Pada malam ini tanggal 31 Ogos 2010 akan menjadi tarikh keramat kepada kita semua dalam menyambut ulang tahun kemerdekaan ke 53. Dalam menempuhi usia kemerdekaan sebegini, pelbagai cabaran telah kita tempuhi demi memastikan negara kita sentiasa aman dan tenteram. Setiap tahun orang tua parang pedang akan menceritakan zaman ketika darurat dimana segala kemudahan tidak dapat dinikmati seperti sekarang. Orang-orang pada masa darurat saling membantu dan bersatu tanpa mengira pegangan, hanya berjuang semata-mata untuk agama dan bangsa sahaja. Pada waktu itu juga, sesiapa yang memihak kepada bangsa penjajah dianggap pengkhianat. Bertapa teguhnya penyatuan umat Melayu khususnya pada ketika itu, malah mereka sanggup memberikan sebahagian hak mereka untuk memujuk bangsa lain bagi menyertai perjuangan suci dalam membebaskan tanah air. Jika dilihat dari segi luaran, kelihatannya agak mudah dalam menyerahkan sebahagian hak keistimewaan ini. Akan tetapi tidak semua bangsa yang sanggup melakukan perkara sedemikian, ini kerana ibarat kita menyerahkan separuh dari maruah kita demi mendapatkan hak kemerdekaan.
Dari kisah yang disampaikan oleh orang tua parang pedang, rasa insaf menyelinap didalam jiwa apabila melihat kealpaan anak bangsa yang kini mampu memiliki kesemua nikmat yang ada pada zaman ini. Sedang pada hati mereka tidak sedikit pun merasa susah payah yang dihadapi oleh pejuang dahulu kala dalam menuntut kebebasan dalam tanah air sendiri. Malah dari sudut politik, sudah tiada rasa malu untuk menafikan hak bangsa sendiri. Pernah suatu ketika disaat parang pedang berdialog tentang isu kenegaraan dan kebangsaan, seorang yang berhaluan kiri menafikan dirinya sebagai bangsa Melayu hanya kerana mengetahui bahawa parang pedang berpegang pada ideologi kebangsaan. Rasa sebak menyelubungi diri kerana parang pedang sendiri terpaksa menghadapi manusia sebegini. Bukan itu saja, Parang Pedang sendiri pernah dipulau oleh rakan baik semasa disekolah hanya kerana berpegang teguh pada ideologi kebangsaan ini. Namun begitu parang pedang terharu kerana masih ada insan yang memahami erti perjuangan suci yang parang pedang lakukan, hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa mereka yang sentiasa menyokong parang pedang.
Kini parang pedang mula mengorak langkah dalam meneruskan perjuangan menentang anasir luar dan dalam melalui alam cyber. Perbezaan bloggers dengan pejuang luar adalah cara menghadapi musuh, dialam nyata kita dapat melihat siapa musuh kita dan mengenalpasti siapa dalangnya sedangkan dalam dunia cyber musuh tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan corang serangannya ibarat permainan catur. Ada juga yang menjadi gunting dalam lipatan ketika menjadi penulis blog. Alhamdulillah berkat bantuan beberapa bloggers senior, parang pedang mula mengatur beberapa strategi untuk menghadapi lawan. Kini apa yang akan parang pedang lakukan adalah terus mencantas pihak lawan tanpa henti selagi nyawa masih ada.
Harapan parang pedang adalah memastikan tanah air ini sentiasa aman dan tenteram selalu insyaallah. Semoga kita semua bersatu semula seperti mana waktu-waktu dahulu. Dalam kesempatan ini, parang pedang ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan dan Salam Aidilfitri, maaf zahir batin.
Wassalam......
*Terima kasih kepada YB Dato' Razali Bin Hj. Ibrahim (Naib ketua pemuda UMNO Malaysia merangkap Timbalan Menteri belia dan Sukan) sekeluarga, juga kepada saudara Shahnor bin Hj. Shamsudin (pegawai Media Kementerian Belia dan Sukan)sekeluarga atas pemberian kad Raya.
No comments:
Post a Comment