Tajuk diatas mungkin pelik tapi itulah hakikat yang patut diterima oleh puak pembangkang (PAS) yang tidak putus-putus menyelit dicelah isu hangat dalam negara. Buktinya apabila setiap peristiwa hitam yang terjadi maka tunggu sajalah suara PAS yang akan mencelah dalam menegakkan benang basah seolah-olah mereka sahaja yang betul dan sempurna. UMNORS rasa tak perlulah PAS jadi umang-umang yang suka menumpang kulit cengkerang kerana kita punya pendirian tersendiri dan bukan menumpang populariti sesuatu isu. PAS ibarat umang-umang tua yang sudah tiada idea baru untuk memajukan diri, mewariskan ideologinya kepada generasi pelapis PAS dengan cara lama seperti menyerahkan cengkerang reput untuk didiami.
UMNORS ingin berpesan kepada rakan-rakan UMNORS sama ada adik atau abang serta pakcik makcik yang membaca penulisan ini supaya membuka minda bahawa bertapa perlunya perkembangan fikiran demi memajukan diri dan negara. PAS akan sentiasa menumpang dan terus menumpang tidak kira populariti parti lain mahu pun isu yang dibangkitkan.
Sampai bila pun kita tidak akan maju jika masih bertanggak di tapak lama tanpa membuat sebarang perubahan. Perubahan perlu diluar dan didalam diri dan parti. Pesan UMNORS, jangan jadi umang-umang....sekadar tukar cengkerang tetapi nama tetap sama, isinya juga sama, hanya usia yang berubah.
No comments:
Post a Comment