Monday, May 3, 2010

KERJA DENGAN POLIS....JANGAN KERJAKAN POLIS.

Semenjak kebelakangan ni, UMNORS selalu dengan macam-macam cerita tentang polis sama ada dipihak awam mahu pun dipihak polis sendiri. Ada yang kena tembak, ada yang kena langgar dan ada pula yang kena kutuk. Contohnya kes Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis akibat melarikan diri dari sekatan jalanraya. Akibat dari insiden itu, ramai yang menunding jari mengatakan kesilapan pihak polis tanpa mengkaji apa yang terjadi sebaliknya. Pihak polis bertindak sedemikian sebagai langkah pencegahan jenayah daripada terjadi. Lihat sajalah contoh pihak polis bertindak menahan sebuah kereta suspek yang membawa mayat seorang wanita untuk dibuang baru-baru ini. Apa yang terjadi pada adik Aminulrasyid Amzah tidak seharusnya dijadikan suatu point bagi menyalahkan pihak polis. Bila UMNORS fikir balik, tindakan pihak polis tu betul sebab gaya adik Aminulrasyid Amzah sememangnya betul-betul gaya penjenayah melarikan diri. Kalau pihak yang menunding jari berada ditempat anggota polis sendiri, tak mustahil mereka akan ambil tindakan yang sama. Tak terfikirkah selama ni banyak anggota badan pasukan polis menjadi mangsa kepada penjenayah yang melanggar, menembak dan memukul? Malah ada anggota polis yang terkorban semata-mata menjadikan badan mereka sebagai perisai kepada orang awam ketika penjenayah melepaskan tembakan rambang. UMNORS sangat kesal kerana orang awam tidak menghargai sedikit pun jasa mereka bahkan ada dikalangan orang awam terutama sekali beberapa pihak yang 'ada masalah' dengan pihak polis menggelarkan mereka dengan nama yang kurang senang didengari. Ada juga yang mengajar anak-anak mereka supaya membenci polis dan melarang daripada menyertai pasukan polis bila dewasa nanti. Fikir-fikirkanlah bila rumah anda dimasuki pencuri, keluarga anda dalam ancaman dan penculikan, saudara mara serta sahabat anda menjadi mangsa pencabulan dan menjadi mangsa rogol serta harta benda anda tinggalkan kerana pulang bercuti ke kampung halaman. Siapa yang akan membantu anda menjaga keamanan dan keselamatan? sudah pasti anggota polis. Adakah anda fikir 'unit amal' akan mampu menjaga keamanan seperti yang pihak polis lakukan? pastinya tidak kerana polis tidak memilih bulu untuk membantu kita semua. fikir-fikirkan dan renung-renungkan, jangan sampai anda termenung.



Hands up.....!

No comments: