Friday, May 21, 2010

ANTARA ANAK MEREKA DAN ANAK KITA....

Sejak dulu lagi UMNORS lihat terdapat jurang perbezaan antara cara didikan anak-anak pembangkang dengan anak didikan BN terutamanya UMNO. Bukan beza dari segi buku sekolah atau cikgunya tapi dari sudut perletakkan asas perjuangan dengan pengisian ilmu pengetahuan. Apa yang akan UMNORS berikan nanti adalah wajah-wajah kecil pejuang yang menimba ilmu pengetahuan dengan pejuang yang terus berjuang tanpa ilmu. UMNORS sangat sedih melihat mereka yang terus sahaja diberikan senjata tanpa diajar cara menggunakan ia terlebih dahulu. Bukan nak memperkecilkan kemampuan pejuang cilik ni tapi antara senjata dengan pengetahuan, bagi UMNORS ilmu pengetahuan itu lebih penting. Senang saja nak tahu sama ada ilmu pengetahuan tu lebih afdal dari senjata atau tidak. Cuba kita dilepas dalam hutan seorang diri tanpa senjata walau pun pisau sebilah. Bagi yang berpengetahuan, pisau tidak diperlukan kerana mereka tahu macam mana nak survive bagi meneruskan hidup. Jadi, berikan mereka ilmu pengetahuan untuk mereka teruskan kehidupan walau dalam apa jua situasi tak terjangka.


No comments: