Bagai pemain catur amatur, DAP memainkan peranannya dalam melagakan umat melayu. Mereka menjadikan PAS sebagai boneka untuk memecah-belah orang melayu. Ibarat tukul menghempas paku ke kayu, PAS semakin galak menghentam UMNO dan memberikan tekanan agar pengaruh UMNO menjadi berkurangan. Bukan itu sahaja, suara-suara DAP juga semakin biadab apabila secara terang-terangan membangkitkan isu keistimewaan hak orang melayu serta menindas penduduk melayu yang berada dibawah pentadbiran mereka. Tindakan yang dilakukan oleh DAP ini boleh menyebabkan tercetusnya insiden yang tidak diingini di dalam negara.
Isu DAP ini yang dibangkitkan oleh Dato' Seri Najib Tun Razak semalam bertempat di Putrajaya International Convention Center. Dalam ucapan beliau , kerajaan cuba menentukan dasar-dasar pemerintahan yang adil dan saksama tetapi orang Melayu akan merasa marah jika parti itu asyik menekankan tentang soal penghapusan dasar membabitkan kepentingan dan hak keistimewaan Melayu di negara ini. Lihat sahaja kebanyakan isu yang membangkitkan rasa benci terhadap umat melayu.
"Kalau terlalu menekan orang Melayu dan bumiputera tanpa mereka melihat ada juga pihak lain yang memberi pertimbangan kepada orang Melayu terutama sekali swasta, ia akan ada rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat.
"Maknanya, orang Melayu pun mengharapkan syarikat-syarikat swasta (yang dikuasai bukan bumiputera) membantu mereka dalam memajukan ekonomi mereka," katanya.
DAP perlu faham bahawa bangsa melayu akan bangkit bersatu tanpa diduga jika merasakan diri terperangkap dengan permainan bangsa lain. Dan jika perkara ini berlarutan, tidak mustahil kemarahan yang meluap-luap akan terbit dari hati bangsa melayu.
No comments:
Post a Comment