Bukan Parang pedang nak persoalkan apa yang baik dalam Malaysia. tapi Parang pedang nak bandingkan antara Malaysia dengan sebuah negara di Asia. Negara yang mengamalkan dasar komunisma, antara negara yang hampir dengan kita dan menjadi antara negara gergasi. Baru semalam Parang Pedang dipertontonkan dengan sebuah rakaman seorang anak kecil dari negara tersebut yang mengalami kemalangan. Sangat sedih melihat keadaan anak tersebut apabila selepas dilanggar tidak seorang pun yang membantunya. Malah apa yang Parang Pedang tonton lebih menyayat hati apabila kenderaan lain yang lalu terus menggilis anak tersebut dan orang yang melihatnya terus berlalu tanpa membantu. Dimanakah sikap peri kemanusiaan didalam hati rakyat negara tersebut? Sudah lupakah pada nilai-nilai moral setelah negara ditakluki oleh kuasa komunis yang anti pada tuhan?
Inikah yang diamalkan oleh negara komunis? Dan inikah yang dikagumi oleh seorang tokoh pembangkang terhadap komunis? Parang Pedang berdoa agar takkan selangkah pun dasar komunisma bertapak di bumi Malaysia ini. Malaysia sangat berbeza dengan negara tersebut kerana jika dibandingkan dengan negara yang Parang Pedang maksudkan, rakyat Malaysia lebih prihatin antara satu sama lain kerana ia telah diajar oleh setiap agama. Ditambah pula dengan dasar pentadbiran yang menanamkan sikap saling tolong menolong. Alhamdulillah, Parang Pedang bersyukur dapat lahir di Malaysia ini. Asal jatuh sikit sahaja maka ramai yang menghulurkan tangan membantu bangun semula, asal kelaparan saja pasti ada yang membawa juadah untuk dimakan. Begitu sekali tahap keprihatinan rakyat Malaysia.
Apa yang menghairankan Parang Pedang ialah mengapa masih ada yang tidak berpuas hati dengan segala yang ada di bumi Malaysia ini hingga tergamak melakukan onar didalamnya dengan demonstrasi, mewujudkan agenda subversif bahkan menabur pelbagai fitnah terhadap Malaysia apabila berkunjung ke negara lain. Mudah-mudahan mereka sedar dari sikap kufur mereka, kufur nikmat pemberian Tuhan.
No comments:
Post a Comment