Rasanya isu ni dah lama, tapi tu la realiti yang terpaksa diharungi sepanjang hidup Parang Pedang kerana sijil MLVK tahap 1 hingga 4 tidak terdapat dalam daftar sistem SPA. Kalau ada dalam daftar SPA, memang insyaallah Parang Pedang dah lama menjawat sesuatu jawatan dalam kerajaan.
Tapi sayang, itu semua hanyalah mimpi buat Parang Pedang sebab Sijil dan Diploma MLVK Parang Pedang masih tiada dalam daftar SPA. Alhamdulillah Parang Pedang masih bersyukur kerana mempunyai perkerjaan dengan gaji yang sederhana rendah. Cuma apa yang Parang Pedang nak sampaikan ialah agar taraf sijil Diploma yang Parang Pedang miliki akan diiktiraf oleh pihak SPA suatu hari nanti. Untuk Parang Pedang ? Tak mungkin kerana rasanya harapan tu dah tipis. Ini untuk adik-adik yang lebih muda dari Parang Pedang kelak.
Semoga suara Parang Pedang tentang hal ni akan mendapat perhatian pihak berkenaan. Sekali lagi Parang Pedang katakan, ia bukan untuk empunya diri ni. Tapi untuk generasi akan datang.
Parang Pedang hanya Pemegang Diploma Kejuruteraan yang tak diiktiraf. Tapi dalam minda ini terselit berjuta idea inovatif dan kreatif yang mampu membangunkan teknologi Malaysia.
No comments:
Post a Comment