Saturday, December 18, 2010

Majlis Makan Malam Bersama Y.A.B Menteri Besar Perak

17 Disember 2010, Ipoh, Perak

Semalam, suatu detik sejarah bagi pejuang agung dunia siber mengorak langkah dengan penuh semangat apabila mula mendapat perhatian Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Zambry bin Abdul kadir. Para tokoh serta mereka yang aktif dalam bidang media telah diraikan dalam Majlis Makan Malam Bersama Y.A.B Menteri Besar Perak. Satu demi satu penghargaan disampaikan oleh Ketua Penerangan Kerajaan dan Menteri Besar.
Majlis yang diadakan di Dewan Banquet Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Perak telah dihadiri oleh tidak kurang dari 400 tetamu yang terdiri dari pelbagai agensi media sama ada kerajaan mahupun swasta.
Pelbagai acara telah dilakukan dari segi penyampaian anugerah, persembahan bakat muda dan tidak kurang juga persembahan dari tokoh veteran serta acara cabutan bertuah. Majlis yang disambut dengan begitu meriah sekali adalah sebagai tanda terima kasih Kerajaan Perak kepada penggiat media termasuk juga media baru atau lebih dikenali sebagai media siber.

Parang pedang yang turut hadir ke majlis tersebut bersama saf pejuang sangat gembira kerana ini merupakan kali pertama berada dimajlis yang begitu meriah. Ingatkan kami berjuang di atas satu landasan sahaja, rupa-rupanya kami berada dalam satu saf yang terdiri dari pelbagai landasan. Ada yang datang dari bidang media cetak (media masa) , media elektronik, fotografi selain media siber. Kepada yang menerima anugerah ketokohan semalam, Parang Pedang ingin mengucapkan jutaan tahniah. Bila lagi agaknya majlis sebegini akan diadakan lagi, ingin sangat Parang Pedang temui mereka sekali lagi.

* teringin dengar Pak Ngah Hamdi nyanyi lagu 'La Obe' lagi......

No comments: