Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU

Dalam keasyikan kita menumpukan perhatian kepada PRK Sibu. Kita terlupa tentang satu lagi sambutan peristiwa penting iaitu Hari Guru. Bertapa besarnya nilai didikan yang mereka berikan kepada kita ketika dibangku sekolah. Tanpa guru, mustahil kita mampu mendaki sehingga ke menara gading seperti sekarang. Guru juga memainkan peranan dalam membentuk jati diri kita selain dari mengajar ilmu akademik. Mereka bertindak sebagai pengganti kepada ibu bapa ketika disekolah dan segala masalah boleh dibawa berbincng dengan mereka. Bagi UMNORS, setelah 10 tahun meninggalkan dunia persekolahan maka barulah UMNORS faham bertapa bernilainya guru yang selama ini mencurahkan bakti. Ketika berhadapan dengan mereka, UMNORS sanggup ketepikan fahaman politik kerana jasa mereka tidak ternilai dan tiada apa pun mampu menggantikan segala ilmu yang telah mereka curahkan. Sekali lagi ucapan terima kasih tidak terhingga buat para guru. Semoga Allah membalas semua jasa para guru di dunia dan di akhirat.

"Ya Allah, guruku seperti ibu bapaku, kasihilah mereka seperti mana Engkau mengasihi ibu bapaku. Sejahterakanlah mereka agar jasa mereka dapat terus ditaburkan. Amin Ya Allah"

No comments: