UMNORS masih terkenang suara seorang kenalan dari puak pembangkang, berkenaan isu cukai. Adalah sekali tu UMNORS tanya kat dia tentang cukai yang sepatutnya dia bayar. Kebetulan dia seorang peniaga persendirian dan pendapatannya melayakkan dia membayar hasil kepada pihak kerajaan. Nak tahu apa dijawabnya? "Bukan aku taknak bayar tapi ni kan hasil titik peluh aku.... buat apa nak bagi kat orang BN". Tersentap juga hati UMNORS bila dengar jawapan macam tu. tak terfikir ke selama ni pembangunan sekeliling yang dia dah rasa, keamanan yang dia nikmati adalah dari hasil pembayaran cukai. Jalan raya yang selama ini dia lalui dan segala kemudahan infrastruktur yang digunakannya juga datang dari sumber yang sama.
Bayangkan jika tiada kutipan cukai di negara ini, dari manakah datangnya sumber kewangan untuk membangunkan negara? Puak pembangkang sentiasa beranggapan bahawa pembayaran cukai adalah untuk menyuap para menteri dan pemerintah. Tanpa mereka sedari selama ini mereka sedang menikmati segala apa yang mereka bayar. Pasukan keselamatan negara, keselamatan dalam negeri, penyelamat, pentadbiran awam dan perubatan perlu dibayar gaji bagi memastikan mereka dapat berbakti kepada kita. Tanggapan yang salah ini perlu ditangkis dan tidak boleh dipolitikkan. Jika Pembangkang memenangi hati rakyat pun mereka perlu mengutip cukai bagi memastikan dana untuk pembangunan sentiasa ada.
UMNORS amat kecewa dengan sahabat dari puak pembangkang yang bertanggapan demikian. Mereka sendiri mengaku memperjuangkan rakyat tapi dalam masa yang sama bersikap prejudis. Besar harapan UMNORS agar rakyat memahami bahawa mengapa mereka perlu membayar cukai. Bagi UMNORS, apa yang dilakukan adalah bersebab demi kemakmuran rakyat semua.
No comments:
Post a Comment