.

Balik semula kepada kisah bisnes Ngeh dan Nga, siapa yang taja mereka dalam urusan guaman dan kos perbicaraan? Semedang je nak main saman.... Kita perhatikan saja game yang sedang dimainkan oleh dua ekor mamat ni.

Parang Pedang nak jual batu cincin berasaskan kayu.

Kali ni kita cerita bab barangan mistik. Seperti yang pernah ditulis sebelun ni, Parang Pedang memiliki beberapa barangan hikmah yang diperolehi dari sahabat di Sabah. Bezanya Parang Pedang menukarkannya kepada bentuk batu cincin kerana Parang Pedang mahir mencanai teras kayu menjadi batu cincin.

Kepakaran ini diperolehi dari ilham bantuan Allah Taala. Sememangnya Parang Pedang tak tahu langsung cara mencanai kayu untuk membuat batu cinicn. alhamdulillah beberapa tahun lalu selepas tahun 2009, Parang Pedang memiliki kemahiran ini.

Bagi sesiapa yang berminat, untuk membeli cincin dan mendapatkan batu cincin, bolehlah berhubung dengan Parang Pedang menerusi komen dibawah ni. Harga boleh dirunding. Parang Pedang tak jual dengan harga terlalu mahal.....

Batu cincin buluh tumpat : baki sebutir

Batu cincin hujan panas : baki tiga butir

Batu cincin damar minyak: baki satu butir.

Harga setiap sebutir tak kurang dari seratus dan tak lebih dari tiga ratus.

Yang harga tinggi cuma batu cincin buluh tumpat sahaja.

(tak perlu taksub dengan kepercayaan pada makhluk Allah yang boleh menyimpangkan kita dari rahmat Allah. Apa yang dikurniakanNya mempunyai kelebihan tersendiri atas izin Allah sahaja.)

Buluh tumpat

Friday, January 4, 2013

Apa nak jadi dengan Nga Kor Meng?



Tak cukup dengan klon Nga Kor Meng yang suka meroyan, kini ditambah pula dengan kerenah dia sendiri yang mula nak menyaman blogger yang menentang dia.

Dengar cerita sekarang Nga nak membantai Blogger Sekupang Dua lagi.... Kenapa? Parang Pedang pun tak tahu kenapa... Apa kata pembaca melawat laman blog Sekupang Dua di http://sekupangduas.blogspot.com/ untuk kisah lanjut.

Yang pasti sepanjang malam sejak kebelakangan ni Nga Kor Meng selalu dapat mimpi buruk setiap kali tidur.