Monday, May 10, 2010

Pembangkang mahu memutuskan nikmat kemakmuran di Sarawak.

Dalam dok kempen sana sini dekat sibu, ada jugak kepala jingga yang berani mengeluarkan idea untuk memisahkan Sarawak dari Malaysia. Bangang ke apa Pembangkang (pembangang) ni? tak dapat daging burger, kulit roti burger pun jadi nak ditelannya. UMNORS harap para pengundi tidak menerima cadangan Puak Pemisah ni. Fikirkanlah bila kita terlepas dari jagaan Kerajaan, maka kita juga terlepas dari nikmat kemakmurannya. Masih ingat kata-kata penghinaan Dato' Haji Abdul Hadi Awang kepada rakyat Sarawak apabila mereka (Pembangkang) kalah kepada Barisan Nasional? Fikirkan juga perlaksanaan janji Kerajaan BN sebelum dan selepas menang pilihanraya. Banyak nikmat yang dikecapi oleh rakyat hasil dari pengotaan janji. Lihat saja Kerajaan BN yang telah memberikan nikmat kemudahan baru-baru ini. bandingkan pula dengan janji pembangkang kepada penduduk kg Bali di Pulau Pinang dan peristiwa kemusnahan kampung tersebut hasil dari janji PKR.

UMNORS berdoa semoga Sabah Dan Sarawak tetap bersama Malaysia demi mengecapi kemakmuran serta kesenangan dari Pusat. Hindarkan diri dari mendengar suara sumbang Pembangkang yang mahu menghancurkan Malaysia. Mereka berjuang atas sebab kebencian dan iri hati dendam kesumat. Sedangkan Rakyat Sarawak memerlukan teman dan sokongan dari Kerajaan Pusat bagi membangunkan Negeri Sarawak. UMNORS mewakili penyokong UMNO Perak mendoakan agar Sarawak sentiasa harmoni.


No comments: