Tuesday, May 11, 2010

Selamat Menyambut Ulang Tahun UMNO ke-64 11 Mei 2010

Dalam kita melangkah ke dunia kemodenan ini, UMNORS merasakan suatu kebanggaan terhadap parti yang UMNORS sertai selama ini. Masih teringat lagi semasa UMNORS kecil-kecil dimana saat ketika pilihanraya, bendera UMNO tersisip dalam genggaman UMNORS. Apa nak dikata, masa tu belum kenal politik lagi. yang seronoknya bila angin bertiup saja maka berkibarlah bendera kecil itu mengikut rentak bayu. Kini bila saja menyambut hari ulang tahun penubuhannya, kenangan indah tu mula diingati. Apa pun, UMNORS sekali lagi ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Penubuhan UMNO ke-64 pada semua penyokong dan rakyat jelata termasuk pihak Pembangkang. Semoga Malaysia akan terus aman dan sejahtera dibawah naungannya.

No comments: