Inilah yang terjadi dalam kehidupan rutin pembangkang. Selalu cari isu melibatkan polis semata-mata bencikan kerajaan Barisan Nasional. Tapi yang peliknya, kalau diorang yang kena hina, kena bambu dengan penyokong BN maka kat situ juga la diorang akan mengadu. Macam budak-budak kena buli dengan anak jiran, itulah hakikat PR (Pakatan Ranap.
Kita tengok saja bila ada dikalangan penyokong BN membantai mereka dengan isu sensitif (selalunya yang melibatkan wang dan skandal) maka pergilah gerombolan Penjilat Rasuah ini ke Balai Polis untuk mengadu nasib. Tapi bila tiba saja isu yang melibatkan pasukan Polis, merekalah orang pertama yang akan mengeluarkan kenyataan menghentam Polis. Perangai siapalah yang mereka ikut selama ini, tak pernah nak kenang budi. Ibarat anjing liar, jumpa orang menyalak lepas tu dah diberikan makan tapi masih lagi nak menyalak. UMNORS sedih tengok perangai puak pembangkang ni yang menghina Polis, bahkan seperti yang UMNORS pernah katakan sebelum ini dimana ada dikalangan mereka yang tidak merestui anak-anak mereka dari menyertai Polis. Kalau benci sangat dengan Polis, tarik saja pasukan polis dari negeri jagaan mereka. Biar saja unit amal yang bertindak, persoalannya sanggup atau tidak.
Berbalik pada isu mengadu bila masalah terkena pada batang hidung sendiri. Puak pembangkang perlulah bertimbang rasa dengan pemikiran yang adil terhadap Polis tanpa prejudis. Harapnya sokongan padu terhadap mereka dapat diberikan dalam menaikkan semangat pasukan ini dalam membenteras jenayah. Jangan asyik nak kutuk saja, lepas tu bila nak mengadu nanti kat diorang jugak.
No comments:
Post a Comment