Monday, October 22, 2012

BENARKAH NGEH KOO HAM PUNCA REZEKI KOPITIAM TERTUTUP

Untitled

Sebelum Parang Pedang cerita, apa jua maklumat yang Parang Pedang dapat adalah daripada seorang sahabat yang mengenali pengasas merangkap pemilik 4 buah kedai oldtown Kopitiam. Ngeh jangan marah sebab ini adalah dari fakta sebenar.

Menurut fakta sebenar, pemilik oldtown kopitiam adalah seorang cina muslim yang menjalankan perniagaan makanan sekitar tahun 1999 -2000 bermula di Taman Ipoh Jaya. Perniagaan yang berasaskan produk kopi putih dan roti kaya. Untuk pengetahuan kita semua, permulaan cawangan baru kopitiam adalah sewaktu Barisan Nasional tewas di Perak serta Pakatan Haram Rakyat memegang tampuk kuasa. 

Kisah oldtown kopitiam dikambing hitamkan oleh pakatan rakyat bahawa Ngeh Koo Ham terlibat dalam perniagaan ini adalah tidak benar kerana perniagaan ini milik seorang cina muslim seperti mana kita kenali tokoh pendakwH islam berbangsa cina iaitu Dr. Riduan Tee Abdullah, begitulah dengan pemilik kopitiam ini.

itulah dari apa yang Parang Pedang dengar dari lisan sahabat ni. Kalau tak betul, jangan tembak Parang Pedang, tembak dia...hehehehe...

Kita sambung balik...
Dikatakan juga bahawa setiap penyelia di empat kopitiam ini semuanya cina muslim. Makanya setiap makanan disediakan secara bersih dan suci mengikut syariat dan bersandarkan pada budaya kaum cina muslim. Jangan pula bila diorang guna chopstick, kita letak hukum diorang masak babi. 

Nak dijadikan cerita keburukan diorang ni, apabila berlakunya kekalahan kita BN tahun 2008 serentak pula dengan perasmian cawangan baru mereka. Siapa yang rasmikan? Tentulah si rambut superman (koo Ham) yang rasmikan sebab diorang berkuasa di Perak masa tu. Semenjak hari tu la pelbagai tohmahan dilemparkan kepada kopitiam oldtown. Pelbagai cerita baru di timbulkan hingga kepada tahap cerita katak dan hidangan haram.

Atas sebab demikian, Parang Pedang pun buat research pasal oldtown ni dari setiap ahli UMNo yang kenal dengan pemilik Oldtown ni. Rupanya segala ini berpunca dari perasmian Old town kopitiam cawangan baru yang dirasmikan oleh Ngeh Koo Ham.... Sekarang salah siapa? Koo Ham la sebab orang tuduh dia ada share dengan old town kopitiam white coffee.

Sekarang ni perkara yang betul ialah punca isu halal haram ni datang dari si anak haram yang merasmikan kedai yang halal tu.. Pembaca jangan pula nak bantai Parang Pedang sebab fakta yang Parang Pedang terima ni 100% tepat... Siapa nak nafikan? Sila la... Parang Pedang duduk di Ipoh memang tahu ceritanya... Kalau cawangan oldtown kat luar ipoh tu, Parang Pedang tak jamin sebab Parang Pedang tahu yang kat luar Ipoh tu dah difrancaiskan... Siapa nak tahu kebenarannya , boleh siasat sendiri.. Jangan letak hukum terus.

Kalau nak cerita bab politik pasal oldtown ni, ownernya orang komponen parti kita jugak. Cuma tiada pilihan ketika nak merasmikan kedainya sebab BN kalah masa tu..... Sama la Macam Parang Pedang masa konvokesyen diploma engineering kolej dulu.... Nak taknak terpaksa salam dengan Nizar janggut kambing demi mendapatkan segulung diploma walaupun 7 kali samak tangan lepas tu...

Salah siapa? 

Lu fikir la sendiri...
Assalamualaikum...

No comments: