Sunday, May 2, 2010

Dari Black 14 kepada 4 Million.....kini 176 Million pula.

Kenyataan akhbar utusan Malaysia :


SHAH ALAM 1 Mei - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menolak dakwaan kononnya kerajaan negeri membelanjakan RM176 juta bagi mendapatkan sokongan rakyat semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor baru-baru ini.

Khalid, yang menyifatkan dakwaan itu sebagai “sinis” dan “tidak berbaloi”, berkata negeri Selangor tidak mempunyai peruntukan untuk tujuan itu.

"Saya sedia beri ganjaran kepada sesiapa yang membuat dakwaan itu jika mereka tampil memberi bukti kepada saya dari mana datangnya sumber peruntukan itu.

Jumlah itu (RM176 juta) sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak jauh lebih besar jika dibandingkan dengan jumlah dibelanjakan kerajaan negeri untuk meningkatkan kebajikan rakyat iaitu kira-kira RM40 juta setahun.

"Oleh itu dakwaan tersebut tak benar. Kita tidak mempunyai wang dan peruntukan untuk itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis anugerah untuk pelajar-pelajar cemerlang Yayasan Selangor di sini.

Khalid diminta mengulas dakwaan tersebut disiarkan dalam sebuah blog.

Khalid, yang juga ketua perhubungan PKR Selangor, berkata beliau sedia mengumumkan perbelanjaan yang dibuat sepanjang pilihan raya itu.

"Kita akan bersikap telus. Kita akan umumkan butir-butir (perbelanjaan semasa kempen pilihan raya). Ini kerana dari segi pengurusan kewangan, kita berbeza dari kerajaan persekutuan”, kata beliau. - Bernama
..........................................................................


UMNORS: Mengelupur juga Tan Seri Khalid, 176 Juta tu bukan sikit nilainya. Angkanya mampu mengatasi nilai Syed Azidi yang hanya bernilai 4 Juta. Bagi UMNORS, agak-agaknya la...Anwar Ibrahim dah mula suruh anak buahnya main angka berjuta-juta pulak. Dulu Anwar Ibrahim suka main angka dalam bentuk tarikh...masih ingat Black 14 anjuran beliau? sekarang nilai tersebut sudah tiada lagi dan digantikan dengan nilai million pula. Lepas ni apa pula ya?......



Thank you teacher..............

No comments: