Friday, May 21, 2010

ANTARA ANAK MEREKA DAN ANAK KITA....

Sejak dulu lagi UMNORS lihat terdapat jurang perbezaan antara cara didikan anak-anak pembangkang dengan anak didikan BN terutamanya UMNO. Bukan beza dari segi buku sekolah atau cikgunya tapi dari sudut perletakkan asas perjuangan dengan pengisian ilmu pengetahuan. Apa yang akan UMNORS berikan nanti adalah wajah-wajah kecil pejuang yang menimba ilmu pengetahuan dengan pejuang yang terus berjuang tanpa ilmu. UMNORS sangat sedih melihat mereka yang terus sahaja diberikan senjata tanpa diajar cara menggunakan ia terlebih dahulu. Bukan nak memperkecilkan kemampuan pejuang cilik ni tapi antara senjata dengan pengetahuan, bagi UMNORS ilmu pengetahuan itu lebih penting. Senang saja nak tahu sama ada ilmu pengetahuan tu lebih afdal dari senjata atau tidak. Cuba kita dilepas dalam hutan seorang diri tanpa senjata walau pun pisau sebilah. Bagi yang berpengetahuan, pisau tidak diperlukan kerana mereka tahu macam mana nak survive bagi meneruskan hidup. Jadi, berikan mereka ilmu pengetahuan untuk mereka teruskan kehidupan walau dalam apa jua situasi tak terjangka.


Tuesday, May 18, 2010

KITA JANJI KITA KOTA... DAP JANJI APA CERITA?

Sekarang Sibu telah dimiliki oleh DAP secara mainan kotor dengan dibantu oleh balaci ekor panjang dari puak pembangkang. ala....menang pon majoriti 3++ jer.....tapi yang penting adalah janji yang ditaburkan secara berlumba-lumba dengan BN. DAP kena ingat, BN buat bila menjanjikannya. Mampukah DAP memenuhi permintaan rakyat Sibu? soalan UMNORS bagi ni cukup senang....Sibu tu besar dan mana datangnya peruntukan DAP untuk memenuhi janji rakyat Sibu yang memerlukan pelbagai kemudahan? Takkan abang Anwar ada bukak rumah 'Hatero (depan boleh, belakang pon boleh)' kot untuk menampung dana kewangan? Apa pun...kita wait and see je la...tang mana DAP nak korek duit peruntukan membangunkan sibu....jangan korek tabung patung babi sudah.

Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU

Dalam keasyikan kita menumpukan perhatian kepada PRK Sibu. Kita terlupa tentang satu lagi sambutan peristiwa penting iaitu Hari Guru. Bertapa besarnya nilai didikan yang mereka berikan kepada kita ketika dibangku sekolah. Tanpa guru, mustahil kita mampu mendaki sehingga ke menara gading seperti sekarang. Guru juga memainkan peranan dalam membentuk jati diri kita selain dari mengajar ilmu akademik. Mereka bertindak sebagai pengganti kepada ibu bapa ketika disekolah dan segala masalah boleh dibawa berbincng dengan mereka. Bagi UMNORS, setelah 10 tahun meninggalkan dunia persekolahan maka barulah UMNORS faham bertapa bernilainya guru yang selama ini mencurahkan bakti. Ketika berhadapan dengan mereka, UMNORS sanggup ketepikan fahaman politik kerana jasa mereka tidak ternilai dan tiada apa pun mampu menggantikan segala ilmu yang telah mereka curahkan. Sekali lagi ucapan terima kasih tidak terhingga buat para guru. Semoga Allah membalas semua jasa para guru di dunia dan di akhirat.

"Ya Allah, guruku seperti ibu bapaku, kasihilah mereka seperti mana Engkau mengasihi ibu bapaku. Sejahterakanlah mereka agar jasa mereka dapat terus ditaburkan. Amin Ya Allah"

Wednesday, May 12, 2010

PRODUK BARU....K-Y JELLY HEAVY DUTY


Kini...syarikat K.Y Jelly telah mengeluarkan produk barunya iaitu K.Y Jelly Heavy Duty khas untuk warga Emas yang bernafsu muda.

Tuesday, May 11, 2010

pesanan buat rakyat Sibu.



Kenang-kenang semula videoklip ni. Takkan ada Anwar klon, tak ada suara tiruan dan tak ada super impose gambar dia. tapi inilah video yang dirakam semasa beliau berjanji kepada penduduk Kampung Buah Pala. UMNORS saja flashback video klip ni buat peringatan tentang apa yang bapa peliwat ni dah buat. "JAGA-JAGA....DIA DAH DATANG"......

Kunci seluar anda jika terlihat dia datang......

Apa kena dengan dia ni?



Dia kata Tuhan Allah. Allah itu tuhan, haruskah Allah mempunyai tuhan? ayatnya mengelirukan kita semua... dengan baik-baik apa yang dia sebut.

11 Mei 2010 - kes Liwat Anwar Ibrahim ditangguh lagi

Kekeliruan kenyataan kepada polis sama ada melakukan liwat secara rela atau tidak rela antara Dato Seri Anwar Ibrahim dengan Saiful Bukhari jelas menunjukkan bahawa tetap terjadi perbuatan liwat antara mereka berdua. Sebelum ini Anwar Ibrahim yang mengatakan bahawa beliau tidak melakukan perbuatan liwat adalah suatu pembohongan belaka.Kebenaran dipihak saiful Bukhari terbukti dengan beberapa fakta yang dikemukakan sebelum ini. Namun begitu kebangangan pembangkang (pembangang) yang tetap mempertahan 'kepala' mereka menunjukkan bahawa mereka tidaklah secerdik yang disangka selama ini. Kespendakwaan yang tertangguh menunjukkan pembohongan Anwar Ibrahim semakin jelas terpancar. UMNORS harap pembelaan terhadap saudara Saiful Bukhari terjamin demi keadilan rakyat seterusnya dapat mencegah lebih ramai pihak dari menjadi mangsa Anwar Ibrahim. Hari ini kes ditangguhkan lagi. Kita lihat saja apa lagi auta Geng Anwar Ibrahim untuk menang.

Fakta kes:

peliwat:Anwar Ibrahim
umur : 63 Tahun

mangsa:Mohd Saiful
umur: 25 Tahun

Tempat Kejadian: pangsapuri di Bukit Damansara di Kuala Lumpur

Tarikh peristiwa: 26 Jun 2008

Pendakwaan kes: Seksyen 377b

Selamat Menyambut Ulang Tahun UMNO ke-64 11 Mei 2010

Dalam kita melangkah ke dunia kemodenan ini, UMNORS merasakan suatu kebanggaan terhadap parti yang UMNORS sertai selama ini. Masih teringat lagi semasa UMNORS kecil-kecil dimana saat ketika pilihanraya, bendera UMNO tersisip dalam genggaman UMNORS. Apa nak dikata, masa tu belum kenal politik lagi. yang seronoknya bila angin bertiup saja maka berkibarlah bendera kecil itu mengikut rentak bayu. Kini bila saja menyambut hari ulang tahun penubuhannya, kenangan indah tu mula diingati. Apa pun, UMNORS sekali lagi ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Penubuhan UMNO ke-64 pada semua penyokong dan rakyat jelata termasuk pihak Pembangkang. Semoga Malaysia akan terus aman dan sejahtera dibawah naungannya.

Monday, May 10, 2010

Pembangkang mahu memutuskan nikmat kemakmuran di Sarawak.

Dalam dok kempen sana sini dekat sibu, ada jugak kepala jingga yang berani mengeluarkan idea untuk memisahkan Sarawak dari Malaysia. Bangang ke apa Pembangkang (pembangang) ni? tak dapat daging burger, kulit roti burger pun jadi nak ditelannya. UMNORS harap para pengundi tidak menerima cadangan Puak Pemisah ni. Fikirkanlah bila kita terlepas dari jagaan Kerajaan, maka kita juga terlepas dari nikmat kemakmurannya. Masih ingat kata-kata penghinaan Dato' Haji Abdul Hadi Awang kepada rakyat Sarawak apabila mereka (Pembangkang) kalah kepada Barisan Nasional? Fikirkan juga perlaksanaan janji Kerajaan BN sebelum dan selepas menang pilihanraya. Banyak nikmat yang dikecapi oleh rakyat hasil dari pengotaan janji. Lihat saja Kerajaan BN yang telah memberikan nikmat kemudahan baru-baru ini. bandingkan pula dengan janji pembangkang kepada penduduk kg Bali di Pulau Pinang dan peristiwa kemusnahan kampung tersebut hasil dari janji PKR.

UMNORS berdoa semoga Sabah Dan Sarawak tetap bersama Malaysia demi mengecapi kemakmuran serta kesenangan dari Pusat. Hindarkan diri dari mendengar suara sumbang Pembangkang yang mahu menghancurkan Malaysia. Mereka berjuang atas sebab kebencian dan iri hati dendam kesumat. Sedangkan Rakyat Sarawak memerlukan teman dan sokongan dari Kerajaan Pusat bagi membangunkan Negeri Sarawak. UMNORS mewakili penyokong UMNO Perak mendoakan agar Sarawak sentiasa harmoni.


Kelantan (...)

... tu bukanlah sekadar titik tetapi ada maknanya. Jika PAS melabelkan Malaysia sebagai serambi Las Vegas melalui ucapan Ust. Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat, maka UMNORS juga beranikan diri memberi label kepada negeri Kelantan dibawah pimpinan PAS sebagai pusat 3gp. Faham-fahamlah wahai rakyat Kelantan bahawasanya PAS tidak mampu menangani jenayah berkaitan Isu rogol dan sumbang. Mahukah anak anda menjadi mangsanya? Kerajaan Barisan Nasional mempunyai formula untuk mengurangkannya ke tahap yang paling minima. Oleh demikian, pilihlah kami untuk jaminan kesejahteraan anda.

KENALI CYBER SILENT KILLER-AKHI ZAM (PAS)

Mungkin agak hairan mengapa saya mengeluarkan tajuk diatas, tetapi itulah hakikat yang saya perlu dedahkan tentang seseorang yang ber'jihad' dalam dunia politik. Beliau amat dikenali didalam facebook (Katakunci: akhi zam-tulisan jawi) dan laman blognya http://akhiezam.blogspot.com/

UMNORS rasa bahawa beliau adalah seorang yang bertalam dua muka. Buktinya beliau mengaku mennyokong Parti Global Hizbut Tahrir dan dalam masa yang sama menyokong perjuangan PAS. UMNORS sangat kenal dengan Parti Hizbut Tahrir yang menolak hukum demokrasi sedangkan PAS pula menjurus kearah demokrasi. Apa yang peliknya bagaimana Akhi Zam boleh memiliki 2 ideologi sebegini dalam politik?

UMNORS pernah tanya sendiri kat Si Akhi Zam ni tentang 2 pegangan ideologi yang disokongnya, tapi beliau hanya menjawab 'saya sokong jumhur ulama'. Ulama' banyak haluannya, yang mana satu Akhi zam ikut?

Namun begitu dalam UMNORS mengikut perjalanan politikus si Akhi Zam ni, Nampak gayanya fanatik beliau pada PAS sudah mencapai tahap mendewakan parti tersebut. Terbukti apabila beliau sendiri sanggup menempelak umat Islam dari kalangan UMNO dan mengagungkan paerti DAP. Adakalanya UMNORS terkejut dengan apa yang dilakukan oleh Akhi Zam ni, bukan nak menjatuhkan beliau dalam laman UMNORS. Tengok sajalah bagaimana artikel yang dikeluarkan oleh Akhi Zam sangat biadap kadangkalanya.

Bagi UMNORS, perhubungan dengan beliau dalam Facebook tetap baik walaupun kadang-kadang UMNORS makan hati juga dengan perangainya. Satu lagi yang UMNORS nak tegur dengan si Akhi Zam ni, kenapa taknak tunjuk muka dia dalam FB? takut kena kutuk ke? Semua rakan-rakan FB beliau menanyakan soalan yang sama kepada Akhi Zam. Tapi UMNORS fikir, agak-agaknyalah kalau Akhi Zam ni boleh pakai purdah mungkin dah lama dia posing maut dengan purdahnya itu.

Apa jua ideologi Akhi Zam ni, Bagi UMNORS cuma mengharapkan agar dia dapat berfikir dengan matang dan tidak meratah hati saudara seagamanya sendiri dan menjualkan jiwa umat Islam kepada puak DAP.



Sunday, May 9, 2010

Kita satu Malaysia....DAP pun sokong 1 Malaysia...


Angkat tangan ramai-ramai....kita 1 Malaysia...DAP pun angkat sama. Terima kasih DAP kerana menyokong gagasan 1 Malaysia. Nampaknya DAP angkat lagi tinggi, BEBAS kata 'very good'.

RENUNG-RENUNGKANLAH

Suara anda saya dengar....luahkan saja.

Jika anda ingin meluahkan masalah berkenaan kawasan anda (terutamanya sekitar Gopeng dan Ipoh), boleh terus menghantar ke bahagian komen: nama penuh, Alamat rumah anda (untuk rujukan surat), no. telefon untuk dihubungi bagi rujukan susulan dan masalah yang dihadapi. Suara anda akan saya bangkitkan dalam artikel di http://umno-rapat-setia.blogspot.com/ dan dimajukan kepada pihak bertanggungjawab. Saya prihatin keluhan pihak anda.

Jihad yang sesat

Jihad yang dianjurkan oleh Puak pembangkang dilihat semakin jauh dari kebenaran. Bukan apa, macam mana nak dipanggil jihad kalau umat Islam sendiri yang diperanginya. Syahadah dah sama, kiblat pon sehala. Rasulullah sendiri ada mengatakan bahawa darah seorang muslim lebih utama dari batu binaan kaabah. Bagaimana pula Orang PAS boleh mengatakan penyokong UMNO itu kafir? Inilah yang saya katakan tentang jihad yang sesat oleh puak pembangkang PAS. Dan bagaimana pula mereka boleh menerima sekutu DAP mereka yang membacakan potngan ayat Al-Quran sedangkan mereka tidak mengetahuinya walau sedikit pun maksudnya. Sebagai saudara seagama, hatta kita berlainan pandangan politik tetapi kita tidak boleh menafikan hak orang lain dalam pandangan yang berbeza. Jika kita lihat negara lain yang mempunyai masalah politik, mereka sepakat dalam mencari penyelesaian bagi suatu perkara. Berbeza dengan kita pula dimana apabila terjadi sesuatu masalah, maka ia akan dijadikan suatu isu besar walaupun ia tidaklah sebesar mana pun. Isu jihad PAS telah bermula sejak dahulu lagi dengan meletakkan Barisan Nasional sebagai kafir. Sudah cukup muliakah orang PAS hingga mampu meletakkan hukum sebagai kafir? Bagaimana pula dengan DAP yang dipersaudarakan dengan mereka? Adakah DAP juga sesuci darah orang Islam hinggakan tiada kesalahan mereka membaca ayat suci Al-Quran dan mempoltikkannya? Wahai ahli Pembangkang, bangunlah dari tidur lena berselimutkan cadar khinzir. Ahli UMNO saudara seagamamu, dan akan bangkit di Padang Masyar bersama denganmu. Kalau kita berbeza pendapat, kenapa harus orang kafir diutamakan?

Kawasan Bangsar...Area ni Dijaga oleh Anak Anwar Ibrahim



UMNORS pinjam jap gambar ni dari Parpukari. Thanks bang, best gambar ni. Kalau Anwar ikut belakang....anaknya pulak normal sebab suka ikut depan. Tapi tak payahlah menzahirkannya pada nama bangunan ni.

KENANG-KENANG.....

Saturday, May 8, 2010

MAJLIS PERASMIAN SERENTAK MESYUARAT AGUNG CAWANGAN UMNO PERAK.

Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Agung UMNO Telah diadakan di Stadium Indera Mulia pada 8 Mei 2010.

8.00am: Hadirin mula berkumpul di Dewan Stadium.
9.30am: Ketibaan Tetamu VIP.
(Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi, Dato' Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, Dato'
Husni Hanadzlah serta tetamu kehormat yang lain.
10.00am: Upacara bacaan selawat, Nyanyian Lagu Rasmi Negeri Perak, Bersatu bersetia
berkhidmat dan UMNO Perak.
Ucapan Khas Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Taklimat tentang peraturan untuk mengadakan mesyuarat agung cawangan
Ucapan oleh Dato' Seri Dr. Zambry Abdul Kadir
Tontonan videoklip
01.30: Majlis tamat dan jamuan tengahari.

..................................................................................











Friday, May 7, 2010

JANGAN LUPA DATANG....

PERASMIAN SERENTAK PERSIDANGAN TAHUNAN UMNO CAWANGAN-CAWANGAN UMNO NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

TARIKH : SABTU, 8 MEI 2010
MASA : 8 PAGI
TEMPAT : STADIUM INDERA MULIA

DIRASMIKAN OLEH :
Y.B DATO' SERI DR AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
( Naib Presiden UMNO Malaysia )

Datang Awal....

Nanti jangan lupa jumpa UMNORS...orangnya selekeh sikit...pakai T-shirt pemuda UMNO Gopeng. Badan gempal-gempal tegap.

Perasmian Serentak Mesyuarat Agung Cawangan Seluruh Perak.

Suasana Sehari Persiapan Majlis

7 Mei 2010

4.00pm

Suasana di Stadium Indera Mulia ketika ini dipenuhi dengan aktiviti persiapan bagi Majlis Perasmian Mesyuarat agung UMNO Cawangan Seluruh Perak. Semua petugas bertungkus lumus melakukan kerja yang diberi demi menjayakan program yang akan diadakan pada keesokan hari.











Thursday, May 6, 2010

SAYA SUKA LOBANG....... (snek loller coaster daripada jack & jill)




ayat dialog iklan yang sesuai untuk peliwat



Iklan: Saya betul-betul suka loller Coaster

Anwar : Saya betul-betul suka lobang.....

PAS Ibarat umang-umang.

Tajuk diatas mungkin pelik tapi itulah hakikat yang patut diterima oleh puak pembangkang (PAS) yang tidak putus-putus menyelit dicelah isu hangat dalam negara. Buktinya apabila setiap peristiwa hitam yang terjadi maka tunggu sajalah suara PAS yang akan mencelah dalam menegakkan benang basah seolah-olah mereka sahaja yang betul dan sempurna. UMNORS rasa tak perlulah PAS jadi umang-umang yang suka menumpang kulit cengkerang kerana kita punya pendirian tersendiri dan bukan menumpang populariti sesuatu isu. PAS ibarat umang-umang tua yang sudah tiada idea baru untuk memajukan diri, mewariskan ideologinya kepada generasi pelapis PAS dengan cara lama seperti menyerahkan cengkerang reput untuk didiami.
UMNORS ingin berpesan kepada rakan-rakan UMNORS sama ada adik atau abang serta pakcik makcik yang membaca penulisan ini supaya membuka minda bahawa bertapa perlunya perkembangan fikiran demi memajukan diri dan negara. PAS akan sentiasa menumpang dan terus menumpang tidak kira populariti parti lain mahu pun isu yang dibangkitkan.
Sampai bila pun kita tidak akan maju jika masih bertanggak di tapak lama tanpa membuat sebarang perubahan. Perubahan perlu diluar dan didalam diri dan parti. Pesan UMNORS, jangan jadi umang-umang....sekadar tukar cengkerang tetapi nama tetap sama, isinya juga sama, hanya usia yang berubah.

wahai bangsaku....perjuangan masih belum selesai.

Kat situ dia dok hentam...Kat situ juga dia nak mengadu.

Inilah yang terjadi dalam kehidupan rutin pembangkang. Selalu cari isu melibatkan polis semata-mata bencikan kerajaan Barisan Nasional. Tapi yang peliknya, kalau diorang yang kena hina, kena bambu dengan penyokong BN maka kat situ juga la diorang akan mengadu. Macam budak-budak kena buli dengan anak jiran, itulah hakikat PR (Pakatan Ranap.

Kita tengok saja bila ada dikalangan penyokong BN membantai mereka dengan isu sensitif (selalunya yang melibatkan wang dan skandal) maka pergilah gerombolan Penjilat Rasuah ini ke Balai Polis untuk mengadu nasib. Tapi bila tiba saja isu yang melibatkan pasukan Polis, merekalah orang pertama yang akan mengeluarkan kenyataan menghentam Polis. Perangai siapalah yang mereka ikut selama ini, tak pernah nak kenang budi. Ibarat anjing liar, jumpa orang menyalak lepas tu dah diberikan makan tapi masih lagi nak menyalak. UMNORS sedih tengok perangai puak pembangkang ni yang menghina Polis, bahkan seperti yang UMNORS pernah katakan sebelum ini dimana ada dikalangan mereka yang tidak merestui anak-anak mereka dari menyertai Polis. Kalau benci sangat dengan Polis, tarik saja pasukan polis dari negeri jagaan mereka. Biar saja unit amal yang bertindak, persoalannya sanggup atau tidak.

Berbalik pada isu mengadu bila masalah terkena pada batang hidung sendiri. Puak pembangkang perlulah bertimbang rasa dengan pemikiran yang adil terhadap Polis tanpa prejudis. Harapnya sokongan padu terhadap mereka dapat diberikan dalam menaikkan semangat pasukan ini dalam membenteras jenayah. Jangan asyik nak kutuk saja, lepas tu bila nak mengadu nanti kat diorang jugak.

Wednesday, May 5, 2010

Gerak Saraf PKR

Kelicikan PKR semakin terserlah apabila mereka mula melancarkan taktik halus dalam menarik ahli. Melalui konsep M.L.M iaitu ahli menarik seorang demi seorang telah membuatkan ramai orang mula menyertai ahli pembangkang. Dengan memberikan opsyen kepada orang awam sama ada mahu memilih parti tersebut atau menyertai parti sekutunya, dengan mudah orang awam membuat pilihan. Taktik ini telah mula dikesan beberapa bulan lalu dimana kaedah perang saraf ini dilakukan secara sembunyi dan diketahui hanya setelah taktik mereka berjaya. Pelbagai janji manis ditaburkan kepada mereka yang ditemui oleh puak pembangkang ini. Ada juga pemimpin parti yang turut sama turun padang membantu pihak yang berkempen agar menambahkan lagi keyakinan orang awam. Tapi ada satu yang UMNORS nak tahu, macam mana mereka tahu maklumat setiap rumah penghuni kawasan kita? padahal segala maklumat orang awam adalah sulit. Buktinya, UMNORS dan rakan sekutu pernah menerima kad ucapan perayaan daripada PKR bahagian lengkap dengan nama penuh dan alamat rumah sedangkan kami tidak pernah mendaftarkan nama atau maklumat kami kepada mereka. Jadi adakah terdapat kebocoran maklumat oleh PKR semasa pemerintahan pakatan pembangkang? UMNORS berpendapat tindakan PKR sangat tidak bermoral kerana menceroboh privasi masyarakat setempat.

DAP melindungi aktiviti pelacuran di Ipoh Barat

UMNORS dah lama dapat tahu tentang aktiviti pemerdagangan orang di kawasan Ipoh Barat, Ipoh. Pelacuran disini ibarat orang berjual beli di pasar malam. Macam mana UMNORS tahu pasal aktiviti ni? UMNORS ada ramai kawan yang bagitau tentang hal ni. Kalau kawan-kawan tanya siapa yang suka melanggan pelacur kat Ipoh ni, semua akan jawab 35 atau tangga di Jalan Kampar off Jalan yang Kalsom. Semua kawasan itu berada dibawah jagaan DAP dan aktiviti mereka dijaga oleh parti tersebut. UMNORS yakin bahawa usaha pendedahan ini adalah bagi membantu pihak kerajaan menangani aktiviti memperdagangkan orang. Harapnya pihak bertanggungjawab dapat membenteras aktiviti ini. Adakah aktiviti lahanat seperti ini patut disembunyikan oleh pembangkang? Ibarat umat zaman dahulu yang suka memperhambakan orang.Aktiviti ini yang sudah wujud sekian lamanya dan kekal wujud selagi DAP memegang kawasan ini. UMNORS mengutuk keras perbuatan menyembunyikan aktiviti pelacuran di Kawasan Ipoh Barat. Bersama kita mencegah maksiat.

Tuesday, May 4, 2010

KETAGIH PUNYA PASAL....

Nak pujuk ke nak kutuk?

UMNORS taknak la kata apa-apa kat puak pembangkang. Tapi ada eloknya mereka ni dibancuh sikit sebab hidup dah macam drug addict dengan parti haluan kiri. Tengok sajalah beberapa pemimpin pembangkang yang telah membuka mata melihat kejahilan ketua puak mereka, sedangkan terdapat beberapa barua dari kalangan penyokong biasa masih tegar dengan parti bermasalah. Disini UMNORS nak bagi tahu, lagi melampau sikap mereka maka lagi sukar untuk rakyat memilih parti kiri. Mana tidaknya jika orang awam sendiri boleh jadi mangsa kesamsengan puak pembangkang ini, contohnya di Bagan Pinang dahulu semasa pilihan raya kecil. Telah berlaku satu kes dimana seorang penduduk tempatan telah dipukul hanya kerana menegur kenderaan puak pembangkang yang menghalang laluan hadapan rumahnya. Itu baru satu kes, belum lagi kes-kes yang lain yang kita tidak bangkitkan.

UMNORS dah banyak kali dengar keangkuhan pembangkang serta ahli-ahlinya setelah berjaya menawan hati rakyat. Ada yang berlagak dengan saudara mara sendiri bila menang pilihan raya, bahkan ada yang sanggup tidak turunkan tandatangan surat sokongan bila mengetahui pemohon bukan dari kalangan ahli parti pembangkang.

UMNORS pernah cuba cakap elok-elok dengan sesetengah ahli parti kiri ni. Tapi rasa cuak pun ada bila kita dibidasnya macam dah tak ada bahasa yang baik dah, semuanya maki hamun. Nak balas tapi rasa tak sampai hati sebab kawan sendiri. Jadinya jalan terbaik adalah melalui laman ni, harap puak pembangkang faham kenapa UMNORS bancuh diorang.

UMNORS bukan tak tahu ada antara kawan sekolah dan kenalan UMNORS semasa kecil dulu dah mula delete dan banned dari senarai rakan sosial seperti Facebook dan friendster. Sebabnya UNORS tak la pasti sangat, tapi yang nyata mereka semua dari haluan kiri. Inilah yang menyedihkan UMNORS sebab kerana politik, rakan baik dilupakan. Bahkan UMNORS pernah menjadi mangsa prejudis sebab bekerja dengan majikan dari haluan kiri (PAS), dalam mesyuarat jer UMNORS kena bancuh tanpa sebab. Jadi UMNORS ambil keputusan letak jawatan dan berkerja sendiri, hilang masalah.

Akhir pesanan UMNORS disini kepada penagih parti pembangkang, bukalah minda kita semua. Apa yang kamu katakan jihad tu sebenarnya satu fitnah akhir zaman sebab memutuskan silaturrahim dan memusuhi saudara seagama kamu sendiri. Wallahualam.

Senarai Anggota Pembangkang Yang Keluar Parti.

1. Chandra Muzaffar (Timbalan Presiden Parti KeAdilan Nasional)

2. S. Nalla Karuppan (Ketua Bahagian PKR Kepong)

3. Ezam Mohd Nor (Ketua Pemuda PKR)

4. Anuar Shaari (Setiausaha Anwar Ibrahim)

5. Fairus Khairuddin (ADUN Penanti – Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang)

6. Zahrain Mohd Hashim (Ahli Parlimen Bayan Baru)

7. Zulkifli Noordin (MP Bandar Baru Kulim)

8. Zainur Zakaria (Bekas peguam bela Anwar, AJK Parti KeAdilan Nasional)

9. Ruslan Kassim (Ketua PKR Negeri Sembilan dan juga Ketua Penerangan PKR)

10. Nell Onn (Ketua Wanita Parti KeAdilan Nasional)

11. Jeffrey Kitingan (Naib Presiden PKR)

12. Marina Yussuf (Naib Presiden Parti KeAdilan)

13. Lokman Noor Adam (Setiausaha Angkatan Muda Keadilan)

14. V. Arumugam (ADUN Bukit Selambau)

15. Mohd Radzi Salleh (ADUN Lunas)

16. Badrul Hisham Abdullah (ADUN Pelabuhan Kelang)

17. Tan Tee Beng (Ahli Parlimen Nibong Tebal)

18. Sallehudin Hashim (Setiausaha Agung PKR)

19. Dr Halili Rahmat (Bendahari PKR Hulu Selangor)

20. Muhammad Zahid Md Arip (Naib Ketua Pemuda PKR)

21. Mohsin Fadzli Samsuri (Ahli Parlimen Bagan Serai)

22. Hamdan Taha (Timbalan Pengarah Pilihanraya Keadilan)

23. Dr Abdul Wahid Ahmad Suhaimie (Pengerusi Perhubungan Keadilan Pahang)

24. Jamaludin Abu Hassan (Pemangku Ketua PKR Padang Serai)

25. Mohd Hanafiah Man (Ketua Pemuda Keadilan Perak)

26. Fakhrul Azman Abu Bakar (Exco Pemuda Keadilan)

27. Shamsul Bahari Shamsuddin (Exco Pemuda Keadilan)

28. Rosli Mohd Johar (Naib Ketua Pemuda Keadilan Wilayah Persekutuan)

29. Zainuddin Awang (Exco Pemuda Keadilan Terengganu)

30. Datuk Bujang Ulis (Keadilan Sarawak)

31. Rusli Mohd Shariff (Naib Ketua Pemuda Keadilan Negeri Sembilan)

32. Jeffry Nizam (Exco Pemuda Keadilan Pahang)

33. Jamaluddin Mohd Radzi (ADUN Behrang)

34. Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (ADUN Changkat Jering)

35. Tan Wei Shu (ADUN Bakar Arang)

36. Soraya Sulaiman (Ketua Penerangan Wanita PKR)

37. Roshanita Mohd Basir (Timbalan Ketua Wanita PKR Bahagian Bagan Serai)

38 . Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak (Naib Presiden PKR)

Monday, May 3, 2010

KERJA DENGAN POLIS....JANGAN KERJAKAN POLIS.

Semenjak kebelakangan ni, UMNORS selalu dengan macam-macam cerita tentang polis sama ada dipihak awam mahu pun dipihak polis sendiri. Ada yang kena tembak, ada yang kena langgar dan ada pula yang kena kutuk. Contohnya kes Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis akibat melarikan diri dari sekatan jalanraya. Akibat dari insiden itu, ramai yang menunding jari mengatakan kesilapan pihak polis tanpa mengkaji apa yang terjadi sebaliknya. Pihak polis bertindak sedemikian sebagai langkah pencegahan jenayah daripada terjadi. Lihat sajalah contoh pihak polis bertindak menahan sebuah kereta suspek yang membawa mayat seorang wanita untuk dibuang baru-baru ini. Apa yang terjadi pada adik Aminulrasyid Amzah tidak seharusnya dijadikan suatu point bagi menyalahkan pihak polis. Bila UMNORS fikir balik, tindakan pihak polis tu betul sebab gaya adik Aminulrasyid Amzah sememangnya betul-betul gaya penjenayah melarikan diri. Kalau pihak yang menunding jari berada ditempat anggota polis sendiri, tak mustahil mereka akan ambil tindakan yang sama. Tak terfikirkah selama ni banyak anggota badan pasukan polis menjadi mangsa kepada penjenayah yang melanggar, menembak dan memukul? Malah ada anggota polis yang terkorban semata-mata menjadikan badan mereka sebagai perisai kepada orang awam ketika penjenayah melepaskan tembakan rambang. UMNORS sangat kesal kerana orang awam tidak menghargai sedikit pun jasa mereka bahkan ada dikalangan orang awam terutama sekali beberapa pihak yang 'ada masalah' dengan pihak polis menggelarkan mereka dengan nama yang kurang senang didengari. Ada juga yang mengajar anak-anak mereka supaya membenci polis dan melarang daripada menyertai pasukan polis bila dewasa nanti. Fikir-fikirkanlah bila rumah anda dimasuki pencuri, keluarga anda dalam ancaman dan penculikan, saudara mara serta sahabat anda menjadi mangsa pencabulan dan menjadi mangsa rogol serta harta benda anda tinggalkan kerana pulang bercuti ke kampung halaman. Siapa yang akan membantu anda menjaga keamanan dan keselamatan? sudah pasti anggota polis. Adakah anda fikir 'unit amal' akan mampu menjaga keamanan seperti yang pihak polis lakukan? pastinya tidak kerana polis tidak memilih bulu untuk membantu kita semua. fikir-fikirkan dan renung-renungkan, jangan sampai anda termenung.



Hands up.....!

Sunday, May 2, 2010

Dari Black 14 kepada 4 Million.....kini 176 Million pula.

Kenyataan akhbar utusan Malaysia :


SHAH ALAM 1 Mei - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menolak dakwaan kononnya kerajaan negeri membelanjakan RM176 juta bagi mendapatkan sokongan rakyat semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor baru-baru ini.

Khalid, yang menyifatkan dakwaan itu sebagai “sinis” dan “tidak berbaloi”, berkata negeri Selangor tidak mempunyai peruntukan untuk tujuan itu.

"Saya sedia beri ganjaran kepada sesiapa yang membuat dakwaan itu jika mereka tampil memberi bukti kepada saya dari mana datangnya sumber peruntukan itu.

Jumlah itu (RM176 juta) sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak jauh lebih besar jika dibandingkan dengan jumlah dibelanjakan kerajaan negeri untuk meningkatkan kebajikan rakyat iaitu kira-kira RM40 juta setahun.

"Oleh itu dakwaan tersebut tak benar. Kita tidak mempunyai wang dan peruntukan untuk itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis anugerah untuk pelajar-pelajar cemerlang Yayasan Selangor di sini.

Khalid diminta mengulas dakwaan tersebut disiarkan dalam sebuah blog.

Khalid, yang juga ketua perhubungan PKR Selangor, berkata beliau sedia mengumumkan perbelanjaan yang dibuat sepanjang pilihan raya itu.

"Kita akan bersikap telus. Kita akan umumkan butir-butir (perbelanjaan semasa kempen pilihan raya). Ini kerana dari segi pengurusan kewangan, kita berbeza dari kerajaan persekutuan”, kata beliau. - Bernama
..........................................................................


UMNORS: Mengelupur juga Tan Seri Khalid, 176 Juta tu bukan sikit nilainya. Angkanya mampu mengatasi nilai Syed Azidi yang hanya bernilai 4 Juta. Bagi UMNORS, agak-agaknya la...Anwar Ibrahim dah mula suruh anak buahnya main angka berjuta-juta pulak. Dulu Anwar Ibrahim suka main angka dalam bentuk tarikh...masih ingat Black 14 anjuran beliau? sekarang nilai tersebut sudah tiada lagi dan digantikan dengan nilai million pula. Lepas ni apa pula ya?......



Thank you teacher..............

Saturday, May 1, 2010

Bila Pembangkang Diminta Bayar Cukai

UMNORS masih terkenang suara seorang kenalan dari puak pembangkang, berkenaan isu cukai. Adalah sekali tu UMNORS tanya kat dia tentang cukai yang sepatutnya dia bayar. Kebetulan dia seorang peniaga persendirian dan pendapatannya melayakkan dia membayar hasil kepada pihak kerajaan. Nak tahu apa dijawabnya? "Bukan aku taknak bayar tapi ni kan hasil titik peluh aku.... buat apa nak bagi kat orang BN". Tersentap juga hati UMNORS bila dengar jawapan macam tu. tak terfikir ke selama ni pembangunan sekeliling yang dia dah rasa, keamanan yang dia nikmati adalah dari hasil pembayaran cukai. Jalan raya yang selama ini dia lalui dan segala kemudahan infrastruktur yang digunakannya juga datang dari sumber yang sama.

Bayangkan jika tiada kutipan cukai di negara ini, dari manakah datangnya sumber kewangan untuk membangunkan negara? Puak pembangkang sentiasa beranggapan bahawa pembayaran cukai adalah untuk menyuap para menteri dan pemerintah. Tanpa mereka sedari selama ini mereka sedang menikmati segala apa yang mereka bayar. Pasukan keselamatan negara, keselamatan dalam negeri, penyelamat, pentadbiran awam dan perubatan perlu dibayar gaji bagi memastikan mereka dapat berbakti kepada kita. Tanggapan yang salah ini perlu ditangkis dan tidak boleh dipolitikkan. Jika Pembangkang memenangi hati rakyat pun mereka perlu mengutip cukai bagi memastikan dana untuk pembangunan sentiasa ada.

UMNORS amat kecewa dengan sahabat dari puak pembangkang yang bertanggapan demikian. Mereka sendiri mengaku memperjuangkan rakyat tapi dalam masa yang sama bersikap prejudis. Besar harapan UMNORS agar rakyat memahami bahawa mengapa mereka perlu membayar cukai. Bagi UMNORS, apa yang dilakukan adalah bersebab demi kemakmuran rakyat semua.

Dari Jalan Barat kepada Jalan Dr. V. David

Jalan Dr. V. David...Itulah nama yang sekian lama mahu dimasukkan bagi menggantikan nama Jalan Barat. Terdapat ramai yang membantah perubahan nama tersebut kerana ia akan menambahkan kekeliruan yang sekian lama orang kenali sebagai Jalan Barat. Kenapa harus dipolitikkan nama jalan sedangkan selama ini nama tersebut sudah cukup dikenali oleh orang Kuala Lumpur dan orang luar. Dalam hati UMNORS, ada juga terdetik mengatakan 'ini ke caranya mainan mereka bagi berkempen dalam membuatkan orang mengenali tokoh politik pembangkang'. Mungkin juga sebab tak mustahil jika mereka mempunyai hak keatas pendidikan negeri, mungkin nama-nama tokoh pejuang Malaysia didalam buku teks akan ditukar kepada nama tokoh parti mereka. UMNORS dah lama faham dengan cara permainan kotor mereka. Masih lagi dalam ingatan UMNORS bila tulisan jawi pada papan tanda jalan Pulau Pinang ingin dihapuskan oleh puak DAP sebaik sahaja mereka merampas negeri tersebut. Nasib baik Perak sempat dirampas semula, kalau tidak habis orang melayu, tulisan melayu dan masjid jadi mangsa mereka. Alhamdulillah, Allah takkan biarkan hambanya dizalimi oleh orang kafir.

Berbalik semula kepada isu Jalan Barat, apa yang UMNORS harapkan ialah pembelaan terhadap jalan tersebut dari menjadi mangsa Bangsa Pembangkang yang mahu mempolitikkannya. Semoga Barisan nasional akan dapat menakluk semula selangor, Pulau Pinang,Kedah dan mengekalkan Perak dibawahnya. UMNORS juga berdoa semoga Kelantan akan didakap oleh Barisan nasional bagi merasai pembangunan dari Kerajaan Pusat...Amin.


*UMNORS: Teringat kawan2 UMNORS yang kena kejar parang pada pukul 2 pagi semasa menggantung poster oleh penyangak dari PKR.