Sunday, May 9, 2010
Jihad yang sesat
Jihad yang dianjurkan oleh Puak pembangkang dilihat semakin jauh dari kebenaran. Bukan apa, macam mana nak dipanggil jihad kalau umat Islam sendiri yang diperanginya. Syahadah dah sama, kiblat pon sehala. Rasulullah sendiri ada mengatakan bahawa darah seorang muslim lebih utama dari batu binaan kaabah. Bagaimana pula Orang PAS boleh mengatakan penyokong UMNO itu kafir? Inilah yang saya katakan tentang jihad yang sesat oleh puak pembangkang PAS. Dan bagaimana pula mereka boleh menerima sekutu DAP mereka yang membacakan potngan ayat Al-Quran sedangkan mereka tidak mengetahuinya walau sedikit pun maksudnya. Sebagai saudara seagama, hatta kita berlainan pandangan politik tetapi kita tidak boleh menafikan hak orang lain dalam pandangan yang berbeza. Jika kita lihat negara lain yang mempunyai masalah politik, mereka sepakat dalam mencari penyelesaian bagi suatu perkara. Berbeza dengan kita pula dimana apabila terjadi sesuatu masalah, maka ia akan dijadikan suatu isu besar walaupun ia tidaklah sebesar mana pun. Isu jihad PAS telah bermula sejak dahulu lagi dengan meletakkan Barisan Nasional sebagai kafir. Sudah cukup muliakah orang PAS hingga mampu meletakkan hukum sebagai kafir? Bagaimana pula dengan DAP yang dipersaudarakan dengan mereka? Adakah DAP juga sesuci darah orang Islam hinggakan tiada kesalahan mereka membaca ayat suci Al-Quran dan mempoltikkannya? Wahai ahli Pembangkang, bangunlah dari tidur lena berselimutkan cadar khinzir. Ahli UMNO saudara seagamamu, dan akan bangkit di Padang Masyar bersama denganmu. Kalau kita berbeza pendapat, kenapa harus orang kafir diutamakan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment