Kali ni kita cerita bab barangan mistik. Seperti yang pernah ditulis sebelun ni, Parang Pedang memiliki beberapa barangan hikmah yang diperolehi dari sahabat di Sabah. Bezanya Parang Pedang menukarkannya kepada bentuk batu cincin kerana Parang Pedang mahir mencanai teras kayu menjadi batu cincin.
Kepakaran ini diperolehi dari ilham bantuan Allah Taala. Sememangnya Parang Pedang tak tahu langsung cara mencanai kayu untuk membuat batu cinicn. alhamdulillah beberapa tahun lalu selepas tahun 2009, Parang Pedang memiliki kemahiran ini.
Bagi sesiapa yang berminat, untuk membeli cincin dan mendapatkan batu cincin, bolehlah berhubung dengan Parang Pedang menerusi komen dibawah ni. Harga boleh dirunding. Parang Pedang tak jual dengan harga terlalu mahal.....
Batu cincin buluh tumpat : baki sebutir
Batu cincin hujan panas : baki tiga butir
Batu cincin damar minyak: baki satu butir.
Harga setiap sebutir tak kurang dari seratus dan tak lebih dari tiga ratus.
Yang harga tinggi cuma batu cincin buluh tumpat sahaja.
(tak perlu taksub dengan kepercayaan pada makhluk Allah yang boleh menyimpangkan kita dari rahmat Allah. Apa yang dikurniakanNya mempunyai kelebihan tersendiri atas izin Allah sahaja.)
No comments:
Post a Comment