Wednesday, February 13, 2013

PAS GELAR ORANG FELDA SEBAGAI SAMSENG?


Sekilas pandang pada sebuah akhbar mingguan milik pembangkang membuatkan Parang Pedang terkedu seketika. Apa tidaknya bila PAS menggelarkan masyarakat Felda sebagai samseng UMNO. Betul ke? Ini cuma satu tuduhan tak berasas PAS terhadap masyarakat Felda yang banyak memberikan sokongan kepada UMNO.

Apa yang Pedang maksudkan ialah panggilan PAS terhadap masyarakat Felda Sungai Tengi. Berikutan sokongan masyarakat Felda berkenaan yang memihak kepada UMNO dan barisan kepimpinan Perdana Menteri, PAS menuduh dengan tuduhan sedemikian.

Ini baru Felda Sungai Tengi, bagaimana pula dengan kawasan Felda yang
lain? Apa pula gelaran oleh PAS untuk kawasan berkenaan? Alahai PAS... Pilihanraya nak dekat dah, bukannya nak ambil hati penduduk Felda... Dihentam lagi komuniti berkenaan. Dah gaya komunis berkempen je sekarang ni..... Layak ke jadi wakil rakyat Felda?

No comments: