Satu hari dalam beberapa bulan yang lepas, aku telah menerima satu panggilan telefon menjemputku ke sebuah hotel terkemuka di ibu kota Kuala Lumpur. Mendengar suara itu aku telah mengagak bahawa seseorang ingin berjumpa denganku.
Hanya dengan sebuah beg galas, aku turun ke sana menaiki bas. Tiba sahaja disana aku disambut oleh wakil orang yang memanggil aku. Perjalanan ke hotel tersebut mengambil masa lima belas minit dari stesen LRT.
Tiba sahaja di depan hotel, hatiku berdebar. Bukan memikirkan apa yang bakal berlaku tetapi mengenangkan tingkat berapakah yang akan kudaki kerana hotel tersebut tiada lif, hanya bertangga.
Benar sangkaanku, bilik hotel yang didiami oleh pemanggil tersebut berada di tingkat empat. Dengan menghagas beg dibelakang, aku gagahkan juga menaiki tangga tersebut satu demi satu hingga tiba didepan pintu bilik tersebut.
Sebaik sahaja pintu dibuka, kelihatan susuk tubuh seorang lelaki menunggu aku dan berkata......
Kenapa lewat? Orang dah bersidang dah sejak semalam. Aku cuma berkata, sori bang... Tiket bas semalam tak ada...
Itulah kisah aku didalam bilik hotel tersebut... Kena tegur sebab lambat hadir ke Persidangan Agung UMNO kerana duty mewawancara peserta PAU 12....
Bukan cerita lucah tau.......
No comments:
Post a Comment