Friday, March 25, 2011
Apa kaitan ADUN Simpang Pulai (PKR) disebalik Kes Lombong Haram?
Pada Hari Rabu 23 Mac 2011. satu serbuan telah dilakukan oleh anggota penguatkuasa Pejabat Tanah dan Galian Ipoh terhadap sebuah syarikat perlombongan Haram di Kawasan Rapat Setia. Serbuan yang dihadiri lebih kurang seratus orang yang terdiri dari pelbagai agensi serta jawatankuasa kawasan keatas pelombong terbabit. Berita serbuan itu telah pun disiarkan pada 22 Mac dalam akhbar Kosmo.
Disebalik cerita tersebut ada peristiwa yang berlaku dikawasan tersebut. Kelihatan sebuah kereta yang dinaiki oleh ADUN Simpang Pulai melalui kawasan tersebut. Kemungkinan besar si taukey haram tu telah menghubungi Chan Ming Kai untuk membantu menyelamatkan perniagaan haramnya dari diambil tindakan. Sebelum tu, pelbagai usaha yang diambil oleh taukey lombong haram tu untuk mengambil saki baki hasil bijih besi yang telah siap dibersihkan. Pada mulanya si taukey minta penangguhan selama sebulan dan tidak dibenarkan oleh pegawai penguatkuasa PTG.
Langkah akhir yang mampu dilakukannya ialah meminta bantuan ADUN PKR Simpang Pulai untuk menggunakan kuasa politiknya. Bagi Parang Pedang, kalau bisnes haram tu mintak tolong pada presiden PKR pun memang dah takde harapan dah. Tapi apa yang menghairankan Parang Pedang ialah macam mana dia dapat hubungi ADUN PKR tu? Ada kira-kirakah dengan taukey balak tersebut? Harapnya pihak SPRM dapat check kes ni. Bukan apa, Parang Pedang Cuma nak tuntut hak hasil bijih besi milik Masjid Sultan Yussuf rapat Setia Ipoh yang telah dicabul oleh pelombong tersebut. Asalnya syarikat Faizal Consultant and Services punya perusahaan dengan kerjasama MSYRS untuk projek pertanian serta penternakan. Tiba-tiba saja si apek ni ada dalam kawasan terbabit sambil mengusahakan bisnes korek bijihnya.
Persoalan yang sedang ermain difikiran Parang pedang Cuma satu sahaja. Siapakah ADUN Simpang Pulai disebalik kes ini? Adakah beliau terlibat atau sekadar meninjau keadaan.
lihat paparan akhbar
gambar dibawah merupakan bukti kegiatan perlombongan haram yang dilakukan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment