Sunday, December 12, 2010
Parang pedang mula kembali memarang
Sekian lama menanti arahan dari imam perang sekupang dua, akhirnya terkabul jua doa Parang Pedang untuk memenggal kepala Pembangkang yang dah lama tak tertanggal. Benarlah kata mutiara oleh yang bijak sana. “pergi bukan berundur tetapi menyusun langkah teratur”. Parang dan pedang sudah siap terasah untuk bangkit membantu semula Kerajaan BN di Perak. Daulat Tuanku Paduka Seri, patik kembali untuk membantu negeri. Buat Menteri Besar yang disayangi, Parang pedang bersama saf pejuang ke pangkuan berbakti. Awas buat Pembangkang, kami bukan datang kosong, kerana senyap kami kerana mengisi. Buat pengkhianat yang iri hati, awas pena dan kalam kalian akan kami tembusi. Buat rakyat Perak yang disanjungi, senyap pejuang selama ini adalah untuk menyedarkan anda bahawa siapa kami didalam parti. Parang pedang mengaku salah dan mohon maaf kerana menyertai protes senyap selama ini. Insyaallah setelah kami kembali, lintang pukanglah Pembangkang dan yang berpaling tadah. Kami takkan biarkan munafik memonopoli negeri ini. Akan kami telanjangkan aib mereka satu persatu. Biar mereka rasa seperti makan rempah dan cili. Terima kasih buat yang memahami masalah serta rintihan pejuang ini. Parang pedang tetap setia berdiri dibelakang Ketua saf saudara sekupang dua yang bijaksana menyusun barisan perang. Semoga Allah limpahkan kurnia dan rahmat keatas kami. Amin…Amin….Ya rabbal A’lamin……
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment