Thursday, October 18, 2012

PENSYARAH UiTM BERFAHAMAN PAKATAN RAKYAT?



Ini adalah dari apa yang Parang Pedang dapat tahu menerusi dialog dengan pensyarah ni tentang situasi politik negara. Dia yang berstatus Pensyarah UiTM disebuah negeri taklukan pembangkang sentiasa memberikan kritikan negatif tentang pentadbiran negara dibawah pimpinan BN berpendapat bahawa BN perlu digantikan dengan pakatan haram atas sebab tidak Islamik. 

Sejak dahulu lagi Parang Pedang dah nampak haluan parti pensyarah ni yang bencikan kerajaan BN. Memang dia penjawat awam tapi dengan jawatan yang disandangnya memperlihatkan seolah-olah Pakatan Haram la yang berinya gaji hingga mencecah beribu-ribu ringgit.

Mungkin inilah salah satu sebab mengapa pelajar cenderung menyertai rapat umum pembangkang disamping demonstrasi jalanan yang dianjurkan. Kita demokrasi memang tak salah pilih parti mana yang kita suka. Tapi biarlah dalam kertas undi. Bukan melalui suara yang berjawatan pensyarah universiti. 

Didiklah anak didik tu dengan penuh berhemah, bukan dengan cara politik yang belum sesuai diusia mereka. Parang Pedang taknak tembak tepat ke muka individu tersebut sebab memandangkan dia sedang mencari sesuap rezeki untuk diri dan ahli keluarganya. Kalau tembak tepat ke muka pensyarah tu tentu banyak masalah yang timbul pada dirinya. 

Kepada pensyarah berkenaan, Parang Pedang hormat pada pendirian anda. Tapi jangan bersuara lantang sampai orang nampak sangat anda siapa sebagai penjawat awam. Seksyen 7 tu bukan la besar sangat untuk anda dikenali. Insaflah pensyarah UiTM, anda sedang diperhatikan setiap kenyataan anda.

No comments: